topik6mainan

26
T X PENGENALAN Topik keenam kita akan menyentuh tentang definisi mainan. Perbincangan akan melihat aspek afektif pada peringkat lahir hingga dua tahun. Aspek yang akan dilihat seperti penerokaan dan main, jenis main, aspek sosial, peralatan dan bahan serta perancangan aktiviti. Kita juga akan membincangkan peringkat dua tahun hingga lima tahun perkara yang akan dibincangkan termasuk ciri-ciri umum mengikut peringkat umur, corak permainan, faktor mempengaruhi kanak-kanak bermain, peralatan dan bahan serta perancangan aktiviti. Selain itu, aspek main dalam kehidupan kanak-kanak termasuk keperluan pemikiran logik, rakan sebaya, pembentukan konsep kendiri, bahan dan perancangan aktiviti turut dibincangkan. Apabila kita menyebut bermain, apa yang tergambar dalam pemikiran kita ialah kanak-kanak. Hubungan bermain dengan kanak-kanak ibarat isi dengan kuku, yang tidak boleh dipisahkan. Maka, bermain sinonim dengan kanak-kanak. Rajah 6.1: Bayi berinteraksi sesama mereka T opi opi k k 6 Mainan 6 X 4. Menghuraikan kelebihan main bagi kanak-kanak. 3. Menghuraikan aspek mainan kanak-kanak pada peringkat umur dua tahun hingga lima tahun; dan 2. Membincangkan aspek mainan bagi bayi baru lahir hingga dua tahun; 1. Menghuraikan definisi mainan; Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: HASIL PEMBELA J ARAN

Upload: msanusi

Post on 25-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • T

    X PENGENALAN Topik keenam kita akan menyentuh tentang definisi mainan. Perbincangan akan melihat aspek afektif pada peringkat lahir hingga dua tahun. Aspek yang akan dilihat seperti penerokaan dan main, jenis main, aspek sosial, peralatan dan bahan serta perancangan aktiviti. Kita juga akan membincangkan peringkat dua tahun hingga lima tahun perkara yang akan dibincangkan termasuk ciri-ciri umum mengikut peringkat umur, corak permainan, faktor mempengaruhi kanak-kanak bermain, peralatan dan bahan serta perancangan aktiviti. Selain itu, aspek main dalam kehidupan kanak-kanak termasuk keperluan pemikiran logik, rakan sebaya, pembentukan konsep kendiri, bahan dan perancangan aktiviti turut dibincangkan. Apabila kita menyebut bermain, apa yang tergambar dalam pemikiran kita ialah kanak-kanak. Hubungan bermain dengan kanak-kanak ibarat isi dengan kuku, yang tidak boleh dipisahkan. Maka, bermain sinonim dengan kanak-kanak.

    Rajah 6.1: Bayi berinteraksi sesama mereka

    Topiopikk

    6Mainan

    6 X

    4. Menghuraikan kelebihan main bagi kanak-kanak.

    3. Menghuraikan aspek mainan kanak-kanak pada peringkat umur dua tahun hingga lima tahun; dan

    2. Membincangkan aspek mainan bagi bayi baru lahir hingga dua tahun;

    1. Menghuraikan definisi mainan;

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    HASIL PEMBELAJARAN

  • X TOPIK 6 MAINAN

    108

    Bagi kanak-kanak bermain itu menyeronokkan. Bermain juga merupakan satu bentuk kesenian pada kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Dalam program pendidikan awal kanak-kanak, main bukan sahaja untuk berseronok, bahkan bermain mengandungi makna yang luas. Bermain bukan sahaja boleh meningkatkan domain afektif dan psikomotor, bahkan domain kognitif juga akan turut berkembang jika ia dirancang dengan teliti mengikut objektif yang dikehendaki. Main merupakan intipati kreativiti bagi kanak-kanak. Ia bersifat universal, sehingga para pengkaji menyebutnya sebagai refleksi tumbesaran kanak-kanak (Gordon, Browne, 2000). Sebaik mereka terjaga daripada tidur, kanak-kanak akan terus mencari permainannya. Mereka akan menangis, menjerit jika permainannya hilang atau jika tidak dapat bermain. Kanak-kanak akan berasa bosan jika tidak bermain. Jerome Singer (1973) menyatakan kanak-kanak dapat menyusun pengalaman mereka dengan menggunakan kemampuan fizikal dan mental melalui permainan imaginatif. Beliau juga berpendapat bahawa melalui penerokaan alam menjadikan kanak-kanak berkebolehan dalam menyelesaikan masalah pesekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Vygotsky (1967) berpendapat permainan juga dapat membantu dalam perkembangan pembelajaran dan pengajaran. Struktur mental dapat dibentuk dengan menggunakan kaedah nyanyian dan permainan membantu dalam pembentukan ini. Kanak-kanak dapat belajar mengawal emosi di mana mereka akan lalui dalam dunia sebenar. Almy (1994) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan. Melaluinya, kanak-kanak mendapat tingkahlaku yang baru. Apa yang dikemukakan oleh Almay, Rubin, Fein dan Vendenberg, (1983). Sharani (2006); bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebabkan oleh halangan persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Selain itu, mereka belajar bersosial dan menyelesaikan masalah, belajar menjadi pemimpin dan pengikut, belajar bekerjasama dan bertolak ansur.

