transforrmasi

34
PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA Risalah Khas Sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1436H Peringkat Kebangsaan Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizam Mas’od transforrmasi.indd 1 10/28/14 1:29 PM

Upload: putih-kertas

Post on 09-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

amek

TRANSCRIPT

Page 1: transforrmasi

PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

Risalah KhasSempena Sambutan Ma’al Hijrah

1436H Peringkat Kebangsaan

Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizam Mas’od

transforrmasi.indd 1 10/28/14 1:29 PM

Page 2: transforrmasi

Cetakan Pertama 2014© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Diterbitkan oleh:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Atur huruf dan Rekabentuk Berkomputer oleh: Visual Print Sdn. Bhd. No. 47, 47-1, Jalan Damai Raya 1, Alam Damai, Cheras 56000 Kuala Lumpur.

transforrmasi.indd 2 10/28/14 1:29 PM

Page 3: transforrmasi

4 MUKADDIMAH

Latar Belakang Hijrah dan Transformasi Negara

7 TERAS UTAMA TRANSFORMASI

1. Kesatuan dalam Aqidah

2. Kesatuan dalam Fikrah (Islamic Worldview)

3. Kesatuan dalam Matlamat (Maqasid al-Syari’ah)

4. Kesatuan dalam Tindakan

5. Kesatuan dalam Menghadapi Cabaran

30 PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

32 KESIMPULAN

KANDUNGAN

transforrmasi.indd 3 10/28/14 1:29 PM

Page 4: transforrmasi

4

MUKADDIMAH

Latar Belakang Hijrah dan Transformasi Negara

Syukur kepada Allah SWT, dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu sekali lagi dalam tahun baru hijrah 1436H. Sesungguhnya tiada tarikh yang lebih penting bagi umat Islam selain daripada tarikh-tarikh mengingati sejarah perjuangan Nabi SAW dan generasi umat Islam terdahulu.

Sesungguhnya sambutan Ma’al Hijrah memberi makna yang amat bernilai bagi umat Islam di Malaysia sejak zaman berzaman. Slogan Ma’al Hijrah dalam bahasa Arab yang bererti “Bersama Berhijrah” merupakan lambang solidariti umat Islam di negara ini dalam memperingati, menghayati dan melaksanakan perjuangan yang ditinggalkan oleh Nabi SAW.

Bagi umat Islam di seluruh dunia, tarikh 1 Muharram adalah merupakan awal perkiraan tahun dalam taqwim hijri. Ia bukanlah bererti Nabi SAW berhijrah pada 1 Muharram seperti sangkaan sesetengah pihak. Sejarawan Islam telah menukilkan bahawa permulaan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Mekah adalah pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian dan sampai ke Madinah pada 12 Rabi’ulawwal.(Al-Mubarakfuri: 163-172)

Sedangkan penetapan bulan Muharram sebagai bulan yang pertama dalam taqwim Islam adalah berdasarkan ijtihad Sayyiduna ‘Umar al-Khattab RA selaku khalifah pada ketika itu. Al-Hafiz al-Imam Ibn Kathir menyebut dalam karyanya al-Bidayah wa al-Nihayah: Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada ‘Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh sepertimana orang bukan Arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab ‘Umar: “Cadangan yang baik.” Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?” Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi

PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

transforrmasi.indd 4 10/28/14 1:29 PM

Page 5: transforrmasi

5

SAW ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun Rasulullah SAW berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram” kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (Ibn Kathir: 3/252).

Justeru, bermula pada zaman Sayyiduna ‘Umar al-Khattab RA, maka umat Islam telah meletakkan taqwim hijrah sebagai kalendar bagi perkiraan hari, bulan dan tahun. Malah penggunaan taqwim hijrah dalam sesebuah kerajaan Islam pada hari ini telah dianggap sebagai salah satu syiar Islam yang sewajarnya dipertahankan dan dipergiatkan lagi penggunaannya sama ada untuk urusan rasmi mahupun tidak rasmi, daripada peringkat peribadi sehinggalah ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting daripada itu adalah penghayatan terhadap semangat dan prinsip-prinsip perjuangan yang terkandung dalam makna hijrah tersebut. Ia jauh lebih utama untuk disuburkan berbanding hanya sekadar melaung-laungkan slogan Ma’al Hijrah tanpa memahami dan menghayati isi dan inti perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah berkenaan.

Hijrah dari sudut bahasa bererti meninggalkan (al-tark) dan berpindah (al-intiqal). Dari sudut syarak, hijrah bererti berpindah dari tempat yang tidak aman ke tempat yang aman, dari negara kufur ke negara Islam dan meninggalkan segala kemungkaran. Antaranya bersandarkan firman Allah SWT dalam surah al-Muddassir ayat 5 yang bermaksud: “Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi (berhijrah)”. (Abu Safiyyah: 19).

Ini bermakna, definisi hijrah bukan tertakluk hanya kepada makna penghijrahan fizikal semata-mata. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, namun jihad dan juga niat…” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kefahaman hadith ini lebih jelas lagi menerusi riwayat lain daripada Mujasyi’ bin Mas’ud al-Sulami yang menceritakan bahawa beliau telah mendatangi Nabi SAW untuk berbai’ah demi berhijrah dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hijrah telah selesai untuk ahlinya, tetapi (berbai’ah) demi Islam, jihad dan kebaikan.” (Riwayat Muslim).

transforrmasi.indd 5 10/28/14 1:29 PM

Page 6: transforrmasi

6

Ini menunjukkan bahawa erti kata hijrah itu amat luas malah ia boleh diimplementasikan dalam pelbagai bentuk dan peringkat termasuk dalam merangka polisi dan dasar sesebuah kerajaan. Justeru, amat bertepatan sekali jika semangat Ma’al Hijrah dapat diadaptasikan ke dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini.

Sebagaimana maklum, GTP diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada bulan April 2009. Dua objektif utama GTP adalah; pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Selaras dengan hasrat tersebut, maka adalah amat tepat sekali apabila sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini meletakkan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” sebagai tema di peringkat nasional. Ini kerana, peristiwa hijrah Nabi SAW, tidak diragukan lagi merupakan lambang perpaduan umat Islam sejak zaman berzaman. Ia terbukti menjadi pemacu dan pemangkin terhadap kemajuan ummah ketika Islam pernah menjadi peneraju kepada ketamadunan dunia suatu ketika dahulu.

Lantaran itu, alangkah indah dan berbahagianya umat Islam, jika agenda transformasi negara yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, direalisasikan berteraskan asas-asas dan prinsip-prinsip hijrah dan perpaduan Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara. Semoga dengan itu, hasrat untuk mencapai konsep “Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur” atau “Negara Yang Baik dan Diampuni Tuhan” dimakbulkan oleh Allah SWT.

transforrmasi.indd 6 10/28/14 1:29 PM

Page 7: transforrmasi

7

TERAS UTAMA TRANSFORMASISehubungan dengan tema Ma’al Hijrah pada kali ini, terdapat lima teras utama yang perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi memenuhi konsep perpaduan sepertimana yang dikehendaki oleh Islam bagi melestarikan semua agenda perubahan mahupun transformasi yang ingin dijayakan. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:

1) Kesatuan dalam Aqidah2) Kesatuan dalam Fikrah (Islamic Worldview)3) Kesatuan dalam Matlamat (Maqasid al-Syari’ah)4) Kesatuan dalam Tindakan5) Kesatuan dalam Menghadapi Cabaran

1. Kesatuan Dalam Aqidah

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah merupakan kelangsungan terhadap perutusan Rasulullah SAW sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab membersihkan umat manusia daripada aqidah syirik kepada aqidah tauhid. Ini adalah tugas utama setiap nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT ke dunia ini termasuk Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 2 yang bermaksud:

“Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Justeru, aqidah adalah aspek yang amat penting dalam kehidupan manusia. Apa jua yang dilakukan, tanpa mengira isu atau permasalahan, kesemuanya kembali kepada aqidah yang menjadi pegangan. Dengan aqidah, ia menjadi penghubung antara manusia dengan pencipta-Nya. Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an sambil menyeru agar kesemua manusia berpegang dengan tali-Nya (agama-Nya yang haq). Firman Allah SWT dalam surah Ali - ‘Imran ayat 103 yang bermaksud:

transforrmasi.indd 7 10/28/14 1:29 PM

Page 8: transforrmasi

8

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (aqidah Islam yang haq), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Pada tempat yang lain, al-Qur’an mengingatkan agar umat Islam tidak sesekali tersasar daripada jalan yang lurus, bahkan hendaklah hanya berpegang kepada aqidah yang diwariskan oleh Nabi SAW kepada kita tanpa mengikuti aqidah-aqidah sesat yang selainnya. Ini merupakan isyarat yang jelas agar umat Islam bersatu padu atas paksi aqidah yang sama. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (aqidah Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari aqidah Islam yang haq), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Ayat ini menunjukkan kewajipan agar umat Islam berpegang teguh dan bersatu padu di bawah aqidah yang benar. Oleh yang demikian, tiada pilihan lain bagi umat Islam kecuali hendaklah berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Sesungguhnya inilah satu-satunya aqidah yang menjamin keselamatan manusia di dunia dan di akhirat.

Dalam konteks di Malayia, kita amat bertuah kerana Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang berteraskan dasar Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Aqidah, syariah dan akhlak ummah sentiasa dipelihara agar selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam dasar tersebut. Dasar ini jelas termaktub menerusi Perkara3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

Manakala tafsiran ‘Islam’ dalam perlembagaan telah diperincikan lagi menerusi keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

transforrmasi.indd 8 10/28/14 1:29 PM

Page 9: transforrmasi

9

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 yang telah memutuskan:

i. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak;

ii. Memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”

iii. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;

iv. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada Undang-undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja;

v. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-42/2011 telah memutuskan bahawa definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah: “Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah, syariah dan akhlak.”

Penjelasan definisi:

a) Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf. (Asya’irah dan Maturidiyyah).

transforrmasi.indd 9 10/28/14 1:29 PM

Page 10: transforrmasi

10

b) Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluarkan Khawarij, Syi’ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu’tazilah, Anti-Hadith, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya.

c) Mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

Sekilas Sejarah Ahli Sunnah Wal-Jamaah di Malaysia

Dari satu generasi ke satu generasi, telah terbukti bahawa dengan kesatuan aqidah yang dianuti, maka negara kita terus membangun dan berkembang maju dalam keadaan aman dan sentosa. Sesungguhnya perkembangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di Malaysia adalah seiring dengan perluasan pengaruh mazhab Asya’irah-Maturidiyah di Nusantara sebagai pegangan tradisi. Pada zaman keagungan Acheh sejak abad ke-17, berkembanglah aliran Kalam dalam pengajian Usul al-Din, baik menurut fahaman Asya’irah mahupun Maturidiyyah.

Antara tokoh yang mempeloporinya ialah Bukhari al-Jawhari pengarang kitab Taj al-Salatin yang membahaskan tentang mengenal diri dan Tuhan sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Imam al-Ghazali. Kitab ini bukan sahaja dianggap sebagai kitab pertama yang menonjolkan fahaman Asya’irah menurut tafsiran Imam al-Ghazali bahkan mungkin merupakan kitab pertama dalam Bahasa Melayu yang diketahui nama penyusunnya.

Selain itu terdapat dua orang ulama besar yang membahaskan persoalan Kalam ini, iaitu Syeikh Nur al-Din al-Raniri (1658) dan Syeikh Abd al-Rauf Fansuri (1620-1693). Mengenai Nur al-Din beliau membincangkan fahaman Maturidiyyah yang bermazhab Hanafi dengan menterjemahkan kitab Syarh al-‘Aqaid al-Nasafiyah oleh Sa’d al-Din al-Taftazani dan diberi judul Durrat al-Faraid bi Syarh al-‘Aqaid. Sebenarnya kitab al-Taftazani ini berasaskan karangan ‘Umar ibn Muhammad al-Nasafi (m. 1143). Al-Nasafi dan al-Taftazani adalah ulama Hanafiyah dalam bidang fiqah.

transforrmasi.indd 10 10/28/14 1:29 PM

Page 11: transforrmasi

11

Pengaruh ajaran Maturidiyyah juga dapat dilihat dalam karya Nur al-Din al-Raniri yang berjudul Hidayat al-Imam yang membincangkan masalah zat, sifat dan perbuatan Allah SWT serta kebenaran Rasul dan rukun Islam yang lima. Sewaktu membahaskan persoalan zat dan sifat Allah SWT itu, beliau turut terbawa-bawa dengan pembahagian sifat ma’ani dan ma’nawiyah yang dikatakan pengaruh Maturidiyyah, kerana dalam ajaran Asya’irah tidak terdapat sifat-sifat itu.

Mengenai Abdul al-Rauf Fansuri yang juga dikenali dengan nama Abdul Rauf Singkil, kupasannya tentang Ilmu Kalam terkandung dalam kitab tasawufnya yang bertajuk Umdat al-Muhtajin yang dianggap sebagai ulama yang pertama mengajarkan Sifat Dua Puluh. Beliau mengupas sifat wajib, mustahil dan harus atau jaiz bagi Allah SWT. Mengenai sifat wajib yang berjumlah dua puluh itu beliau membahagikannya kepada empat kategori: nafsiyah, salbiah, ma’ani dan ma’nawiyah. Selain itu beliau juga menyentuh tentang sifat yang wajib dan mustahil bagi Rasulullah SAW.

Pada abad ke-18, Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Ashi telah menterjemahkan serta mengubahsuai kitab yang bertajuk Umm al-Baharin oleh al-Sanusi yang membahas tentang ajaran Sifat Dua Puluh kemudiannya diberi tajuk Bidayat al-Hidayah. Selepas itu muncullah beberapa buah kitab tentang Ilmu Kalam yang berasaskan kitab Umm al-Baharin itu. Antaranya ialah Zuhrat al-Murid fi Bayani Kalimat al-Tawhid oleh Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun 1764 di Makkah. Syeikh Nawawi Bentan juga ada menyusun sebuah kitab syarah Umm al-Baharin yang bertajuk Zari’at al-Yaqin.

Kemudian pada abad ke-19 muncul lagi kitab-kitab Ilmu Kalam yang membahaskan tentang ajaran Sifat Dua Puluh itu. Antara kitab yang terpenting ialah “Ini Kitab Sifat Dua Puluh” oleh Sayid Uthman Ibnu Yahya al-Betawi pada tahun 1886. Begitu juga kitab bertajuk Siraj al-Huda yang disusun oleh Muhammad Zayn al-Din ibnu Muhammad Badawi al-Sambawi sekitar tahun 1885-1886 dan juga kitab yang bertajuk ‘Aqidah al-Najin yang ditulis oleh Zayn al-‘Abidin Muhammad al-Fatani pada tahun 1890.

