topik7keluarga,komunitidaninstitut

20

Click here to load reader

Upload: msanusi

Post on 01-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

Keluarga, Komuniti dan Institut 

PENGENALAN

Topik ini memberi peluang kepada anda untuk memahami dan melihat hubungan antara keluarga, komuniti dan institusi dalam membantu dan melengkap perkembangan afektif dan seterusnya menjadi faktor yang membantu pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, kita akan turut membincangkan secara terperinci aspek-aspek dorongan, kerjasama dan pembentukan pendidikan dari perspektif keluarga iaitu bagaimana institusi keluarga mempengaruhi perkembangan afektif dan pembelajaran kanak-kanak.

TTooppiikk  

7

7

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep serta hubungan yang perlu ada bagi kanak-kanak dengan keluarga berdasarkan perkembangan afektif mereka;

2. Menyatakan kepentingan komuniti, sumbangan, keperluan kerjasama antara kanak-kanak, sekolah dan komuniti dan kedudukan komuniti dalam pendidikan kanak-kanak;

3. Menyatakan bagaimana persekitaran membentuk sesuatu peristiwa, mewujudkan budaya bagi institusi; dan

4. Menerangkan dan menghubungkait peranan keluarga, komuniti dan institusi dalam pemupukan, peneguhan dan perlaksanaan pendidikan bagi perkembangan afektif dan sosio-emosi kanak-kanak.

Page 2: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

134

Menjelaskan sumbangan, kerjasama dan fungsi pendidikan dalam lingkungan yang lebih besar iaitu komuniti masyarakat yang turut memberi makna kepada pembelajaran kanak-kanak. Institusi turut dijelaskan dari aspek pemupukan, peneguhan dan juga fungsi pendidikan kepada kanak-kanak

AKTIVITI 7.1

Apakah peranan ibu bapa berkurangan apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan? Adakah wajar ibu bapa dilibatkan dalam pembentukan sistem pembelajaran anak mereka?

KELUARGA 7.1

Anak-anak adalah anugerah yang Tuhan berikan kepada ibu bapa. Ibu bapa bertanggunjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka, pemeliharaan mereka dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap hal-ehwal dan masalah mereka (Abdullah Nasih Ulwan, 1988.ms 60). Kanak-kanak bergantung kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek: (a) keperluan fizikal; (b) makanan dan minuman; (c) tempat tinggal; (d) pakaian; (e) penjagaan kesihatan;dan (f) keselamatan; Asuhan boleh diterangkan dengan paling jelas sebagai penjagaan dan pengisian akan sahsiah atau personaliti anak-anak melalui semua yang dinyatakan di atas. Ibu bapa adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Sebahagian besar daripada masa depan kanak-kanak adalah bergantung kepada kesanggupan ibu bapa untuk membina persekitaran yang penuh kasih sayang dan berstruktur untuk mengajar anak-anak mereka apa yang mereka perlu tahu dan membimbing mereka dalam membuat keputusan yang positif. Keperluan emosi termasuk kasih sayang, perhatian dan motivasi, pembentukan nilai diri samada baik atau sebaliknya. Keperluan perkembangan iaitu komunikasi, peluang, pengalaman baru dan juga keyakinan diri. Adalah penting guru memahami dan mengesan kepentingan ibu bapa sebagai pendidik pertama kepada kanak-kanak.

Page 3: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 135

Dorongan Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan iaitu pra-sekolah ibu bapa dan keluarga telah menyediakan satu set skema tingkah laku kanak-kanak. Setiap kanak-kanak akan mempunyai set tingkah laku yang berbeza tetapi secara umum kelihatan sama kerana norma-norma budaya dan masyakarat secara umum hampir sama. Pihak sekolah boleh melibatkan ibu bapa dan keluarga dalam perancangan dan perlaksanaan pembelajaran kanak-kanak. Satu jaringan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah perlu diwujudkan untuk memberi ruang kepada ibu bapa memahami dan terus menjadi guru bagi anak mereka. Lingkungan persekitaran antara pembelajaran dan kehidupan sekolah rumah- boleh menjadi cerminan bagaimana dorongan dan kerjasama mewujudkan rasa hormat-menghormati dan rasa bersama yang mendalam dalam memastikan kejayaan perkembangan kanak-kanak Urie Bronfenbrenner (1975) menyatakan ‰programs that place major emphasis on involving the parent directly in activities fostering the childÊs development are likely to have constructive impact at any age, but the earlier such activities are begun, and the longer they are continued, the greater the benefit to the child‰ muka surat 465. Pengaruh ibu bapa terhadap perkembangan emosi kanak-kanak tidak boleh dianggap mudah. Kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan secara tidak langsung memberi pengaruh besar kepada pembentukan diri kanak-kanak Johnston (1982), menyatakan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak perlu dikenalpasti, ditetapkan dan digalakkan kerana dorongan dan penglibatan penuh ibu bapa akan menbantu dan menyokong sistem pembelajaran kanak-kanak dan membantu memantapkan sistem pendidikan sekolah. Kerjasama Kerjasama ibu bapa adalah wajar kerana sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan ibu bapa adalah orang yang mendidik anak-anak. Oleh itu, kerjasama dan penglibatan ibu bapa boleh ditakrif sebagai satu usaha bersama-sama atau konsep saling bantu membantu antara kedua-dua pihak dalam memastikan kejayaan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khususnya perkembangan emosi mereka dalam memastikan pengekalan bentuk pertumbuhan dan perkembangan yang positif. Ibu bapa

