tpk2102w

2
Refleksi Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan tugasan subjek teknologi pengajaran pada masa yang ditetapkan . Dalam menyiapkan tugasan TPK2102W iaitu teknologi pengajaran ini, terlalu banyak pengalaman samaada yang manis mahupun yang pahit telah kami lalui. Mujurlah pensyarah yang mengajarkan subjek ini begitu komited dengan kerja dan merupakan seorang yang berpengetahuan sehinggakan setiap halangan yang timbul dapat diatasi. Selain itu, kerana tunjuk ajar beliau, kami dan rakan-rakan dapat mempelajari banyak ilmu baru yang berguna dalam bidang teknologi pembelajaran. Bidang teknologi pembelajaran amat luas skopnya dan sekiranya dapat dimanfaatkan sepenuhnya, tugas seorang guru akan menjadi mudah, pengajarannya akan menjadi lebih menarik dan lebih berkesan. Semasa menghadiri kelas ini kami mengetahui bahawa ada satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat soalan yang menarik iaitu hot potato. Namanya memang pelik tetapi jika dielajari ia merupakan satu aplikasi yang menarik. Kami berkata begitu kerana menggunakan hot potato kita boleh membina pelbagai bentuk soalan yang menarik. Selain itu, jawapan bagi setiap soalan yang betul akan diberitahu. Ini menjadikan aplikasi ini amat menarik untuk digunakan. Kami memang yakin bahawa soalan yang dicipta menggunakan aplikasi ini akan menarik serta menimbulkan minat pelajar untuk belajar seterusnya mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang boleh kami gunakan dalam pengajaran harian. Tugasan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh praktikkan semasa mengajar anak murid kami. Kami juga telah memahami, untuk mencapai objektif kami perlu mempunyai kemahiran iaitu merancang kaedah yang menarik, penggunaan media atau bahan yang bersesuaian dan galakkan penglibatan murid dalam pengajaran kami. Kami harap dengan pengetahuan yang kami dapat semasa menyiapkan tugasan ini dapat kami gunakan dalam pengajaran kami di sekolah.

Upload: siti-khadijah-muftar

Post on 18-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TP

TRANSCRIPT

Refleksi

Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan tugasan subjek teknologi pengajaran pada masa yang ditetapkan . Dalam menyiapkan tugasan TPK2102W iaitu teknologi pengajaran ini, terlalu banyak pengalaman samaada yang manis mahupun yang pahit telah kami lalui. Mujurlah pensyarah yang mengajarkan subjek ini begitu komited dengan kerja dan merupakan seorang yang berpengetahuan sehinggakan setiap halangan yang timbul dapat diatasi. Selain itu, kerana tunjuk ajar beliau, kami dan rakan-rakan dapat mempelajari banyak ilmu baru yang berguna dalam bidang teknologi pembelajaran. Bidang teknologi pembelajaran amat luas skopnya dan sekiranya dapat dimanfaatkan sepenuhnya, tugas seorang guru akan menjadi mudah, pengajarannya akan menjadi lebih menarik dan lebih berkesan.Semasa menghadiri kelas ini kami mengetahui bahawa ada satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat soalan yang menarik iaitu hot potato. Namanya memang pelik tetapi jika dielajari ia merupakan satu aplikasi yang menarik. Kami berkata begitu kerana menggunakan hot potato kita boleh membina pelbagai bentuk soalan yang menarik. Selain itu, jawapan bagi setiap soalan yang betul akan diberitahu. Ini menjadikan aplikasi ini amat menarik untuk digunakan. Kami memang yakin bahawa soalan yang dicipta menggunakan aplikasi ini akan menarik serta menimbulkan minat pelajar untuk belajar seterusnya mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan yang boleh kami gunakan dalam pengajaran harian. Tugasan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh praktikkan semasa mengajar anak murid kami. Kami juga telah memahami, untuk mencapai objektif kami perlu mempunyai kemahiran iaitu merancang kaedah yang menarik, penggunaan media atau bahan yang bersesuaian dan galakkan penglibatan murid dalam pengajaran kami. Kami harap dengan pengetahuan yang kami dapat semasa menyiapkan tugasan ini dapat kami gunakan dalam pengajaran kami di sekolah.

BibliografiChin yoon poh, 2009, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, kumpulan budiman sdn bhd, subang jaya .Choong lean keow phd, 2008, murid dan alam belajar, kumpulan budiman sdn bhd, subang jaya.Ee ah meng, 2005, sekolah dan bilik darjah, penerbit fajar bakti sdn bhd, Noriyati a. Rashid, 2009, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, penerbit fajar bakti sdn bhd, shah alam.Prof madya dr wan zah w. Ali, prof madya dr ramlah hamzah, dr rosini abu, 2011, prinsip teknologi pengajaran, meteor doc sdn bhd, serdang .Shahabudin hashim, dr rohizani yaakub, mohd zohir ahmad, 2005, pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, pts publications & distributors sdn bhd, bentong.Yusup hashim, 1998, teknologi pengajaran, penerbit fajar bakti sdn bhd, shah alam.