tokoh pendidikan

14
ISL M8 Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi TOKOH PENDIDIKAN Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZA’BA )Pendeta Yang Bersemangat Waja. ZA’BA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan patriot Melayu yang ulung dan yang amat prihatin terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutama bahasa, pendidikan, agama dan ekonomi. Dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1915 dan memperolehi keputusan yang cemerlang, malah beliau menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris dan Geografi Fizikal. Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan semasa bertugas sebagai guru pada tahun 1916 dan mengajar bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di Johor dan Perak. Beliau telah menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu, Lambaga Melayu dan Pengasuh yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Selain itu, beliau turut menghasilakn dua buah karya klasiknya tentang seni karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu Mengarang Melayu (1927) dan Pelita Bahasa(1934). ZA’BA merupakana seorang pemikir, pejuang dan penulis yang prolifik. Beliau menghasilkan karyanya dengan menggunkan bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga turut berjaya menghasilkan ratusan makalah dan tidak

Upload: ahyien

Post on 26-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TOKOH PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

TOKOH PENDIDIKAN

Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZA’BA )Pendeta Yang Bersemangat Waja.

ZA’BA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan patriot Melayu yang ulung dan yang amat prihatin terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutama bahasa, pendidikan, agama dan ekonomi.

Dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1915 dan memperolehi keputusan yang cemerlang, malah beliau menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris dan Geografi Fizikal.

Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan semasa bertugas sebagai guru pada tahun 1916 dan mengajar bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di Johor dan Perak. Beliau telah menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu, Lambaga Melayu dan Pengasuh yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Selain itu, beliau turut menghasilakn dua buah karya klasiknya tentang seni karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu Mengarang Melayu (1927) dan Pelita Bahasa(1934).  ZA’BA merupakana seorang pemikir, pejuang dan penulis yang prolifik. Beliau menghasilkan karyanya dengan menggunkan bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga turut berjaya menghasilkan ratusan makalah dan tidak kurang daripada 20 judul buku, termasuk Canai Bacaan(1924) dan Umbi Kemajuan (1932). 

Selain bergiat dalam bidang penulisan, beliau juga pernah menjadi penterjemah berita dan juruhebah untuk pemerintahan Inggeris di Radio Malaya Singapura dan penterjemah bahasa Melayu di Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau juga turut memikul tugas sebagai guru bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, University of London pada tahun 1949/50. Beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut ketika berusia 52 tahun dan kemudian beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat di UM Singapura.

Page 2: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Memandangkan sumbangannya yang luar biasa terhadap bahasa dan persuratan, pada tahun 196, beliau telah dianugerahkan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga suatu gelaran unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud ilmuan bahasa yang ulung. Pada tahun 1973, beliau mendapat anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat oleh UKM. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemikir bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu, beliau merupakan pengasas Jabatan Pengajian Melayu di UM Singapura. Dari jabatan inilah kemudian tertegaknya Jabatan Pengajian Melayu, UM Kuala Lumpur yang kini berkembang menjadi Akademi Penyajian Melayu.

ZA’BA yang merupakan seorang tokoh terbilang dalam bidang persuratan telah meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

 

Page 3: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Aminuddin Baki : Tokoh Pendidik dan Pemikir Bangsanya

Aminuddin Baki telah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Beliau telah terlibat dalam penggubakan beberapa dasar pendidikan negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu yang keluar daripada sistem pendidikan yang diasaskan oleh penjajah yang berat sebelah.

Beliau di lahirkan di Chemor, Perak pada tahun 1926 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor sehingga darjah lima dan kemudiannya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1936 hingga 1945. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura dan memerolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di University of London dan dianugerahkan Postgraduate Certificate of Education.

Beliau telah bergerak cergas dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan pelajar Melayu di Semenanjung seperti Persatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution pada tahun 1945. Kecenderungan beliau menggerakkan pelajar Melayu supaya bersatu mendapatkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan tinggi dilanjutkan ketika beliau menuntut di Singapura. Pada tahun 1950, Aminuddin Baki telah dipilih menjadi Yang Dipertua GPMS dimana beliau telah meniup semangat orang Melayu untuk memberikan perhatian yang serius kepada pendidikan.

Beliau juga dilantik menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) setelah sekembalinya dari  melanjutkan pelajaran di London. Semasa menjadi pensyarah, beliau telah membuka fikiran penuntutnya untuk

Page 4: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

melihat peranan Islam dalam pembentukan tamadun dunia dan peri pentingnya memperoleh pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu, beliau turut memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan Negara dengan penglibatannya dalam menyiapkan Penyata Razak (1955-1957) dan Laporan Rahman Talib (1960-1963). Penyata dan Laporan ini penting dalam pembinaan dasar pendidikan negara sehingga hari ini. Beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi dan Pelajaran Aneka Jurusan.

Pada usia 30-an, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (sekarang dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1961 hingga 1965. Kesimpulannya, kejayaan pendidikan tinggi kebangsaan pada hari ini antaranya disumbangkan oleh Aminuddin Baki. Perhatian dan perjuangannya kepada pendidika tinggi orang Melayu sangat dihargai. Penglibatannya dalam perancangan menyiapkan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib dan keaggotaannya dalam pelbagai bidang jawatankuasa yang lain memberikan pengalaman yang besar dan penting dalam melaksanakan tugasnya sebagai penasihat pelajaran. Jasanya yang besar kepada perkembangan dasar pendidikan negara telah diabadikan dalam pelbagai bentuk seperti penamaan sekolah, kolej dan institusi pendidikan.

