topik10_akhlak

Upload: puterictfairuz

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    1/19

    X PENGENALANDalam topik ini, kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat dari al-Quran.Ayat yang pertama ialah ayat 1-11 dari surah al-Mukminun. Kemudian kita akanmempelajari pula pentafsiran ayat-ayat dari surah Luqman dan diikuti puladengan ayat-ayat dari surah al-Anfal. Semasa memahami ayat-ayat di atas, kitaakan melihat huraian ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di sampingitu, kita akan mengkaji kesesuaian ayat-ayat ini dengan isu-isu semasa. Kita jugaakan cuba mengutip pengajaran-pengajaran daripada ayat-ayat di atas untuk

    dijadikan iktibar.

    TTooppiikk1100X Tafsir Ayat-

    ayat Akhlak

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menjelaskan maksud ayat 1-11 dari surah al-Mukminun, ayat 24-25

    Surah al-Anfal dan ayat-ayat dari surah Luqman;

    2. Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan3. Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta

    dapat mengaitkannya dengan isu semasa.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    2/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK188

    AYAT 1-11 SURAH AL-MUKMINUN

    s%yxn=r&t9$#t%!$#E|tyzt%!$#ut=9$#t%!$#u4x.=9t=st%!$#u_9tym

    )#n?t_ur&r&$tMs3n=t]y r&*sx=tys4xtG/$#u!#uuy79sy7s9''st$y9$#t%!$#uFotL{tutu

    t%!$#u/4n?tE un=|t$pty7s9'&tOu9$#%!$#tOt}y9$#$pt$#yz

    (a) PengertianMaksud ayat di atas:

    1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

    2. (Yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya,

    3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan danperkataan) yang tiada berguna,

    4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,

    5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

    6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[1]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.

    7. Barang siapa mencari yang di balik itu [2] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

    8. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yangdipikulnya) dan janjinya.

    9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.

    10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,

    11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.

    10.1

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    3/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 189

    [1] Maksudnya: Budak-budak belian yang didapat dalam peperangandengan orang kafir, bukan budak belian yang didapat di luarpeperangan. Dalam peperangan dengan orang-orang kafir itu,

    wanita-wanita yang ditawan biasanya dibahagi-bahagikan kepadakaum muslimin yang ikut dalam peperangan itu, dan kebiasaan inibukanlah suatu yang diwajibkan. imam boleh melarang kebiasaan ini.Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikuttertawan bersama-samanya.

    [2] Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya.

    (b) Huraian AyatAllah menegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman dan

    bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat di atas telah berjaya

    dan bahagia. Kejayaan yang dicapai oleh mereka itu disebabkan olehkeimanan mereka dan amal soleh yang dilakukan itu. Antara sifat-sifatmukmin yang berjaya yang disebutkan dalam ayat di atas ialah khusyukdalam solat. Menurut Ibn Abbas antara sifat mereka yang dikatakansebagai khusyuk dalam solat ialah perasaan takut dan menghina dirisemasa berhadapan dengan Allah s.w.t yang Maha Agung ketika solat. IbnKathir meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawa sahabat-sahabatmendongakkan kepala mereka ke langit ketika solat. Apabila diturunkanayat ini mereka mula melihat ke tempat sujud.

    Antara sifat orang-orang yang beriman juga ialah berpaling dari perkarayang melalaikan. Menurut Ibn Kathir, makna al-laghwialah perkara yangbatil yang merangkumi maksiat, syirik dan perkara yang tidak berfaedahsama ada perkataan atau perbuatan.

    Mereka juga menunaikan zakat harta mereka kepada golongan yangberhak menerimanya seperti golongan fakir dan miskin sertaseumpamanya yang termasuk dalam asnaf penerima zakat. Zakat yangdikeluarkan itu memberkati harta mereka serta membahagiakan jiwamereka kerana mencari keredaan Allah.

