tuaran 1

22
1 1. (a). Padankan setiap kerjaya yang berikut dengan huraianya Doktor Menyediakan ubat mengukut preskripsi doktor Ahli Farmasi Merawat pesakit [1 markah] (b). Susun langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik berikut mengikut susunan yang betul. A- Menganalisis dan mentafsir data B- Menjalankan eksperimen C- Menulis laporan D- Membuat hipotesis E- Merancang eksperimen F- Mengenal pasti masalah G- Mengumpul data H- Membuat kesimpulan F B H C [2 markah] (c). Tuliskan BETUL bagi padanan kuantiti fizik dan Unit SI yang betul dalam jadual di bawah. Kuantiti fizik Unit SI Panjang Meter, m Suhu Darjah Celsius, °C Arus Elektrik Volt, V Jisim Kilogram, kg [2 markah]

Upload: syafiq

Post on 02-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: tuaran 1

1

1. (a). Padankan setiap kerjaya yang berikut dengan huraianya

Doktor Menyediakan ubat mengukut preskripsidoktor

Ahli Farmasi Merawat pesakit

[1 markah]

(b). Susun langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik berikut mengikut susunan yang betul.

A - Menganalisis dan mentafsir data

B - Menjalankan eksperimen

C - Menulis laporan

D - Membuat hipotesis

E - Merancang eksperimen

F - Mengenal pasti masalah

G - Mengumpul data

H - Membuat kesimpulan

F B H C

[2 markah]

(c). Tuliskan BETUL bagi padanan kuantiti fizik dan Unit SI yang betul dalam jadual di bawah.

Kuantiti fizik Unit SI

Panjang Meter, m

Suhu Darjah Celsius, °C

Arus Elektrik Volt, V

Jisim Kilogram, kg

[2 markah]

Page 2: tuaran 1

2

(d). Tandakan (√) bagi dua alat yang digunakan untuk menyukat jisim

Neraca tuas Neraca Spring

Neraca mampatan

Neraca tiga alur

[1 markah]

S1

2. (a). Nyatakan pernyataan di bawah sama ada BETUL atau SALAH.

i. Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma hidup di suatu kawasan

ii. Vertebrata merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang

iii. Invertebrata dikelaskan kepada amfimia, mamalia, reptilian, burung danikan

iv. Tumbuhan dikelaskan kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidakberbunga

[2 markah]

Page 3: tuaran 1

3

(b). Kelaskan tumbuhan berikut di dalam carta pengelasa di bawah.

POKOK DURIAN POKOK JAGUNG

POKOK KELAPA SAWIT POKOK RAMBUTAN

[2 markah]

(c). Tumbuhan dalam rajah di bawah mempunyai daun berurat jejala.

Nyatakan 2 lagi ciri-ciri lain pokok tersebut

(i). ___________________________________________________________________________

(ii). ___________________________________________________________________________[2 markah]

S2

Tumbuhan Berbunga

Monokotiledon Dikotiledon

Page 4: tuaran 1

4

3. (a). Nyatakan unsur-unsur yang terdapat dalam sebatian berikut:

(i). Ferum karbonat __________________, ___________________ dan _________________

(ii). Magnesium sulfida _____________________ dan ___________________[2 markah]

(b). Dalam suatu eksperimen untuk mengkaji kekerasan suatu mineral, 4 jenis mineral telah dipilih dandiuji kekerasannya dengan menggoreskan setiap mineral tersebut antara satu sama lain.Keputusannya adalah seperti berikut:

1. Kalsit boleh menggores Gipsum2. Kuarza digores oleh Topaz3. Kuarza boleh menggores kalsit

Susun empat jenis mineral berikut (Kalsit, Topaz, Gipsum dan Kuarza) mengikut dari mineral yangpaling keras ke mineral yang paling lembut.

Paling keras Paling lembut

[2 markah]

(c). Cuka biasanya disimpan di dalam botol kaca. Wajarkan penggunaan botol kaca untuk menyimpancuka?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________[2 markah]

S3

4. (a). Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.

(i). Pembakaran bahan api menghasilkan suhu untuk digunakan dalammemasak

(ii). Haba boleh menyebabkan suatu objek menjadi panas

(iii). Matahari merupakan satu sumber tenaga haba di bumi

(iv). Haba ialah darjah kepanasan suatu bahan

[2 markah]

Page 5: tuaran 1

5

(b). Padankan cara pengaliran haba dengan rajah di bawah.

