topik 3 - kumpulan 2

4
TOPIK 3 Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak dalam sistem masyarakat majmuk. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dirancangkan oleh pucuk pimpinan negara. Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk memastikan tiada murid daripada kaum yang terpinggir semasa proses PdP selaras usaha mencapai identiti nasional. Disediakan oleh: CHONG SU YEE CHUE XIANG LING HII SIEW LING YONG JIA MIN

Upload: su-yee-chong

Post on 25-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

xzxzxz

TRANSCRIPT

TOPIK 3 Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak dalam sistem masyarakat majmuk. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dirancangkan oleh pucuk pimpinan negara. Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk memastikan tiada murid daripada kaum yang terpinggir semasa proses PdP selaras usaha mencapai identiti nasional.

TOPIK 3Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak dalam sistem masyarakat majmuk. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang dirancangkan oleh pucuk pimpinan negara.

Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk memastikan tiada murid daripada kaum yang terpinggir semasa proses PdP selaras usaha mencapai identiti nasional.Disediakan oleh:CHONG SU YEECHUE XIANG LINGHII SIEW LINGYONG JIA MINMenggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai.Contohnya, teknik bercerita, simulasi, main peranan.Contohnya, kaedah berpusatkan murid, berpusatkan guru dan berpusatkanbahan.Guru merancang aktiviti yang melibatkan banyak pelajar dengan bilangan ahli kumpulan yang sesuai supaya tiada seorang murid yang terpinggir.Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja.Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan danjantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum-kaum lain.Guru harus bijak dalam menggalakkan murid-muriduntuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya.

Membina suasana bilik darjah yang kondusifBilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar.Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang.Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas.Penggunaan Bahasapenggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar di dalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum.Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkanjurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan bahasa murid.