topik 7 tadbir urus korporat

14
PENGENALAN Pernahkah anda mendengar istilah „tadbir urus korporat‰? Apakah maksudnya? Untuk makluman anda, istilah ini kadangkala digunakan oleh organisasi apabila ingin menekankan kepentingan yang diletakkan ke atas pengurusan syarikat. Seterusnya, perbincangan kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut untuk mempelajari tadbir urus korporat dengan lebih lanjut: (a) Definisi tadbir urus korporat; (b) Komponen dalam definisi tadbir urus korporat; (c) Perspektif tadbir urus korporat; (d) Perkaitan tadbir urus korporat dengan pihak pengurus atasan; (e) Kepentingan mempelajari tadbir urus korporat; (f) Kod tadbir urus korporat; dan (g) Masa depan tadbir urus korporat. T T o o p p i i k k 7 7 Tadbir Urus Korporat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud tadbir urus korporat; 2. Mengenal pasti tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat; 3. Menjelaskan dua perspektif tadbir urus korporat; dan 4. Mentafsir amalan baik korporat berdasarkan Kod Tadbir Urus Korporat.

Upload: saraswathy-perumal

Post on 22-Nov-2014

2.880 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 7 tadbir urus korporat

� PENGENALAN

Pernahkah anda mendengar istilah „tadbir urus korporat‰? Apakah maksudnya? Untuk makluman anda, istilah ini kadangkala digunakan oleh organisasi apabila ingin menekankan kepentingan yang diletakkan ke atas pengurusan syarikat. Seterusnya, perbincangan kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut untuk mempelajari tadbir urus korporat dengan lebih lanjut:

(a) Definisi tadbir urus korporat;

(b) Komponen dalam definisi tadbir urus korporat;

(c) Perspektif tadbir urus korporat;

(d) Perkaitan tadbir urus korporat dengan pihak pengurus atasan;

(e) Kepentingan mempelajari tadbir urus korporat;

(f) Kod tadbir urus korporat; dan

(g) Masa depan tadbir urus korporat.

TTooppiikk

77 � Tadbir Urus

Korporat

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud tadbir urus korporat;

2. Mengenal pasti tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat;

3. Menjelaskan dua perspektif tadbir urus korporat; dan

4. Mentafsir amalan baik korporat berdasarkan Kod Tadbir UrusKorporat.

Page 2: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 120

APAKAH TADBIR URUS KORPORAT?

Tahukah anda bahawa syarikat-syarikat perlu sentiasa berwaspada mengenai amalan korporat mereka untuk bertindak balas terhadap dunia perniagaan yang dinamik? Ini adalah sangat penting memandangkan pelbagai kejadian boleh berlaku, di mana akhirnya syarikat didapati terlibat dengan amalan-amalan kontroversi. Antara syarikat yang pernah terlibat dalam kontroversi adalah syarikat Enron, American International Group (AIG), Transmile dan Sime Darby. Oleh kerana mereka merupakan syarikat awam tersenarai, maka mereka perlu bertanggungjawab terutamanya terhadap pihak berkepentingan dan pemegang saham mereka. Justeru itu, pengurus atasan hendaklah mempertingkatkan amalan baik untuk menunaikan kontrak sosial mereka, iaitu mmenepati jangkaan masyarakat. Sebelum kita meneliti tadbir urus korporat dengan lebih lanjut, mari kita lihat dahulu definisinya. �

Perkembangan fenomena tadbir urus adalah merupakan akibat secara langsung kesan daripada kemajuan masyarakat, kebolehdapatan maklumat dan sifat aktivis pemegang saham.

Tadbir urus korporat ialah satu ssistem penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat yang perlu diwujudkan untuk mendapatkan komoditi yang sangat diperlukan oleh syarikat iaitu kkepercayaan pihak berkepentingan secara berterusan.

(Ferrell, 2011; Thorne, 2010)

7.1

Page 3: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 121

7.1.1 Komponen Tadbir Urus Korporat

Berdasarkan definisi tadbir urus korporat yang telah kita pelajari tadi, kita boleh mengenal pasti tiga komponen dalam tadbir urus korporat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1 berikut:

Rajah 7.1: Tiga Komponen tadbir urus korporat

Sekarang mari kita lihat ketiga-tiga komponen tersebut dengan lebih terperinci. (a) PPenyeliaan Secara ringkasnya, penyeliaan merujuk kepada llangkah-langkah sekatan

serta iimbangan. Oleh itu, penyeliaan membenarkan keputusan pengurusan disoal dan dicabar untuk mengurangkan risiko salah urusan.