  • TOPIK 6 MAINAN W 109

    PERINGKAT LAHIR HINGGA 2 TAHUN (BAYI)

    6.1

    6.1.1 Penerokaan dan Main

    Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia satu hingga dua bulan dipanggil neonate. Bayi yang baru dlahirkan ini perlu berjaya mangharungi emapt perkara major: Bernafas dengan sendiri

    Melakukan pertukaranperedaran darah

    Mengawal suhu badan

    Menghadamkan makanan

    Rajah 6.2: Empat perkara utama yang dilalui seseorang bayi. Pada awal kelahiran, kawalan yang lebih diberikan pada bahagian kepala dan otak tengkuk, kerana bayi tidak dapat menyokongnya sendiri. Ibu bapa dan pengasuh perlu memberi tumpuan utama pada peringkat ini. Biasanya dalam sebulan, pergerakan bayi berkembang. Perkembangan bayi pada peringkat awal dapat diperhatikan dengan jelas. Bayi akan memberi tindak balas sekiranya orang yang berada di sekelilinnya memberi rangsangan terhadapnya. Secara fizikal, bayi berkembang pada umur dua tahun pertama. Perkembangan merangkumi semua aspek kognitif, psikomotor, afektif dan bahasa. Perkembangan ini bergantung kepada sejauh mana bayi diberi peluang untuk membuat penerokaan sepanjang tempoh tersebut. Perkembangan aktiviti motor penting pada dua tahun yang pertama bagi membolehkan mereka duduk, merangkak, berdiri dan berjalan (5-15 bulan). Otak bayi sedang berkembang dan dapat menyekat refleks bayi serta mengawal kehendak pergerakan mereka.

    AKTIVITI 6.1 Apakah yang anda faham tentang bermain dalam program kanak-kanak?

  • X TOPIK 6 MAINAN

    110

    Berikut adalah kemahiran penerokaan dan main mengikut peringkat umur bayi:

    Jadual 6.1: Penerokaan bayi mengikut peringkat umur.

    Peringkat Umur Bayi Kemahiran bekerja/bermain

    6 bulan pertama Menggenggam, mengangkat dan menyentuh hujung kaki, mengiring dan meniarap, memegang alat permainan tertentu yang ringan dan memasukkannya ke dalam mulut.

    7 bulan - setahun Menjulur, duduk, berdiri, bertatih, dapat memegang alat permainan dan bermain alat permainan yang lebih kompleks.

    1 2 tahun Berjalan dan berlari, bebas bermain, memanjat dan mula melakukan kehendak sendiri seperti mandi dan bersabun atau menyiram badan sendiri. Pada umur mencecah dua tahun boleh membantu kerja-kerja seperti melipat baju, mengemas alat permainan, mengangkat objek yang ringan.

    Rajah 6.3: Alat permainan yang dapat memenuhi perkembangan bayi hingga berumur dua tahun. Perkembangan afektif bergantung kepada kebijaksanaan ibu

    bapa/guru/pengasuh menerapkan nilai-nilai berkenaan Apakah perkaitan emosi dengan main? Bermain banyak membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Melaluinya, kanak-kanak berpeluang menenangkan emosi, mempelajari bahawa dunia mereka dengan lebih luas lagi dan menarik perhatian orang lain. Permainan bukanlah semestinya membuatkan mereka gembira. Kadang kala membuatkan mereka berasa sedih, tetapi dengan demikian mereka dapat mempertingkat beberapa kemahiran yang berkaitan. Contohnya, mengawal emosi, bersabar, berhati-hati dan teliti, kreatif dan berdikari. Keadaan ini membantunya menguasai konsep kendiri.

  • TOPIK 6 MAINAN W 111

    6.1.2 Jenis Main

    Rajah 6.4: Bayi 3 bulan ini cuba mencapai objek yang ada di hadapannya

    Peringkat lahir hingga dua tahun, merupakan peringkat umum, iaitu perkembangan bermain sosial yang ditakrifkan sebagai sosial-kendiri. Bayi mula bermain apabila mereka merenung, senyum dan mengeluarkan sesuatu bunyi, sebagai tindak balas terhadap persekitarannya (Gordon, Brownie, 2000). Proses sosialisasi bayi berlaku apabila berinteraksi dengan ibu bapa, pengasuhnya dan persekitarannya. Setelah mencapai usia beberapa bulan, bayi mula pandai mencapai objek yang berada di hadapannya. Apabila bayi mencecah umur setahun, bayi mampu tersenyum sambil memegang tangan ibu bapa dan sesiapa yang berada di hadapannya dan bersosial (bermain) dengannya. Sewaktu peringkat umur bertatih, ia mampu bermain sendiri (solitary play). Pada peringkat ini, apabila mereka telah mula memahami antara satu sama lain, mereka mula bermain side by side namun tiada berlaku interaksi sosial (parallel play). Apabila mencecah usia dua tahun, mereka mula bermain bersama (coordinate play), Gordon, Browne,(2000). Sebagai seorang ibu bapa dan pengasuh, rangsangan perlu untuk menerapkan tingkah laku positif. Setiap perlakuan positif perlu diberi penghargaan agar tingkah laku itu akan diulanginya. Apabila kanak-kanak ini menemui situasi yang sama pada masa akan datang, maka skemanya akan memberitahu bahawa perlakuan itu adalah betul dan mematuhi standard moral yang dipersetujui oleh masyarakat. Oleh itu, setiap tingkah laku bayi sehingga berumur satu tahun perlu mendapat tunjuk ajar daripada orang-orang yang berada di persekitarannya.

  • X TOPIK 6 MAINAN

    112

    6.1.3 Aspek Sosial

    Kemahiran meneroka bayi secara berperingkat dapat dilihat seperti berikut:

    Jadual 6.2: Kemahiran penerokaan bayi secara berperingkat

    Emosi/usia Perkembangan Sosial

    Tawa dan senyuman 2-3 minggu kelahiran hingga sebulan

    Senyuman pada peringkat ini berlaku apabila bayi diberi rangsangan seperti mendengar bunyi dan sentuhan pada tubuhnya.

