topik 3 - konsep ibadah dalam islam.pdf

5
SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 1 TOPIK 3 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM TEORI 3.1 DEFINISI IBADAH Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan. Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam. 3.2 PEMBAHAGIAN IBADAH Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Ibadah Umum dan Ibadah Khusus. Kedua-duanya penting bagi umat Islam untuk dilakukan supaya dapat menjamin kedudukan di akhirat dan menjadi kewajipan seorang hamba kepada Allah S.w.t. 3.2.1 Ibadah khusus, iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu cara mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam seperti seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan

Upload: kasturi-ridzuan

Post on 14-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 3 - KONSEP IBADAH DALAM ISLAM.pdf

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 1

TOPIK 3 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

TEORI

3.1 DEFINISI IBADAH

Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk,

menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.

Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya

kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama

ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan

jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah

kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Pintu

untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan

dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi

memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.

3.2 PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Ibadah Umum dan Ibadah Khusus. Kedua-duanya

penting bagi umat Islam untuk dilakukan supaya dapat menjamin kedudukan di akhirat dan

menjadi kewajipan seorang hamba kepada Allah S.w.t.

3.2.1 Ibadah khusus, iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu

cara mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan perintah-perintah yang wajib

dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam seperti seperti solat, puasa,

zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan

seumpamanya.

Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang

ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan

Page 2: TOPIK 3 - KONSEP IBADAH DALAM ISLAM.pdf

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 2

oleh syara' dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w tanpa boleh

ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

Terdapat banyak jenis ibadat khusus. Ada ibadah khusus yang berkaitan dengan

waktu-waktu khusus seperti solat fardhu. Ada yang berkaitan dengan kekhususan tempat

dan waktu seperti menunaikan haji. Ada berkaitan dengan kekhususan tempat seperti

solat tahiyyatul masjid.

3.2.2 Ibadah umum pula adalah segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan

ibadah khusus di atas di mana ia dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah

SWT. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

Ibadah-ibadah yang tidak mengikut pengkhususan di atas, bersifat mutlah yang boleh

diamalkan, selagi tidak ada dalil-dalil yang mengharamkannya untuk dilaksanakan pada

tempat-tempat tertentu, atau pada masa-masa tertentu, atau pada individu-individu

tertentu dengan sebab ada halangan.

Antara ibadah umum adalah solat sunat mutlak dan puasa sunat mutlak. Selama

tidak ada dalil yang mengharamkan pelaksanaannya, maka ia sunat dilakukan. Contoh

sesuatu ibadah sunat mutlah yang haram adalah puasa sunat pada Hari Raya. Hal ini

kerana terdapatnya dalil pengharaman tentang puasa pada hari tersebut. Begitulah

seterusnya.

Zikir adalah termasuk ibadah umum yang boleh dilakukan di mana sahaja, dalam

bentuk apa sahaja, selagi bentuk-bentuk dan cara pelaksanaannya tidak ada nas yang

mengharamkannya. Jika terdapat nas yang mengharamkannya, justeru zikir adalah haram

diucapkan. Sebagai contoh, ada dalil yang melarang zikir dengan lisan di dalam tandas.

Oleh itu perbuatan berzikir secara lisan adalah haram selama dia berada di dalam tandas.

Sebaliknya, jika terdapat dalil umum yang mengharuskan sesuatu ibadah sunat itu dan

tidak ada pula dalil pengharaman dalam segala aspek, maka ibadah umum tersebut

dibenarkan untuk diamalkan

Page 3: TOPIK 3 - KONSEP IBADAH DALAM ISLAM.pdf

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 3

3.3 SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah

sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan

tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari

Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara

maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik,

tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk

memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada

umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat

dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak

orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan

kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan

firman Allah yang bermaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah

harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa

berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

Page 4: TOPIK 3 - KONSEP IBADAH DALAM ISLAM.pdf

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 4

3.4 BANDING BEZA ANTARA IBADAH DAN ADAT

Ibadah sebenarnya ialah sejenis tunduk yang tiada yang layak menerimanya , melainkan Allah

SWT , yang mengurniakan kepada makhluk-nya jenis-jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat

hidup , nikmat faham , nikmat pendengaran , nikmat penglihatan dan sebagainya . Oleh yang

demikian , ibadah merupakan urusan agama yang tidak ditetapkan melainkan daripada jalan

wahyu . sebagaimana Hadis nabi yang bermaksud : " barang siapa membuat cara baru dalam

urusan kami , dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak . "

Ini adalah kerana hakikat Agama , beribadah itu dapat dilihat dalam dua perkara iaitu ;

a) Hanya kepada Allah SWT

b) Untuk menyembah Allah SWT, hanya dapat dilakukan menurut apa yang

disyariatkannya.