Page 4: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

136

sebagai orang yang paling hampir kepada kanak-kanak memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak memahami persekitaran yang baru. George S. Morrison dalam bukunya „Early Childhood Education Today‰ menyatakan ibu bapa ialah orang yang menyediakan keperluan asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan kepada anak-anak. Klaus dan Greg (1968), mendapati ibu bapa yang melibatkan diri dengan program pra-sekolah, mampu meluangkan lebih banyak masa membaca bersama-sama anak mereka dan memahami anak secara lebih terbuka. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa ini sedikit sebanyak melibatkan corak keibu bapaan dan memberi kesan kepada perkembangan emosi anak-anak. Diana Baumrind (1967;1971) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara cara gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan emosi, sosial dan konsep kendiri kanak-kanak. Baumrind, menjelaskan terdapat tiga jenis cara gaya keibubapaan iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif. Autoritarian merupakan bentuk keibubapaan yang mengenakan kawalan ketat kepada tingkah laku anak dengan memberi peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak menyoal peraturan dan nilai tersebut. Ibu bapa jenis ini ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mengikut piawaian yang mutlak dan tidak cenderung untuk menggalakkan anak berdikari. Permisif adalah cara gaya keibubapaan bercirikan komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tingkah laku baik anak. Ibu bapa jenis ini tidak membuat banyak permintaan terhadap anak mereka dan memberi anak mereka penuh kebebasan. Mereka berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak, berperanan sebagai sumber yang memenuhi kehendak anak dan bukan sebagai agen aktif yang terlibat dalam menentukan tingkah laku anak. Autoritatif merupakan corak keibubapaan yang mengenakan peraturan atau had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri

Page 5: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 137

dalam beberapa perkara. Ibu bapa jenis ini bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan anak-anak supaya berdikari. Daripada ketiga-tiga corak keibubapaan pihak guru akan dapat memastikan bentuk kerjasama dan juga dorongan yang boleh dibentuk untuk memastikan kesesuaian program yang hendak dibentuk. Dalam era pembangunan masa kini, yang mana proses pendidikan serta proses sosialisasi pembelajaran kanak-kanak tidak hanya terbatas di rumah mahupun di sekolaj tetapi merangkumi sepanjang kitaran hidup kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak hari ini turut melibatkan komuniti dan persekitaran yang memberi banyak ruang kepada kanak-kanak untuk melihat dan menilai dari perspektif mereka. Rasional penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak amat jelas:

(i) Memudahkan ibu bapa memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta membantu membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran.

(ii) Membolehkan ibu bapa itu mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran anak-anak serta membantu untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak-anak.

(iii) Penglibatan ibu bapa dapat membantu guru menyelesaikan sesuatu maslah sama ada masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku.

(iv) Mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dengan guru dan boleh bertukar pendapat dan memberi pandangan yang bernas dalam meningkatkan lagi sistem dan perlaksanaan pra sekolah.

(v) Perkongsian ibu bapa dan pihak sekolah juga akan mewujudkan suatu dimensi baru dalam memahami keseluruhan objektif Falasafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan perkembangan menyeluruh potensi kanak-kanak ke arah mewujudkan individu yang lengkap dan seimbang.

(vi) Perlaksanaan kurikulum yang lebih holistik dan terancang boleh dibentuk menerusi perkongsian dengan ibu bapa.

(vii) Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd. Sharani Ahmad (2003), meyatakan penglibatan ibu bapa memberi banyak kebaikan kepada kanak-kanak seperti ibu bapa sendiri boleh berperanan sebagai guru kepada anak-anak yang semestinya memberi satu bentuk peranan yang berbeza.

(viii) Ibu bapa yang datang daripada pelbagai latar belakang boleh menjadi sumber pembelajaran kanak-kanak dalam memahami dunia orang dewasa dengan mendapat pengalaman atau pengetahuan dari ibu bapa yang terlibat.

Page 6: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

138

(ix) Keterlibatan dan kerjasama ibu bapa juga memberi ruang kepada bentuk pembelajaran yang lebih dinamik dan mencabar. Aktiviti luar lebih mudah dirancang dengan bantuan dan sokongan ibu bapa.

(x) Kefahaman mengenai kurikulum dan aktiviti yang dipelajari anak-anak akan memberi ruang kepada ibu bapa untuk merealisasi apa yang dipelajari di sekolah untuk dibawa dan diamalkan di rumah.

(xi) Perkongsian maklumat dan kurikulum juga akan meningkatkan tahap keseluruhan sistem pembelajaran kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu memahami konsep dan aspek-aspek perkembangan anak-anak bagi tujuan pembangunan generasi yang lebih baik.