    Sifat ke empat yang disebutkan dalam ayat di atas ialah menjauhkan diridaripada perkara maksiat dengan menjaga kemaluan mereka daripadamelakukan zina, liwat dan mendedahkan aurat. Penjagaan ini dilakukandalam setiap keadaan kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba-hamba sahaya mereka. Sesiapa yang melakukan pelanggaran terhadap

    batasan yang telah ditetapkan ini bermakna mereka telah melakukankerosakan, kezaliman dan sesuatu yang melampaui batas. Al-Imam al-Syafei menjadikan ayat ini sebagai dalil bagi pengharaman mengeluarkanmani menggunakan tangan.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    4/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK190

    Antara sifat orang yang beriman yang berjaya lagi ialah orang yangmenjaga amanah dan menepati janji. Mereka tidak mengkhianati amanahyang diserahkan kepadanya dan tidak menyalahi janji yang ditaburkan

    kepada orang lain. Mengikut Abu Hayyan amanat yang dimaksudkan disini termasuklah apa sahaja yang diamanahkan oleh Allah terhadaphambaNya, sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan atau kepercayaan.Begitu juga menurutnya apa sahaja yang diamanahkan oleh manusiakepada seseorang seperti tanggungjawab sebagai pemimpin atau

    berbentuk barang-barang dan sebagainya.

    Sifat orang mukmin yang beroleh kemenangan juga ialah yang menjagasolat lima waktu. Mereka amat memelihara solat mereka denganmenunaikannya di awal waktu. Menurut Ibn Jaziyy apabila ditanya kenapadiulang dua kali berkaitan solat iaitu di awal-awal ayat ini dan disebutkanlagi di sini. Beliau menjawab kedua-dua ayat ini bukanlah pengulangankerana ayat yang pertama berkaitan khusyuk dalam solat dan ayat yangkedua ialah penjagaan terhadap solat dengan melakukannya di awal waktuserta tidak leka daripada menunaikannya.

    Orang-orang yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan di atas layakmewarisi syurga Allah s.w.t. Ayat yang berikutnya menjelaskan merekalayak memasuki tingkatan syurga yang paling tinggi iaitu syurga al-Firdaus. Syurga ini mempunyai sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.Mereka yang memasuki syurga akan kekal di dalamnya dan mereka tidak

    akan keluar selama-lamanya.

    (c) Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu SemasaBanyak pengajaran yang boleh dikutip daripada ayat-ayat di atas.Antaranya ialah:

    (i) Kejayaan yang hakiki ialah kejayaan yang merangkumi dunia danakhirat. Kejayaan ini sudah tentulah apa yang diredai oleh Allahs.w.t. Oleh itu tidak bermakna seseorang yang hidup di atas duniadengan segala kemewahan dan kesenangan tetapi mereka engkar

    perintahNya. Mereka hanya mendapat keseronokan di dunia yangsementara. Tetapi di akhirat nanti, mereka akan dihumbankan kedalam azab neraka Allah s.w.t.

    (ii) Bagi mendapatkan kejayaan yang abadi, manusia mestilah berimankepada Allah s.w.t. Orang yang beriman kepada Allah ialah orangyang tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan perintah Allahs.w.t. Oleh itu, seseorang yang engkar perintah Allah s.w.tsebenarnya ialah orang rugi, walaupun pada zahirnya seolah-olahmereka mendapat kejayaan dan keuntungan. Sebagai contoh, peniaga

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    5/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 191

    yang mendapat keuntungan yang berlipat ganda dengan unsur-unsurpenipuan dan penindasan terhadap orang lain tidak boleh dianggap

    berjaya. Mereka sebenarnya tertipu kerana bakal menerima azab

    Allah di akhirat nanti lantaran keseronokan sementara yang merekanikmati itu.

    (iii) Orang yang khusyuk dalam solat mereka ialah antara orang yangmendapat kejayaan yang sebenarnya. Solat yang khusyuk dapatmencegah segala kemungkaran dan perkara yang keji. Allah

    berfirman:

    )45(

    Bermaksud: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara keji danmungkar.