Sebagai contoh, kewajaran melabur dalam sebuah projek baru boleh dipersoalkan dan pihak pengurus atasan perlu menjawab isu-isu yang ditimbulkan berkaitan projek tersebut. Objektif utama penyeliaan adalah untuk mmeminimumkan salah guna kuasa pihak atasan.

(b) KKebertanggungjawaban Kebertanggungjawaban merujuk kepada bagaimana kkeputusan pihak

pengurusan diselaraskan dengan hhala tuju strategik yang telah dinyatakan oleh syarikat. Secara ringkasnya, adakah pihak pengurusan bertindak berdasarkan misi atau visi yang dinyatakan? Atas janji yang dibuat kepada pihak awam, pihak pengurusan perlu dipertanggungjawabkan jika tidak mahu kehilangan kepercayaan mereka.

Sebagai contoh, syarikat perkilangan telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran karbonnya. Soalan yang akan diketengahkan adalah „Sudahkah syarikat mengambil tindakan atau memulakan usaha untuk menunaikan janji mereka?‰ Jika belum, syarikat boleh dipertanggungjawabkan ke atas janji yang tidak ditepatinya.

Page 4: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 122

(c) KKawalan Kawalan ialah satu pproses audit dan menambah baik keputusan dan

tindakan organisasi. Pada peringkat ini, prestasi sebenar organisasi akan dibandingkan dengan bajet, piawaian atau matlamat yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, apakah tujuan tadbir urus korporat? Tujuan tadbir urus korporat adalah untuk mengimbangi kuasa, menangani kesilapan-kesilapan, mengurangkan risiko dan mengelak salah-laku agar dapat mencapai integriti.

PERSPEKTIF TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda bahawa tadbir urus korporat boleh dilihat daripada dua perspektif yang berbeza? Dua perspektif ini ditunjukkan dalam Rajah 7.2 berikut:

Rajah 7.2: Perspektif-perspektif tadbir urus korporat

Untuk makluman anda, semua perbincangan, keputusan dan tindakan yang dibuat oleh organisasi perlu berdasarkan perspektif-perspektif ini. Oleh itu, pengurus atasan hendaklah mempunyai perspektif tadbir urus korporat yang jelas untuk dijadikan pegangan. Daripada pperspektif pemegang saham pula, dorongan bagi amalan baik tadbir urus korporat adalah kkepentingan pemegang saham. Sebagai pemilik syarikat, tujuan tadbir urus korporat adalah untuk memelihara kepentingan pemegang saham.

7.2

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Menggunakan perkataan anda sendiri, berikan definisi tadbirurus korporat.

2. Terangkan dengan ringkas komponen-komponen tadbir urus korporat.

Page 5: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 123

Menurut Friedman (1962, 1970), rasionalnya adalah kerana pemegang saham merupakan pemilik syarikat. Oleh itu, syarikat harus bertanggungjawab terhadap pemegang saham. Sebagai contoh, jika pemegang saham berasa senang dengan keputusan dan tindakan pengurus atasan dalam membersihkan sekeping tanah untuk tujuan pembangunan, pengurus atasan boleh meneruskan prosesnya. Kepentingan pihak lain adalah kepentingan sekunder. Walau bagaimanapun, daripada pperspektif pihak berkepentingan, dorongan tadbir urus korporat adalah pemegang berkepentingan. Ini adalah kerana pihak berkepentingan juga melabur untuk kejayaan firma. Satu lagi hujah adalah semua keputusan dan tindakan korporat boleh memberi kesan kepada pihak berkepentingan dan sebaliknya, pihak berkepentingan boleh menjejaskan keputusan dan tindakan syarikat (Freeman, 1984). Sebagai contoh, jika syarikat terlibat dalam perdagangan dalaman, situasi berikut mungkin berlaku:

(a) Pemegang saham mungkin menanggung kerugian;

(b) Kakitangan mungkin hilang pekerjaan; dan

(c) Pelanggan mungkin tidak mendapat perkhidmatan yang seharusnya diterima.

Akibatnya, kakitangan yang setia akan meninggalkan syarikat dan pelanggan yang setia pula mungkin berhenti membeli atau menggunakan produk-produk dan perkhidmatan syarikat. Ini menandakan betapa pentingnya perhubungan yang refleksif antara perniagaan dan pihak berkepentingan.

AKTIVITI 7.1

Daripada perspektif pemegang berkepentingan, jika organisasimengambil keputusan untuk mengehadkan bajet, apakah yang berlakukepada pihak berkepentingannya? Bincangkan perkara ini bersamarakan sekelas.