Pendidikan Ibu bapa sering terperangkap dalam memahami bentuk pendidikan yang diberi kepada anak-anak disebabkan tidak ada satu kesefahaman antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa dan sekolah sering tidak sealiran dalam pembentukan pendidikan awal kanak-kanak kerana tidak ada satu garis panduan mahupun satu kerjasama yang memberi ruang kepada ibu bapa memahami dan pihak sekolah menjelaskan hala tuju program pendidikan pra sekolah. Setiap ibu bapa sayang kepada anak-anak mereka, perbezaan yang wujud hanya apakah pendekatan dan cara yang digunakan untuk meluahkan kasih sayang tersebut. Pendekatan yang betul akan memanfaatkan ibu bapa dan anak dan hal sebaliknya berlaku jika pendekatan yang kurang jelas diaplikasi. Konsep keibubapaan dalam pendidikan anak-anak mengalami pelbagai perubahan sebelum dan selepas 1980-an. Oleh sebab perkembangan masyarakat, permintaan terhadap pendidikan kanak-kanak menjadi semakin sengit. Semakin progresif sesebuah masyarakat, semakin keliru ibu bapa mengaplikasi pendekatan yang betul dalam mendidik anak-anak. Nyata sekali zaman moden membawa pelbagai impak kepada ibu bapa dari segi pendidikan anak-anak mereka Aspek-aspek keistimewaan daripada penglibatan ibu bapa adalah:

(i) Menambah produktiviti dalam program pendidikan untuk memastikan perkembangan kanak-kanak seiring dengan nilai yang didokong oleh keluarga dan ibu bapa.

(ii) Membina ÊsikapÊ dalam sistem yang membolehkan ibu bapa meneruskan pembelajaran di luar waktu belajar.

(iii) Sentiasa menerima maklumat dan idea-idea terkini mengenai pendidikan.

Page 7: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 139

(iv) Pendidikan menjadi lebih menyeronokan dan peluang aktiviti lebih luas.

(v) Menjadikan kerjasama sebagai satu Êrasa bersama-samaÊ dalam membangun anak-anak.

Sikap Setiap ibu bapa dan ahli keluarga mempunyai pengalaman menerusi zaman persekolahan dan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehendak dan hasrat mereka terhadap sistem yang dilalui oleh anak-anak. Dalam banyak budaya, peranan keluarga dan sekolah terpisah seolah-olah tidak ada langsung hubungan. Ibu bapa meninggalkan anak di sekolah dan mereka tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sebalik pintu pagar sekolah anak-anak. Justeru kolaborasi antara pihak sekolah dan ibu bapa amat perlu bagi membangun keseluruhan diri kanak-kanak. Kerjasama secara mutual kedua-dua pihak iaitu ibu bapa dan guru mempunyai peranan masing-masing dan penting untuk mewujudkan suatu bentuk kolaborasi yang praktikal. Komunikasi, rasa hormat menghormati, menerima perbezaan masing-masing dan memahami keistimewaaan kanak-kanak merupakan asas kepada kolaborasi yang hendak dibina. Rasa jujur dan telus juga amat penting untuk komunikasi yang optimum. Rancang masa, peluang, dan masa untuk ahli keluarga bersama-sama kanak-kanak pada awal sesi persekolahan. Sediakan tempat yang boleh dijadikan ruang bertukar-tukar maklumat antara kedua-dua pihak. Biasanya ibu bapa kurang selesa dengan situasi sekolah yang agak formal. Strategi pendidikan kolaborasi keluarga dan pihak sekolah boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah antaranya: (i) Menggunakan papan buletin seperti berikut:

Papan buletin boleh diletakkan di tempat yang membolehkan ahli keluarga peka kepada apa yang berlaku di sekolah.

Sediakan papan buletin yang dapat Êmenangkap mataÊ iaitu kemahuan dan kesungguhan untuk melihat yang tinggi.

Tukarkan maklumat sekerap mungkin dan antara yang paling menarik pastinya gambar-gambar kanak-kanak dalam suasana riang dan mesra.

Paparkan juga hasil kerja dan aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan.

Page 8: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

140

Pastikan maklumat tepat, ringkas dan padat.

Pastikan sentiasa memberi kata-kata, ucapan dan maksud positif dalam memberi maklumat.

(ii) Newsletter/buletin berita:

Terbitkan newsletter secara berkala. Di dalamnya boleh dimasukkan panduan-panduan keibubapaan, aktiviti luar sekolah, maklumat dan informasi mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Semua bahan ini boleh dijadikan maklumat dan pengetahuan baru bagi keluarga.

Selain itu, diari aktiviti untuk bulan seterusnya seperti lawatan, persembahan, pertandingan, perkhemahan dan aktiviti yang boleh melibatkan ibu bapa sebagai hakim, juri, pengkritik dan sebagainya, juga boleh dimasukan.

Dalam newsletter tersebut juga boleh dimasukkan ruang pandangan dan pendapat, penambahbaikan dan juga cadangan.

(iii) Menganjurkan mesyuarat dan perjumpaan(gathering):

Bagi pihak ibu bapa dan guru serta sekolah juga boleh dilaksanakan bagi memastikan kolaborasi berlangsung.

