tomyam thai istimewa

2
Tomyam Thai Istimewa Bahan-Bahan: Bahan untuk tomyam paste: 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus 1 biji bawang besar, hiris kasar 5 ulas bawang putih, hiris kasar 2 inci lengkuas. hiris kasar 2 inci halia. hiris kasar 5 helai daun limau purut, hiris kasar 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut 1 cawan air asam jawa 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh) 2 batang serai. hiris nipis 2 sudu besar sos ikan Thai 1 senduk minyak untuk menumis Bahan untuk kuah Tomyam: 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap ) isi ayam, bahagian dada dihiris nipis udang, dibuang kepala sotong, potong ikut kesukaan anda 1/2 batang karot 1 biji tomato, potong 4 cendawan tiram, jika suka 1 batang serai 4 helai daun limau purut 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis, ambil jus tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas) sedikit daun ketumbar 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Upload: deathh-notee

Post on 10-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tomyam Thai Istimewa

TRANSCRIPT

Page 1: Tomyam Thai Istimewa

Tomyam Thai Istimewa

Bahan-Bahan:

Bahan untuk tomyam paste:

15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus

1 biji bawang besar, hiris kasar

5 ulas bawang putih, hiris kasar

2 inci lengkuas. hiris kasar

2 inci halia. hiris kasar

5 helai daun limau purut, hiris kasar

1 sudu besar serbuk ketumbar

2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut

1 cawan air asam jawa

2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)

2 batang serai. hiris nipis

2 sudu besar sos ikan Thai

1 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kuah Tomyam:

3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )

isi ayam, bahagian dada dihiris nipis

udang, dibuang kepala

sotong, potong ikut kesukaan anda

1/2 batang karot

1 biji tomato, potong 4

cendawan tiram, jika suka

1 batang serai

4 helai daun limau purut

10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus

2 sudu besar sos ikan

2 biji limau nipis, ambil jus

tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)

sedikit daun ketumbar

1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:

Cara untuk tomyam paste:

Page 2: Tomyam Thai Istimewa

1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga

halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api

yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.

3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak.

Anggaran masa 20-30 minit.

4. Angkat dan sejukkan.

Cara untuk masak tomyam:

1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di

atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak

seketika hingga karot sedikit lembut.

2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang

holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam

dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:

Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras,

sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah

yang mendidih.