topik1

12
PENGENALAN Hasil persembahan seseorang atlit dilihat berdasarkan keupayaannya melakukan sesuatu pergerakan kemahiran yang sesuai, tepat, berkuantiti dan berkualiti. Umumnya dalam pertandingan, atlet dianggap berjaya jika dapat mengatasi pesaingnya atau memecahkan rekod sesuatu pencapaian. Namun di sebalik persembahan yang dihasilkan, apakah proses yang berlaku dalam diri dan persekitaran atlet sehingga membawa kepada penghasilan sesuatu bentuk persembahan? Persoalan ini membawa kepada kupasan konsep psikologi dalam sukan dan aktiviti fizikal. T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan Kepada Psikologi Sukan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi dan matlamat psikologi sukan; 2. Menghuraikan perkembangan bidang psikologi sukan; 3. Mengenalpasti tugas-tugas seorang ahli psikologi sukan; dan 4. Membincangkan isu-isu yang berkaitan etika dan profesional.

Upload: nizamskab

Post on 22-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

topik1

TRANSCRIPT

Page 1: topik1

PENGENALANHasil persembahan seseorang atlit dilihat berdasarkan keupayaannya melakukan sesuatu pergerakan kemahiran yang sesuai, tepat, berkuantiti dan berkualiti. Umumnya dalam pertandingan, atlet dianggap berjaya jika dapat mengatasi pesaingnya atau memecahkan rekod sesuatu pencapaian. Namun di sebalik persembahan yang dihasilkan, apakah proses yang berlaku dalam diri dan persekitaran atlet sehingga membawa kepada penghasilan sesuatu bentuk persembahan? Persoalan ini membawa kepada kupasan konsep psikologi dalam sukan dan aktiviti fizikal.

TTooppiikk 11 PengenalanKepadaPsikologiSukan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi dan matlamat psikologi sukan; 2. Menghuraikan perkembangan bidang psikologi sukan; 3. Mengenalpasti tugas-tugas seorang ahli psikologi sukan; dan 4. Membincangkan isu-isu yang berkaitan etika dan profesional.

Page 2: topik1

2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

1.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT PSIKOLOGI SUKAN

1.1.1 Konsep Psikologi Sukan Dalam menghadapi pertandingan ataupun latihan sukan yang biasa, persediaan yang dilakukan oleh atlet mengambil kira fasa i. pra persembahan,ii. semasa persembahan dan iii. pasca persembahan

berdasarkan kepada kecergasan fizikalnya seperti persediaan dari aspek pengukuran dan penilaian tahap prestasi seseorang atlet. Selain melakukan latihan yang intensif, aspek biomekanik sesuatu pergerakan atlet sentiasa dipantau supaya prestasi persembahan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, manakala kaedah pemakanan atlet sentiasa diambil berat supaya dapat mengekalkan postur dan kawalan imbangan.

Walau bagaimanapun, mengapa masih terdapat segelintir atlet yang melalui jangka masa latihan yang maksimum dan berkualiti, tetapi masih lagi menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan? Kenapa prestasi atlet selalu tidak konsisten? Mengapa seorang pemain kecundang di saat-saat akhir sesuatu perlawanan yang pada awalnya dia lebih mengunggulinya berbanding permain yang lain? Mengapa seorang atlet mengalami kekalahan akibat percubaan yang dilakukan secara tergopoh-gapah? Mengapa kekalahan dialami oleh satu pasukan disebabkan seorang pemainnya dibuang padang akibat tidak dapat mengawal perasaan marahnya?

1.1.2 Definisi Psikologi Sukan Secara umumnya, ppsikologi adalah kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan proses mental, manakala sukan adalah aktiviti pergerakan manusia.

AKTIVITI 1.1

AKTIVITI 1.1

Psikologi sukan adalah kajian saintifik mengenai prinsip-prinsip psikologi yang di aplikasi dalam situasi sukan dan latihan. Dengan menggunakan kaedah peta minda, cuba anda kenal pasti konsep-konsep psikologi yang berkaitan dengan tingkah laku sukan dan latihan.

Page 3: topik1

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN 3

Apabila psikologi diaplikasikan dalam sukan, maka pergerakan manusia dilihat dari aspek sains tingkah laku dan proses mentalnya.

Banyak definisi psikologi sukan diberi sebelum ini menjurus kepada kepelbagaian perspektif kajian psikologi yang dijalankan ke atas sesuatu elemen bidang sukan.

TOKOH DEFINISI

Cox (2007) Kesan faktor psikologi dan emosi ke atas persembahan sukan dan latihan, dan juga kesan penglibatan sukan dan latihan ke atas faktor psikologi dan emosi ahli sukan.