    Tawa dan senyuman pada usia 2 bulan hingga setahun

    Ini adalah peringkat senyuman sosial. Bayi tersenyum apabila melihat wajah ibu bapanya, adik beradiknya atau apabila mendengar namanya dipanggil. Bayi menggunakan senyuman untuk mendapatkan apa yang diingininya seperti mendapatkan balasan senyuman daripada ibu bapanya. Kuasa senyuman ini mula digunakan untuk mengawal persekitarannya.

    Tangisan6 bulan pertama kelahiran

    Merupakan sesuatu yang lazim dan satu cara komunikasi yang berkesan bagi bayi dan kanak-kanak. Menunjukkan keperluan fizikal seperti lapar, sakit atau tidak selesa dengan persekitarannya. Ada juga bayi menangis tanpa sebab yang jelas.

    Tangisan selepas 6 bulan Kadar tangisan menurun. Bayi mula mengawal emosi dan cuba memahami keadaan persekitarannya seperti ibubapanya tidak akan sentiasa berada di sisinya.

    Marah Dalam 9 usia bulan perasaan marah menunjukkan bayi berasa kecewa. Bayi akan bertindak balas dengan cara memalingkan muka jika berasa marah dan kecewa, enggan menurut kemahuan ibu bapanya seperti tidak mahu makan. Mampu mengawal kemarahan apabila berumur lebih setahun.

    Kanak-kanak akan menjadi lebih bersosial dan berdikari apabila mencapai umur dua tahun. Tingkah laku sosial ini bergantung dan berubah mengikut kehendak atau keadaan persekitaran dan membantu kanak-kanak menjadi lebih matang. Dalam usia bayi 18 24 bulan, mereka mula memahami perkaitan antara emosi dengan kehendak. Kanak-kanak menggunakan reaksi emosi apabila cuba mendapatkan kemahuannya. Malah mereka mamahami emosi asas yang digunakan dalam mencapai apa yang diingininya. Kesedaran pada emosi sangat penting bagi membantu mereka meningkatkan perkembangan kognitif dan kesedaran diri. Untuk itu, kanak-kanak perlu:

  • TOPIK 6 MAINAN W 113

    (a) Memahami perbezaan dirinya dengan orang lain

    (b) Mengenal pasti tahap peraturan yang perlu dipatuhi

    (c) Memahami tingkah laku mereka dan perkaitannya dengan standard moral

    (d) Bertanggungjawab Menurut kajian terbaru, bayi lahir bersama minat, kesedihan, benci, gembira, marah, terkejut, malu dan takut dalam tempoh lapan bulan pertama kelahirannya. Jadual 6.3 menunjukkan perkembangan emosi bayi:

    Jadual 6.3: Perkembangan emosi bayi

    Emosi Umur

    Minat, Sedih, Benci Sejak lahir

    Gembira 1-2 bulan

    Marah 2-3 bulan

    Terkejut 3-4 bulan

    Malu 4-5 bulan

    Takut 6-8 bulan

    Perkembangan marah 9 bulan

    Mengawal marah Mencecah setahun

    Memahami kehendak sosial, Berusaha bersikap lebih autonomi

    Lebih setahun

    Berdasarkan jadual tersebut, emosi kanak-kanak berkembang mengikut tahap umur mereka. Pengetahuan ini perlu bagi guru/pengasuh menyusun perancangan aktiviti yang boleh menepati kehendak dan emosi kanak-kanak.

    Rajah 6.5: Bayi ini dalam emosi yang gembira

  • X TOPIK 6 MAINAN

    114

    SEMAK KENDIRI 6.1

    Bagaimanakah anda dapat memperkaya dan memperkembang kemahiran kanak-kanak tatih menguasai konsep kendiri? Berikan cadangan anda.

    6.1.4 Peralatan dan Bahan

    Bahan-bahan dan peralatan pembelajaran merupakan bahan yang boleh meningkatkan pengalaman kanak-kanak terhadap aspek afektif. Terdapat banyak bahan dan peralatan yang mampu meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap konsep ini. Bahan dan peralatan yang boleh memberi pengalaman tentang konsep afektif kepada bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan sehingga berumur setahun termasuklah:

    Lahir-6 bulan:

    Peralatan yang boleh dipegang, dihisap, digoncang, dipicit/tekan, menghasilkan bunyi apabila digerakkan, gelung kecil, anak patung daripada bahan lembut, bola berstruktur, vynil dan papan buku

    Bahan untuk diperdengarkan seperti buku berirama dan bersajak rakaman lagu lullabies dan lagu kanak-kanak

    Bahan visual seperti permainan yang boleh digantung pada katil bayi Pupet/boneka

    Rajah 6.6: Antara alat permainan yang sesuai dengan bayi yang berumur 6 bulan pertama. Perhatikan ciri-ciri alat permainan tersebut

  • TOPIK 6 MAINAN W 115

    Berikut merupakan alat dan bahan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga satu tahun. Bahan dan peralatan yang sesuai adalah daripada jenis yang lembut dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak bertatih, iaitu memudahkan mereka merangkak, berguling/bergolek, menaiki alat berkenaan, melompat, memanjat, berdiri dan berpusing-pusing

    Rajah 6.7: Kanak-kanak bertatih bermain

    7 bulan hingga satu tahun Contoh alat:

    Anak patung Kenderaan kayu dan plastik

    yang mempunyai roda

    Permainan air Bola, mangkuk palstik,

    permainan yang ada jaring-jaring

    Bongkah lembut, kiub kayu Bola besar Alat permainan yang boleh

    ditarik atau ditolak

    Bahan-bahan yang lembut untuk bayi menaikinya, boleh ditarik/ditolak, berguling-guling/bergolek di atasnya.

    solitary play

  • X TOPIK 6 MAINAN

    116

    Rajah 6.8: Alat permainan yang sesuai untuk

    kanak-kanak bertatih hingga setahun

    AKTIVITI 6.2 Huraikan empat kelebihan dari segi afektif, jika bayi dan kanak-kanak

    an yang lua bertatih diberi pendedah s terhadap alat-alat permainan.