Pada abad ke-20 juga terdapat seorang alim yang produktif dalam bidang penulisan iaitu Syeikh Dawud ibn ‘Abdullah al-Fatani. Antara kitab-

transforrmasi.indd 11 10/28/14 1:29 PM

Page 12: transforrmasi

12

kitabnya yang membahas tentang Sifat Dua Puluh ialah al-Durr al-Thamin dan sebuah kitab tulisan tangan bertajuk Sifat Dua Puluh. Di Kelantan terdapat tokoh Haji ‘Abd al-Samad ibnu Muhammad Salih (1840-1891) yang terkenal dengan gelaran Tuan Tabal turut membahaskan masalah Sifat Dua Puluh dalam kitabnya yang bertajuk Bi Kifayat al-‘Awwam.

Di Kedah pula terdapat seorang ulama yang berasal daripada keturunan Muhammad Arshad al-Banjari iaitu Muhammad Tayb ibnu Mas’ud al-Banjari yang membahaskan ajaran Sifat Dua Puluh dalam kitabnya bertajuk Miftah al-Jannah. (Lihat tulisan Abdullah Abdul Rahman dalam Pemikiran Islam Di Malaysia, Sejarah dan Aliran)

Fakta-fakta ini, jelas menunjukkan betapa umat Melayu Islam di Tanah Melayu, telah turun temurun menganut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah berteraskan aqidah Asya’irah dan Maturidiyyah. Oleh itu apa jua aqidah yang bersalahan dengan disiplin ini akan disekat atas alasan ianya bercanggah dengan asas-asas aqidah Islam yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kesesatan selain merosakkan perpaduan.

Seluruh umat Islam bersatu di bawah aqidah yang haq iaitu aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Manakala anutan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi tradisi di Malaysia adalah merujuk kepada pengikut mazhab fiqh beraliran Syafi’iyyah dan dari segi teologinya beraliran Asya’irah. Manakala dari segi akhlak atau rohaniahnya adalah dipengaruhi oleh pandangan-pandangan Imam al-Ghazali (505H) (Lihat tulisan Uthman el-Muhammady dalam Pangkalan Rantau Asia Pasifik Sebagai Kawasan Yang Mengamalkan Pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah)

Hanya dengan kesatuan aqidah, ia akan menjamin perpaduan umat Islam yang benar-benar tulus dan jitu di samping mengekalkan keamanan negara.

2. Kesatuan dalam Fikrah (Islamic World view)

Islam datang bukan hanya sekadar membawa aqidah semata-mata, tetapi menawarkan suatu transformasi menyeluruh terhadap sudut pandang manusia kepada alam. Ketika pahlawan Islam Rib’iy bin Amir berhadapan dengan Rustum, panglima tentera Parsi dalam peperangan al-Qadisiyyah,

transforrmasi.indd 12 10/28/14 1:29 PM

Page 13: transforrmasi

13

beliau telah mengungkapkan suatu kalimah hebat yang padat, jelas lagi tegas dalam memaknakan keseluruhan isi ajaran Islam. Beliau mengatakan: “Allah SWT telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia yang Dia kehendaki dari penyembahan terhadap hamba kepada penyembahan terhadap Allah SWT semata-mata, dari kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” (Tarikh al-Tabari: 2/401)

Fikrah adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud fikiran atau pemikiran. Dalam risalah ini, kesatuan dalam fikrah yang dimaksudkan ialah kesatuan dalam memandang alam ini dari sudut pandang Islam yang sebenar. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai Islamic worldview. Kewujudan pelbagai bentuk ideologi dan isme pada hari ini terutamanya apa yang datang dari Barat, adalah amat penting umat Islam memiliki kesatuan fikrah yang jelas dan ampuh dalam menanggapi kesemua ideologi dan isme tersebut.

Dunia yang semakin terbuka akibat kepesatan teknologi masa kini, tiada siapa dalam kalangan umat Islam yang mampu menyekat dirinya daripada terdedah kepada pengaruh pemikiran Barat. Ia ditakrifkan sebagai serangan pemikiran atau ideologi juga dikenali sebagai al-ghazwu al-fikri di dalam bahasa Arab. Ia adalah satu istilah kontemporari yang amat popular dalam kalangan umat Islam. Sebagai serangan yang bukan berbentuk fizik, ia mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan brain washing atau dengan istilah lain thought control atau ideological reform. Setiap ideologi atau ajaran akan mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha meyakinkan pihak luar dengan pelbagai cara. (Rifyal Ka’bah: 11).

Serangan pemikiran ini apabila dilihat dari susunan katanya sudah jelas bahawa yang dimaksud dengan serangan itu bukanlah secara fizik seperti menggunakan senjata atau apapun yang berhubungan dengan gerakan fizik seperti kekerasan, tetapi lebih merupakan serangan sepintas lalu yang tidak kelihatan atau tidak disedari tetapi mampu menembus akal yang menentukan gerak tubuh dan perilaku seseorang.

Penggunaan istilah al-ghazwu al-fikri dalam kalangan umat Islam, sebenar bermaksud ghazwu al-fikri al Islami atau serangan yang ditujukan kepada pemikiran Islam oleh lawan pemikiran itu sendiri. Serangan ini biasanya difahami berasal dari dunia Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap agama dan umat Islam. (Anwar al-Jundi: 11-12).

transforrmasi.indd 13 10/28/14 1:29 PM

Page 14: transforrmasi

14

Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan usaha westernisasi yang dilakukan oleh pihak Barat. Westernisasi berasal dari perkataan Inggeris Westernization yang membawa erti proses membaratkan sebuah negara. (Kamus Dwi-Bahasa: 1428). Manakala menurut Hafiz Muhammad al-Ja‘bari, westernisasi membawa maksud gerakan yang menyeru kepada kebangkitan atas dasar konsepsi Barat sehingga mengakibatkan terjadinya proses urbanisasi, modernisasi dan perindustrian ke dalam sistem budaya dan berdirinya tidak berpaksi pada Islam yang murni. (Ja’bari: 60).

Malah antara dua matlamat gerakan westernisasi atau pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan (empirik) dan tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. (Anwar al-Jundi: 9)

Berasaskan matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam seumpama sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, hedonisme, feminisme dan lain-lain. Ia ditambah pula dengan proses globalisasi yang sedang berlaku di seluruh dunia, maka ia telah menghasilkan suatu perubahan yang agak drastik terhadap pegangan akidah dan pemikiran umat Islam. Bagi melanjutkan perbahasan ini, dibentangkan dua comtoh ideologi utama Barat yang dilihat boleh mengancam dan menjejaskan sudut pandang umat Islam terhadap alam.

Sekularisme

David Marten menyatakan istilah sekularisme berasal dari bahasa Latin saeculum iaitu secular yang mempunyai banyak dan luas pengertiannya seperti juga perkataan religion. (David Marten: 48) Prof. Dr. H.M. Rashidi menyatakan sekularisme adalah sistem etika dan falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan manusia tanpa kepercayaan kepada Tuhan dan Kitab Suci atau kehidupan di kemudian hari. (H.M. Rashidi: 20)

transforrmasi.indd 14 10/28/14 1:29 PM

Page 15: transforrmasi

15

Shiner dalam jurnalnya, The Concept of Secularization in Empirical Research menghuraikan pengertian sekularisme ini kepada enam. Iaitu kemerosotan agama, pemindahan orientasi perhatian manusia dari dunia lain kepada dunia ini, kerenggangan masyarakat daripada agama, peralihan kepercayaan dan aktiviti suci kepada sekular semata-mata, dunia secara beransur-ansur akan hilang ciri-ciri sakralnya di mana akhirnya manusia tidak percaya kepada kekuasaan Tuhan (Humanisme) dan pembaharuan masyarakat kudus kepada masyarakat sekular. (Michael Hil: 228)

Menurut kamus Dewan, perkataan sekular ini diertikan sebagai duniawi. (Kamus Inggeris Melayu DBP: 886). Manakala kamus Oxford pula ialah keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan kerohanian. (As Hornby: 771).