    Solat yang khusyuk ialah solat yang benar-benar memberi kesankepada individu mukmin. Kekhusyukan dalam solat diaplikasikandalam kehidupan mereka. Keadaan ini menjadikan merekaterpelihara daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Olehitu, kita hendaklah sentiasa berusaha memastikan kita khusyuk dalamsolat agar kehidupan kita terjamin daripada melanggar perintah Allahs.w.t.

    (iv) Orang yang benar-benar beriman kepada Allah hendaklahmenjauhkan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedahseperti maksiat dan sebagainya. Bergelumang dengan maksiat

    bermakna seseorang itu menempah jalan yang merugikan diri sendirikerana mereka dimurkai oleh Allah dan akan mendapat seksaNya diakhirat nanti.

    (v) Orang yang suka bersedekah akan mendapat keberkatan dalamhidupnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh seseorangmenghulurkan harta hasil titik peluhnya akan mendapat kedudukan

    yang istimewa di sisi Allah apabila dilakukan semata-mata untukmencari keredaanNya.

    (vi) Kejayaan seseorang juga dikaitkan dengan keupayaannya mengawalnafsu syahwat mereka. Seseorang yang bergelumang dengan maksiatseperti zina, liwat dan homoseksual menyebabkan kehidupan merekatidak terarah dan tidak menentu. Sebab itulah Allah memerintahkanmanusia supaya berkahwin dan menyalurkan keinginan syahwatmereka terhadap isteri-isteri mereka. Dewasa ini ramai tokoh dunia

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    6/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK192

    yang terkenal akhirnya tersungkur akibat skandal dan kelakuanmereka yang mementingkan nafsu.

    (vii) Mengeluarkan mani dengan tangan merupakan perkara yang tidakbermoral dan diharamkan oleh Islam. Para remaja perlu menjauhkandiri mereka daripada melakukan perkara demikian kerana ia bolehmembahayakan diri, pemikiran dan masa depan mereka.

    Rajah 10.1: Akhlak yang terdapat dalam surah al-Mukminun 1-11

    AYAT 11-19 SURAH LUQMAN

    0!$#uq9$#m9$#s)s9u$os?#uzy)9sy3t:$#r&3$#!4tu6t$y*s3ou9(tu

    txx.*s!$#;_xym) ut$s%y)9/euuto_6t8@

    Bincangkan dengan rakan anda isu-isu semasa yang boleh dikaitkandengan ayat-ayat dari surah al-Mukminun di atas.

    AKTIVITI 10.1

    10.2

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    7/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 193

    !$$/()x8e9$#=s9t$u uuz|M}$#y9u/Fn=uxq&$u

    4n?t9u=|ut%tr&6$#

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    8/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK194

    14. Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada duaorang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaanlemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua

    tahun[1]. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu,Hanya kepada Kulah kembalimu.

    15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan denganAku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu. Maka

    janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya didunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu,Kemudian hanya kepada Kulah kembalimu, maka Kuberitakankepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

    16. (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu

    perbuatan) seberat biji sawi, dan berada di dalam batu atau di langitatau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus [2] lagi MahaMengetahui.

    17. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakanyang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkardan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnyayang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

    18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana

    sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi denganangkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yangsombong lagi membanggakan diri.

    19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan [3] dan lunakkanlahsuaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

    [1] Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyusu ialah setelah anakberumur dua tahun.

    [2] Yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu

    meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.[3] Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan

    jangan pula terlalu lambat.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    9/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 195

    (b) Asbab al-Nuzul(i) Ayat 15.

    )u#yyy_#n?tr&@1$t}s9y7s9/=s$y?(Ayat ini diturunkan kepada Saad bin Malik. Dia seorang yangsentiasa berbuat baik kepada ibunya. Tetapi apabila dia memelukIslam, ibunya memarahinya dan memberi amaran kepadanya samaada dia meninggalkan agama barunya itu atau ibunya berlaparsehingga mati. Biar orang mengatakan si anak membunuh ibunyadengan membiarkannya kelaparan. Maka ibunya mogok lapar selamatiga hari sehingga menjadikannya lemah dan lesu. Maka Saad pun

    berkata kepada ibunya bahawa dia tidak akan meninggalkan agamaini walau apa pun yang terjadi. Beliau menyuruh ibunya makan jikadia mahu, kalau tidak dia tetap tidak akan meninggalkan agama

    barunya ini. Maka ibunya pun makan. Maka Allah menurunkan ayatini.

