tokoh pendidikan aminudin baki

10
TOKOH PENDIDIKAN AMINUDDIN BAKI (1926-1965)

Upload: harraz

Post on 18-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hgt

TRANSCRIPT

Tokoh Pendidikan : Aminudin Baki- Bapa Pendidikan Malaysia

TOKOH PENDIDIKANAMINUDDIN BAKI (1926-1965)

LATAR BELAKANGDilahirkan di Chemor, PerakBeliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun.

Pendidikan:

Sekolah Melayu ChemorSekolah Enderson,Ipoh - 1936Kolej Raffles - 1947Universiti Malaya, Singapura - 1949Institut Pendidikan, Universiti London - 1952

Pernah menjadi guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu.Setelah memperolah Ijazah Sarjana Sastera, beliau kembali ke Perak dan bertugas di Sekolah Inggeris Sultan Yusuff, Batu Gajah.Bertukar ke Sekolah Anderson pada tahun berikutnya.Selepas melanjutkan pelajaran, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung MalimDilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Selangor.Ditawarkan menjadi Ketua Penasihat Pendidikan

KERJAYA

Kegiatan :

Menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf(PERMI) 1946Menubuhkan Gabungan Pelajar- Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 1947Dilantik sebagai YDP GPMS -1950 Beliau aktif dalam Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.PENGLIBATAN

SUMBANGANBersama-sama Abdullah Ayob, mereka mengasaskan GPMS di Universiti Malaya Singapura sebagai pencetus kesedaran kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS sering mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.Memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris.Beliau cuba membawa dan membuka pemikiran pelajar-pelajar MPSI tentang soal ketuhanan dan falsafah Islam.Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak.Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Mengaturkan pelbagai kelas bahasa Inggeris untuk anak-anak Melayu di beberapa tempat di Singapura dengan beliau sendiri mengajar di Sekolah Telok Belangah.Mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu bagi memperbanyak lulusan aliran ini dalam kalangan anak Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti.Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.SUMBANGAN

Beliau telah berjaya meletakkan asas pendidikan nasional yang terus berkembang sejajar dengan aspirasi dan keperluan sebuah negara yang merdeka. Asas-asas tersebut ialah menyediakan kemudahan belajar yang baik, pelajaran rendah percuma, pendidikan dalam aliran kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi, perkembangan institusi pengajian tinggi yang pesat, rancangan pendidikan guru yang tersusun, pertambahan bilangan guru dan lain-lain lagi.

SUMBANGAN

Aspirasinya untuk melihat sistem pendidikan di mana kanak-kanak belajar di bawah bumbung yang sama, kurikulum dan bahasa pengantar serta membuat aktiviti bersama telah melahirkan satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan Tanah Melayu.Pelaksanaan sistem ini hendaklah berlandaskan kepada prinsip bahawa tiap-tiap matapelajaran hendaklah menuju ke arah perkembangan peribadi dan intelek murid agar matlamat melahirkan warganegara yang baik tercapai. Cadangan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang progresif, semangat kesedaran dan keilmuan yang tinggi serta mempelopori sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai misi dan visi. Visinya tentang peranan pendidikan ialah suatu penanaman modal kepandaian rakyat dan bukannya sebagai suatu usaha kebajikan masyarakat.SUMBANGAN

Institut Aminuddin BakiSekolah Aminuddin Baki, Chemor, PerakKolej Aminuddin Baki UKMKolej Aminuddin Baki UPSILEGASI AMINUDDIN BAKI

Profesor Wang Wangwu iaitu Profesor Sejarah Universiti Malaya berkata:

Kematian Encik Aminuddin Baki adalah suatu kehilangan besar kepada negara kita, terutama kerana tumpuan dan pengorbanannya di bidang pendidikan dan kemajuan. Jasanya akan dikenang selama-lamanya. Sebagai di antara graduan yang awal lulus dalam pengajian Sejarah dengan kepujian Universiti Malaya, beliau sentiasa mempunyai cita-cita yang istimewa terhadap pensejarahan negara kita. Maka patut benarlah beliau mendapat tempat terhormat bila sejarah zaman kita ditulis nanti.

(Straits Times, 1965) PETIKAN KATA