Morgan (1972) Menyentuh tentang elemen aktiviti fizikal dan memberi definisi psikologi sukan sebagai kajian mengenai asas psikologi dalam aktiviti fizikal. Manakala dalam elemen sukan dan pergerakan.

Weinberg dan Gould (1999)

Psikologi sukan sebagai kajian saintifik mengenai perlakuan manusia dalam konteks sukan dan pergerakan.

Jadual 1. 1: Definisi psikologi sukan berdasarkan sesuatu elemen bidang sukan.

Definisi psikologi sukan diperluaskan lagi dalam konteks psikologi yang lebih menyeluruh sebagai satu kajian saintifik mengenai reaksi psikomotor, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan dan penonton.

TOKOH/ORGANISASI DEFINISI Anshel (2003) Psikologi sukan sebagai kajian tentang tingkah laku

manusia dalam konteks penglibatan sukan dan bagaimana tingkah laku dipengaruhi oleh 3 sumber utama iaitu atlet, jurulatih dan persekitaran

Association for the Advancement of Applied

Sport Psychology(AAASP)

Melihat psikologi sukan dalam konteks yang lebih umum lagi iaitu aplikasi pengetahuan psikologi dalam kehidupan seharian. Berdasarkan definisi yang telah diberikan dapat disimpulkan bahawa psikologi sukan adalah kajian mengenai interaksi reciprocal antara faktor psikologi dengan pergerakan fizikal dalam latihan dan aktiviti fizikal, dan juga faktor jurulatih, penonton dan persekitaran.

Jadual 1. 2: Definisi psikologi sukan mengenai reaksi psikomotor, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan dan penonton.

Page 4: topik1

4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

1.1.3 Matlamat Psikologi Sukan Prinsip psikologi digunakan untuk meningkatkan sesuatu persembahan sukan. Ia juga membantu ahli sukan meningkatkan potensi diri melalui kawalan dan keyakinan diri. Melalui kaedah psikologi, jurulatih boleh memilih dan memotivasikan atlet supaya boleh bersaing atas keupayaannya, melakukan psych-out terhadap pihak lawan, mengurangkan atau menangani tekanan, mencegah penggunaan dadah, membina strategi berpasukan, dan pembelajaran kemahiran.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN

1.2.1 Sejarah Psikologi Sukan Jadual 1.3 berikut menerangkan kepada kita tentang perkembangan sejarah psikologi sukan:

TAHUN PERKEMBANGAN

1898

Kajian pertama berkenaan psikologi sukan telah dijalankan oleh Norman Triplett, seorang ahli psikologi dari Univesity of Indiana. Dapatan kajian beliau menunjukkan masa yang dicatatkan dalam perlumbaan basikal secara berkumpulan adalah lebih pantas berbanding perlumbaan secara individu. Kajian tersebut telah mengaitkan faktor rangsangan sosial sebagai penggalak kepada kebangkitan atlet dalam perlumbaan yang disumbangkan oleh faktor penonton, penyokong dan juga ahli pasukan.

1925 Makmal kajian sukan pertama telah ditubuhkan di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat oleh Coleman Robert Griffith.

AKTIVITI 1.2

Bayangkan anda adalah seorang jurulatih sukan. Apakah cara yang mungkin anda lakukan untuk memotivasikan atlet anda? Bincangkan dengan rakan-rakan kelas anda semasa kelas tutorial.

Page 5: topik1

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN 5

Griffith juga digelar sebagai bapa psikologi sukan di Amerika. Beliau adalah orang pertama yang melaksanakan eksperimen dalam bidang psikologi sukan secara sistematik. Griffith sangat berminat terhadap kesan persembahan atletik seperti masa reaksi, kesediaan mental, ketegangan otot dan relaksasi dan juga personaliti. Boleh dikatakan bidang kajian beliau tertumpu kepada 3 bidang utama iaitu kemahiran motor, prestasi dan personaliti, serta telah menghasilkan dua karya utama iaitu

i. The Psychology of Coaching pada tahun 1926 ii. The Psychology of Athletics pada tahun 1928.

Kajian beliau tentang faktor psikologi yang mempengaruhi persembahan atlet telah bermula pada awal 1918 lagi. Selain itu, beliau juga telah membina beberapa alat ukur mengenai pergerakan berkemahiran, kesediaan mental, masa reaksi terhadap penglihatan, bunyi dan tekanan, kemantapan, koordinasi otot, ketegangan otot dan relaksasi, dan keupayaan pembelajaran.