    (ii) Ayat 15.

    7?$#u6ytz>$tr&n

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    10/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK196

    Perkataan hikmah dalam ayat ini memberi pengertian yang berbeza dikalangan ulama. Imam al-Ghazali berpendapat hikmahialah pengetahuantentang ilmu yang paling utama iaitu yang berkaitan dengan sifat-sifat

    Allah yang Maha Bijaksana. Al-Biqai pula berpendapat hikmah ialahmengetahui yang paling utama dari segala sesuatu, sama ada pengetahuanatau perbuatan hikmah adalah ilmu amaliah dan ilmiah. Ia juga adalahilmu yang didukung oleh amal dan amalan yang didukung oleh ilmu.

    Kesyukuran manusia kepada Allah bermula dengan menyedari jauh dilubuk hatinya betapa besar anugerah Allah kepadanya. Kesedaran inimenimbulkan rasa kagum dan kecintaan yang mendalam kepada Pencipta.Itulah kaitannya, apabila seseorang diberikan hikmah oleh Allah, maka diaakan bersyukur kepadaNya.

    Dalam ayat 13, kesyukuran Luqman diterjemahkan melalui pendidikanterhadap anaknya supaya berakhlak mulia lebih-lebih lagi dengan AllahMaha Pencipta. Luqman menasihati anaknya agar tidak menyekutukanAllah dengan sesuatu pun sama ada besar atau kecil. Ini kerana Allahyang Maha Sempurna tidak layak untuk disekutukan dengan makhlukciptaanNya. Perbuatan ini merupakan satu kezaliman yang besar yangdilakukan oleh manusia terhadap dirinya sendiri.

    Ayat 14 pula, menjelaskan kepada kita kebijaksanaan Luqman mendidikanaknya. Setelah menekankan persoalan adab dengan Allah yang perlu

    dilaksanakan dalam kehidupan, beliau mengalihkan pandangan anaknyaterhadap adab dengan kedua ibu bapa pula. Ini menunjukkanpenghormatan terhadap kedua ibu bapa dan kebaktian terhadap keduanyamendapat tempat kedua setelah pengagungan kepada Allah s.w.t.

    Dalam ayat ini, Allah tidak menyebut jasa bapa tetapi menyebut denganjelas jasa yang pernah dimainkan oleh ibu. Ini menunjukkan peranan ibujauh lebih banyak dalam membesarkan anak-anak berbanding seorangbapa, walaupun dengan kelemahan fizikalnya. Sebab itulah apabila Nabiditanya oleh sahabat siapakah yang paling berhak untuk dibuat baik, makaNabi menjawab: Ibumu sebanyak tiga kali. Walaupun begitu peranan

    bapa tidak dikesampingkan dalam Islam. Bapa juga bertanggunggjawabdan berperanan besar dalam pendidikan anak-anak. Sebab itulah di akhirayat 14, Allah memerintahkan supaya kita bersyukur kepada kedua ibu

    bapa kita.

    Apa yang menarik mengikut pendapat Ibn Asyur, al-Quran hampir tidakberpesan kepada ibu bapa untuk berbuat baik kepada anaknya, kecualidalam larangan membunuh anak. Ini kerana Allah telah menjadikan naluriibu bapa bersedia berkorban demi anaknya. Seorang ibu yang kematian

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    11/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 197

    suami boleh membesarkan sepuluh orang anaknya, tetapi sepuluh oranganak belum tentu dapat menjaga seorang ibu tua itu.