Penubuhan ahli jawatan kuasa dan jawatan kuasa dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program juga boleh dilakukan bagi memberi ruang kepada ibu bapa dan keluarga untuk memahami sistem pendidikan pra-sekolah kanak-kanak.

Secara tidak langsung memberi peluang kepada ibu bapa dan keluarga bergiat aktif dan melibatkan diri dalam merancang dan melaksana program.

Wujudkan bilik keluarga sebagai tempat bekerjasama dan berjumpa serta wujudkan khutub khanah keluarga yang memberi ruang kepada ibu bapa sebagai penaja buku-buku bacaan di perpustakaan tersebut.

Secara jangka panjang perpustakaan tersebut boleh dijadikan sumber penjanaan ilmu dalam kalangan ibu bapa, keluarga dan sekolah.

Page 9: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 141

Nilai dan undang-undang

Keluarga luar

Tadika

Jiran

Murid

Rumah

Pekerjaan Ibu bapa

Bandar Budaya

4

3

2 Keluarga

1

Rajah 7.1: Sistem kitaran kanak-kanak, keluarga, komuniti, sekolah dan masyarakat

AKTIVITI 7.2

Apakah kanak-kanak hari ini melalui pengalaman yang sama dengan kanak-kanak pada masa dahulu. Beri huraian dan alasan kepada jawapan anda?

Page 10: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

142

KOMUNITI 7.2

Sumbangan Komuniti adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. Masyarakat boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan individu yang mempunyai persamaan dalam beberapa perkara. Dalam organisasi sosial masyarakat merupakan sebuah pola yang sangat kompleks. Setiap anggota dalam masyarakat saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial. Dalam masyarakat terdapat kebebasan politik, di samping mempunyai satu sistem ekonomi yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti sistem ekonomi feudal, sosial, dan komunis. Selain itu, agama juga boleh dikelaskan dalam masyarakat seperti agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya serta mengikut bahasa seperti Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Mereka berhubung rapat antara satu sama lain dan menduduki sesuatu wilayah tertentu bersama-sama. Masyarakat juga boleh dimaksudkan sebagai satu himpunan umum pengetahuan yang dimiliki bersama oleh sekumpulan masyarakat sama ada pada masa silam atau zaman sekarang. Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian anggota masyarakat melalui pembiakan genetik, manusia saling berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem komunikasi (bahasa) yang berlainan daripada masyarakat. Masyarakat juga merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama. Bukanlah individu yang sama sahaja yang menjadi anggota baru tetapi akan terus-menerus lahir di dalamnya dan ada pula yang mati. Oleh itu terdapat perhubungan yang terus-menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Konsep Masyarakat secara keseluruhannya dapat dijelaskan melalui ciri-ciri berikut:

(a) Masyarakat merupakan kelompok setempat.

(b) Menduduki satu wilayah yang sama yang mempunyai sempadan atau dibataskan dengan sempadan tertentu.

Page 11: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 143

(c) Masyarakat merupakan kelompok membiak Membiak melalui jantina yang sah dan diakui. Masyarakat juga adalah

kelompok yang sentiasa bertambah, dan bertambah, dan dengan adanya proses penggantian anggota masyarakat melalui proses pembiakan biologi, manusia yang mati akan diganti dengan yang akan lahir.Ini menentukan bahawa masyarakat itu terus wjud.

(d) Masyarakat mempunyai budaya yang menyeluruh Budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat itu adalah menyeluruh

dan berbeza dengan kebudayaan lain. Masyarakat tertentu mempunyai pandangan cara hidup yang berbeza dengan masyarakat lain. Ahli sesebuah masyarakat mempunyanyi pengetahuan, seni, kepercayaan, sikap, undang-undang dan adat resam yang dimiliki bersama tetapi aspek-aspek ini tidak semestinya sama dengan pegangan atau pandangan dengan masyarakat lain. Misalnya, daripada segi kebudayaan, masyarakat Barat dan masyarakat Timur mempunyai kebudayaan yang jauh berbeza.

(e) Masyarakat saling bergantung antara satu sama lain Masyarakat merupakan kelompok yang berpanjangan dan saling

bergantung antara satu sama lain. Ahli dalam masyarakat tidak boleh hidup bersendirian dan mereka memerlukan pertolongan atau perlu berinteraksi sesama mereka. Keadaan hubungan seperti ini menyebabkan wujudnya unsur sense of belonging atau semangat kekitaan dalam sesebuah masyarakat.

(f) Masyarakat adalah kelompok yang bebas Masyarakat itu adalah sebahagian daripada kelompok lain. Masyarakat

adalahlah kelompok yang tersendiri, yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bebas daripada campur tangan masyarakat lain. Dengan perkataan lain, sesebuah masyarakat bukanlah sebahagian daripada masyarakat lain walaupun masyarakat yang wujud dalam masyarakat majmuk. Misalnya, masyarakat majmuk di Malaysia.

