transcript 1

3
Transkrip 3. Penemu bual: Assalamualaikum , tujuan saya menemu bual saudari adalah ingin bertanya tentang pendapat saudari tentang kesantunan bahasa yang kian luntur di kalangan pelajar masa kini. Pelajar C: Waalaikumsalam , saya harap maklumat yang bakal saya kemukankan ini dapat membantu dalam kajian ini. Penemu bual: Apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa? Pelajar C: Mengikut kefahaman saya , kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang halus dan sopan . Penemu bual: Pada pandangan anda, adakah taraf pendidikan seseorang itu mempengaruhi kesantunan berbahasa seseorang? Pelajar C: Ya. Pengaruh taraf pendidikan terhadap kesantunan berbahasa sangat ketara kerana seseorang yang berilmu akan berfikir sebelum menuturkan kata-kata yang mungkin tidak sesuai didengarkan oleh masyarakat.

Upload: musfirah-mohamed

Post on 08-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Transkrip 3.Penemu bual: Assalamualaikum , tujuan saya menemu bual saudari adalah ingin bertanya tentang pendapat saudari tentang kesantunan bahasa yang kian luntur di kalangan pelajar masa kini.

Pelajar C:Waalaikumsalam , saya harap maklumat yang bakal saya kemukankan ini dapat membantu dalam kajian ini.

Penemu bual: Apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa?

Pelajar C: Mengikut kefahaman saya , kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang halus dan sopan .

Penemu bual: Pada pandangan anda, adakah taraf pendidikan seseorang itu mempengaruhi kesantunan berbahasa seseorang?

Pelajar C: Ya. Pengaruh taraf pendidikan terhadap kesantunan berbahasa sangat ketara kerana seseorang yang berilmu akan berfikir sebelum menuturkan kata-kata yang mungkin tidak sesuai didengarkan oleh masyarakat.

Penemu bual: Pada pandangan anda, sekiranya seseorang menghadapi gangguan emosi adakah kesantunan berbahasa seseorang itu terjejas oleh faktor tersebut?

Pelajar C:Ya . Gangguan emosi merupakan penyebab utama terjejasnya kesantunan bahasa kerana apabila seorang individu tidak dapat mengawal gangguan emosi , tiada lagi kesopanan yang akan ditunjukkan terutama semua perkataan yang bakal dituturkan.Penemu bual: Pada pandangan anda, bagaimanakah media massa mempengaruhi minda masyarakat sehingga menyebabkan kesantunan bahasa kian diabaikan? Apakah peranan yang perlu dimainkan untuk menangani masalah tersebut?

Pelajar C: Pada zaman yang kian ditakluki teknologi ini , media massa merupakan medium utama yang digunakan masyarakat terutaman generasi muda . Kesantunan bahasa kian diabaikan dengan wujudnya rancangan televisyen yang menayangkan cerita yang menggunakan bahasa yang agak kasar dan aksi-aksi yang merbahaya. Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah , media perlu memperbanyak menayangkan cerita melayu klasik dan membuat lebih banyak rancangan mengenai bahasa melayu supaya generasi muda dapat menghargai serta meneruskan kesantunan yang dipupuk dalam bahasa melayu.

Penemu bual:Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan . Semoga apa yang anda katakana tadi dapan dimanfaatkan bersama.