    Setelah menjelaskan peranan anak terhadap kedua ibu bapanya, ayat ke-15mengembalikan semula kefahaman kita apabila berhadapan dengankonflik antara ibu bapa dan akidah. Ibu bapa mestilah ditaati dan dibuat

    baik. Tetapi bila mereka berusaha membawa kita ke arah maksiat, kitatidak boleh mentaatinya. Pada masa yang sama, kita hendaklah bergauldengan mereka mengikut nilai masyarakat yang baik. Asma puteri AbuBakar pernah didatangi ibunya yang musyrik. Beliau bertanya Rasulullahs.a.w apakah yang perlu dilakukan olehnya. Lalu Rasulullah menasihatinyaagar menjalinkan hubungan yang baik dengannya. Hendaklah menerimahadiah daripadanya serta boleh memberikan hadiah kepadanya sertamengunjunginya dan menyambut kunjungannya.

    Dalam ayat ke-16 pula, Luqman mewasiatkan lagi kepada anaknya bahawaAllah tetap melihat kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan walaupunseberat biji sawi. Allah juga akan balas segala yang dilakukan itu. Ingatlah,Allah amat teliti dan mengetahui hal yang sulit dan tersembunyi. Kita tidakakan dapat melepaskan diri daripada dosa yang dilakukan tanpa taubatwalaupun sekecil mana sekali pun.

    Dalam ayat ke-17, Allah meneruskan melalui nasihat Luqman terhadapanaknya kesinambungan Tauhid dalam kalbu si anak. Beliau

    memerintahkan anaknya supaya mengerjakan solat sebagai tunjangkehidupan serta menggesa agar menyuruh perkara makruf dan mencegahkemungkaran. Semuanya ini sudah tentu akan berhadapan dengan ujiandan rintangan. Sekali lagi Luqman menasihatkan anaknya agar kuat

    bersabar dan tabah dalam menghadapinya. Kesabaran dan ketabahan ituadalah tingkatan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

    Bila diperhatikan dalam ayat ini, Luqman meminta anaknya supayamenyuruh makruf dan mencegah kemungkaran. Ini merupakan satuhikmah yang jelas daripada Luqman. Seseorang yang ingin menyerukepada makruf dan mencegah kemungkaran mestilah mempraktikkannya

    terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain.

    Ayat 18 dan 19 pula, Luqman mengajar anaknya agar bersopan santunketika berinteraksi sesama manusia. Kita juga hendaklah menjauhkan sifatsombong, sebaliknya perlu sentiasa bermanis muka. Kita juga dilarang

    bersifat angkuh ketika berjalan, sebaliknya kita disuruh berjalan denganlemah-lembut. Begitu juga kita ditegah daripada bersuara tinggi dan kasar,tetapi hendaklah bercakap dengan lunak dan bersopan santun.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    12/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK198

    Dalam pesanannya, Luqman telah menggarapkan tiga unsur ilmu yangperlu ditekankan oleh setiap individu muslim. Tiga unsur ilmu itu ialahilmu akidah, syariat dan akhlak.

    (d) Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa Manusia hendaklah bersyukur terhadap nikmat dan anugerah yang

    dikurniakan oleh Allah dalam kehidupan di dunia ini. Antara carabersyukur ialah dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah danberusaha menggandakan amal kebajikan.

    Dalam kehidupan kita hendaklah bersabar menahan gejolak hati dangelora nafsu yang kian membara dalam melaksanakan tuntutan Ilahi.Keazaman yang kuat dan keteguhan hati yang tekad untuk membuatsesuatu menjadikan seseorang itu berjaya menghadapi dugaan dancabaran hidup.

    Menyekutukan Allah merupakan perbuatan zalim yang merugikandiri sendiri. Hari ini ramai manusia yang menyekutukan Allahdengan meletakkan kuasa melakukan sesuatu kepada manusiasepenuhnya. Kepercayaan ini seolah-olah menidakkan kekuasaanAllah yang mentakdirkan segala sesuatu.

    Kita hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa yang bersusah payahmemelihara dan mendidik kita dari kecil. Penghormatan kepada

    mereka mestilah berterusan lebih-lebih lagi ketika mereka mencapaiumur tua. Hari ini, ramai anak-anak mengabaikan tanggungjawabmenjaga ibu bapa dengan menghantar mereka ke rumah orang-orangtua dengan alasan kesibukan bekerja dan sebagainya. Ingatlah,keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua ibu bapa kita.Penghormatan kepada ibu bapa tidak terbatas kepada mereka yang

    beragama Islam sahaja, malah ibu bapa yang bukan Islam sekalipunmesti dihormati dan dibuat baik.