Page 5: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

 

Ungku Omar Bin Ungku Ahmad : Saintis yang Berjiwa Pendidik

Ungku Omar ialah pendidik dan saintis terkenal di Malaysia. Beliau sering menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu di kawasan luar bandar ada hubung kait dengan tahap kesihatan yang  membimbangkan. Oleh hal yang demikian, beliau telah memberikan perhatian kepada peningkatan taraf kesihatan penduduk luar Bandar. Penglibatannya dalam bidang penyelidikan sains dan perubatan mendapat pengitirafan antarabangsa seperti World Health Organization (WHO) dan diterima sebagai ahli College of Pathologist, London dan ahli kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat. Beliau juga ahli jawatankuasa Sains Kemasyarakatan UNESCO dan ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC).

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1931 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Tangkak, Pontian dan Segamat, Johor. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Inggeris di Keluang dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya beliau memperolehi ijazah dalam bidang perubatan di UM Singapura pada tahun 1957. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Setelah itu, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang Patologi dan memperolehi diploma dalam bidang tersebut daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeon. Seterunya beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah dari University of London pada tahun 1965 dengan tesis bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes”.

Beliau telah menjadi Pengarah Institute of Medical Research (IMR) pada tahun 1965 dan turut menghasilakn sebuah jurnal antarabangsa yang terkenal iaitu Journal of Clinical Pathology. Beliau menggunakan pelbagai medium untuk mendidik masyarakat luar bandar tentang perlunya menjaga kesihatan seperti berceramah di radio sehingga dikenali sebagai “Doktor Radio”. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan UKM

Page 6: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Beliau telah memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perubatan di universiti khususnya di UKM. Selain itu, beliau turut menekankan penggunaan bahasa Melayu di falkuti sastera dan agama, sains, kedoktoran, kejuruteraan, pertanian dan ekonomi kerana ramai pelajar Melayu daripada sekolah kebangsaan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kuliah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Beliau juga mengemukakan konsep universiti Islam di Malaysia dalam satu kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Peradaban Islam se-Malaysia. Beliau mencadangkan bahasa Melayu , Arab dan Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti Islam yang dicadangkan. Selain mengajar bahasa Arab dan pengajian Islam, Universiti Islam Malaysia mengajarkan disiplin lain seperti perdagangan, kejuruteraan dan teknologi, undang-undang dan perubatan.

Jasanya yang besar dalam bidang pendidikan telah diabadikan bukan sahaja dengan anugerah bintang kebesaran tetapi juga namanya diabadikan di IPT seperti Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak yang merupakan politeknik yang tertua di Malaysia.

 

Page 7: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid : Pentadbir dan Pemikir Pendidikan Tinggi

Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan ekonomi yang sangat sukar disaingi apatah lagi ditandingi di negara ini. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan penting di UM iaitu Ketua Jabatan Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi fakulti, beliau ialah orang pertama yang menjadi dekannya; professor Ekonomi dan naib canselor.

Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi  di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM, diikuti dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988,. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978.

Sumbangan beliau yang pertama ialah penubuhan Akademi Islam. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu tertubuhnlah Akademi Islam UM. Kedua, penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains

Page 8: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

di UM. Keempat pula ialah penubuhan Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.

Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987); professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Soka Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed Putra (2007).

Page 9: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Tan Sri Profesor Dr. Awang Had Salleh

Prof. Dr Awang Had Salleh (lahir 24 Jun 1934) ialah ahli akademik dan

sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan

pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan

seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum

persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga

banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan

kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.Tahun 1966

merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah

karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna

diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun

1975.

Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan

awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat

asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibat Perang Dunia II.

Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6

yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949,lalu menyertai Sekolah

Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di

Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga

memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripada

Universiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa

Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong

Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. Pada sesi

akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada 1964, Awang

Page 10: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala

Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel

sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi

sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain

dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya

menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis

untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna",

sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama."

Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh

ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang

Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun

1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan

Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom (lihat bahagian

kronologi untuk perincian).

Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal

Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti

Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara

Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI). Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam

penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga

kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah,

sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah

dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan

dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang. Pada masa ini, beliau

masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah

pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan

kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui

Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia

(sejak 1975). Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan

Mangku Negara (JMN), 1975, Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan

Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang

diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986,

Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997,

dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

Page 11: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Profesor Diraja Ungku Aziz

YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28

Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya

dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak

menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi

Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. Beliau dilahirkan di London pada 28

Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul

Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan

tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte

Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah

dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti

Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang. Beliau mendapat

pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung

pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura

dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat

Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo,

Jepun.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951,

kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-

1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan

Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian

dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988.

Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat

dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun. Beliau yang dianugerahkan

gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan pengasas

gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi

Page 12: TOKOH PENDIDIKAN

ISL M8Disediakan Oleh : Ho Kiang Cheon & Ng Yen Qi

Cosmopoint. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima

pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59

UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005.

Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah:-

Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera

menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi

Negara (Mapen) II.

Pencetus idea penubuhan

o Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)

o Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

o Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa)

o Universiti Malaya

o Akademi Islam

o Pusat Asasi Sains

o Pekanbuku