transkrip

9
MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI 751122085370.HBEF2807 1 SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2012 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TRNSKRIP TEMUBUAL NAMA : MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI NO. MATRIKULASI : 751122085370001 NO. KAD PENGENALAN : 751122085370 NO. TELEFON : 0125338935 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM IPOH JALAN LIM BO SENG

Upload: maslamah-ahmad-razali

Post on 20-Jul-2015

1.066 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

1

MASLAMAH BY HJ AHMAD RAZALI

HBIS1203 751122085370001

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER

TAHUN 2012

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TRNSKRIP TEMUBUAL

NAMA : MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

NO. MATRIKULASI : 751122085370001

NO. KAD PENGENALAN : 751122085370

NO. TELEFON : 0125338935

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM IPOH

JALAN LIM BO SENG

Page 2: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

2

Penghargaan

Tugasan ini tugasan yang kedua iaitu membuat wawancara dengan tiga golongan iaitu

Kumpulan 1 : Individu yang berumur 55 tahun keatas

Kumpulan 2 : Individu yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

Kumpulan 3 : mereka yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun.

Tugasan ini memberi saya peluang untuk mendalami budaya-budaya yang ada di

Malaysia.Alhamdulillah saya telah membaca arahan tugasan ini sebelum hari deepavali, oleh itu

saya boleh membuat proses tugasan ini dengan tepat. Kebetulan di sekolah saya terdapat dua

orang guru India dan ramai murid india yang beragama Hindu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Ela Madhi, en Gunarajan dan Revina Priya

Mereka adalah orang yang telah memberi maklumat kepada saya memalui temuramah dan

kunjungan ke rumah mereka. Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan budaya,

memahami budaya dan amalan setiap bangsa akan mewujudkan suasana aman dan sejahtera

dalam masyarakat.Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi kerjasama bagi

menyiapkan tugasan ini.Saya merasa bertuah dan bangga menjadi warganegara Malaysia.

Kehidupan masyarakat dengan pelbagai budaya, bahasa dan agama memerlukan kita bersikapt

ialah sikap hormat menghormati dan bertolak ansur bagi mewujudkan suasana yang aman dan

tenteram.

Page 3: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

3

Saya telah membuat beberapa temubual bagi menyiapkan tugasan yang

kedua.Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang baik kepada saya . Begitulah indahnya

hidup di Malaysia, semua rakyat bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan. Berikut adalah

temu bual yang telah dijalankan;

Bagi kumpulan yang pertama saya telah menjalankan temubual dengan Puan Ela Madhi anak

perempuan Diayawu . Beliau seorang wanita india yang berumur 55 tahun. Beliau tinggal di

Kampung Keranji temubual ini telah dijalankan di sebuah kedai.

Cara menyambut deepavali

Puan Ela Madhi menyatakan beliau menyambut dengan meriah dan seronok bersama kawan.

Pada kebiasaannya pada hari pertama sambutan beliau hanya menyediakan juadah sayur-

sayuran. Pada hari kedua beliau akan menyediakan juadah daging ayam atau daging untuk

tetamu yang datang.

Perbezaan sambutan deepavali ketika muda dengan sekarang

Puan Ela menyatakan ketika muda beliau menyambut deepavali bersama kawan-kawan.

Manakala pada masa sekarang lebih kepada keluarga.

Upacara yang dilakukan pada hari deepavali

Baliau menerangkan pada pagi hari deepavali tersebut beliau akan menyapu minyak bijan ke

kepala dan membasuhnya dengan syampu siakai. Setelah itu beliau menjalankan upacara

sembahyang dirumah. Setelah selesai sembahyang beliau akan member restu kepada golongan

kepada yang muda selepas itu bersarapan bersama keluarga makanan sayur-sayuran.

Upacara sebelum deepavali

Puan Ela melakukan sambutan bagi memperingati orang yang telah meninggal dunia Beliau

telah kehilangan ayah.Hal ini menimbulkan kesedihan dalam hatinya.

Page 4: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

4

Hiasan deepavali

Puan Ela Madhi berpendapat hiasan “kolam“ haruslah di buat di ruang tamu supaya Dewi

Lakshimi datang kerumah. Selain hiasan “kolam” bunga dan lampu juga harus diletakkan di

ruang tamu.

Harapan ketika menyambut deepavali

Puan Ela berharap beliau akan menyambut deepavali dengan lebih meriah dengan kehadiran

semua sanak saudara.Beliau juga berharap upacara-upacara tradisi dapat dijalankan dengan

sempurna.