    Perintah Allah mesti diutamakan dalam segenap perkara. Sekiranyaibu bapa memerintahkan sesuatu yang menyimpang dari perintahAllah, kita tidak boleh mentaatinya kerana kita akan dimurkai olehAllah. Oleh itu kita mesti mengutamakan keredaan Allah daripadakeredhaan manusia dalam setiap tindakan kita di atas dunia ini.

    Kita hendaklah sentiasa sedar dan insaf bahawa setiap perlakuan kitayang baik atau jahat di dunia sentiasa diperhatikan oleh Allah,walaupun sekecil mana perbuatan itu. Semuanya itu akan dibalasoleh Allah s.w.t. Oleh itu kita tidak boleh memandang remehterhadap maksiat kepada Allah walaupun dengan dosa yang kecil.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    13/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 199

    Kebahagiaan yang sebenarnya akan tercapai di dunia apabila kitasama-sama tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Kita tidakcukup dengan hanya mengerjakan solat, malah kita mesti menyeru

    orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripadamelakukan kemungkaran agar kita merasakan nikmat ketaatan secara

    berjemaah.

    Kita hendaklah sentiasa berakhlak mulia semasa berurusan denganorang lain. Kita tidak boleh bersifat sombong dan angkuh sesamamanusia. Kita juga mestilah bercakap dengan suara yang lemah-lembut dengan orang lain. Penjagaan akhlak yang mulia ini bolehmenjamin kerukunan dan keharmonian dalam masyarakat.

    Tiga ilmu yang perlu dititikberatkan oleh setiap muslim dalamkehidupan ialah ilmu Akidah, Syariat dan Akhlak.

    Rajah 10.2: Akhlak dalam surah Luqman

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    14/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK200

    AYAT 24-25 SURAH AL-ANFAL

    $pr'tz%!$#(#t#u(#7ftG$#!=9u#s).$ty$y96t((#n=$#u

    r&!$#tst/y9$#7=s%ur& us9)|tB(#)?$#uZuFt?t%!$#(#n=s3Z!%s{((#n=$#ur&!$#x>$s)9$#

    (a) Pengertian24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan

    Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberikehidupan kepada kamu [1], Ketahuilah bahawa Sesungguhnya Allah

    membatasi antara manusia dan hatinya [2] dan Sesungguhnyakepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.

    25. Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khususmenimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu, danKetahuilah bahwa Allah amat keras seksaanNya.

    [1] Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimatAllah yang dapat membinasakan musuh serta menghidupkan Islamdan muslimin. Juga bererti menyeru kamu kepada iman, petunjuk

    jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup

    di dunia dan akhirat.

    [2] Maksudnya: Allahlah yang menguasai hati manusia.

    Bincangkan asbab nuzul beberapa ayat yang anda tahu dari surahLokman.

    AKTIVITI 10.2

    10.3

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    15/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 201

    (b) Huraian AyatAyat 24 dari surah al-Anfal ini mengajak orang-orang yang beriman agarmenerima apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran.

    Begitu juga mereka diwajibkan untuk menerima apa yang dibawa olehRasulullah s.a.w. Perintah Allah dan Rasul yang ditujukan kepada manusiabertujuan memandu kehidupan manusia ke arah kebaikan. Itulah yangdimaksudkan dalam ayat ini dengan lima yuhyikum.

    Penerimaan terhadap Allah bermaksud menerima hukum hakam dariAllah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Sementara penerimaanterhadap Rasul pula ialah mengakui kerasulannya yangdipertanggungjawab oleh Allah untuk menyampai seluruh ajaran Allahkepada manusia.

