tugas dan peranan jawatankuasa pss

4
TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA PSS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6-8 waktu seminggu. 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS. 8. Merancang dan mengurus program promosi PSS. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 10. Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS. 12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja PSS. 13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS. 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS. 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/PSPN. 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS. 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS. 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun. 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah. UNIT PERPUSTAKAAN 1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan. 2. Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan perpustakaan. 3. Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teratur dan bersistematik. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan. 5. Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan. 6. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem. 7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan murid yang memerlukan. 8. Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbitan, senarai tajuk dan lain-lain) untuk mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan. 9. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun. 10. Mengelas, memproses dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi. 11. Menyediakan katalog yang kemaskini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan murid yang memerlukan. 12. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan. 13. Melantik Pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan keperluan. 14. Membantu menguruskan semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan. 15. Membantu murid untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk bacaan dan rujukan. 16. Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid tentang cara-cara memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik. 17. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

Upload: intan-zarina

Post on 23-Mar-2016

248 views

Category:

Documents

4 download

DESCRIPTION

Senarai tugas dan peranan ajk pss

TRANSCRIPT

Page 1: TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA PSS

Page 2: TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA PSS

18. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran. UNIT BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantuan mengajar. 2. Mengelas, memproses dan mengkatalog semua bahan perisian yang dibeli atau diterima. 3. Menyedia dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid yang memerlukan. 4. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan murid. 5. Menasihati dan membimbing guru-guru serta murid tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. 6. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru. 7. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari masa ke semasa untuk makluman guru dan murid. 8. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada GPM supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikan. 9. Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadan baik untuk digunakan. 10. Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya. 11. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu. 12. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 13. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran. UNIT MEDIA/APD 1. Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan. 2. Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknopen yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD. 4. Menyediakan jadual penggunaan, statistik ataupun mempamerkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan. 5. Menyedia dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid yang memerlukan. 6. Melaporkan sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaik pulih dengan secepat mungkin. 7. Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi menyediakan perkhidmatan TV Pendidikan. 8. Merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan APD secara berkesan. 9. Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod. 10. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah

Page 3: TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA PSS

UNIT ICT & PUSAT AKSES SEKOLAH 1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya. 2. Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti komputer, kertas, disket, CD, dakwat dll. 3. Bertanggungjawab untuk melatih dan membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian. 4. Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengelas, memproses dan mengkatalog disket, cd yang dimiliki. 6. Merancang aktiviti unit ICT. 7. Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain bagi tujuan pemantauan dan statistik. 8. Melapor sebarang kerosakan dan melakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera. 9. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 10. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah. UNIT SAL 1. Membantu Jawatankuasa PSS untuk memilih dan mendapatkan bahan dan alat yang sesuai untuk kegunaan murid belajar. 2. Membantu guru-guru mereka dan membuat bahan pembelajaran. 3. Membantu jawatankuasa PSS untuk menilai keberkesanan alat dan bahan media yang telah dibeli atau yang dihasilkan sendiri. 4. Mengelas, memproses dan mengkatalog semua bahan yang diperolehi. 5. Menentukan bahawa semua peralatan dan bahan agar sentiasa dalam keadan baik untuk digunakan. 6. Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya. 7. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunan disediakan untuk kemudahan pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu. 8. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 9. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran. PANITIA MATA PELAJARAN 1. Membantu Jawatankuasa PSS untuk memilih dan mendapatkan bahan dan alat P&P yang sesuai untuk kegunaan guru. 2. Membantu guru-guru mereka dan membuat alat dan BBM dengan pendekatan yang bersistem. 3. Membantu jawatankuasa PSS untuk menilai keberkesanan alat dan bahan media yang telah dibeli atau yang dihasilkan sendiri. 4. Membantu PSS dalam merencana aktiviti pembinaan dan penerbitan bahan dan menjalankan aktiviti PSS merentasi kurikulum. 5. Mewakili PSS dalam aktiviti perkembangan kurikulum sekolah khususnya KBSR 6. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah. 7. Menyediakan senarai semak dan dokumentasi program.

Page 4: TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA PSS

UNIT KOLEKSI SOALAN 1. Memastikan setiap kertas soalan ujian dan peperiksaan dikumpul, dijilid dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. 2. Memastikan semua soalan mempunyai jawapan atau pun skima jawapan untuk panduan guru. 3. Memastikan soalan mempunyai JSU. 4. Menyediakan senarai semak dan rekod penggunaan bagi memudahkan mengenalpasti rekod dan penyemakan pengurusan. UNIT PERKEMBANGAN STAF 1. Mengenalpasti bidang-bidang professional dan kemahiran yang perlu dipertimbangkan untuk peningkatan kemahiran dan ilmu. 2. Merancang kursus, ceramah, bengkel, latihan dalaman dan sebagainya untuk guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengumpul maklumat mengenai guru / staf yang telah mengikuti kursus/bengkel. 4. Melaksanakan kursus, bengkel, latihan dalaman, ceramah dsb melalui guru-guru yang berpengalaman atau sumber luar. 5. Menyediakan senarai semak dan dokumentasi program.

Guru Perpustakaan & Media PSS SK Sg Tengi