Seterusnya bagi kumpulan kedua saya telah menjalankan temubual dengan encik Gunarajan yang

berumur 51 tahun.Beliau tinggal di Taman emas Kampar

Maksud deepavali

En. Gunarajan menyatakan bahawa perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"

yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Dengan kata lain, Deepavali

bermaksud sebarisan lampu atau pelita·.Barisan pelita yang menjadi hiasan pada Hari

Deepavali.Cahaya daripada pelita yang terang menandakan kecerahan dan kebaikan mengatasi

kegelapan dan kejahatan.

Tujuan dan kepentingan sambutan deepavali.

En Gunarajan menyatakan perayaan hari deepavali disambut sebagai pesta meraikan

kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan

berperangai buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-nilai

kebaikan yang mengatasi nilai-nilai kejahatan.Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep

kepercayaan agama dan Hukum Karma. Mereka yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan

kejujuran itu akan mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan

pembalasan yang setimpal.

Page 5: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

5

Tarikh deepavali

Encik Gunarajan menyatakan perayaan hari deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan

Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).

Tempoh sambutan deepavali dijalankan.

Encik Gunarajan menyatakan di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari tetapi terpulang

kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahu.

Upacara-upacara dalam sambutan deepavali

Encik Gunarajan menerangkan di dalam sambutan deepavali terdapat beberapa upacara

diantaranya ialah upacara Jyothi Villaku. Upacara ini ialah salah satu upacara kerohanian khusus

yang diadakan pada mana-mana hari sebulan sebelum tibanya Deepavali ialah upacara

memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku. Upacara ini sebenarnya bersangkut-paut

dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa

Tamil.Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakan barangan sembahyang yang

paling asas seperti kemenyan,bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan.

Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar penganut Hindu tidak mengadakan upacara

ini. Saya juga telah tidak melakukan upacara ini.

Seterusnya upacara yang kedua ialah upacara pemujaan khas untuk memperingati sanak

saudara yang telah meninggal dunia.Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut

agamaHindu akan membuat upacara sembahyang untuk memperingati sanak saudara yang telah

pergi buat selama-lamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagai barangan untuk

dipersembahkan kepada roh-roh tersebut.Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada

baju yang cantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih

disimpan dalam keadaan baik. Selain itu,makanan kegemaran sanak saudara yang telah

meninggal dunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan dihadapan gambar mereka. Ini

diikuti dengan upacara berdoa serta menyeru roh yang biasanya diketuai oleh ketua

keluarga.Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli keluarga dan adakalanya ianya akan diberi

kepada haiwan. Saya masih menjalankan upacara ini , tetapi untuk mengumpulkan semua adik

beradik dan ahli keluarga agak sukar. Oleh itu kami buat secara ala kadar sahaja..

Page 6: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

6

Cara menyambut perayaan deepavali .

Encik Gunarajan menerangkan bahawa sambutan deepavali ini bermula pada waktu pagi seluruh

keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu

bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi

sebelum matahari terbit. Mandi minyak bijan ini bertujuan untuk membersihkan tubuh badan ,emosi dan

Selepas itu kami akan bersembahyang dirumah seterusnya bersembahyang ke kuil.

Hiasan deepavali

Encik Gunarajan menerangkan salah satu hiasan yang mesti ada ketika sambutan deepavali ialah

“Kolam”.Hiasan ini adalah bertujuan untuk menyambut Dewi Lakshimi, ia di buat dihadapan rumah.

Pada kebiasaannya ia dibuat oleh kaum perempuan iaitu ibu atau anak mertua.

Juadah tradisi ketika menyambut deepavali

Tuan : Pada kebiasaaannya saya akan menghidangkan juadah tradisional kaum india yang terkenal

seperti halwa dan laddu, muruku. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada

pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer”

campuran masala bersama yourgart dan kari dal.makanan lebih pelbagai kerana yang datang adalah

pelbagai bangsa

Pakaian tradisi ketika menyambut deepavali .

En. Gunarajan menyatakan pakaian tradisi kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk

kaum wanita yang telah berkahwin manakala bagi wanita yang belum berkahwin mereka memakai salwa

khamis . Pakaian “Dhoti” pula adalah untuk kaum lelaki.