    Ibn Kathir menyebut dalam tafsirnya: Hafas bin Asim meriwayatkanbahawa Abu Said al-Mala berkata apabila dia sedang solat Rasulullahs.a.w memanggilnya dan dia tidak datang berjumpa Rasulullah s.a.w padawaktu itu. Setelah selesai solat barulah dia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w bertanyakannya apa yang menghalangnya segera datang

    bertemu Rasulullah ketika dipanggil tadi. Dia lantas menjawab dia sedangsolat. Lalu Rasulullah bertanyakannya tidakkah dia pernah mendengarfirman Allah s.w.t:

    $pr'tz%!$#(#t#u(#7ftG$#!=9 u#s).$ty$y96t.

    Kemudian Rasulullah memberitahunya bahawa baginda inginmengajarkannya satu surah yang paling baik di dalam al-Quran sebelum

    baginda keluar.

    Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa Dia membataskan antara

    seseorang dengan hatinya. Mengikut Ibn Abbas

    bermaksud Allah membataskan seseorang mukmin dengan kekufuran.

    Apabila seseorang itu beriman, maka dia terselamat daripada kekufurandan amalannya. Begitu juga menurut Ibn Abbas, Allah membataskanseseorang yang kafir dengan keimanan. Ini bermakna apabila seseorang itukufur kepada Allah maka dia terhalang daripada melakukan amalan-amalan keimanan.

    Al-Saddiyy pula berpendapat maksud ayat ini ialah seseorang itu tidakmampu untuk beriman kecuali dengan izin Allah. Begitu juga seseorang itutidak menerima kekufuran melainkan dengan izin dariNya.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    16/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK202

    Kedua-dua maksud di atas menunjukan kepada kita perbezaan yangwujud antara keimanan dan kekufuran. Apabila seseorang diberi hidayaholeh Allah, maka dia akan selamat di dunia dan di akhirat. Sementara

    mereka yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah bakalmenerima azab yang pedih di akhirat kelak. Kita semua akan dikembalikankepada Allah semula setelah perjalanan kita di dunia ini sudah berakhir. Disana kita akan dihitung satu persatu segala amalan yang telah dilakukan didunia. Bersedialah! Allah akan membalas segala perlakuan kita di atasdunia.

    Ayat 25 pula memberi amaran kepada kita agar merasa takut terhadapmusibah atau malapetaka dari Allah yang akan diturunkan kepadamanusia secara umumnya. Bala ini akan dikenakan kepada seluruhmanusia di tempat itu, sama ada yang taat atau yang engkar. Muslimmeriwayatkan hadis daripada Zainab binti Jahsy yang bertanyakanRasulullah tentang perkara ini.

    : : .Bermaksud: Zainab bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kitaakan dibinasakan sedangkan bersama kita ada orang-orang yang soleh.Rasulullah menjawab: Ya, jika kejahatan telah berleluasa.

    Kejahatan dan kemungkaran tidak akan berleluasa dalam masyarakat jikaanggota masyarakat mengamalkan konsep amar maruf dan nahi munkaratau menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bilatanggungjawab ini ditinggalkan dalam masyarakat, maka mereka berhakmenerima balasan Allah lantaran dosa pelaku mungkar dan dosamasyarakat yang tidak mencegah kemungkaran tersebut.

    Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis:

    .

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    17/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 203

    Bermaksud: Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah danorang yang melanggarkannya seperti satu kaum yang mengundi dalamsebuah kapal. Sebahagian mereka tinggal di atas dan sebahagian yang lain

    tinggal di tingkat bawah kapal. Orang-orang yang berada di tingkat bawahapabila memerlukan air, mereka akan lalu melalui orang-orang di tingkatatas. Lalu mereka berkata: Kalau kita tebuk dinding kapal di bahagianbawah kita tidak akan menggangu lagi orang-orang di atas. Maka jikaorang-orang di atas membiarkan kehendak orang-orang di bawah itu,nescaya mereka akan binasa dan semuanya binasa. Jika mereka mencegah

    perbuatan itu mereka selamat dan semua selamat.

    Hadis sahih Bukhari.

    Di akhir ayat ini, Allah mengingatkan kita bahawa azab Allah sangat pedih.