Sekularisme adalah fahaman yang mengasingkan urusan keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkasnya, fahaman yang ingin membebaskan diri daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan.

Sekularisme Bertentangan dengan Islamic worldview

Fahaman sekuralisme amat bertentangan dengan Islamic worldview. Sekularisme cuba memisahkan agama daripada segenap bidang kehidupan termasuk politik atau pentadbiran negara, sosial dan ekonomi. Sekularisme berusaha menjadikan agama hanya bagi amalan-amalan ritual semata-mata. Fahaman seumpama ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah ad-din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia terangkum dalam firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Menurut Ibnu al-Jawzi (w. 597h), “dan hidupku” dalam ayat ini bermaksud seluruh kehidupanku dalam ketaatan kerana Allah SWT. (Ibn al-Jawzi: 3/161). Oleh yang demikian menjadi suatu kewajipan bagi seorang Muslim mentaati syariah dan titah perintah Allah SWT dalam

transforrmasi.indd 15 10/28/14 1:29 PM

Page 16: transforrmasi

16

seluruh aspek kehidupannya termasuk politik, sosial dan ekonomi. Sedia maklum bahawa perihal politik, sosial dan ekonomi adalah termasuk dalam hukum-hakam syariah yang melibatkan amal perbuatan zahir manusia. Jika hukum-hakam syariah ditolak, ini bermakna Islam hanya akan tinggal di hati dan di bibir semata-mata.

Humanisme

Istilah humanisme sebagaimana yang difahami pada hari ini adalah merujuk kepada satu sistem pemikiran atau isme yang memberi penekanan terhadap nilai kemanusiaan dan kebajikannya. Fahaman ini juga telah menafikan kebergantungan manusia kepada unsur agama dan agama dilihat sebagai suatu yang menyusahkan hidup manusia. (Lawrence C. Becker: 800).

Fahaman humanisme telah muncul di Itali seawal abad ke-14 dan seterusnya telah meluas ke seluruh dunia Eropah. Namun, sehingga abad ke-18, pengertian dan konsepnya adalah tidak jelas dan difahami bukan sebagaimana pemahaman pada hari ini. Ia berkisar aspek pendidikan dan keintelektualan. Golongan humanis pada ketika itu adalah merujuk kepada cerdik-pandai yang mendalami dan menguasai ilmu-ilmu seperti ilmu sejarah, tatabahasa, kesusasteraan klasik, falsafah moral dan sebagainya. Pada peringkat ini karya-karya klasik karangan Aristotle dan Plato dikaji dan dibahaskan dengan mendalam. Mereka juga telah mengkaji tentang manusia, idea-idea agung dan kesenian klasik. (Lawrence C. Becker: 800).

Menurut Ali Shari‘ati, humanisme menekankan peranan akal fikiran, budi-pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia sendiri dalam menyelesaikan segala perkara yang terdapat dalam dunia ini. Semua benda dinilai dengan logik akal manusia yang sudah pastinya terbatas. Manusia bagi pendukung aliran humanisme ini telah disifatkan sebagai mempunyai nilai moral sejak azali lagi dan akan bersikap baik sekalipun tidak berpegang kepada ajaran agama dan tidak percaya kepada Tuhan. (Ali Shariati: 23)

James R.Ozinga pula menjelaskan bahawa tiada sebarang kebaikan yang terkandung dalam gagasan humanisme tersebut. Ia adalah mirip

transforrmasi.indd 16 10/28/14 1:29 PM

Page 17: transforrmasi

17

atau serupa dengan fahaman atheisme yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Manusia adalah makhluk bijak yang boleh mengurus atur kehidupan dan mampu menangani segala permasalahan yang timbul walaupun tanpa petunjuk agama. Agama menurut pendukung aliran ini hendaklah dihapuskan sekiranya seseorang itu ingin mencapai jati dirinya. (R. Oginza: 237).

Daripada faham humanisme inilah tercetusnya perjuangan Hak Asasi Manusia (HAM) di Barat. Di peringkat antarabangsa, perjuangan menuntut hak asasi sememangnya telah menjadi agenda suci. Ia bermula dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (PHAMS 1948). Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Antara komuniti dunia terkuat yang mendukung perjuangan hak asasi ialah masyarakat Eropah sehingga mereka telah memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota komuniti Eropah.

Antaranya beberapa perkara yang dikatakan sebagai HAM oleh PHAMS 1948 ialah seperti Perkara16(1): “Men and women of full age, without any limitation duetorace, nationality or religion, have the right to marry and to found a family.They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its dissolution.”

Bagi penganut Islam perkara ini sudah pasti bertentangan dengan syariat Islam yang telah menentukan hukum-hakam berkaitan perkahwinan. Begitu juga Perkara18: “Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom,either alone or in community with others and in public or private, to manifest this religion or belief in teaching, practice, worship and observance.”

Bagi Islam, Perkara18 jelas tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat Islam dalam beragama.

transforrmasi.indd 17 10/28/14 1:29 PM

Page 18: transforrmasi

18

Fahaman Humanisme Bertentangan dengan Islamic Worldview

Dalam Islam, hubungan antara manusia dengan Tuhan (agama) tidak terpisah dan tidak boleh sekali-kali dipisahkan. Hubungan yang wujud adalah didasari dengan asas tauhid. Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang mengakui kekuasaan Allah SWT dan mempunyai kemampuan yang amat terbatas, meskipun diberi akal fikiran yang waras. Justeru, humanisme moden cetusan Karl Marx yang melihat manusia sebagai kejadian sempurna yang tidak perlu kepada agama ternyata bertentangan dengan prinsip Islam.

Menurut Islam, manusia tidak mutlak dan kemampuan manusia adalah terbatas. Walaupun manusia mempunyai kelebihan, namun ia juga mempunyai banyak kekurangan dan secara fitrahnya manusia sentiasa terarah untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran. Justeru, jiwa manusia amat memerlukan agama untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia ini.

Menjadi seorang Muslim yang humanis seperti yang dibawa oleh Barat, boleh menjejaskan pegangan aqidah seseorang Muslim. Ini kerana seorang humanis menolak sebarang petunjuk daripada agama sedangkan Allah SWT telah menurunkan al-Qur’an dan mengutuskan Rasul-Nya SAW sebagai petunjuk buat keseluruhan manusia. Dalamnya terkandung perintah dan larangan yang menyentuh segala amal perbuatan dan tindak-tanduk manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Islam telah dikurniakan oleh Allah SWT dalam bentuk yang amat bersesuaian dengan naluri dan fitrah manusiawi. Oleh itu, sebarang pelanggaran terhadap syariat Allah SWT atas alasan memenuhi hak asasi adalah pendustaan semata-mata dan bertentangan dengan fitrah asal kejadian manusia.

Kepentingan Kesatuan dalam Fikrah

Berdasarkan dua contoh serangan pemikiran Barat dalam sudut pandang terhadap kehidupan seperti yang dibentangkan di atas, maka dapat difahami tiada cara lain bagi umat Islam untuk mendepani sudut pandang hidup (worldview) Barat yang pincang itu kecuali dengan mengemukakan sudut pandang Islam mengenai kehidupan. Justeru, kita dapati para ulama masa kini telah berusaha memberikan terjemahan terhadap Islamic

transforrmasi.indd 18 10/28/14 1:29 PM

Page 19: transforrmasi

19

worldview dengan pelbagai istilah. Misalnya, Maulana al-Mawdudi mengistilahkannya dengan Islami Nazariat, Sayyid Qutb menggunakan istilah al-Tasawwur al-Islami, Mohammad Alif al-Zayn menyebutnya al-Mabda’ al-Islami, Prof. Syed Naquib al-Attas menamakannya Ru’yatul Islam lil Wujud.