PEROLAKAN

KONDUKSI

SINARAN

[2 markah]

(c). Rajah P dan Q di bawah merupakan dua jenis alatan yang digunakan untuk memasak.

P Q

Alatan yang manakah yang lebih sesuai yang digunakan untuk memasak. Jelaskan jawapan anda.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________[2 markah]

S4

Page 6: tuaran 1

6

5. (a). Rajah di bawah menunjukkan struktur ginjal manusia. Labelkan struktur ginjal berikut

[2 markah](b). Senaraikan dua bahan kumuh yang disingkirkan oleh kulit manusia

(i). ___________________________________________________________________________

(ii). ___________________________________________________________________________[2 markah]

(c). Rajah di bawah menunjukkan salah satu cara rawatan kegagalan fungsi ginjal.

(i). Namakan cara rawatan tersebut.

___________________________________________________________________________[1 markah]

(ii). Nyatakan satu perbezaan kandungan urea di dalam aliran darah dari arteri dengan aliran darahke vena

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

S5

Page 7: tuaran 1

7

6. (a). Daya geseran merupakan daya yang menentang pergerakan sesuatu objek. Daya geseran sangatpenting dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun daya geseran juga mempunyaikeburukan. Nyatakan satu kebaikan dan satu keburukan daya geseran.

(i). Kebaikan daya geseran

___________________________________________________________________________

(ii). Keburukan daya geseran

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b). Rajah di bawah menunjukkan seorang pekerja menolak suatu beban 50 N sejauh 10 m dalam masa 20saat menggunakan kereta sorong

Hitungkan kuasa yang digunakan oleh pekerja tersebut untuk menolak kereta sorong tersebut.

Kuasa = Kerja = Daya x Jarak

[2 markah]

Page 8: tuaran 1

8

(c). Rajah di bawah menunjukkan kewujudan daya graviti yang disedari oleh Sir Isaac Newton apabila sebijiepal jatuh dari pokoknya.

Ramalkan dua keadaan yang berlaku jika tiada daya tarikan graviti di bumi.

(i). ____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(ii). ____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

S6

7. (a). Rajah di bawah menunjukkan struktur matahari

Page 9: tuaran 1

9

Namakan dua lapisan matahari yang dapat dilihat ketika gerhana matahari berlaku

(i). ___________________________________________________________________________

(ii). ___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b). Nyatakan satu kesan fenomena yang berlaku di matahari kepada bumi

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

[1 markah](c). Rajah di bawah menunjukkan bintang mempunyai pelbagai saiz dan warna

(i). Mengapakah matahari dikatakan sebagai bintang?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii). Nyatakan warna bintang yang paling panas?

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(iii). Suatu bintang mempunyai jisim empat kali lebih besar berbanding matahari. Apakah yang akanterbentuk selepas letupan supernova berlaku kepada bintang tersebut?

____________________________________________________________________________

[1 markah]

S7

Page 10: tuaran 1

10

8. (a). Rajah di bawah menunjukkan seorang sedang menggerakkan sebiji batu yang besar menggunakansebatang kayu

(i). Namakan kelas tuas yang digunakan.

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii). Cadangkan satu cara bagaimana supaya batu itu boleh digerakkan dengan lebih mudah. Andadikendaki menggunakan rajah untuk menerangkan cara tersebut.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 11: tuaran 1

11

(b). Rajah di bawah menunjukkan sebuah kereta sorong dengan muatan 60 kg pasir.

Berapakah daya yang diperlukan untuk mengangkat kereta sorong tersebut? (Anggap 1 kg = 10 N)

Beban x Jarak Beban = Daya x Jarak Daya

[2 markah]

S8

0.5 m 0.7 m

Daya

Page 12: tuaran 1

12

9. (a). Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pendengaran manusia.

(i). Lengkapkan mekanisme pendengaran manusia dengan mengisi petak kosong dalam rajahmekanisme di atas.

[2 markah]

(ii). Jika seorang itu kehilangan cuping telinga, adakah pendengarannya akan terjejas? Jelaskanjawapan anda.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

(b). Sekumpulan pendaki Gunung Kinabalu telah diberi taklimat supaya bercakap atau mengunyah semasaberada di puncak Gunung Kinabalu. Pada pendapat anda, mengapa pendaki diminta berbuatdemikian. Jawapan anda mestilah berkaitan dengan fungsi telinga.