    Seksaan ini bakal dikenakan terhadap orang-orang yang ingkarkanperintah Allah di atas dunia ini. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa sedar,insaf dan selalu merasa takut terhadap azab Allah. Semoga kita dapatmenghindari maksiat dan dosa serta sentiasa menyeru ke arah kebaikandan mencegah kemungkaran daripada berleluasa.

    (c) Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa Orang-orang yang beriman wajib menyahut seruan Allah dan Rasul

    dalam segenap aspek kehidupan mereka. Keadaan ini bolehmenjamin kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat.

    Kita hendaklah sentiasa reda dan menerima dengan hati yang terbukasegala arahan dan suruhan Allah. Kita juga mesti yakin bahawasegala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada kita adalahuntuk kebaikan kita sebagai hambaNya.

    Orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikanpetunjuk oleh Allah dalam setiap tindakan yang ingin dilakukan.Pengharapan ini boleh menjamin seseorang daripada menyimpangdari jalan Allah.

    Banyak musibah menimpa masyarakat kita hari ini seperti jenayahrogol, bunuh diri, wabak penyakit dan keruntuhan moral remaja dandewasa dan berbagai-bagai lagi. Ini semua berlaku ekoran daripadakelalaian kita menegakkan hukum Allah dalam masyarakat.

    Keghairahan kita mengejar dunia kadang-kadang melupakan kitaketaatan kepada Allah. Perkara ini boleh mendatangkan kemudaratankepada diri sendiri tanpa disedari. Keadaan ini samalah sepertiperumpamaan orang di tingkat bawah kapal yang ingin menebuk

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    18/19

    X TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK204

    dinding bawah kapal untuk mendapatkan air dengan cara yangmudah. Mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu bolehmembinasakan mereka dan semua penumpang kapal itu.

    Kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat perlu ditegah.Kewajipan ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Apabilakemungkaran dibiarkan, seluruh masyarakat akan menujukehancuran akibat kemurkaan dari Allah s.w.t.

    Rajah 10.3: Akhlak dalam ayat 24-25 surah al-Anfal

    Bincangkan dengan rakan anda pengajaran-pengajaran yang boleh

    dikutip dari ayat 24 dan 25 surah al-Anfal selain daripada yang tertera diatas.

    AKTIVITI 10.3

    SEMAK KENDIRI 10.1

    1. Huraikan sifat-sifat mukmin yang berjaya dalam ayat 1-11 darisurah al-Mukminun.

    2. Jelaskan maksud menjaga kehormatan seperti yang terdapat dalam

    surah al-Mukminun.3. Terangkan akibat tidak mengendahkan kemungkaran yang

    berlaku dalam masyarakat seperti yang digambarkan dalam ayat25 surah al-Anfal.

    4. Apakah perumpamaan yang digunakan oleh Nabi s.a.w bagimenjelaskan akibat membiarkan kemungkaran berlaku.

    5. Huraikan tiga unsur ilmu yang amat penting dalam surah Luqmandi atas.

  • 7/29/2019 topik10_akhlak

    19/19

    TOPIK 10 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK W 205

    Ayat 24- dan 25 dari surah al-Anfal ini secara kesimpulannya menjelaskanadab-adab yang perlu dilaksanakan oleh setiap mukmin.

    Penerimaan dengan hati yang ikhlas terhadap kewajipan yang perintahkankepada kita merupakan asas mendapat rahmat Allah dalam kehidupan ini.

    Ketaatan kepada suruhan Rasul juga menjamin keselamatan kita di duniadan di akhirat.

    Di samping itu, kita mestilah menyeru ke arah makruf dan mencegahkemungkaran untuk mengelakkan kemurkaan Allah.

    Surah al-Mukminun

    Surah Luqman

    Surah al-Anfal

    Al-Nisaburi, Abu al-Hasan Ali bin Ahmad. (2000). Asbab al-Nuzul. Bayrut: Daral-Kutub al-Ilmiyah.

    M. Quraisy Shihab. (2003). Tafsir al-Mishbah: Pesan,kesan dan keserasian al-Quran. Jakarta: Penerbit Lentera Hati.