Meskipun istilah yang dipakai berbeza-beza, pada umumnya para ulama bersepakat bahawa Islam mempunyai cara pandangnya yang tersendiri terhadap segala sesuatu. Penggunaan kata sifat Islam menunjukkan bahawa istilah worldview sejatinya adalah neutral. Ertinya sebagaimana agama dan peradaban lain mempunyai worldview, vision atau mabda’ (prinsip), maka Islam juga memiliki sudut pandangnya tersendiri. Oleh itu, sudut pandang Islam terhadap kehidupan ini atau yang disebut Islamic worldview perlu menjadi pedoman yang jelas dalam fikrah setiap umat Islam bagi memastikan agenda transformasi yang dilaksanakan adalah selaras dan bertepatan dengan wahyu dan fitrah kejadian alam.

3. Kesatuan dalam Matlamat (Maqasid al-Syari’ah)

Allah SWT telah merakamkan di dalam al-Qur’an al-Karim betapa penghijrahan yang dilakukan oleh golongan muhajirin itu adalah hanya dengan satu matlamat. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mencari redha Allah SWT dengan memperjuangkan agama Allah SWT dan Rasul-Nya. Inilah sebenar-benar dan setinggi-tinggi matlamat seorang Mukmin. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 8 yang bermaksud: “(pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya, serta menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).”

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah menegaskan dalam hadith Jibril yang masyhur, bahawa perkara paling utama yang dinilai oleh Allah SWT dalam melakukan penghijrahan atau transformasi adalah terletak kepada niat. Niat dengan kata lain bermaksud matlamat atau objektif. Ini bermakna matlamat yang betul akan menghasilkan natijah yang betul, namun jika matlamatnya salah maka ia akan menghasilkan natijah yang gagal.

transforrmasi.indd 19 10/28/14 1:29 PM

Page 20: transforrmasi

20

Justeru, dalam apa jua agenda transformasi yang ingin dilakukan oleh sesebuah negara Islam, ia hendaklah didasari oleh matlamat yang telah diletakkan oleh syarak yang juga dinamakan sebagai Maqasid al-Syari’ah. Sewajarnya umat Islam daripada pemerintah, penggubal polisi dan pelaksana serta rakyat jelata agar bersatu mengaplikasikan pendekatan Maqasid al-Syari’ah yang akan menjamin kemaslahatan ummah bukan sahaja di dunia malah hingga ke akhirat bagi mencapai apa jua cita-cita yang dihasratkan.

Ini kerana, tujuan Maqasid al-Syari’ah itu sendiri pada akhirnya, adalah bertujuan untuk melaksanakan seluruh tuntutan syariat Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Imam al-Izz bin Abdul Salam mengatakan: “Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT tidak mensyariatkan sesuatu hukum daripada hukum-hakamnya kecuali demi kemaslahatan di dunia atau akhirat atau demi kedua-duanya sekali, sebagai suatu kelebihan ke atas hamba-hamba-Nya”. (Ibn ‘Abd al-Salam: 355).

Dari segi pengertian syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa Maqasid al-Syari’ah adalah merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia. Al-Raisuni mendefinisikan Maqasid al-Syari’ah sebagai matlamat-matlamat yang diletakkan syariat untuk merealisasikan kemaslahatan umat manusia. (Al-Raisuni: 19).

Maqasid al-Syari’ah terbina di atas lima asas kukuh yang menjadi keperluan daruri ke atas setiap umat Islam. Ini bermakna, sekiranya ia tidak diambil kira, nescaya berlakulah kepincangan hidup manusia di dunia ini dan kehilangan nikmat yang abadi serta mengalami keseksaan di akhirat nanti. (Shalabi: 282).

Lima perkara asasi yang menjadi paksi kepada Maqasid al-Syari’ah itu adalah; agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Segala urusan agama

transforrmasi.indd 20 10/28/14 1:29 PM

Page 21: transforrmasi

21

dan kedudukannya dibina atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memeliharanya segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.(Haji Ahmad: 63-64).

Para ulama’ perundangan Islam telah membuat ketetapan wujudnya tertib antara lima jenis maslahah-maslahah asasi tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kelas pertama dan lebih utama daripada kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan daripada kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan daripada kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari kepentingan harta. (Muhammad al-Said: 98).

Imam al-Ghazali menerangkan bagaimana melaksanakan maqasid ini berdasarkan maslahah yang lima dengan melihat keutamaan. Contohnya, syarak menetapkan orang kafir yang menyesatkan orang lain dibunuh, demikian juga penganut bid’ah yang mengajak orang lain kepada bid’ahnya kerana ia merosakkan agamanya kepada masyarakat. Selain itu, syarak menetapkan wajib qisas terhadap pembunuhan untuk memelihara nyawa, mewajibkan hukuman hudud terhadap orang yang meminum arak bagi menjaga akal kerana akal itu sendiri suatu pertanggungjawaban, mewajibkan hukuman zina bagi menjaga keturunan dan wajib mendera pembongkar kuburan dan pencuri kerana dengannya terpelihara harta yang menjadi hajat hidup manusia sedangkan mereka memerlukannya. (Al-Ghazali: 217).

Oleh yang demikian,Maqasid al-Syari’ah adalah merupakan objektif kepada syariat Allah SWT yang berasaskan kepada pemeliharaan terhadap lima kepentingan atau maslahah berikut:

Pertama: Menjaga Agama. Sebagai pemerintah maka menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama ditempat yang teratas. Menurut Imam al-Juwaini bahawa antara tanggungjawab pemerintah ialah  memelihara akidah dan amalan umat Islam sejauh yang boleh dilakukan, menghapus kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membanteras amalan bidaah serta penganjur-penganjurnya.

.Justeru segala perkara yang merosakkan agama hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Jika agama dijaga dengan sebaiknya,

transforrmasi.indd 21 10/28/14 1:29 PM

Page 22: transforrmasi

22

akan melahirkan seorang yang adil dan berintegriti, di samping menjaga kerosakan akhlak dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Namun perlu diingat di dalam kita menjaga agama pelbagai cabaran yang perlu di atasi antaranya gejala ajaran sesat, Syiah, aliran pemikiran Pluralisme, sekularisme, Liberalisme, LGBT dan lain-lain lagi. Kedua: Menjaga nyawa. Islam mengharamkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah, ketenteraman dan keamanan akan hilang. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Seseorang Islam itu ialah yang menyelamatkan kaum Muslimin melalui lidah (bicara) dan tangannya (kuasa dan perlakuan), dan orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam menjamin nyawa dan harta benda mereka. (Riwayat at-Tirmidzi). Ketiga: Menjaga akal. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan akal seperti arak, dadah, filem yang merosakkan pemikiran wajib dibanteras dengan segera.

Keempat: Menjaga maruah dan keturunan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi syariat dan tabie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh dengan sendirinya. Kelima: Menjaga harta. Dalam menjaga harta Islam telah mengariskan prinsipnya iaitu al-adl wal ihsan. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba’, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain.

Justeru, seluruh umat perlu memiliki kefahaman yang jelas terhadap Maqasid al-Syariah yang merupakan teras kepada pemerintahan di negara kita. Menjadi tanggungjawab bagi pemerintah untuk menjaga segala kepentingan-

transforrmasi.indd 22 10/28/14 1:29 PM

Page 23: transforrmasi

23

kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda, kebajikan rakyat, keselamatan aqidah serta kemudahan menunaikan perintah agama.