    Pada usia kanak-kanak bertatih d

    anyak bergerak dan berjalan. Paelbagai jenis alat

    an a eka telah da ari.

    permainan boleh diperken ala, alam a menjadi korban

    ntara satu hingga dua tahun, merwaktu ini mereka sudah mula berdik

    alkan kepada mereka. Kadang kbPbahan yang bukan tergolong d

    erana perasaan inkuirinya. Contolat permainannya turut

    k h alat permainan ialah:

    Bahan untuk aktiviti menyelesaikan masalah: wood pu

    Kenderaan kayu/plastic Bahan-bahan bukan toksid,

    warna krayon, warna pensil, alat-alat mengecat dan fingerpaint, gunting, alat berirama, kertas lukisan/warna

    Buku bergambar CD, DVD dengan tema-tema

    yang sesuai

    Bola, hammering, basikal,toys,tunnels, tangga, papan gelongsor

    zzle, blok bercantum, objek yang boleh diasing/dipisahkan berdasarkan bentuk, warna, bau, saiz,

    Bahan untuk binaan, set pinggan-mangkuk, patung dengan aksesorinya, boneka,

    Bahan untuk main pasir dan main air

  • TOPIK 6 MAINAN W 117

    Rajah 6.9: Alat permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun

    6.1.5 Perancangan Aktiviti

    Ibu bapa dan guru perlu mewujudkan situasi yang harmoni bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Peningkatan kemahiran kognitif, psikomotor, afektif dan bahasa banyak ditentukan oleh bagaimana bayi dan kanak-kanak itu diorientasikan oleh persekitarannya.

    Rajah 6.10: Alat permainan yang menguji kesabaran dan ketekunan kanak-kanak

    Maka, guru perlu memberi pengalaman-pengalaman baru kepada kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti pembelajaran yang aktif. Dalam konteks ini pelbagai kaedah daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks boleh diaplikasi untuk meningkatkan kemahiran mereka.

  • X TOPIK 6 MAINAN

    118

    Contoh Aktiviti Bagi Kanak-kanan berumur 2 Tahun Tema : Main Doh Aspek yang diberi penekanan : 1. Bekerja dalam kumpulan: kerjasama, tolak ansur, 2. Bersyukur, teliti, tekun, sabar Aktiviti Pembelajaran 1. Kanak-kanak dibawa ke ruang dapur. Secara berpasangan, mereka

    mengadun tepung untuk membuat doh, menggiling, menerap dan membina pelbagai bentuk, menggunakan acuan bentuk plastik yang diberi oleh guru/pengasuh dalam masa satu jam sahaja.

    2. Bentuk yang dibina, terhad kepada bentuk bulat, tiga segi, rombus

    dan segi empat sahaja. Kanak-kanak diberi peluang membina seberapa banyak bentuk yang mereka mampu. Bentuk yang tidak padat atau pecah tidak akan diambil kira.

    3. Mana-mana pasangan yang masih tidak dapat membina bentuk,

    akan dibimbing oleh guru supaya mereka tidak mudah putus asa, lebih berhati-hati dan sabar dalam membina bentuk-bentuk tersebut.

    4. Pada akhir aktiviti, guru akan pergi kepada setiap kumpulan dan

    memberi penghargaan untuk kumpulan yang berjaya membina bentuk terbanyak. Sementara kumpulan yang hanya berjaya membina sedikit sahaja, akan diberi penghargaan atas daya usaha yang penuh sabar dan kerjasama serta semangat setia kawan yang ditunjukkan.

    PERINGKAT 2 TAHUN HINGGA 5 TAHUN 6.2

    6.2.1 Ciri-ciri Umum Mengikut Peringkat Umur

    Perkembangan kanak-kanak terus berlaku pada setiap peringkat umur. Tahap umur antara dua tahun hingga lima tahun dikenali sebagai tahap pertengahan kanak-kanak. Perkembangan afektif kanak-kanak dapat dilihat mengikut peringkat umur seperti berikut.

  • TOPIK 6 MAINAN W 119

    (a) Pada usia dua tahun:

    (i) Menunjukkan perasaan cemburu dan mula bersaing dengan kawan-kawan atau keluarga.

    (ii) Meniru gaya dan tingkah laku orang dewasa.

    (iii) Berminat untuk berkawan dengan kanak-kanak lain.

    (iv) Cuba untuk berdikari. (b) Pada usia tiga tahun:

    (i) Meniru dan melukis bentuk tubuh manusia.

    (ii) Seronok mendengar cerita.

    (iii) Konsep kendiri meningkat; boleh zip seluar dan butang baju.

    (iv) Bermain bersama kanak-kanak lain.

    (v) Berkongsi permainan dan sabar apabila bermain.

    (vi) Menunjukkan perasaan sayang terhadap orang lain terutamanya kanak-kanak yang lebih kecil.

    (vii) Mematuhi waktu tidur.

    (viii) Takut pada bunyi yang terlalu kuat seperti guruh.

    (ix) Memberitahu apabila hendak ke tandas. (c) Pada usia empat tahun:

    (i) Tambah berani dan lasak; boleh melompat dari tempat yang tinggi.