(g) Masyarakat adalah kelompok yang berubah Masyarakat adalah kelompok manusia yang sentiasa mengalami

perubahan dan kemajuan. Misalnya, daripada masyarakat tradisional zaman dahulu kini telah berubah kepada masyarakat moden. Perubahan dalam masyarakat ini termasuklah perubahan cara dan pandangan hidup, perkembangan ekonomi, teknologi, pendidikan ataupun kebudayaan. Perubahan dalam masyarakat ini merupakan satu aspek penting yang menjamin sesebuah masyarakat it uterus wujud dan berkembang.

(h) Masyarakat sebagai satu organisasi Masyarakat merupakan satu organisasi yang mempunyai struktur yang

bertindan lapis. Dalam masyarakat, terdapat pembahagian masyarakat

Page 12: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

144

kepada ras, bangsa, kelas, status dan sebagainya. Misalnya, ada masyarakat bandar dan luar bandar, golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun pada hari ini akan menjadi seorang dewasa dalam jangkamasa 15 tahun akan datang. Perubahan teknologi, pengecilan dunia dalam era globalisasi akan menjadikan kanak-kanak lebih cepat matang berbanding usia mereka. Ini disokong pula dengan maklumat dan pembangunan infrastruktur yang terlalu cepat. Seiring dengan itu sistem masyarakat juga berubah. Peranan dan tugas masyarakat akan turut beranjak. Kanak-kanak tidak akan selamanya menjadi kanak-kanak, entiti mereka akan berubah mengikut perubahan usia. Jika hari ini mereka dijada dan dilindungi, suatu hari nanti mereka akan menjadi sebahagian daripada masyarakat, yang akam melindungi pula. Apakah ibu bapa sudah menyediakan anak-anak mereka ruang untuk berhadapan dengan perubahan-perubahan dunia di luar? Membina komuniti dalam sekolah adalah usaha antara guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Setiap individu yang wujud dalam suatu kumpulan yang mempunyai minat yang sama mewujudkan satu komuniti yang kuku. Ruth Charney pula menjelaskan „ dalam dunia hari ini, adalah wajar dan sangat penting dan mustahak kita melengkapkan anak-anak dengan keupayaan kendiri yang melebihi diri mereka dan diberi pendidikan untuk dapat mengawal diri dan mengawal persekitaran mereka. Kita perlu mencari dan merancang suatu bentuk rantai hubungan dengan orang lain, memberi ruang untuk merasa diri mempunyai rantai hubungan dengan orang lain termasuklah membina rantai hubungan dengan komuniti, masyarakat dan juga dunia. Kita perlu mendidik anak-anak menerima dan memberi unsur-unsur kebaikan dalam hidup mereka‰. (1992, muka surat 32). Charney seterusnya menyatakan sumbangan komuniti amat penting kepada kanak-kanak kerana menerusi kerjasama dan rantai hubungan komuniti kanak-kanak dapat:

(i) Memahami dan mengetahui nama, suku, bangsa, kaum dan etnik yang wujud dalam komuniti yang mereka menjadi sebahagian daripadanya.

(ii) Bertolak ansur memberi kanak-kanak rasa bertolak ansur dan saling bantu membantu. Apabila kanak-kanak semakin meningkat dewasa rasa keindividuan akan menjadi semakin tinggi dan rasa bertolak ansur ini penting dipupuk dari awal.

(iii) Perkongsian Kanak-kanak perlu belajar berkongsi, berkongsi maklumat, bahan dan alat, berkongsi dengan guru dan juga rakan.

Page 13: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 145

(iv) Bersama-sama mempunyai rasa untuk bekerjasama dalam kumpulan kecil, diikuti kumpulan besar dan secara „konstruktivisme‰ atau membangun bersama-sama.

(v) Kekitaan - mempunyai rasa keperluan berkawan, berbicara dan berbincang sebagai sahabat baik dan bersahabat dengan semua orang.

(vi) Koperatif - mahu bersatu dalam menjalankan aktiviti, melaksana projek dan kerja yang diberi oeh guru.

(vii) Menyelesaikan masalah - memahami proses penyelesaian masalah, bercakap dan berbincang secara terbuka mengenai masalah, menyatakan perasaan dan mendengar orang lain secara rasional dan menghadapi konflik dengan lebih baik.

AKTIVITI 7.3

1. Apakah ibu bapa, keluarga, komuniti dan institusi memberi impak kepada keseluruhan sistem pendidikan kanak-kanak di pra-sekolah?

2. Huraikan impak tersebut dari aspek yang positif dan negatif. Apakah terdapat kemungkinan perancangan pembelajaran kanak-kanak digarap secara bersama-sama oleh ibu bapa, keluarga, komuniti dan institusi?

Kanak-kanak perlu tahu unsur-unsur pembentukan komuniti bilik darjah iaitu persefahaman yang wujud daripada kerjasama dan muafakat antara guru dan kanak-kanak. Hormat-menghormati adalah asas dalam pembentukan komuniti pembelajaran kanak-kanak. Guru merupakan model kepada kesefahaman, rasa hormat dan rasa kasih sayang yang diharapkan oleh kanak-kanak. Kualiti rasa kasih sayang, rasa hormat, rasa kesefahaman adalah kunci kepada perkembangan konsep kendiri kanak-kanak. Keyakinan terhadap konsep kendiri yang tinggi merupakan asas kepada pembentukan hubungan antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Kerjasama Setiap kelompok manusia yang mempunyai satu matlamat mampu untuk bekerjasama dalam apa juga situasi. Komuniti berasal daripada perkataan Latin yang bermakna fellowship atau persahabatan. Dalam konteks pembangunan pendidikan, komuniti boleh dijelaskan kepada dua bentuk iaitu:

Page 14: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

146

(a) Komuniti tradisional iaitu komuniti yang mempunyai bilangan orang di dalamnya tidak begitu rapat, hubungan antara ahli komuniti rapat dan mesra serta kepentingan utama dalam komuniti adalah agama.