Kesemua ini mestilah diusahakan oleh pemerintah menerusi keseluruhan jentera kerajaan dan tidak terbatas kepada jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam semata-mata. Malah semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seharusnya mengambil semua polisi, program dan aktiviti mereka adalah berlandaskan Maqasid al-Syariah demi kepentingan rakyat dan negara. Ini telah terbukti dengan kesungguhan pihak pemerintah dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terutama dalam membendung jenayah kongsi gelap, gengsterisme, rasuah, pembunuhan dan lain-lain.

4. Kesatuan dalam Tindakan

Tidak dapat dinafikan kepentingan umat Islam agar bersatu dalam segala tindakan yang dilakukan. Ketahuilah tiada gunanya umat Islam bersepakat dalam aqidah, fikrah dan matlamat, namun jika umat Islam tidak bersatu dalam tindakan sebaliknya saling berpecah belah sesama sendiri, ini tetap akhirnya akan membawa kepada kehancuran. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Peristiwa hijrah telah benar-benar membuktikan kepada kita bagaimana kesatuan tindakan yang ditunjukkan oleh para sahabat RAH Apabila turunnya ayat perintah berhijrah, maka berbondong-bondong para sahabat RAH yang digelar sebagai golongan muhajirin keluar meninggalkan Mekah menuju ke Madinah. Mereka sanggup meninggalkan rumah kediaman, tanah kelahiran, harta benda, pasangan dan kaum keluarga demi mematuhi perintah Allah SWT agar berhijrah. Hal ini banyak dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an al-Karim. Antaranya maksud firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 218: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berhijrah di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

transforrmasi.indd 23 10/28/14 1:29 PM

Page 24: transforrmasi

24

Firman-Nya lagi dalam surah al-Anfal ayat 74 yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (ni’mat) yang mulia”.

Firman-Nya lagi dalam surah al-Taubat ayat 20 yang bermaksud: “Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”.

Dalam ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bagaimana Allah SWT memuji-muji tindakan para sahabat RAH yang berhijrah sebaik sahaja mendapat perintah dan arahan daripada Nabi SAW. Matlamat mereka yang ikhlas demi meraih redha Allah SWT dan Rasulullah SAW telah dizahirkan menerusi tindakan dengan berhijrah ke Madinah. Kesatuan dalam tindakan ini kemudiannya terus dipupuk dan disemai ke dalam jiwa setiap umat Islam Ansar dan Muhajirin apabila mereka sanggup menerima dan mendukung perjuangan Nabi SAW sepenuhnya walaupun hingga ke peringkat terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda.

Mereka bergerak seiring, seia dan sekata dengan Rasulullah SAW bagi memakmurkan bumi Allah SWT dengan risalah Islam. Mereka mengenepikan segala perbezaan pendapat, kabilah dan kesukuan serta segala kepentingan diri demi untuk memperjuangkan agama Allah SWT dan mempertahankan Rasul-Nya SAW. Kejituan dan kesepaduan ini telah menggerunkan musuh-musuh Islam bahkan mengagumkan mereka. Muhammad SAW berjaya menggembeleng sepenuhnya tenaga umat Islam yang tidak seberapa ramai pada ketika itu, hingga berjaya mengejutkan kuasa besar seperti Rom dan Parsi.

Malah sejarah telah mencatatkan bagaimana umat Islam bukan sahaja berjaya menundukkan kerajaan musyrikin Quraisy di Mekah, tetapi juga menundukkan dua kuasa besar dunia pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi menerusi beberapa siri peperangan seperti perang Mu’tah (8H), perang Tabuk (9H), perang Yarmuk (13H) dan perang al-Qadisiyyah (14H). Jika bukan kerana kesatuan dalam tindakan, maka sudah tentu umat Islam tidak akan mencapai kemenangan sama sekali menentang musuh yang jauh lebih hebat dari sudut kelengkapan dan bilangan ketenteraan.

transforrmasi.indd 24 10/28/14 1:29 PM

Page 25: transforrmasi

25

Umat Islam seharusnya sedar dan insaf serta jangan mengulangi kejadian yang pernah berlaku dalam peperangan Hunain (8H) antara kaum Muslimin dengan golongan musyrikin daripada suku Hawazin dan Thaqif. Gambaran situasi perang tersebut dijelaskan menerusi firman Allah SWT ayat 25  dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang Mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang kafir.”

Sesungguhnya perang Hunain banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada umat Islam betapa penting kesatuan dalam tindakan. Setiap peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW mestilah diambil iktibar sebagaimana sepatutnya kerana perjalanan sirah nabawiyyah ini merupakan fakta sejarah yang terjaga dari segi riwayatnya. Sirah nabawiyyah ini hendaklah dijadikan panduan dan bukan sekadar dijadikan bahan bacaan semata-mata.

Dalam kisah peperangan Hunain, ia berlaku selepas kejayaan Rasulullah SAW membuka Kota Mekah. Baginda SAW mendapat maklumat bahawa wujud perancangan kaum musyrikin daripada Bani Hawazin dan Thaqif  pimpinan Malik bin Auf yang tinggal di Taif untuk menyerang umat Islam. Rasulullah SAW dimaklumkan bahawa Bani Hawazin dan Thaqif memiliki segala kelengkapan senjata dan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang. Pasukan kuffar ini turut membawa bersama-sama harta benda dan anak isteri mereka bagi mengukuhkan kedudukan hati mereka dalam peperangan dan tidak lari daripada medan perang.

Justeru, Rasulullah SAW bersama-sama 12 ribu orang tentera Muslimin telah keluar menuju ke Lembah Hunain. Keesokan harinya ketika mereka bangun dan bersiap untuk berperang iaitu ketika pasukan barisan hadapan pimpinan Khalid bin Walid sedang bergerak mara, mereka diserang dari arah kiri dan kanan di samping anak panah yang menghujani mereka dari arah

transforrmasi.indd 25 10/28/14 1:29 PM

Page 26: transforrmasi

26

depan dan belakang. Ramai tentera Islam yang gugur syahid terutama mereka yang baru masuk Islam.

Tambahan pula, terdapat pelbagai niat yang kurang baik dalam kalangan kaum Muslimin dalam peperangan pada kali ini, ada yang berperang demi meraih harta rampasan perang di samping perasaan angkuh dan sombong kerana merasakan kekuatan bilangan tentera Islam kali ini jauh lebih kuat dan ramai berbanding sebelum ini. Serangan ini akhirnya memecahbelahkan tentera Islam sehingga ada yang telah berundur ke belakang.

Ketika suasana bertambah gawat dan cemas lalu Rasulullah  SAW memerintahkan ‘Abbas untuk berseru lantang, “Wahai ‘Abbas, panggil para pengikut Bai’at Ridhwan (Ashabus Samurah).” ‘Abbas mulai berseru, “Wahai orang Ansar yang menampung dan membela. Wahai kaum Muhajirin yang bersumpah setia di bawah pohon. Ini Muhammad masih hidup, ke mari!”

‘Abbas mengulangi seruannya, “Wahai Ashabus Samurah. Wahai pemilik Surah al-Baqarah!” Teriakan ‘Abbas menggema mengalahkan dentingan pedang dan tombak yang beradu. Menembus ke dalam jantung mereka yang mengerti erti panggilan itu. Serta-merta dengan izin Allah SWT, semangat kaum Muslimin kembali bangkit. Bagaikan sapi betina yang meradang melihat anaknya terancam bahaya, kaum Muslimin berbalik menyambut seruan ‘Abbas, “Labbaik, labbaik.” Mereka yang berada di atas kuda dan untanya berusaha membelokkan unta dan kudanya ke arah Rasulullah  SAW yang berada di tengah-tengah kepungan musuh. (Al-Halabi: 3/65-66)

Setelah itu, gerakan kedua dimulakan dalam melawan musuh setelah pada permulaannya mereka hampir kalah dan begitu terdesak dengan asakan musuh. Pada gerakan kedua inilah tentera Islam berjaya membunuh ramai tentera musuh. Akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan yang gemilang bukannya kerana jumlah tentera yang ramai tetapi kerana keyakinan dan keikhlasan kepada Allah SWT serta solidariti mereka dalam bertindak demi memenangkan agama Allah SWT.