1932

Wujud masalah kewangan, makmal Griffith telah ditutup pada tahun. Menyebabkan perkembangan psikologi sukan mula terbantut. Hampir tiada kajian dijalankan dalam bidang psikologi sukan sehingga menjelangnya era 1960 an

1960 an

Psikologi sukan mula membebaskan dirinya dari bidang pembelajaran motor kepada bidang pengkhususan yang lebih spesifik. Pembentukan persatuan akademik dan jurnal ilmuwan mula berkembang

1965

International Society of Sport Psychology (ISSP) telah dibentuk oleh kalangan saintis daripada rantau Eropah yang telah mengadakan kongres pertama mereka di Rom pada tahun yang sama.

1967

Sekumpulan ahli psikologi sukan telah berkumpul di Chicago bagi membincangkan pembentukan persatuan dalam psikologi sukan. Hasilnya, North American Society of Sport Psychology and Physical Activity (NASPSPA) ditubuhkan. Seterusnya, bidang psikologi sukan masuk ke dalam divisyen psikologi yang ke 47 oleh American Psychological Association (APA) yang dianggotai oleh penyelidik-penyelidik dalam bidang psikologi tingkah laku manusia.

Jadual 1. 3: Sejarah perkembangan psikologi sukan

Page 6: topik1

6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

1.2.2 Perkhidmatan dalam bidang Psikologi Sukan Bidang psikologi sukan menawarkan perkhidmatan dalam aspek klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Dalam aspek klinikal, ahli psikologi sukan membantu atlet yang mengalami masalah emosi yang teruk seperti i. kemurungan,ii. anoreksia, iii. panik yang memerlukan rawatan dalam jangka masa tertentu.

Walau bagaimanapun, ahli psikologi sukan yang mengendalikan perkhidmatan klinikal perlu ada keahlian dalam persatuan yang diiktiraf, dan mempunyai lesen.

Psikologi sukan turut memberi manfaat dalam perkhidmatan pendidikan. Jurusan sarjana dan doktor falsafah dalam psikologi sukan boleh mengajar bidang tersebut di kolej dan universiti. Selain itu, ahli psikologi sukan boleh memberi khidmat runding cara terhadap atlet yang memerlukan, khususnya apabila bermulanya musim kejohanan sukan tertentu. Atlet juga dibantu dalam membina kemahiran psikologi sepertii. imageri, ii. strategi daya tahan,iii. daya tindak,

serta digalakkan untuk sentiasa menyedari akan potensi diri.

Perkhidmatan penyelidikan yang ditawarkan oleh bidang psikologi sukan turut memberi peluang kepada individu yang berkecimpung dalam bidang tersebut untuk menggiatkan lagi kesarjanaannya melalui penyelidikan yang dijalankan. Hasil kajian dalam bidang psikologi sukan turut diterbitkan dan dibincangkan dalam persidangan dan seminar yang berkaitan.

1.2.3 Rujukan Jurnal dalam Psikologi Sukan Berikut adalah senarai jurnal yang berkaitan dengan psikologi sukan

BIDANG JURNAL

Sport Psychology

o Journal of Sport & Exercise Psychology o The Sport Psychologist o Journal of Applied Sport Psychology o International Journal of Sport Psychology o Journal of Sport Sciences o Journal of Sport and Exercise

Page 7: topik1

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN 7

Sports Medicine

o British Journal of Sports Medicine o Medicine and Science in Sports and Exercise o Physician and Sport Medicine o Journal of Athletic Training

Kinesiology / Exercise Science

o Research Quarterly for Exercise and Sport o Physical Educator o Journal of Physical Education, Recreation and dance Quest o Canadian Journal pf Sport Science

Sport Sociology o Sociology of Sport Journal o Journal of Sport and Social Issues

Sport History o Journal of Sport History Sport Management o Journal of Sport Management

Jadual 1. 4: Senarai jurnal dalam bidang psikologi sukan

1.2.4 Organisasi Profesional yang berkaitan dengan Psikologi Sukan

Berikut adalah antara organisasi-organisasi profesional yang terlibat secara langsung dengan psikologi sukan.

Page 8: topik1

8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

AKTIVITI 1.3

Kenalpasti 3 artikel penyelidikan berkaitan psikologi sukan yang boleh diperolehi dalam mana-mana jurnal psikologi sukan.

1.3 ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

1.3.1 Isu Profesional dalam Psikologi Sukan Berikut adalah merupakan antara isu-isu profesional dalam bidang psikologi sukan.

Rajah 1.1: Isu-isu profesional dalam bidang psikologi sukan.

Latihan o Ahli psikologi perlu mendapat latihan untuk kembangkan profesion

sebagai ahli psikologi sukan. o Latihan profesional boleh diperoleh melalui jabatan kinesiologi,

jabatan pengajian sukan dan pergerakan manusia, dan jabatan sains sukan.

o Sebagai contoh, pelajar yang membuat ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi layak untuk mendapat lesen dan digelar sebagai ahli psikologi.