(b) Komuniti moden adalah komuniti yang kurang kenal atau ada kala langsung tidak mengenali antar aahli kerana bilangan yang lebih besar, mempunyai masalah sosial yang tinggi dengan pelbagai jenis pekerjaan antara ahli.

Kedua-dua bentuk komuniti ini akan mewujudkan pola interaksi yang berbeza. Dalam komuniti kecil interaksi akan menjadi kerap dan rapat dan perkara yang sebaliknya berlaku dalam komuniti besar. Pihak sekolah boleh menjadi institusi yang merapatkan jurang komuniti ini. Menjadikan komuniti sebahagian ahli sekolah merupakan kerjasama yang dapat membantu ibu bapa dan keluarga dari komuniti yang berbeza saling bekerjasama dan membantu dalam banyak perkara. Aktiviti antara komuniti seperti aktiviti sukan, majlis ramah mesra dan juga aktiviti gotong royong merupakan kerjasama yang boleh membangunkan sistem masyarakat. Pendidikan Sebagai agen pendidikan, komuniti perlu dilibatkan dalam pembangunan sistem pendidikan. Menerusi sistem pendidikan, kerjasama dengan komuniti dapat mempertingkat kemahiran komunikasi interpersonal antara orang dengan orang lain, individu dengan individu yang lain. Komunikasi ini meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan. Usaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pendidikan tidak hanya untuk kanak-kanak, komunikasi dan interaksi dalam komuniti juga boleh dilakukan dalam persekitaran pendidikan di sekolah. Penglibatan komuniti secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap perkembangan kanak-kanak. Peranan utama komuniti adalah:

(a) Mengukuhkan pembelajaran dengan menjadi lebih prihatin dan mengalakkan anak-anak berkomunikasi dengan rakan lain dan meneruskan amalan yang dipelajari di sekolah seperti amalan memberi salam, mengucapkan terima kasih, memberi ucap selamat dan bertegur sapa dengan menggunakan isyarat atau lenggok badan dan muka.

Page 15: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 147

(b) Amalan kemahiran tolong menolong serta bantu membantu antara rakan, jiran dan sahabat diamalkan dalam kehidupan seharian kanak-kanak bersama keluarga yang juga sebahagian daripada komuniti.

(c) Menyumbang kepakaran dan menjadi sumber rujukan kepada komuniti seperti mambantu dalam memberi penerangan mengenai pekerjaan, memberi khidmat nasihat, membantu dalam penyediaan sesuatu program.

(d) Memberi sumbangan tenaga dan bahan seperti menyumbang pembinaan mini zoo, membina taman sains, taman herba, menderma buku, alat permainan, mengadakan aktiviti perkhemahan dan lawatan secara berkumpulan dalam komuniti.

(e) Memberi khidmat kebajikan dengan memberi sumbangan kewangan, modal menjadi sebahagian ahli jawatankuasa pra sekolah, memberi khidmat bakti dalam apa juga bentuk yang diperlukan.

(f) Memberi sokongan moral yang kuat dalam usaha membangunkan sistem pendidikan anak-anak pra-sekolah.

Komuniti harus melihat pra-sekolah sebagai sebahagian daripada mereka dan saling memerlukan antara satu dengan lain.

INSTITUSI 7.3

Institusi merupakan badan atau agen utama yang membangun keseluruhan sistem pendidikan pra-sekolah. Dalam konteks perbincangan kita, institusi di sini dimaksudkan sebagai institusi pendidikan, yang dianggotai oleh guru, guru kanan, pengetua serta pihak yang lebih tinggi. Guru merupakan agen utama yang menjayakan program pendidikan pra sekolah. Penghayatan, kemahiran dan sikap guru mempengauhi kejayaan sistem pendidikan pra sekolah Selain itu kejayaan program ini juga bergantung kepada sikap dan kesediaan guru untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang berkesan antara guru, komuniti, keluarga dan ibu bapa. (a) Pemupukan

(i) Pengetahuan mengenai kanak-kanak terutama yang merangkumi aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sangat penting untuk difahami oleh guru.

(ii) Guru perlu menjadi agen yang menjelaskan kepada ibu bapa mengenai aspek-aspek teori yang mendokong perkembangan dan

Page 16: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

148

pertumbuhan kanak-kanak untuk meyakinkan pihak ibu bapa tentang anak mereka dan program yang dilaksana.

(iii) Guru perlu jelas mengenai proses pembelajaran kanak-kanak, pembelajaran emosi, kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan seterusnya kecerdasan sosial kanak-kanak kerana dengan cara ini ibu bapa akan menjadi lebih yakin.