Justeru, peperangan Hunain sepatutnya menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam agar kita sentiasa bersatu dalam tindakan demi meninggikan kalimah Allah SWT dengan mengenepikan segala perbezaan ideologi politik mahupun perbezaan pendapat. Jumlah yang

transforrmasi.indd 26 10/28/14 1:29 PM

Page 27: transforrmasi

27

ramai atau pun majoriti semata-mata tidak menjamin kemenangan dan juga pengekalan kuasa jika kita tidak bersatu padu. Insafilah dengan peristiwa yang berlaku di Bosnia, Kosovo, Kashmir, Maluku, Ambon, Myanmar, Yaman, Syria, Palestin, Iraq, Mesir dan lain-lain yang sebahagiannya memiliki jumlah umat Islam yang majoriti, namun umat Islam tetap dilanda pelbagai masalah akibat hilangnya perpaduan dan kesatuan.Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.”

5. Kesatuan dalam Menghadapi Cabaran

Hijrah itu adalah satu perjuangan. Tidak disebut perjuangan jika ia tidak disulami dengan cabaran dan dugaan. Telah menjadi lumrah atau sunnatullah, setiap dakwah yang dibawa oleh para nabi akan menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan hanya demi melakukan perubahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka”. (Riwayat Ibnu Hibban)

Allah SWT juga menegaskan dalam al-Qur’an bahawa seorang Mukmin yang sejati pasti akan diuji oleh-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-‘Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah SWT tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”

Kerana itu, seseorang yang menyangka bahawa melakukan perubahan itu mudah, tiada cabaran dan dugaan bahkan apa yang diimpikan hanyalah kenikmatan dan kesenangan, maka dia telah tersalah sangka. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 42 yang bermaksud: “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh),

transforrmasi.indd 27 10/28/14 1:29 PM

Page 28: transforrmasi

28

nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu,” (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Oleh yang demikian, Nabi SAW sendiri pernah menuntut kepada para sahabat agar menyatakan bai’ah (sumpah taat setia) kepadanya untuk sama-sama berjuang dengannya tanpa mengira apa pun situasi dan keadaan yang bakal ditempuhi. Misalnya dalam bai’ah Aqabah al-Kubra yang berlaku pada musim haji tahun ke-13H. Ia berlaku antara 75 orang dari Madinah termasuk dua orang wanita dengan Rasulullah SAW di lembah Aqabah. Rombongan kedua ini disertai oleh wakil daripada setiap kabilah, termasuk kabilah Aus dan Khazraj.

Butir-butir bai’ah tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Dengar dan patuh sama ada semasa rajin atau malas, sanggup mengeluarkan belanja semasa susah atau senang, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran, menegakkan hak-hak Allah tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela, menolong aku apabila aku datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu balasannya syurga”. (Al-Mubarakfuri: 148-149).

Manakala Rasulullah SAW sekali lagi pernah mengambil bai’ah dengan para sahabat dalam peristiwa bai’ah Ridhwan yang berlaku pada tahun ke-6H ketika Rasulullah SAW bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah menuju kota Mekah pada musim haji. Dalam perjalanan ke Mekah, rombongan umat Islam disekat oleh golongan kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana bimbang dengan kekuatan orang Islam dan merasakan maruah mereka tercabar.

Rasulullah SAW lalu menghantar Sayyiduna Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka. Namun begitu, kafir Quraisy telah menahan Uthman agak lama kerana hendak bermesyuarat bagi membuat keputusan yang muktamad. Lalu tersebar luas berita yang mengatakan bahawa Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga

transforrmasi.indd 28 10/28/14 1:29 PM

Page 29: transforrmasi

29

Rasulullah sendiri telah menegaskan dengan katanya, “Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka.” Rasulullah SAW meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai’ah, sejurus kemudian berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah SAW memberi bai’ah untuk tidak akan bergerak dan berundur serta sanggup mati bersama-sama.

Diriwayatkan bahawa orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan al-Usdi, kemudian Salamah bin al-Akwa’ untuk mati bersama-sama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah SAW memegang tangannya sendiri dengan berkata, “Tangan ini mewakili Uthman.” Setelah selesai berbai’ah, Uthman pun sampai, maka beliau pun turut berbai’ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai’ah ini dilakukan oleh Rasulullah SAW di bawah sepohon pokok, Umar memegang tangan Rasulullah SAW manakala Ma’qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah SAW, inilah bai’ah al-Ridhwan yang diturunkan padanya ayat al-Qur’an dalam surah al-Fath ayat 18 yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang Mukmin ketika mereka berbai’ah kepada engkau di bawah sepohon pokok”.(Al-Mubarakfuri: 341-342).

Selain daripada itu, peristiwa peperangan Badar al-Kubra juga telah merakamkan bagaimana kesetiaan para sahabat bersama Rasulullah SAW di saat-saat genting menghadapi musuh yang jauh lebih ramai dengan segala kelengkapan ketenteraan. Pada ketika itulah sahabat Nabi SAW, Sa’ad bin Muaz yang mewakili kaum Ansar mengatakan: “Sesungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi yang mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.” (Al-Rahiq al-Makhtum: 209)

Menerusi beberapa contoh yang dibawakan di atas, amat jelas sekali tuntutan agar umat Islam sentiasa bersatu padu sama ada dalam keadaan senang atau sukar. Cabaran dan dugaan adalah perkara yang pasti dalam setiap perjuangan atau transformasi yang ingin dilakukan. Kesatuan adalah penting dalam menghadapi cabaran itu sudah pasti akan menjanjikan kemenangan

transforrmasi.indd 29 10/28/14 1:29 PM

Page 30: transforrmasi

30

dan kejayaan di kemudian hari, kalau bukan di dunia maka ganjaran di akhirat akan sedia menanti. Firman Allah SWT dalam surah al-Insyirah yang bermaksud: “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu, dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)”.

PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARABerdasarkan lima teras yang dihuraikan, agenda transformasi negara yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mampu untuk dicapai dengan cemerlang dan gemilang sekiranya erti perpaduan Islam benar-benar difahami, dihayati dan diimplementasikan. Sebaliknya kalimah ‘hijrah’ atau ‘perpaduan’ hanya akan tinggal menjadi slogan semata-mata sekiranya kelima-lima teras yang dinyatakan tidak dijadikan panduan dan pedoman. Ini kerana kesemua teras itu bukanlah perkara baru yang direkayasa sebaliknya merupakan kefahaman yang diambil daripada nas al-Quran, al-Sunnah dan sirah Nabi SAW.