Justeru itu , barang siapa yang mengadakan - adakan suatu cara ibadah yang timbul atau

ditimbulkan daripada dirinya sendiri , maka hal tersebut adalah suatu kesesatan yang harus

ditolak . ini disebabkan hanya syariat sahaja yang berhak mengadakan cara dan bentuk ibadah

yang dapat digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Definisi dan konsep Adat

Dengan ini , adat dalam bahasa Arab dapatlah didefinisikan sebagai perkara yang menjadi

kebiasaan bagi orang ramai atau sekumpulan. Manakala , para Fukaha pula mentakrifkan adat

seperti berikut ; maksudnya : perkara yang diulang-ulangkan tanpa perkaitan daripada segi akal

Makna ' perkara ' dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan perkataan atau perbuatan ,

manakala ' yang diulang-ulangkan ' bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali .

Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan adat . Sebaliknya perkara yang dilakukan

sekali sahaja , tidak dinamakan adat , begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tatapi

mempunyai perkaitan dari segi akal .

Umpamanya , kesan atau peristiwa yang terjadi berulang kali yang disebabkan oleh

sesuatu perkara seperti adanya cahaya setiap kali matahari naik . Adat ini merangkumi tiap-tiap

perkara yang berulang-ulang yang terbit daripada orang perseorangan atau kumpulan sama ada

yang berpuncakan keadaan semula Jadi seperti iklim negeri yang panas adatnya boleh

mempercepatkan bahang atau panas seseorang . Sebaliknya jika iklim negeri yang sejuk adatnya

boleh melambatkan sedikit seseorang itu menjadi panas.

Page 5: TOPIK 3 - KONSEP IBADAH DALAM ISLAM.pdf

SKW 1011 PENDIDIKAN ISLAM 1 KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD) Page 5

Niat membezakan adat dan ibadah

.Perbezaan antara ibadah dengan adat dapat dilihat melalui niat. Misalnya , seseorang itu boleh

mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya. Sebagai contoh, antara duduk di dalam masjid

dengan niat iktikaf dengan masuk masjid kerana untuk berehat semata-mata ada bezanya. Maka

sesiapa yang berniat iktikaf akan mendapat pahala sedangkan sesiapa yang tidak berniat iktikaf

tidak akan mendapat pahala ( duduk dalam masjid sebagai adat kebiasaan ) .

Demikian juga halnya dengan seseorang yang memberi wang kepada seseorang yang lain

dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat , sedekah atau

membayar kafarah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT , dan jika dia memberi

dengan tujuan dunia maka dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah

SWT.

Selain itu , niat juga dapat dijadikan neraca atau penilaian dalam menentukan sama ada

suatu perbuatan itu mendapat pahala ataupun sebaliknya terhadap setiap perbuatan yang

merupakan adat kebiasaan seperti orang yang menyimpan Al-Quran di rumah sedangkan dia

tidak membacanya . Jika dia berniat untuk kebaikan dan mendapat berkat di samping

memperoleh keredhaan Allah SWT , maka dia akan mendapat pahala , tatapi jika dia menyimpan

kerana perhiasan semata-mata , maka dia tidak akan beroleh apa-apa ganjaran . Demikian juga

halnya dengan seseorang yang makan hingga kenyang , jika dia berniat mengikut nafsu adalah

berdosa tetapi berbeza pula dia berniat untuk makan bagi memudahlan dia untuk berdakwah ,

maka dia akan beroleh ganjaran pahala .

RUJUKAN

Ahmad Wahid Wajdi (2004) Panduan Amalan dan Ibadat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur

Jasmin Enterprise.

Mardzelah Makhsin (2003), Pendidikan Islam Siri 1, Pahang: PTS Publications.

Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, Prinsip dasar Islam Menurut Al-Quran & As-Sunnah Yang Sahih,

Bogor: Pustaka Attaqwa.

Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani (2009), Dakwah itu Perlu, : Sarawak ,Markaz Tarbiah Haraki