Page 6: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 124

PERKAITAN TADBIR URUS KORPORAT DENGAN PENGURUSAN ATASAN

Dalam sesebuah organisasi, sebahagian besar keputusan, tindakan dan operasi korporat adalah tanggungjawab pengurus atasan. Oleh itu, kebanyakan tugas tadbir urus korporat terletak pada pengurus atasan iaitu lembaga pengarah. Siapakah lembaga pengarah?

Apabila pengurus atasan bertindak dengan berhati-hati, mereka akan membuat keputusan dengan berpengetahuan serta cermat. Keputusan-keputusan ini boleh melibatkan penggabungan, pemerolehan dan pelaburan sehinggalah kepada keputusan untuk menutup atau menjual unit-unit perniagaan yang kurang menguntungkan. Selain itu, pengurus atasan dan lembaga pengarah juga perlu bersifat setia; mereka perlu membuat keputusan yang dapat memelihara kepentingan syarikat serta pemegang sahamnya. Ini hanya berlaku apabila mereka mempunyai sifat kesetiaan. Sebagai contoh, dalam keputusan ganjaran kumpulan eksekutif (pengurusan atasan), mereka perlu mempertimbangkan sama ada keputusan tersebut akan memanfaatkan kumpulan tertentu sahaja atau syarikat secara keseluruhan. Syarikat yang mempunyai amalan baik tadbir urus akan membuat keputusan berdasarkan kesudahan yang terbaik untuk syarikat.

MENGAPA PERLU MEMPELAJARI TADBIR URUS KORPORAT?

Setelah mengetahui apakah tadbir urus korporat dan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya, soalan seterusnya adalah mengapa ia begitu penting untuk dipelajari? Tadbir urus korporat begitu penting untuk dipelajari kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat untuk mematuhi amalan-amalan yang dianggap bersesuaian. Sebagai pemilik syarikat, pengurus atasan mempunyai tanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan oleh pemegang-pemegang saham.

7.3

Lembaga pengarah dan ppengurusan atasan adalah fidusiari kepada pemegang berkepentingan. Mereka adalah individu-individu yang dipilih untuk memegang kedudukan yang dipercayai, di mana mereka perlu menumpukan perhatian dan kesetiaan demi kepentingan terbaik organisasi.

7.4

Page 7: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 125

Sebagai tambahan, kejadian-kejadian penyelewengan telah menarik perhatian semua pihak untuk meneliti operasi syarikat. Pihak-pihak yang meneliti ini tidak terhad hanya kepada pemegang saham tetapi termasuk juga pelabur-pelabur berpotensi, kerajaan, media serta industri. Oleh itu, syarikat atau organisasi tidak mampu untuk menjejaskan reputasi mereka yang sangat diperlukan apabila menghadapi persaingan yang sengit.

KOD TADBIR URUS KORPORAT

Tahukah anda bahawa Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (juga dikenali sebagai Kod) telah dibentuk dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti (Suruhanjaya Sekuriti, 2010)? Suruhanjaya Sekuriti telah ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993. Ia adalah badan berkanun biaya kendiri dengan diberi kuasa menyiasat serta menguatkuasakan. Ia melaporkan kepada Menteri Kewangan dan penyata akaunnya dibentangkan di Parlimen pada setiap tahun. Sebagai agensi kerajaan, Suruhanjaya Sekuriti melindungi hak pemegang saham dengan memastikan pasaran saham dikendalikan dengan adil dan maklumat pelaburan didedahkan secara lengkap. Objektifnya adalah untuk memberi para pelabur lebih banyak maklumat yang berguna kerana ia merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi kepentingan mereka.

7.5

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Huraikan secara ringkas dua perspektif tadbir urus korporat.

2. Terangkan mengapa seseorang perlu mempelajari tadbir uruskorporat.

Page 8: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 126

Apakah fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti? Rajah 7.3 berikut menunjukkan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti.

Rajah 7.3: Sembilan fungsi pengawalan Suruhanjaya Sekuriti

Page 9: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 127

Seterusnya, kita beralih kepada Kod. Tahukah anda bahawa ia mula diterbitkan pada tahun 2000 dan meliputi tiga lingkungan utama? Tiga lingkungan tersebut ialah: (a) PPengarah Kod meliputi pelantikan, formaliti dan ketelusan para pengarah. (b) PPemegang Saham Kod menekankan maklumat untuk keputusan pelaburan dan mesyuarat

agung tahunan. (c) KKebertanggungjawaban dan Audit Ini merujuk kepada kawalan dalaman dan perhubungan juruaudit. Apakah tujuan Kod? Tujuan Kod adalah untuk membentuk rangka kerja tadbir urus yang optimum. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Prinsip-prinsip tadbir urus korporat; dan