Lima teras tersebut diibaratkan seperti seorang manusia yang terbina menerusi kesatuan jiwa, akal dan jasad. Tanpa jiwa atau roh manusia akan mati, tanpa akal manusia akan hilang kewarasan dan tanpa jasad maka tiadalah apa yang dinamakan manusia. Begitulah juga umat Islam yang hidup tanpa perpaduan dan kesatuan dalam aqidah, fikrah, matlamat, tindakan dan menghadapi cabaran. Segala-galanya akan pincang walaupun pada lahirnya umat Islam itu wujud dengan menjadi majoriti yang mendominasi rakyat di sesebuah negara.

transforrmasi.indd 30 10/28/14 1:29 PM

Page 31: transforrmasi

31

Umat Islam akan hancur jika tiada kesatuan dalam aqidah kerana hanya aqidah akan menjamin perpaduan yang tulus dan sejati. Mana mungkin aqidah yang haq boleh dikompromi dengan aqidah yang batil kecuali akan menyebabkan berlakunya pertembungan dan pertentangan dan inilah yang terjadi di kebanyakan negara Islam pada hari ini. Ajaran sesat seperti Syiah, al-Arqam, Qadiyani, Ayah Pin, Rasul Melayu, Islam Jamaah, Naqsyabandiyah Kadirun Yahya dan lain-lain sedikit sebanyak telah merosakkan perpaduan Islam.

Apatah lagi jika sesuatu ajaran itu mempunyai agenda hingga ke peringkat ingin menghapuskan pegangan aqidah sedia ada yang menjadi teras kepada perpaduan Islam di Malaysia selama ini. Hal ini sudah tentu lambat laun jika dibiarkan akan membawa kepada implikasi keselamatan yang serius sekaligus akan merencatkan agenda transformasi kerajaan dalam bidang-bidang pembangunan yang lain.

Kesatuan dalam fikrah pula adalah penonjolan sudut pandang Islam yang jelas dan luas terhadap alam ini di tengah-tengah kepesatan arus pemikiran, ideologi dan isme Barat. Kita sedia maklum, bahawa dengan serangan ideologi yang menghujani umat Islam dalam pelbagai bentuk dan menyentuh pelbagai isu sama ada agama, sains, falsafah, ekonomi, budaya, kekeluargaan, gender, politik dan lain-lain. Maka umat Islam perlu bersatu fikrah dalam menawarkan sudut pandang Islam yang jelas berdasarkan Islamic worldview.

Kesatuan dalam fikrah akan memastikan tiada dalam kalangan umat Islam yang akhirnya akan terkorban hingga dipengaruhi oleh arus pemikiran Barat yang menyesatkan seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama, sekularisme, hedonisme, humanrightisme dan pelbagai lagi. Menerusi Islamic worldview, agenda transformasi negara walaupun tampak moden dan terkini namun ia tetap utuh mempertahankan prinsip-prinsip keIslaman yang muktamad.

Namun begitu kesatuan dalam aqidah dan fikrah tidak bererti jika tiada kesatuan dalam matlamat. Setiap matlamat perlu dirancang, dinilai, disusun dan diputuskan berdasarkan prinsip Maqasid al-Syari’ah yang lima iaitu memelihara agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Ini bermakna matlamat akhir dalam apa jua agenda transformasi yang dilaksanakan tetap menuju ke arah mencapai redha dan rahmat daripada Allah SWT dan bukan sekadar untuk meraih keuntungan atau kenikmatan duniawi semata-mata.

transforrmasi.indd 31 10/28/14 1:29 PM

Page 32: transforrmasi

32

Dalam mengharungi perjalanan menuju ke arah matlamat yang diidamkan, sudah tentulah kesatuan dalam tindakan dan kesatuan menghadapi cabaran perlu ditagih. Bagaimana mungkin jika hanya pemerintah yang memainkan peranan melakukan transformasi, perubahan atau hijrah sedangkan rakyat hanya berpeluk tubuh memerhatikan atau sekadar menjadi pengkritik sepenuh masa yang tidak konstruktif. Begitu juga sebaliknya. Hal ini sudah tentu tidak akan membuahkan hasil yang diidamkan. Lebih parah lagi apabila kesatuan atau perpaduan hanya berlaku ketika saat menikmati kesenangan, kekayaan atau keamanan, namun apabila ujian dan cabaran menimpa, umat Islam mula berpecah, berpaling tadah, mundur ke belakang atau menarik diri. Semua ini hanya akan menggagalkan sebarang agenda transformasi yang dicita-citakan.

KESIMPULANAkhir kata, jika kelima-lima teras yang digariskan ini benar-benar dihayati dan dipraktikkan, maka tidak mustahil tema Ma’al Hijrah bagi tahun 1436H ini, iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” akan dapat direalisasikan. Sekian.

transforrmasi.indd 32 10/28/14 1:29 PM

Page 33: transforrmasi

33

BIBLIOGRAFI_____________(1997), Kamus Inggeris Melayu Dewan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________ (1991), Kamus Dwi-Bahasa, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Hj. Abdullah(1998), Pemikiran Islam Di Malaysia, Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Safiyyah, Abdul Wahhab Rasyid Soleh (t.t), Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, Jordan: Mudiriyyah al-Maktabat wa al-Watha’iq al-Wataniyyah.

Ali Shari‘ati (1980), Marxisme and Other Western Fallacies, an Islamic Critique, terj. R. Campbell, Berkeley: Mizan Press.

Anwar al-Jundi (1993), Pembaratan di Dunia Islam, Bandung : PT Remaja Rosdakarya.

As Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, Great Britain: Oxford University Press.

David Marten (1969), The Religion and The Secular: Studies in Secularization, London: Routledge and Kegan Paul.

Ghazali, Abu Hamid al-(t.t), al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

H.M. Rashidi (1972), Sekularisme Dalam Persoalan Lagi, Jakarta: Yayasan Bangkit.

Haji Ahmad, Maqasid Syari’yyah: Konsep Dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum, Dalam Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari (ed), (1999), Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam.

Halabi, Ali bin Burhanuddin (1400H), al-Sirah al-Halabiyyah fi Sirah al-Amin al-Ma’mun, Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Ibn ‘Abd al-Salam, al-‘Izz (2000), Syajarat al-Ma’arif, Jedah: Dar Majid ‘Usairi.

transforrmasi.indd 33 10/28/14 1:29 PM

Page 34: transforrmasi

34

Ibn al-Jawzi, ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali (1404h), Zād al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, Beirut: al-Maktab al-Islami.

Ibn Kathir, Isma’il bin ‘Umar (t.t), al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut: Dar al-Fikr.

Ja‘bari, Hafiz Muhammad al-(1996), Gerakan Kebangkitan Islam, Solo: Duta Rahman.

Lawrence C. Becker (2001), Encyclopedia of Ethics, New York: Routledge.

Michael Hill (1976), A Sociology of Religion, London: Heinmemann.

Mubarakfuri, Safiyya al-Rahman al-(2007), al-Rahiq al-Makhtum, Qatar: Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah.

Muhammad al-Said, (1977), Buhuth Fi al-Adillah al-Mukhtalaf fiha ‘Inda al-Usuliyyin, Kaherah.

Muhammad Mustafa Shalabi, (1981), Ta’lil al-Ahkam, Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiah.

R.Ozinga, James (1987), Communism, the Story of Idea and Implementation, New Jersey: Prentice Hall Englewood Cliffs.

Raisuni, Ahmad al-(1995M), Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Syatibi, Riyadh: al-Dar al-Alamiah Li al-Kitab al-Islami

Rifyal Ka‘bah (1994), Islam dan Serangan Pemikiran, Jakarta : Granada Nadia.

Tabari, Abu Ja‘far Muhammad bin Jarir al-(1969), Tarikh al-Rusul wa al-Muluk, Kaherah: Dar al-Ma‘arif.

Uthman el-Muhammady (1995). Pangkalan Rantau Asia Pasifik Sebagai Kawasan Yang Mengamalkan Pegangan Ahlis Sunnah Wal-Jamaah, Kuala Lumpur: BAHEIS.

transforrmasi.indd 34 10/28/14 1:29 PM