    (ii) Berminat mengetahui nama objek-objek yang baru baginya.

    (iii) Bercakap dengan gaya yang petah.

    (iv) Menunjukkan apresiasi dengan melukis dan menerangkannya.

    (v) Memberontak apabila kehendaknya tidak dituruti atau barang yang ada ditangannya diambil atau dirampas.

    (vi) Sabar dan tekun; menumpukan perhatian kepada sesuatu yang menarik minatnya.

    (vii) Gemar beraksi watak-watak super hero seperti spider man, ultra man.

    (viii) Suka membuat imaginasi.

  • X TOPIK 6 MAINAN

    120

    (d) Pada usia lima tahun:

    (i) Lebih berani.

    (ii) Boleh memberi tumpuan lebih lama atau fokus kepada tugasan atau kerja yang diberi.

    (iii) Peningkatan inkuiri atau rasa ingin tahu; sering bertanya pelbagai soalan.

    (iv) Suka mencuba sesuatu yang baru.

    (v) Lebih suka bermain dengan rakan sebaya.

    (vi) Perasaan tidak mahu kalah apabila bersama rakan sebaya.

    (vii) Boleh mengambil giliran melakukan sesuatu.

    (viii) Bersedia berkongsi permainan dengan rakan sebaya.

    (ix) Menampakkan sifat rasional.

    (x) Boleh berbincang untuk melakukan aktiviti bersama.

    (xi) Boleh melakonkan drama misalnya beraksi sebagai seorang guru sedang mengajar di dalam kelas atau aksi pelayan di restoran mengambil tempahan makanan daripada pelanggan.

    6.2.2 Corak Permainan

    Pelbagai corak atau jenis permainan boleh diperkenalkan oleh guru atau pengasuh kepada kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun. Corak permainan boleh dikategorikan kepada beberapa unit mengikut kesesuaian umur kanak-kanak, minat dan bakat. Kemahiran dan kemampuan kanak-kanak berbeza mengikut umur. Terdapat dua corak permainan iaitu main sosial dan main kognitif. Corak permainan sosial boleh dilihat seperti dalam Jadual 6.4.

    Jadual 6.4: Corak permainan sosial

    Corak Permainan Keterangan

    Unoccupied behaviour Kanak-kanak bergerak dalam kelas, tetapi tidak melibatkan diri dalam aktiviti. Sebaliknya, memerhatikan apa yang orang lain lakukan.

    Solitary play Kanak-kanak bermain sendiri tanpa melibatkan kanak-kanak lain.

    Onlooker play Melibatkan keadaan di mana terdapat dua orang kanak-kanak, namun yang seorang

  • TOPIK 6 MAINAN W 121

    hanya berdiri di sisi memerhatikan sahaja, tanpa main sama-sama.

    Parallel play Kanak-kanak menggunakan bahan atau alat yang sama, tetapi tidak berinteraksi atau bermain sama-sama.

    Associative play Kanak-kanak bukan sahaja berinteraksi, malah berkongsi bahan dan peralatan, namun tidak terlibat dengan permainan yang sama.

    Cooperative play

    Berkongsi permainan dan main sama-sama. Contoh: muzik dan pergerakan.

    Corak permainan kognitif pula (rujuk Jadual 6.5):

    Jadual 6.5: Corak permainan kognitif

    Corak Permainan Keterangan

    Functional play Kanak-kanak tatih sering bermain berulang kali, biasanya menggunakan alat permainan atau objek yang berlonggok, boleh diisi dengan air atau pasir.

    Constructive play Membina dan mencipta sesuatu. Bahan yang menggalakkan jenis permainan ini ialah puzzle, blok-blok bangunan, aktivfiti kraf, dan puppet/boneka. Biasanya kanak-kanak berumur 4 atau 5 tahun seronok dengan permainan ini.

    Dramatic play Kanak-kanak menggunakan alat permaianan atau objek sebagai menggantikan suatu imaginasi. Contoh: drama kreatif, main peranan

    Ruled-game Melibatkan penerimaan, peraturan seperti bermain bola, skipping, permainan kad yang mudah. Lazimnya, dipraktikkan oleh kanak-kanak akhir.

    6.2.3 Faktor Mempengaruhi Kanak-kanak Bermain

    Dari segi afektif kanak-kanak bermain kerana:

    (a) Kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda: menyemai rasa ingin tahu dan ingin melakukannya hingga berjaya.

    (b) Membantu kanak-kanak memusatkan perhatiannya dan mengembangkan sifat-sifat tekun dan gigih.

    (c) Mengembangkan sifat keazaman dan berdaya saing/perlumbaan.

  • X TOPIK 6 MAINAN

    122

    (d) Mengembangkan daya kreatif, sabar dan berhati-hati.

    (e) Memupuk semangat bergaul dan bebas bertindak.

    (f) Mengukuhkan sifat hormat-menghormati dan berdisiplin.

    (g) Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran berkaitan kebersihan dan mengikut giliran.

    (h) Meningkatkan keyakinan diri, dan menggalakkan sifat adventurous.

    (i) Sebagai saluran peluahan perasaan gembira, bangga, tidak mudah putus asa, marah, geram dan kecewa.

    Rajah 6.11: Aktiviti yang mendorong kanak-kanak bersosial dan berkongsi kejayaan

    begini dapat mengurangkan ketegangan emosi, Constructive play

    6.2.4 Peralatan dan Bahan

    Bahan dan peralatan yang boleh digunakan untuk aktiviti permainan bagi kumpulan kanak-kanak antara dua tahun hingga lima tahun terdiri daripada bahan yang menggalakkan kanak-kanak pertengahan ini mendapatkan pengalaman membina konsep kendiri. Antara bahan dan peralatan adalah seperti:

    Bahan untuk pretend play. Buku-buku cerita bergambar. Blok perkataan, gambar. Bahan untuk dress-up cloth. Domino, binggo, kad permainan. Set keretapi atau kenderaan berat. Pupet/boneka. Puzzle.