(b) Amalan terbaik tadbir urus korporat. Bagi Kod versi tahun 2007, ia telah disemak semula dan tertumpu kepada usaha memperkukuhkan lagi lembaga pengarah dan jawatankuasa audit. Ia memfokus kepada kriteria kelayakan ahli lembaga pengarah untuk memastikan keberkesanan lembaga dalam menunaikan tanggungjawabnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Kod versi 2007 ini, anda boleh merujuk kepada laman web http://www.sc.com.my/eng/html/cg/cg2007.pdf. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa pematuhan Kod bukanlah sesuatu yang mandatori. Pematuhan ini tidak dikawal untuk mengelak ia digunakan sebagai satu latihan menanda senarai semak. Kelonggaran ini bertujuan untuk mempromosi langkah kawal kendiri apabila bertindak balas dengan amalan terbaik pasaran. Di bawah Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia, syarikat-syarikat hendaklah menyertakan kenyataan bagaimana mereka mengaplikasikan prinsip dan amalan terbaik seperti yang disebut dalam Kod. Dalam erti kata lain, syarikat hendaklah mendedahkan bagaimana ia telah mematuhi Kod. Kegagalan menjelaskannya akan mengakibatkan syarikat terpaksa memberikan sebab-sebabnya. Matlamatnya adalah untuk menyediakan maklumat prestasi syarikat kepada para pelabur, sama ada berkaitan kewangan ataupun tadbir urus syarikat di mana mereka boleh membuat keputusan yang wajar.

Page 10: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 128

Tahukah anda terdapat dua lagi organisasi yang menyokong amalan terbaik tadbir urus korporat di Malaysia? Dua organisasi tersebut ialah: (a) IInstitut Tadbir Urus Korporat Malaysia Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia atau Malaysian Institute of

Corporate Governance (MICG) merupakan syarikat bukan bersifat keuntungan yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Salah satu objektif Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia adalah untuk menjadi pertubuhan utama dalam mempromosi amalan terbaik dan pembangunan tadbir urus korporat melalui program pendidikan berterusan bagi penjawat kanan korporat seperti pengarah syarikat, ketua pegawai eksekutif, setiausaha syarikat, penasihat syarikat, juruaudit syarikat, akauntan, peguam, ahli jawatankuasa audit dan pelabur (Institut Tadbir Urus Korporat, 2007–2008). Bagi misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia pula, ia adalah seperti mana yang disenaraikan dalam Rajah 7.4 berikut:

Rajah 7.4: Enam misi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia

(b) Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA)

ditubuhkan pada tahun 1958 dengan tujuan untuk menghasilkan setiausaha syarikat yang berkelayakan serta memastikan sikap profesionalisme anggotanya (Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators, 2010).

Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators berusaha

untuk mengekalkan piawaian integriti dan etika tertinggi dalam kalangan anggota profesionnya. Ia juga bertujuan untuk menjadi pemangkin perubahan dengan melibatkan diri secara aktif dalam mempertingkatkan tadbir urus bidang korporat. Sebagai tambahan, ia juga berusaha untuk

Page 11: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 129

memperjuangkan amalan terbaik tadbir urus korporat dan kepentingannya melalui pendidikan sektor korporat Malaysia. Mari kita lihat Rajah 7.5 berikut yang menyenaraikan tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Rajah 7.5: Tiga misi Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators

MASA DEPAN TADBIR URUS KORPORAT

Akhir sekali, mari kita bincangkan masa depan tadbir urus korporat. Sedarkah anda bahawa tadbir urus korporat akan menjadi suatu bahagian yang signifikan dalam pengurusan korporat di masa akan datang? Untuk mengurus syarikat dengan cekap dan berkesan, ia mestilah dipandu oleh prinsip-prinsip dan amalan terbaik tadbir urus korporat dengan bersungguh-sungguh.

7.6

LATIHAN 7.1

AKTIVITI 7.2

Bincangkan bagaimana Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG)dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators(MAICSA) membantu memupuk amalan baik tadbir urus korporat diMalaysia.

Sila layari laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my danInstitut Tadbir Urus Korporat Malaysia di http://micg.org.my. Caribagaimana mereka menggalakkan amalan tadbir urus korporat yangbaik di Malaysia.

Page 12: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 130

Oleh yang demikian, dalam usaha membentuk tadbir urus korporat dengan baik, pihak pengurusan harus mengambil kira aspek-aspek yang menunjukkan faedah mengamalkannya seperti yang dihuraikan dalam Jadual 7.1 berikut:

Jadual 7.1: Aspek-aspek yang Menunjukkan Faedah Mengamalkan Tadbir Urus Korporat yang Baik

Aspek Huraian

Penglibatan Lembaga Pengarah

Lembaga pengarah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan misi dan visi syarikat dengan mengambil kira kepentingan pihak pemegang berkepentingan secara cermat. Dalam arena perniagaan, lembaga pengarah perlu sedar bahawa syarikat tidak beroperasi secara terasing.