(iv) Seorang guru juga perlu memahami aspek-aspek psikologi kanak-kanak dan mempunyai data serta rekod mengenai setiap kanak-kanak yang diasuhnya.

(v) Memahami dan menghormati peranan ibu bapa/ penjaga dan komuniti dengan menghargai pandangan dan pendapat mereka, menghargai peranan ibu bapa sebagai pendidik pertama anak mereka.

(vi) Menyedari dan peka tentang keperluan dan masalah ibu bapa yang mempunyai tugas lain yang semakin kompleks dengan permintaan hidup masa kini.

(vii) Ibu bapa sering kali menjadi semakin keliru dengan wujudnya nilai-nilai yang menarik dan bertentangan yang disebarkan oleh media massa. Tugas memahami ini akan menjadi lebih selesa untuk bekerjasama dengan guru.

(viii) Pemupukan hubungan yang positif antara guru dan ibu bapa serta komuniti juga akan membawa kepada aspek peneguhan.

(b) Peneguhan

(i) Ibu bapa perlu dijelaskan dengan falsafah dan kurikulum pra-sekolah yang dilalui oleh anak-anak mereka. Maklumat yang disediakan perlu secara berkesan dan mudah difahami oleh ibu bapa untuk memberi keyakinan kepada mereka.

(ii) Peneguhan antara komunikasi dan interaksi ibu bapa serta komuniti dengan guru adalah hasil daripada pemupukan hubungan yang baik dan mesra antara kesemua pihak.

(iii) Untuk memastikan peneguhan berlangsung dalam jangka panjang, guru perlu mempunyai cara untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan komuniti. Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat ibu bapa, penjaga dan maklumat komuniti kanak-kanak.

(iv) Maklumat yang penting termasuk minat mereka untuk melibatkan diri, keperluan dan masalah ibu bapa,masa mereka yang terhad dan aktiviti yang mereka gemari.

Page 17: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 149

(v) Penyediaan maklumat mengenai aspek-aspek dan program yang boleh disertai oleh ibu bapa, keluarga, serta komuniti. Guru juga boleh bertanya kepada ibu bapa, keluarga dan ahli komuniti jenis program yang mereka inginkan. Dapatkan persetujuan daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka setiap pagi dan mengambil mereka.

(vi) Selepas mendapat persetujuan bolehlah guru mengadakan pertemuan dan berbincang mengenai keseluruhan program pra-sekolah yang dilalui oleh anak mereka.

(vii) Sentiasa beritahu ibu bapa perkembangan anak mereka, periksa secara berkala kesihatan kanak-kanak dan sentiasa meminta ibu bapa mengadakan lawatan ke sekolah untuk memberi peneguhan mengenai pendidikan anak-anak.

(viii) Sediakan peti cadangan di pintu masuk sekolah. Guru perlu bersedia dan rasional dalam menghadapi kerisauan ibu bapa mengenai anak mereka. Guru perlu menekankan dan membuktikan keberkesanan pendidikan yang dilalui oleh kanak-kanak. Pastikan corak interaksi yang berlangsung adalah secara positif.

(ix) Guru perlu menjelaskan konsep pembelajaran kanak-kanak di tadika misalnya:

• Melalui permainan: kanak-kanak akan dapat belajar dan meningkatkan kepekaan mereka melalui pemerhatian dan lakonan.

• Melalui proses pendekatan pembelajaran bertema: untuk memberi kanak-kanak situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Melalui permainan dan latih tubi: supaya kanak-kanak belajar daripada tahap yang mudah ke tahap yang lebih sukar.

• Guru perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi bagi memastikan mereka sentiasa bersifat terbuka dan mempunyai ciri-ciri keibu bapaan yang tinggi. Sentiasa menjadi pendengar yang baik dan konsep „customers always right‰ perlu dipegang untuk memastikan kejayaan seluruh sistem.

• Guru sebagai wakil institusi perlu bertindak secara profesional dengan sentiasa memberi maklumat yang telus dan benar. Menghindari perbincangan berbentuk peribadi dengan ibu bapa kerana secara tidak langsung menjaga kerahsiaan antara aspek utama yang perlu dilaksanakan.

• Beri maklumat serta pendedaan mengenai pendekatan, kaedah dan proses pembelajaran yang dilakukan di sekolah.

Page 18: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

150

(c) Pendidikan

(i) Sistem hidup yang terbuka dan tanpa sempadan memberi ruang kepada pendidikan difahami oleh semua peringkat dan lapisan masayarakat. Menurut ahli psikologi makna mendidik itu adalah ÂmenuntutÊ iaitu membawa dan mebimbing kanak-kanak di sisi kita.

(ii) Konsep pendidikan dalam dan selepas waktu sekolah perlu diterapkan untuk memberi peneguhan ilmu kepada kanak-kanak. Pendidikan awal pra-sekolah adalah titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat.

(iii) Guru, ibu bapa, keluarga dan komuniti perlu jelas bahawa kurikulum pra-sekolah boleh diubah mengikut kesesuaian sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak.