  • TOPIK 6 MAINAN W 123

    Penutup botol. Bahan-bahan binaan. Bahan main air dan pasir. Alat-alat mewarna seperti krayon, warna air. Tanah liat dan doh. CD dan DVD. Alat-alat muzik seperti xylophones, piano, tamborin. Pelbagai jenis bola. Alat-alat yang boleh ditunggang. Alat-alat pertukangan. Komputer dan perisian yang sesuai.

    Rajah 6.12: Antara alat permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dari dua tahun hingga lima tahun

    SEMAK KENDIRI 6.2

    (a) Huraikan ciri-ciri umum kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun dan padankan apakah permainan yang sesuai untuk kumpulan tersebut?

    (b) Apakah kelebihan bermain bagi kanak-kanak?

  • X TOPIK 6 MAINAN

    124

    6.2.5 Perancangan Aktiviti

    Pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk kumpulan kanak-kanak tersebut.

    Contoh Aktiviti Bagi Kanak-kanak Berumur tiga Tahun Tema : Senikraf Aspek yang diberi penekanan : 1. Kerjasama, bersungguh-sungguh 2. Bersyukur, teliti, tekun, sabar Aktiviti Pembelajaran 1. Guru/pengasuh membuat domonstrasi kepada kanak-kanak cara-

    cara membuat pinggan kertas. 2. Kertas surat khabar lama, gam, air gunting pinggan plastik

    dibekalkan kepada kanak-kanak. Secara berpasangan kanak-kanak memulakan aktiviti; menggunting atau mengoyakkan kertas surat khabar tadi.

    3. Kanak-kanak menjalankan aktiviti mencelup kertas ke dalam air dan

    meletakkannya ke atas seluruh permukaan belakang pinggan sebagai lapisan pertama. Biarkan beberapa minit sebelum diletakkan dengan kertas bergam yang telah digunting atau dikoyakkan tadi.

    4. Ulangi tampalan sehingga mencapai ketebalan pinggan yang

    diinginkan. Guru perlu sentiasa mengawasi kanak-kanak sepanjang tempoh tersebut. Selepas selesai, keringkan di bawah cahaya matahari sehingga kering. Tanggalkan kertas daripada pinggan.

    5. Tampalkan permukaan sebelah dalam pinggan kertas putih, lukiskan

    corak dengan menggunakan warna basah dan berus. Beri peluang kanak-kanak mencorakkan mengikut kreativiti masing-masing.

    6. Akhir sekali, guru memberi penghargaan atas kesungguhan dan

    ketekunan kanak-kanak. Aktiviti tersebut boleh memantapkan nilai-nilai kerjasama, sabar, yakin-kendiri, di samping menyeronokkan. Kanak-kanak dapat bersosial dan memupuk semangat sedia berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan rakan sebaya.

  • TOPIK 6 MAINAN W 125

    AKTIVITI 6.3 (a) Jelaskan bagaimana anda dapat memupuk domain afektif kepada

    kanak-kanak berumur satu tahun. Cadangkan satu aktiviti yang dapat memupuk domain tersebut.

    (b) Sekiranya kanak-kanak berumur 5 tahun yang berada di bawah

    asuhan anda, menunjukkan reaksi tidak minat menjalankan aktiviti yang anda rancangkan, apakah yang anda akan lakukan?

    6.3 MAIN DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK

    Berbeza dengan orang dewasa, kanak-kanak bermain sepanjang hari. Main disamakan dengan bekerja bagi kanak-kanak. Mary(1998) mengatakan children are by nature playful. Doris(2002), menyatakan main ialah voluntary, meaningful, symbolic, ruled-governed, pleasurable dan episodic. Main merupakan salah satu daripada tujuh syarat integrasi pembelajaran, yang akan memberi fungsi limpatik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak bermain? (a) Main secara intrinsik memotivasikan: melakukan sesuatu dengan kehendak

    sendiri, tanpa ada arahan sesiapa. (b) Main dianggap sebagai satu pekerjaan seharian. (c) Main merupakan satu aktiviti. Produknya ialah kepuasan, seronok,

    memantapkan konsep kendiri dan bersosial. (d) Melepaskan tenaga potential. (e) Mengurangkan tekanan/rasa marah/kecewa. (f) Meningkatkan daya imaginasi semasa bermain.

    6.3.1 Keperluan Pemikiran Logik

    Kanak-kanak pada peringkat umur pertengahan, tidak menggunakan operasi logik dan alasan dalam identiti bagi menyelesaikan masalah. Mereka lebih cenderung menumpukan perhatian kepada objek yang ketara dan mengabaikan yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai pemusatan. Contoh, kanak-kanak diberi dua jag berisi air. Jag pertama lebih besar dan air yang dimasukkan ke dalamnya separuh daripada saiz jag. Jag kedua lebih kecil dan apabila air daripada jag besar tadi dituang ke dalam jag kecil, ia memenuhi semua ruang (penuh), kanak-

  • X TOPIK 6 MAINAN

    126

    kanak akan mengatakan bahawa jag yang penuh itu, airnya lebih banyak berbanding dengan jag yang lebih besar. Hakikatnya, kandungan air tetap sama. Sebagai seorang guru, kanak-kanak perlu diberi peluang bermain bagi mengubah persepsi dan pemahaman kanak-kanak tentang pemikiran logik ini. Pelbagai aktiviti main perlu dirancang, agar pemahaman mereka lebih mantap dan mudah menghadapi keadaan menyelesaikan masalah kelak.