Melakukan Penilaian Kendiri

Selain itu, ahli lembaga pengarah dikehendaki menilai kendiri prestasi mereka. Ia bertujuan untuk mencerminkan keberkesanan lembaga dalam mentadbir syarikat. Dengan melakukan penilaian kendiri, mereka akan sedar bagaimana relevannya mereka dalam proses pembuatan keputusan. Pemilihan ahli lembaga secara formal juga semakin meningkat.

Peningkatan Peranan Jawatankuasa Pencalonan

Seperti yang dijelaskan dalam versi semak semula Kod 2007, peranan jawatankuasa pencalonan telah dipertingkatkan. Berdasarkan kaedah operasi jawatankuasa ahli lembaga, mereka biasanya bertugas secara bebas dan ini menjejaskan fungsi penyeliaan tadbir urus korporat. Dengan peningkatan peranan ini, fungsi ahli lembaga dijangka akan lebih berkesan sebagai suatu pasukan.

Penerangan yang jelas

Lebih banyak maklumat dijangka dapat diberikan dalam laporan tahunan syarikat. Syarikat diharapkan memberi lebih banyak penerangan mengenai keputusan yang diambil untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Laporan juga diharapkan mengandungi bukan sahaja maklumat pencapaian tetapi juga kelemahan serta kegagalan mereka.

Peralihan Model Peralihan kepada model pihak berkepentingan dan bukan model pemegang saham akan menjadikannya lebih berkesan.

Menjalankan Latihan dan Seminar

Suatu siri latihan dan seminar perlu dianjurkan untuk syarikat bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya mereka mempunyai pandangan yang luas terhadap siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

Sokongan Pengurusan yang Lebih Besar

Sokongan pengurusan yang lebih besar terhadap tadbir urus korporat akan wujud apabila timbul kesedaran tentang kepentingan amalan baik tadbir urus korporat.

Page 13: Topik 7 tadbir urus korporat

TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT � 131

Pemegang Saham dan Pihak Berkepentingan yang Berpengetahuan

Pemegang saham dan pemegang berkepentingan lain perlu lebih berpengetahuan serta lebih berpelajaran. Ini akan membuatkan mereka lebih sensitif terhadap peristiwa-peristiwa semasa dalam dunia perniagaan.

Penglibatan Kerajaan yang Lebih Tinggi

Penglibatan serta kehadiran pihak kerajaan juga akan bertambah untuk menggalakkan amalan baik tadbir urus korporat dalam usaha mencapai pembaharuan ekonomi. Amalan baik tadbir urus korporat akan memastikan sokongan berterusan bagi perniagaan dan seterusnya akan membantu memperkukuhkan ekonomi negara.

� Tadbir urus korporat adalah suatu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban

dan kawalan yang formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat.

� Terdapat tiga komponen dalam definisi tadbir urus korporat iaitu penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan.

� Terdapat dua perspektif tadbir urus korporat, iaitu:

� Perspektif pemegang saham; dan

� Perspektif pihak berkepentingan.

Sila layari laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia. com/market untuk mengetahui peranannya dalam mempromosikan tadbir urus korporat di Malaysia.

AKTIVITI 7.3

Bincangkan aspek-aspek yang pihak pengurusan harus ambil kira untuk membentuk tadbir urus korporat yang baik.

LATIHAN 7.2

Page 14: Topik 7 tadbir urus korporat

� TOPIK 7 TADBIR URUS KORPORAT 132

� Lembaga pengarah dan pengurusan atasan merupakan fidusiari kepada para pemegang saham. Mereka adalah orang-orang yang diletakkan dalam kedudukan yang boleh dipercayai untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesetiaan demi kepentingan organisasi.

� Di Malaysia, selain Suruhanjaya Sekuriti, terdapat juga organisasi lain yang menyokong amalan baik tadbir urus korporat. Antaranya ialah Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.

Fidusiari

Institut Tadbir Urus Korporat (MICG)

Kebertanggungjawaban

Kod Tadbir Urus Korporat

Lembaga pengarah

Malaysian Institute of Chartered

Secretaries and Administrators

(MAICSA)

Pihak berkepentingan

Pemegang saham

Pengarah

Pengurusan atasan

Suruhanjaya Sekuriti

Tadbir urus korporat