(iv) Merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna kepada kanak-kanak memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih bebas dan kreatif kepada kanak-kanak. Untuk memastikan kejayaan institusi, guru boleh menjadikan sistem pendidikan dan pembelajaran pra-sekolah kanak-kanak unik melalui:

• Sentiasa merekod dan menganalisis perubahan dan perkembangan kanak-kanak. Secara tidak langsung rekod ini akan menjadi alat mengesan tahap kebolehan, keupayaan, peningkatan dan masalah yang dihadapi kanak-kanak.

• Mulakan dengan sesuatu yang mudah agar kanak-kanak cepat memahami dan secara tidak langsung meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak ke atas keupayaan dan kebolehan mereka.

(v) Pengulangan dan penguasaan amat perlu kerana kanak-kanak masih di peringkat pra skematik iaitu ingatan dan penguasaan minda mereka masih di peringkat tidak tekal. Ini akan mewujudkan ramai pelajar pintar cerdas kerana melalui penguasaan mereka dapat melangkah lebih ke hadapan.

(vi) Kepantasan dan ketepatan guru dalam melaksana, merancang dan membuat keputusan amat penting. Setiap keputusan akan memberi impak kepada sistem institusi.

(vii) Konsisten dalam memberi dan dan melaksana program pembelajaran harian, mingguan, bulanan, semester kerana kaedah ini akan membentuk tabiat belajar, disiplin diri dan mencetuskan tahap kefahaman yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

(viii) Tingkatkan tumpuan sama ada dalam melihat potensi kanak-kanak atau masalah mereka. Juga tumpuan terhadap kurikulum pra sekolah.

Page 19: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT 151

Perincikan dan jika perlu bina modul yang membolehkan kanak-kanak belajar sendiri.

(ix) Bina sifat kendiri yang tinggi kerana pembinaan sifat kendiri dapat membantu kanak-kanak melalui kehidupan dalam menerokai masa hadapan yang lebih cemerlang. Setiap kemahiran yang diterapkan adalah permulaan langkah kanak-kanak ke masa hadapan.

AKTIVITI 7.4

1. Bincangkan mengapa ibu bapa, komuniti, guru dan institusi amat penting dalam pembelajaran afektif kanak-kanak?

2. Terangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif Piaget.

3. Fikirkan semasa proses anda membesar, apakah anda melalui tahap-tahap perkembangan seperti teori Piaget tersebut dengan sempurna?

Keluarga, komuniti dan institusi merupakan sebahagian daripada proses

pemasyarakatan kanak-kanak.

Membudayakan kanak-kanak dengan sistem dan nilai masyarakat yang positif dan tinggi tamadun amat penting.

Keluarga terutama ibu bapa merupakan aspek pendorong kepada kanak-kanak dalam melihat kejayaan anak-anak dalam pendidikan pra-sekolah.

Kerjasama yang diwujudkan antara ibu bapa, keluarga dan sekolah memberi impak besar kepada persepsi awal kanak-kanak terhadap konsep dan fokus pembelajaran mereka.

Ibu bapa dan keluarga boleh dilibatkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pendidikan pra-sekolah.

Komuniti juga memainkan peranan dalam memastikan pembentukan komuniti seterusnya yang lebih dinamik.

Sumbangan dan kerjasama komuniti turut memberi kesan kepada kanak-kanak.

Proses interaksi dan komunikasi yang stabil, positif dan cekap menentukan bentuk pembelajaran afektif kanak-kanak yang bermutu dan seterusnya membina kecerdasan sosial yang tinggi kepada kanak-kanak.

Page 20: Topik7Keluarga,KomunitidanInstitut

TOPIK 7 KELUARGA, KOMUNITI DAN INSTITUT

152

Institusi sebagai sebuah badan yang mendokong matlamat dan visi pendidikan negara pasti membawa agenda yang paling penting dalam pendidikan kanak-kanak.

Guru sebagai agen utama bagi institusi merupakan tenaga yang memupuk dan meneguhkan kitaran sistem masyarakat menerusi pendidikan kepada kanak-kanak.

Kepakaran guru memupuk dan menjadi peneguh kepada pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak sangat penting dalam usaha memastikan kejayaan pendidikan.

Institusi Interaksi Komunikasi

Komuniti Pemupukan Peneguhan

Elias, M.J. (2000). Promoting Social and Emotional Learning. NJ: Association

for Supervision & Curriculum Development. Gartrell, D. (2004). The Power of Guidance: Teaching Social-Emotional Skill in

Early Childhood Classroom. NY: Tomson Delmar Learning. Gimpel, G.A. (2003). Emotional and Behaviorial Problems of Young Children.

CT: The Guilford Press. Lowenfeld, V & Brittain W.L. (1986) Creative and Mental Growth.New

York:Macmillan. Mark P., & patricia N., (2004). Emotional Release for Children: Repairing the

Past, Preparing the Future. Great Britain: Jessica Kingsley Pub. Pamela C. et.al. (1997). Creating Child-Centered Classrooms. New York;

Children Resources International, Inc. Rohani Abdullah, et.al., (2004). Panduan Kurikulum Pra-sekolah. Bentong: PTS. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Kurikulum Pra-sekolah

Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.