    6.3.2 Rakan Sebaya

    Kanak-kanak pada peringkat akhir menghabiskan sedikit masa bersama keluarga kerana banyak masa dihabiskan bersama rakan sebaya dan aktiviti-aktiviti sekolah. Jika mereka mempunyai adik beradik yang sebaya, masa mereka banyak dihabiskan bersama daripada ibu bapanya. Aktiviti main juga berlangsung bersma rakan sebaya sama ada di rumah apatah lagi di sekolah. Keluarga yang hanya mempunyai anak tunggal mempercepat proses anak-anak menyertai rakan sebaya. Pada peringkat akhir kanak-kanak, rakan sebaya lebih kerap bermain dengan kanak-kanak. Perhubungan ini membentuk kemahiran tingkah laku, sosial dan semakin mahir berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sekiranya tersalah memilih rakan, akan mewujudkan pelbagai masalah tingkah laku. Sebaliknya, apabila rakan sebaya dipilih dengan betul, perhubungan ini akan menjana kejayaan seseorang anak (rujuk Rajah 6.13).

    Mudah bersosial dan boleh bertolak ansur

    Penerimaan Rakan Sebaya

    Sama keinginan, minat dan kehendak

    Menyenangkan dan mempunyai

    li i b ik

    Tingkah lakutidak

    Rajah 6.13: Penerimaan rakan sebaya dalam interaksinya dengan anak-anak

  • TOPIK 6 MAINAN W 127

    Berdasarkan grafik di atas, kanak-kanak akan mudah menerima rakan sebaya apabila ia mempunyai persamaan sifat dan minat, mudah bersosial, di mana ada unsur-unsur sifat timbang rasa, tidak bersikap agresif dan menyenangkan apabila berinteraksi. Ringkasnya, kanak-kanak yang mempunyai personaaliti yang baik dan konsep kendiri yang positif akan mudah mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak.

    AKTIVITI 6.4 Sebagai seorang ibu bapa/guru/pengasuh, apakah yang dapat anda lakukan sekiranya mendapati salah seorang daripada kanak-kanak di bawah jagaan anda disingkirkan dan terasing daripada rakan-rakan sebayanya?

    6.3.3 Pembentukan Konsep Kendiri

    Konsep kendiri ditakrifkan sebagai teori individu tentang dirinya (Harter, 1990), mencakupi semua persepsi kendiri tentang kebolehan dan sifat-sifat seseorang. Kerana ia berbentuk teori, konsep kendiri tidak stabil dan diubahsuaikan mengikut pengalaman. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang positif dikatakan berasa puas hati atau gembira dengan persepsi kendirinya. Apabila kanak-kanak berkata, Saya boleh berlari sangat pantas atau Saya ada banyak kawan di sekolah, mereka sedang mempamerkan tanggapan sihat tentang diri mereka. Nyata, konsep kendiri yang positif adalah kritikal untuk kebahagiaan seseorang sepanjang hayatnya. Menurut Erickson, konsep kendiri yang positif mempunyai kaitan dengan perasaan berinisiatif. Kanak-kanak yang berusaha secara kreatif dalam aktiviti kerja atau main, atau banyak melibatkan rakan sebaya yang positif, akan berasa berjaya. Mengikut Erikson, yang mustahak ialah proses melakukan atau merekacipta. Kanak-kanak cenderung menanggap diri mereka berdasarkan sama ada mereka telah berusaha, mempunyai kawan-kawan, sebagai kanak-kanak yang baik (Stipek et al., 1992). Inisiatif sosial menyumbang secara unik kepada konsep kendiri yang positif. Kanak-kanak yang mengambil inisiatif dalam interaksi dengan rakan sebaya dan kurang bergantung kepada orang dewasa didapati lebih berketrampilan dan yakin diri (Hartup, 1983; Rubin, 1980). (http://www.geocities.com/seminarpra07/KertasPenuh/Tingkah_Laku_Prososial_Kanak_kanak_Pra-sekolah.pdf).

  • X TOPIK 6 MAINAN

    128

    Aktiviti main dapat memupuk pelbagai konsep kendiri yang sihat. Contohnya, melalui pengalaman aktiviti sosiodramatik, kanak-kanak belajar memupuk semangat menghargai orang lain, bertolak ansur, dan sabar. Aktiviti main peranan, berlakon dan main olok-olok juga memupuk kompetensi konsep kendiri. Selain itu, aktiviti-aktiviti mengenali konsep dalam Matematik dan manipulatif sains juga boleh meningkatkan konsep kendiri.

    Rajah 6.14: Aktiviti main olok-olok

    Apa yang penting, kanak-kanak perlu sentiasa diberi peluang untuk meneroka pelbagai aktiviti mengikut tahap, kebolehan, minat dan bakat masing-masing. Ini kerana zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar.

    6.3.4 Peralatan dan Bahan

    Pelbagai bahan dan peralatan main bagi kanak-kanak pelbagai kategori seperti yang telah dibincangkan di atas. Berikut merupakan beberapa contoh alat bermain bagi kanak-kanak.

  • TOPIK 6 MAINAN W 129

    Rajah 6.15: Bahan dan alat permainan untuk kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun

  • X TOPIK 6 MAINAN

    130

    6.3.5 Perancangan Aktiviti

    Guru-guru perlu kreatif merancang pelbagai jenis permainan untuk memantapkan nilai-nilai kendiri. Setiap perancangan seharusnya mempertimbangkan kriteria kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai minat, bakat, status keluarga dan kebolehan. Pematuhan kepada aspek kanak-kanak menjadi salah satu faktor keberkesanan program pendidikan awal kanak-kanak. Berikut adalah satu contoh aktiviti.

