topik 7- isu-isu kontemporari tamadun islam dan tamadun barat

20
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 1 TAJUK 7 ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT 1.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 7 . Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan merangkumi Hagemoni Barat dan Globalisasi iaitu takrif Hagemoni, globalisasi dan barat. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan isu-isu kontemporari yang antara lain berkenaan dengan media, ekonomi, politik ,sosial,hak asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara 1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i. Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat ii. Menganalisis dan menghuraikan isu-isu kontemporari Tamadun islam dan Barat iii. Menggariskan kesan perkembangan isu-isu kontemporari kepada masyarakat dan Negara

Upload: shamsiah-mohamed

Post on 19-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    1

    TAJUK 7

    ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

    1.1 Sinopsis

    Pelajar-pelajar yang dikasihi

    Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 7 . Tajuk-tajuk yang akan

    dibincangkan merangkumi Hagemoni Barat dan Globalisasi iaitu takrif Hagemoni,

    globalisasi dan barat. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan isu-isu

    kontemporari yang antara lain berkenaan dengan media, ekonomi, politik ,sosial,hak

    asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan

    perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara

    1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

    i. Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat

    ii. Menganalisis dan menghuraikan isu-isu kontemporari Tamadun

    islam dan Barat

    iii. Menggariskan kesan perkembangan isu-isu kontemporari kepada

    masyarakat dan Negara

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    2

    1.3 KerangkaTajuk

    1.4 Pengenalan

    Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini berpunca

    daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Globalisasi adalah satu arus

    perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di

    dunia ini. Pada masa yang sama globalisasi membuatkan pengaruh, idea, barangan dan

    nilai-nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat

    dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila perkara-perkara baharu ini

    boleh mempengaruhi (atau diterima) , ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-

    nilai masyarakat tempatan.

    Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah,

    terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya

    Timur. Perubahan nilai-nilai budaya secara tidak terkawal boleh membawa keruntuhan

    kepada sesuatu kebudayaan oleh sebab perubahan yang terlalu cepat dan tidak

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    3

    terkawal akan mengakibatkan sebahagian daripada ahli dalam sesuatu budaya

    ketinggalan. Perubahan-perubahan akibat globalisasi ini mengambil perhatian ramai

    apabila didapati bahawa sebahagian besar daripada perubahan ini berkaitan dengan

    budaya dan hegemoni Barat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian besar

    daripada perubahan yang terdapat pada hari ini adalah hasil usaha kebudayaan Barat.

    1.5 Hegemoni Barat dan Globalisasi

    Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang hegemoni Barat dan globalisasi ,

    kita perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan

    konsep-konsep hegemoni , Barat dan globalisasi terlebih dahulu.

    1.5.1 Maksud Hegemoni

    Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep

    itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan

    satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan

    yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh

    masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu

    kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain

    1.5.2 Maksud Globalisasi

    Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan

    seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan

    atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan

    sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh

    peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya

    (Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk

    dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global

    1.5.3 Maksud Barat

    Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat .

    Kita perlu faham bahawa tanggapan ini amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri

    daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan

    selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya , masyarakat

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    4

    Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang

    ini kita kenali sebagai Negara-negara Eropah.

    1.6 Isu-Isu Kontemporari

    1.6.1 Media

    Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan

    informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan

    revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara

    hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat

    dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka.

    Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk

    mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata

    mereka.

    Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai

    tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan

    memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam

    bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan

    kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab

    itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul

    Muslimin.

    1.6.2 Ekonomi

    Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis

    semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis

    ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada

    pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan

    masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini

    telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah

    berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

    Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh

    masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah

    pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance). Sistem ekonomi feudal

    hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    5

    1.6.3 Politik

    Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan

    negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung

    dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir

    penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik

    dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah

    mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh

    dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk

    membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

    Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam

    yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat

    Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan

    dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui

    banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan

    ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik

    negara-negara Islam

    1.6.4 Sosial

    Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat

    kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian

    sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa

    Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan

    sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan

    masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik

    dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik

    dalam masyakatan Inggeris

    Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang

    menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan

    oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    6

    1.6.5 Hak Asasi Manusia

    Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini

    datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran

    tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah

    dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada

    suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika

    Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi

    manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak

    ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang

    dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

    1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia

    berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan

    hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah

    pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk

    membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang

    pembicaraan

    2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk

    melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana

    orang lain

    3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan

    untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju

    dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang

    cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

    Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini

    berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu.

    Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap

    pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang

    diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah

    1.6.6 Krisis Alam Sekitar

    Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada

    kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap

    dunia dan alam sekitar ( humans dominance over nature) dan manusia yang terbaik

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    7

    akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu

    tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya di

    dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan

    sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka

    ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak

    melakukannya.

    Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah

    pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak

    sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula

    jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam

    yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu

    menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu

    diselamatkan.

    Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar

    merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia

    sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran

    dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat.

    1.6.7 Persepsi Jihad

    Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara

    bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan

    daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka

    menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan

    sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Masyarakat Barat menekankan

    nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini

    menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam

    terhadap kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar

    menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini.

    Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifat

    dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa

    menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang

    berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat Barat kini lebih senang menerima

    falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara-perkara yang boleh

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    8

    dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai

    sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar.

    Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat

    umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang

    bertamadun (civilized) bagi mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah adalah melalui proses pendamaian diplomasi.

    1.6.8 Etika Dalam sains

    Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap

    sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka.

    Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian

    sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap bahawa

    semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak.

    Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam

    penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut.

    Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji

    mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian untuk

    membuktikan sama ada idea tersebut ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak

    Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut

    berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.

    Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut

    berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.

    1.7 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara

    Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana Negara lain di

    dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara

    langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem

    nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat

    Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai

    masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    9

    Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu

    sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai

    ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan

    kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau

    warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang

    seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus

    mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.

    Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada

    bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat

    dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat

    yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang

    tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan

    globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk

    mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar.

    Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan

    bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.

    Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai

    yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada

    waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti

    perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh

    masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.

    KESIMPULAN

    Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka

    era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara

    Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan

    kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk

    kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan

    pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya

    ternyata hanya retorika mereka sahaja.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    10

    Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan

    pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain-

    lain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar

    yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas

    "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu,

    negara tersebut terus ditindas.

    Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya

    Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-

    Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap

    dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    11

    Tajuk 8

    Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara 10 Prinsip:

    Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi

    Kerajaan yang adil dan beramanah

    Rakyat yang berjiwa merdeka

    Penguasaan ilmu pengetahuan

    Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

    Kehidupan berkualiti

    Pembelaan hal kumpulan minoriti dan wanita

    Keutuhan budaya dan moral

    Pemeliharaan alam semulajadi

    Kekuatan pertahanan

    1.0 Sinopsis

    Tajuk 8 dalam Modul TITAS untuk PGSR ini menekankan aspek dan kefahaman

    pelajar mengenai perlaksanaan Islam Hardhari. Semoga dengan memahami tajuk ini,

    pelajar akan lebih menggembelingkan tenaga dan tindakan agar selari dengan

    kehendak perlaksanaan Islam hadhari. Islam Hadhari bukanlah memberi penafsiran

    dan penjenamaan semula kepada islam atau menambah elemen di dalamnya, tetapi

    sebaliknya Islam hadhari adalah satu percambahan fikiran dengan memberi kesan

    lonjakan kepada pelaksanaan Islam sebagai satu cara hidup. Modul ini juga tidak akan

    mengambil keseluruhan prinsip dalam Islam Hadhari, sebagai bahan pembacaan modul

    ini akan memfokuskan kepada dua prinsip sahaja. Prinsip-prinsip lain yang terkandung

    dalam Islam Hadhari akan dikuliah oleh pensyarah di dalam interaksi kuliah pelajar.

    2.0 Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan konsep Islam hadhari dan proses pembangunan negara.

    2. Memahami prinsip-prinsip Islam Hadhari dan mengaplikasinya dalam

    kehidupan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    12

    3.0 Kerangka Pelajaran

    4.0 Pengenalan

    Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus

    kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam

    dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui

    penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan

    fizikal.

    Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi,

    sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan

    seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi,

    berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia

    global.

    Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam

    Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan

    umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis

    yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara

    ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana

    umat Islam dari asas akidah.

    Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan

    memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan

    realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan

    dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah

    perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    13

    lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan

    pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui

    program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program

    pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai

    Islam dalam kehidupan.

    Bagaimanakah selayaknya, kita umat Islam bertindak dan berinteraksi dengan

    seluruh warga negara Malaysia yang pelbagai etnik dan kepercayaan sebagai usaha memupuk perpaduan dan kejagatan ummah sebagaimana Rasulullah saw berupaya memupuk dalam Shahifah Madinah

    5.0 Prinsip Islam Hadhari

    Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

    i. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI

    ii. Kerajaan adil dan beramanah

    iii. Rakyat berjiwa merdeka

    iv. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Penguasaan ilmu

    pengetahuan

    v. Kehidupan berkualiti

    vi. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

    vii. Keutuhan budaya dan moral

    viii. Pemeliharaan alam semula jadi

    ix. Kekuatan pertahanan

    Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan

    pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-

    mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan

    berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat

    Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

    Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan

    kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh berupaya menjadi

    penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun

    Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu

    dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.

    Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara

    drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu

    http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.

    php?page=ilmu

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    14

    perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep

    hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia

    sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan

    perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan

    lima perkara seperti berikut:

    Berpandukan kepada keterangan dan kefahaman anda mengenai Islam

    Hadhari, jelaskan maksud hubungkait aspek globalisasi dan langit terbuka kepada ketahanan dan keutuhan akidah Islam

    i. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama

    ii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal

    iii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa

    iv. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta

    v. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

    Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu

    dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan

    kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk.

    Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad.

    Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia

    seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti

    ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan

    merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti

    ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini

    perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan.

    Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat

    menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lilalamin) untuk

    membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global. Semangat

    persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan

    rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing

    umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan

    mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif

    masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    15

    Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan

    bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan

    Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu

    diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku

    pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan

    teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari

    tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang menyentuh soal

    penguasaan sains dan teknologi, yang perlu diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan

    tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran

    renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan

    saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu

    diperbanyakkan.

    Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian

    manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah

    secara sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya

    memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak

    tepat sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan

    ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu,

    amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan

    kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia.

    Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai

    sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun.

    Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan

    tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan

    kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang

    menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah

    dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan

    ukhrawi. Allah SWT berfirman:

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    16

    Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". (Surah al-Qasas: Ayat 77)

    6.0 KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

    Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan

    kepada Allah sebagai teras utamanya. al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai

    teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah

    (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan

    pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang

    berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam

    surah al-Araaf :96,

    Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta

    bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-

    limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami

    timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

    Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di

    luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan

    dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-

    Baqarah : 256

    Maksudnya :

    "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman,

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    17

    Maksudnya: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

    7.0 KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

    Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar

    masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90

    Maksudnya :

    Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

    Berpandukan kepada mujam al-Quran, pelajar diminta untuk mengumpulkan seberapa banyak ayat al-Quran yang membahaskan berkaitan aspek pemerintahan dan gaya kepimpinan

    Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,

    kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan

    dalam al-quran dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-

    Maaidah : 8

    Maksudnya :Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    18

    Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,

    Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.

    Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang

    diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-quran dan hadis Nabi SAW. Dalam al-

    quran Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa :58

    Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.

    Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya Dan tidak

    beriman bagi seseorang yang tidak amanah Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir

    urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.

    Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah)

    melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan

    dalam al-quran surah Saba : 15

    Maksudnya : Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.

    8.0 PENUTUP

    Perlaksanaan Islam Hadhari oleh kerajaan Malaysia telah menyemarakan lagi

    penghayatan agama Islam kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Kefahaman dan

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    19

    pengahatan prinsip-prinsip Islam hadhari yang terkadung akan lebih membantu umat

    Islam di Malaysia berusaha untuk menjadi seorang penganut Islam yang baik. Usaha

    sedemikian hendaklah disahut seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam. Prinsip

    pertama dan kedua yang terdapat dalam Islam hadhari telah kita bincangkan pada

    peringkat awal penulisan modul ini, sebenarnya menjadi tunjang dan asas kepada

    pemahaman prinsip-prinsip lain.

    Sesungguhnya pembentukan sebuah kerajaan yang amanah adalah menjadi satu

    kewajipan kepada sesiapa yang menjalankan amanah ini. Kegagalan untuk berakhlak

    dan mempraktiskan seluruh amalan yang terkandung di dalam Islam serta menjiwainya

    sebelum, semasa dan selepas sesuatu keputusan itu selaku pimimpin, maka

    implikasinya akan ditanggung oleh seluruh rakyat. Sesungguhnya musibah Allah swt itu

    dalam pelbagai bentuk akan melanda sesebuah negara bilamana pimimpin gagal

    memenuhi dan menuruti segala kehendak dan tuntutan Islam.

    Oleh yang demikian, sebelum seseorang itu bergelar pemimpin, ia sewajarnya

    terlebih dahulu mengamalkan setiap inci ajaran Islam, kemudian menggalakkan

    rakyatnya untuk bertindak seperti beliau. Kerana sesungguhnya, keraguan terhadap

    satu elemen atau satu ajaran Islam akan member akibat yang sungguhnya dahyat

    kepada aqidah umat Islam, oleh yang demikian kita hendaklah mengEsakan Allah swt

    dalam segenap tindakan dan perbuatan kita.

    Gagasan Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

    adalah satu medan buat umat Islam bagi membangunkan semula kegemilangan Islam

    yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah lalu. la juga merupakan

    satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan Islam

    agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam

    mengerakkan inisiatif memakmurkan negara Malaysia.

    Meletakkan Islam Hadhari sebagai satu keutamaan dari sudut positif akan

    menggalakkan suasana sihat antara kaum di Malaysia. Sebarang hujah berbentuk

    negatif dan provokasi harus dielakkan demi menjana idea bagi menggerakkan usaha

    maa'ruf (mendorong kebaikan dan keadilan), menolak kemungkaran (kejahatan) serta

    kebathilan (kebinasaan).

  • WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS )

    20