__________________________________________________________________________________

[1 markah]

(c). Sebuah audiotorium yang baru siap dibina menghasilkan gema menyebabkan bunyi tidak dapat didengar dengan jelas. Cadangkan satu ara bagaimana untuk mengurangkan gema di dalam audiotoriumtersebut.

__________________________________________________________________________________

[1 markah]

S9

Bunyi Cuping telinga Salur telinga

OsikelJendela bujur

Koklea Otak

Page 13: tuaran 1

13

10. (a). Rajah dibawah menunjukkan dua jenis cecair jernih A dan B

Satu ujikaji dijalankan ke atas kedua-dua cecair di dalam tabung uji tersebut. Kertas litmus merah danbiru dicelupkan ke dalam kedua-dua cecair tersebut. Pemerhatian ditunjukkan di dalam jadual dibawah.

Seterusnya kedua-dua cecair tersebut dicampurkan dan diuji sekali lagi menggunakan kertas litmusmerah dan biru. Pemerhatian ujikaji ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Pemerhatian

Jenis cecair Kertas litmus merah Kertas litmus biru

Cecair dalam tabung uji A Tiada perubahan Bertukar merah

Cecair dalam tabung uji B Bertukar biru Tiada perubahan

Cecair A + Cecair B Tiada perubahan Tiada perubahan

Nyatakan sifat cecair A, Cecair B dan campuran cecair A dengan cecair B

(i). Cecair A : ___________________________________________________________________

(ii). Cecair B : ___________________________________________________________________

(iii). Cecair A + Cecair B : ___________________________________________________________

[3 markah]

Page 14: tuaran 1

14

(b). Rajah di bawah menunjukkan proses penyulingan air kolam di dalam makmal.

(i). Ramalkan pH air suling yang terhasil

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii). Huraikan cara bagaimana untuk mengesahkan bahawa air suling yang terhasil tidakmengandungi mikroorganisma.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

S10

Air suling

Air kolam

Aliran air masuk

Aliran air keluar

Page 15: tuaran 1

15

11. (a). Rajah di bawah merupakan ujikaji untuk menunjukkan bahawa hidupan membebaskan karbondioksida semasa respirasi.

(i). Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii). Nyatakan pemboleh ubah

Dimanipulasikan : ____________________________________________________________

Bergerak balas : ______________________________________________________________

[2 markah]

(iii). Nyatakan pemerhatian anda terhadap penunjuk bikarbonat dalam tabung uji P.

____________________________________________________________________________

[1 markah](iv). Berikan inferens bagi jawapan anda di 11 (a). (iii).

____________________________________________________________________________

[1 markah]

Page 16: tuaran 1

16

(b). Rajah di bawah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji hasil pembakaran arang.

(i). Nyatakan pemerhatian terhadap air kapur dalam ujikaji ini.

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii). Jika arang ditukar dengan lilin, titisan cecair terbentuk di dinding balang gas tersebut.Bagaimanakah cara untuk mengesahkan bahawa titisan cecair tersebut adalah air?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah](iii). Gas apakah yang dibebaskan semasa pembakaran lilin.

____________________________________________________________________________

[1 markah]

(iv). Berikan satu bahan lain yang apabila dibakar akan menghasilkan bahan yang sama seperti hasilpembakaran lilin.

____________________________________________________________________________

[1 markah]

S11

Page 17: tuaran 1

17

12. Berikut merupakan prosedur yang digunakan untuk mengkaji keadaan yang diperlukan untuk percambahanbiji benih.

1. Empat tabung uji dilabelkan A, B, C dan D

2. Kapas dimasukkan ke dalam tabung uji A, C dan D3. Dua biji kacang hijau dimasukkan ke dalam setiap tabung uji A, B, C dan D4. Kapas dalam tabung uji A dan C dibasahkan menggunakan air suling5. Air mendidih yang telah disejukkan dimasukkan ke dalam tabung uji B sehingga hamper penuh6. Minyak masak dititiskan ke dalam tabung uji B7. Tabung uji A, B dan D di simpan di dalam makmal pada suhu bilik manakala tabung uji C disimpan di

dalam peti sejuk8. Pemerhatian dibuat dan direkodkan selepas tiga hari.