    5. Aktiviti tersebut akan memantapkan nilai-nilai kerjasama, sabar,

    yakin-kendiri, di samping menyeronokkan. Kanak-kanak dapat bersosial dan memupuk semangat sedia berkongsi pengalaman, memupuk nilai-nilai murni dan membina daya imaginasi.

    4. Pada akhir aktiviti, guru akan memberi penghargaan kerana berjaya

    menunjukkan persembahan main olok-olok dengan jayanya.

    Contoh Aktiviti Bagi Kanak-kanak Berumur empat atau lima Tahun Tema : Pretend Play Aspek yang diberi penekanan : 1. Bekerja dalam kumpulan: kerjasama, tolak ansur, 2. Bersyukur, teliti, tekun, sabar Aktiviti Pembelajaran 1. Kanak-kanak menjalankan aktiviti membuka restoran di ruang dapur.

    Kanak-kanak diagihkan kepada empat unit iaitu tukang masak, tukang ambil tempahan makanan, pelanggan dan juru wang.

    2. Alat-alat memasak seperti kuali, sudip, senduk, sudu, garfu, pinggan,

    cawan dan gelas disediakan. 3. Kanak-kanak menjalankan aktiviti main masak olok-olok, mengikut

    peranan yang telah dipilih masing-masing. Sekumpulan yang menjadi pelanggan duduk di satu tempat. Tukang ambil tempahan makanan datang mengambil tempahan dan mencatatkan atas nota. Kemudian, tempahan itu akan diserahkan kepada tukang masak. Tukang masak akan memasak olok-olok dan menyerahkan semula kepada si penempah (pinggan kosong) dan dihantar kepada pelanggan. Air (gelas/cawan kosong) telah dihantar lebih awal.

  • TOPIK 6 MAINAN W 131

    AKTIVITI 6.5 (a) Apakah yang anda faham tentang konsep kendiri? (b) Jelaskan pemahaman anda tersebut dengan contoh-contoh aktiviti

    permainan bagi kumpulan kanak-kanak berumur enam tahun.

    Sebagai penutup, boleh dikatakan bahawa pendidikan awal kanak-kanak

    mempunyai pengaruh kuat terhadap perkembangan sosio emosi kanak-kanak.

    Ibu bapa serta pengasuh lain perlu sedar dan memainkan peranan dalam menyuburkan dan memupuk kognisi, emosi, sikap dan tingkah laku yang positif dalam kalangan kanak-kanak.

    Program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping peluang-peluang pengayaan pembelajaran lain secara holistik.

    Tidak dinafikan bahawa pendidikan pra-sekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan tingkah laku pro sosial kanak-kanak, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

    Aktiviti untuk mengembang aspek-aspek ini, seharusnya menjadi teras dalam program pra-sekolah.

    Dengan kemajuan teknologi, masa telah tiba di mana pemerolehan pengetahuan tidak lagi menjadi keperluan, kerana dengan hanya menekankan kekunci komputer, pelbagai jenis maklumat dapat dipamerkan dengan serta merta.

    Sebaliknya, perwatakan dan kebolehan sosial seseorang tidak boleh dikembangkan melalui teknologi.

    Aspek perkembangan insan ini hanya dapat dikembangkan melalui perhubungan dan interaksi antara manusia.

  • X TOPIK 6 MAINAN

    132

    Inisiatif sosial

    Integrasi pembelajaran

    Kawalan-kendiri

    Kebolehan sosial

    Konsep kendiri

    Main olok-olok

    Standard moral

    Tingkah laku prososial

    Ann Miles Gordon, Kathryn Williams-Browne. (2000). Beginnings & Beyond, 5th

    edition, USA, Delmar Publishers. Doris Pronin Fromberg. (2002). Play and meaning in early childhood education,

    UK, Allyn & Bacon. Eva L. Essa. (2001). Introduction to early childhood education, 3rd edition, USA,

    Delmar Publishers. Francis Wardle. (2003). Introduction to early childhood: a multidimensional

    approach to child-centered care and learning, USA, Allyn & Bacon. Getswicki, Carol (1999). Developmentally appropriate practice: curriculum and

    development in early education, USA, Delmar Publishers. Judith Van Hoon, Patricia Monighan Nourot, Barbara Scales, Keith Rodriquez

    Alward, (2003). Play at the center of the curriculum, 3rd edition, USA, Merill Prentice Hall.

    Judy Herr, Yvonne Libby. (1998). Creative resources of art, brushes, buildings,

    USA, Delmar Publishers. Mary Mayesky. (1998). Creative activities for young children, 6th edition, USA,

    Delmar Publishers Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak, K.L., PTS Professional.

    PERINGKAT LAHIR HINGGA 2 TAHUN (BAYI)6.1.1 Penerokaan dan Main6.1.2 Jenis Main6.1.3 Aspek Sosial6.1.4 Peralatan dan Bahan6.1.5 Perancangan Aktiviti

    PERINGKAT 2 TAHUN HINGGA 5 TAHUN6.2.1 Ciri-ciri Umum Mengikut Peringkat Umur6.2.2 Corak Permainan6.2.3 Faktor Mempengaruhi Kanak-kanak Bermain6.2.4 Peralatan dan Bahan6.2.5 Perancangan Aktiviti

    MAIN DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK6.3.1 Keperluan Pemikiran Logik6.3.2 Rakan Sebaya6.3.3 Pembentukan Konsep Kendiri6.3.4 Peralatan dan Bahan6.3.5 Perancangan Aktiviti