Perbezaan sambutan deepavali sekarang

Encik Gunarajan menyatakan bahawa pada masa dahulu ia hanya disambut oleh kaum india tetapi pada

masa sekarang sambutan deepavali lebih bercorak universal kerana pengaruh masyarakat majmuk. Beliau

berpendapat ia adalah satu perkembangan yang positif.

Page 7: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

7

Bagi kumpulan yang ketiga saya telah menjalankan temubual dengan seorang murid tahun 5 iaitu Revina

Priya anak perempuan Vinmanirajan yang berumur 11 tahun. Adik Revina tinggal di Taman

Pelangi.Adik Revina beragama Hindu dan menyambut deepavali. Adik Revina menyatakan dia

menyambut deepavali di rumah

Cara menyambut deepavali

Adik Revina mengatakan bahawa dia menyambut deepavali, diantara perkara yang dibuat ketika

sambutan hari deepavali mandi minyak bijan, sembahyang di rumah dan di kuil. Adik Revina juga akan

memakai pakaian “deepa” yang baru berwarna biru.

Perasaan ketika sambutan deepavali

Adik Revina menyetakan dia seronok ketika sambutan deepavali kerana mendapat baju yang baru, dapat

duit raya dan dapat berjumpa sanak saudara.

Upacara ketika sambutan deepavali

Adik Revina menyatakan bahawa dia melakukan upacara jyothi Vilaku dengan membawa pelita-pelita

kecil dan diletakkan di tempat sembahyang. Selain itu Ibu Revina juga akan membuat “kolam” di

hadapan rumah.

Page 8: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

8

Rumusan

Melalui temu bual yang telah dijalankan adalah dapat dirumuskan bahawa perayaan

deepavali adalah merupakan satu perayaan yang besar dan penuh bermakna bagi penganut

agama Hindu. Pelbagai upacara perlu dilakukan sebelum dan pada hari deepavali namun seperti

perayaan lain di dalam negara ini pertembungan budaya berlaku menyebabkan terdapat beberapa

upacara diubah dan disuaikan dengan suasana masyarakat majmuk. Ia adalah satu perkembangan

yang positif bagi menguatkan perpaduan dan persefahaman .Perayaan deepavali telah menambah

satu keunikan budaya di Malaysia , malah ia telah menjadi satu daya penarik bagi pelancongan di

Malaysia. Bukan sahaja budaya yang telah diintegrasikan, makanan juga adalah satu perkara

yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Roti canai , muruku dan kari telah

menjadi hidangan orang melayu dan cina. Hidangan semasa deepavali juga telah berubah

terdapat hidangan masakan daging , supaya tetamu boleh menikmati makanan.

Bagitu juga dengan pemberian duit raya, setiap kanak-kanak mendapat duit raya.Oleh itu,

kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-saudara merapatkan hubungan,

malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya ia

mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan

di antara pelbagai kaum.

Sebagai warganegara Malaysia kita haruslah menghormati hari raya setiap bangsa yang

hidup di Malaysia.Sikap hormat menghormati akan mewujudkan keharmonian dalam hidup

masyarakat.Setiap individu perlulah mengamalkan sikap tolak ansur dalam kehidupan

bermasyarakat.Namun sebagai orang islam kita mempunyai batas-batas tertentu dalam meraikan

perayaan kaum lain. Deepavali adalah satu perayaan keagamaan, oleh itu umat islam dilarang

untuk meraikannya di kuil atau menyertai upacara keagamaan mereka.

Seperti kebiasaannya masyarakat di Malaysia pasti ada acara rumah terbuka. Pada masa

tersebut , adalah masa yang sesuai kita kita berziarah atas dasar jiran dan sahabat.. Walaupun

kepercayaan mereka adalah berlawanan dengan aqidah umat Islam, namun umat Islam dilarang

untuk menghina agama lain.

Page 9: Transkrip

MASLAMAH BT HJ AHMAD RAZALI

751122085370.HBEF2807

9

Seterusnya saya telah menjalankan temubual bersama murid sekolah saya yang bernama ____________

Dia adalah seorang penganut agama Hindu.

Saya : Apa khabar ___________? Saya nak tanya awak tentang sambutan perayaan deepavali,

Dimana awak menyambut deepavali,

Pelajar : Saya menyambut deepavali di kampung saya,----------------

Saya : Bagaimanakah awak menyambut perayaan deepavali?

Pelajar: Saya menyambut deepavali bersama semua keluarga seperti mak saudara, sepupu ,bapa saudara

dan nenek saudara. Kami akan berkumpul di rumah nenek saya dikampung Keranji