(a). Apakah hipotesis bagi ujikaji ini?

__________________________________________________________________________________

[1 markah]

(b). Nyatakan pemboleh ubah berikut bagi ujikaji ini.

(i). Dimanipulasi : _______________________________________________________________

(ii). Bergerak balas : ______________________________________________________________

[2 markah]

(c). Selepas tiga hari, didapati hanya biji benih dalam tabung uji A sahaja yang bercambah. Mengapakahbiji benih dalam tabung uji B, C dan D tidak bercambah?

(i). Tabung uji B : ________________________________________________________________

(ii). Tabung uji C : ________________________________________________________________

(iii). Tabung uji D : ________________________________________________________________

[3 markah]

Page 18: tuaran 1

18

(d). (i). Apakah peranan tabung uji A di dalam ujikaji ini?

___________________________________________________________________________

(ii). Apakah tujuan minyak masak dimasukkan ke dalam tabung uji B?

___________________________________________________________________________

(iii). Mengapa air mendidih digunakan di dalam tabung uji B?

___________________________________________________________________________

[3 markah]

(e). Cadangkan cara bagaimana supaya biji benih dalam tabung uji D boleh bercambah

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[1 markah]

S12

13. (a). Bahan api fosil dan mineral merupakan sumber semula jadi yang tidak boleh diperbaharui.Pengekstrakan bahan-bahan ini secara berterusan dan besar-besaran menyebabkan bekalanpetroleum dan pelbagai jenis mineral lain di kerak bumi semakin berkurangan.

Jelaskan dua cara memelihara dan memulihara sumber bahan api semula jadi dan mineral.

(i). ___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(ii). ___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[4 markah]

Page 19: tuaran 1

19

(b). Banjir kilat dan banjir lumpur sering berlaku di kawasan tanah yang baharu dibuka untukpembangunan. Huraikan sebab dan akibat berlakunya banjir kilat dan banjir lumpur ini.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[4 markah]

(c). Rajah di bawah menunjukkan dua cara memelihara dan memulihara sumber asas bumi.

Jelaskan bagaimana dua cara di atas dapat memelihara dan memulihara sumber asas bumi?

(i). Penggunaan semula

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(ii). Kitar semula

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

S13

Cara memeliharadan memulihara

sumber asas bumiPenggunaan semula Kitar semula

Page 20: tuaran 1

20

14. (a). Rajah di bawah menunjukkan stesen jana kuasa nuklear

Jelaskan bagaimana penjanaan tenaga elektrik dalam stesen jana kuasa nuklear. Anda bolehmenggunakan carta alir untuk menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[4 markah]

(b). Rajah di bawah menunjukkan struktur asas transformer injak turun.

Reaktor nuklearStim

Penjana

Kondenser

Page 21: tuaran 1

21

Jelaskan dua perbezaan antara transformer injak naik dengan transformer injak turun

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

(c). Wayar bumi menyambungkan bahagian logam pada suatu alat elektrik secara langsung ke bumi. Iniakan dapat menyelamatkan pengguna daripada mengalami renjatan elektrik yang teruk atau matiakibat terkena renjatan elektrik.

Wajarkan pernyataan ini dengan menghuraikan kepentingan wayar bumi.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

(d). Rajah di bawah menunjukkan kotak agihan elektrik yang biasa terdapat di rumah.

Pemutus Litar Kebocoran Elektrik - ELCB

Pemutus Litar Miniatur - MCB

Suis Utama

Page 22: tuaran 1

22

Bagi menjamin keselamatan dalam pendawaian elektrik, Suruhanjaya Tenaga telah menetapkanperaturan dan standard dalam pendawaian elektrik di rumah. Antaranya ialah penggunaan PemutusLitar Miniatur (MCB) dan Pemutus Litas Kebocoran Bumi (ELCB) yang terdapat dalam kotak agihanberfius (DB).

Jelaskan kepentingan kedua-dua alat ini dalam menjamin keselamatan pendawaian elektrik di rumah.

(i). Pemutus Litar Miniatur (MCB)

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(ii). Pemutus Litar Kebocoran Bumi (ELCB)

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

S14

- : KERTAS SOALAN TAMAT : -

Disediakan oleh,

SYAMSUL BAHRI BIN AMIRUDDINGuru Mata Pelajaran Sains

SMK Desa Kencana, Lahad DatuSabah