Page 9: topik1

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN 9

Pentauliahano Pentauliahan adalah proses untuk memastikan bahawa ahli profesion

mencapai sesuatu standard yang telah ditetapkan.

Pelesenano Perlesenan adalah terhad iaitu proses perundangan yang dibentuk

untuk mengawal perlakuan ahli.

Pensijilan o Pensijilan bukan prosedur perundangan, tetapi sebagai pengiktirafan

dari sesuatu organisasi.

Pendaftaran o Pendaftaran bukan prosedur perundangan, tetapi sebagai pengesahan

atau pengiktirafan profesionalisme. o Sebagai contoh, untuk menjadi ahli United States Olympic Committee

Sport Psychology Registry (USOC), seorang profesional mestilah menjadi ahli perunding Association for the Advancement of Applied Sport Psychology (AAASP) yang diiktiraf dan juga ahli AmericanPsychological Association (APA) yang diiktiraf.

1.3.2 Etika dalam Psikologi Sukan Hanya individu yang berpengalaman dalam bidang psikologi sukan dan dilatih dalam bidang psikologi sahaja yang layak digelar ahli psikologi, di samping mendapat lesen dari badan yang diiktiraf. Walau bagaimanapun, individu yang berpengalaman dalam bidang psikologi sukan, tetapi pada asalnya dari bidang pendidikan jasmani, sains sukan dan latihan, bidang pergerakan manusia dan sebagainya tidak layak digelar sebagai ahli psikologi.

Prinsip-prinsip etika dalam psikologi sukan adalah menjadi fokus utama Association for the Advancement of Applied Sport Psychology (AAASP) sejak penubuhannya pada tahun 1986. Antara isu-isu etika yang menjadi keutamaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 berikut:

Page 10: topik1

10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

Rajah 1.2: Isu-isu etika yang menjadi keutamaan berdasarkan AAASP

Kompeten o Ahli psikologi sukan mestilah seorang yang berkompetensi dalam

melakukan praktis psikologinya.

Integritio Ahli psikologi sukan mestilah adil dan jujur dari aspek kelayakannya,

perkhidmatan yang ditawarkan, produk yang dihasilkan serta bayaran yang dikenakan.

Profesional o Ahli psikologi sukan mestilah sentiasa bersikap profesional dengan

meletakkan standard moral di tempat yang utama. o

Menghormati hak dan maruah orang lain o Kerahsiaan dan keperibadian klien hendaklah dijaga serta sensitif

terhadap keperluan dan perbezaan individu.

SEMAK KENDIRI 1.2 (a) Siapakah orang pertama yang melakukan eksperimen dalam bidang

psikologi sukan secara saintifik? (b) Berikan dua definisi psikologi sukan. (c) Apakah matlamat psikologi sukan? (d) Berikan 5 nama jurnal yang berkaitan dengan psikologi sukan. (e) Apakah peranan yang dimainkan oleh AAAASP?

SEMAK KENDIRI 1.2

Page 11: topik1

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN 11

Psikologi sukan adalah kajian saintifik mengenai prinsip-prinsip psikologi yang di aplikasi dalam situasi sukan dan latihan.

Psikologi sukan adalah kajian mengenai interaksi reciprocal antara faktor psikologi dengan pergerakan fizikal dalam latihan dan aktiviti fizikal, dan juga faktor jurulatih, penonton dan persekitaran

Bidang psikologi sukan masuk ke dalam divisyen psikologi yang ke 47 oleh American Psychological Association (APA)

Bidang psikologi sukan menawarkan perkhidmatan dalam aspek klinikal, pendidikan dan penyelidikan.

Psikologi

Psikologi sukan

Psikomotor

Afektif

Kognitif

Psych-out

Association for the Advancement of Applied Sport Psychology (AAASP)

North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity (NNASPSPA)

American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and dance (AAAHPERD)

Canadian Association for Health, Physical Education, Recreation and Dance (CCAHPERD)

RUMUSAN

KATA KUNCI

Page 12: topik1

12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

Anshel, M. H. (2003). Sport psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc.

Cox, R. H. (2002). Sport psychology: Concepts and applications. U.S.A: McGraw-Hill.

Morgan, W. P. (1972). Hypnosis and muscular performance. In R. H. Cox (Ed.), Sport psychology: Concepts and applications. U.S.A: McGraw-Hill.

Weinberg, R. S. & Gould, D. (1999). Foundations of sport and exercise psychology. Champaign, IL: Human Kinetics.

RUJUKAN