tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi fira. perabot yang lulus ujian di ftl ini dengan...

9
74 MOHD ARSHAD SARU Menurut kata Dato’ KP FRIM, di rumah, di pejabat mahupun di mana- mana kita berada, kita selalu mahu duduk di kerusi yang empuk atau selesa untuk bekerja, melepaskan penat atau bersantai. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan daripada perabot yang kita lihat, beli dan guna telah diuji kualiti dan keselamatannya di Makmal Ujian Perabot FRIM; dan tokoh ulung yang menjadi pemangkin dan penggeraknya ialah seorang individu istimewa yang sentiasa bersederhana, mudah tersenyum dan cepat mesra kepada hampir semua warga FRIM. Pegawai yang dimaksudkan ialah Mohd Arshad Saru, dan Dato’ KP telah memilih beliau sebagai Tokoh bagi Peneraju Ujian Perabot Bertaraf Antarabangsa. BIODATA En Mohd Arshad Saru dilahirkan di Kelang, Selangor pada 26 September 1954. Beliau telah dibesarkan di Kuantan, Pahang dan belajar di Sekolah Menengah Abd Rahman Talib sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak) dalam bidang Kejuruteraan Jentera (Diploma). Arshad memulakan kerjaya beliau di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sebagai Pembantu Teknik pada 1 April 1978 tetapi telah bertukar ke FRI (FRIM sekarang) seminggu kemudiannya dan ditempatkan di Bahagian Keluaran Hutan (bengkel pemprosesan kayu—kilang papan dan bengkel kerja kayu). Antara tugas utama beliau ketika itu adalah sebagai pegawai penyelia kepada 35 orang pekerja kumpulan sokongan 3 dan 4 (dahulunya dikenali sebagai Industrial Manual Group atau IMG). Selama tempoh ini, beliau telah mengikuti kursus mengenai pemprosesan balak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Singapura (1978), German (1979) dan Pak Cad bersama-sama keluarga di Aidiltri 1431H (2010)

Upload: trandieu

Post on 26-Apr-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

74

MOHD ARSHAD SARU

Menurut kata Dato’ KP FRIM, di rumah, di pejabat mahupun di mana-mana kita berada, kita selalu mahu duduk di kerusi yang empuk atau selesa untuk bekerja, melepaskan penat atau bersantai. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan daripada perabot yang kita lihat, beli dan guna telah diuji kualiti dan keselamatannya di Makmal Ujian Perabot FRIM; dan tokoh ulung yang menjadi pemangkin dan penggeraknya ialah seorang individu istimewa yang sentiasa bersederhana, mudah tersenyum dan cepat mesra kepada hampir semua warga FRIM.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Mohd Arshad Saru, dan Dato’ KP telah memilih beliau sebagai Tokoh bagi Peneraju Ujian Perabot Bertaraf Antarabangsa.

BIODATA

En Mohd Arshad Saru dilahirkan di Kelang, Selangor pada 26 September 1954. Beliau telah dibesarkan di Kuantan, Pahang dan belajar di Sekolah Menengah Abd Rahman Talib sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak) dalam bidang Kejuruteraan Jentera (Diploma).

Arshad memulakan kerjaya beliau di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sebagai Pembantu Teknik pada 1 April 1978 tetapi telah bertukar ke FRI (FRIM sekarang) seminggu kemudiannya dan ditempatkan di Bahagian Keluaran Hutan (bengkel pemprosesan kayu—kilang papan dan bengkel kerja kayu). Antara tugas utama beliau ketika itu adalah sebagai pegawai penyelia kepada 35 orang pekerja kumpulan sokongan 3 dan 4 (dahulunya dikenali sebagai Industrial Manual Group atau IMG). Selama tempoh ini, beliau telah mengikuti kursus mengenai pemprosesan balak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Singapura (1978), German (1979) dan

Pak Cad bersama-sama keluarga di Aidilfi tri 1431H (2010)

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

75

Bergambar kenang-kenangan selepas aktiviti gotong-royong sehari sebelum pelancaran FRIM sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara

FRI Rotorua New Zealand (1985). Pada tahun 1986, Arshad melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kejuruteraan Jentera di United Kingdom (UK). Sekembalinya Arshad di FRIM pada tahun 1989, beliau ditempatkan di Makmal Ujian Perabot FRIM (FTL) yang baru ditubuhkan. Antara tujuan utama makmal ini ditubuhkan adalah untuk membantu menilai dan meningkatkan kualiti perabot keluaran tempatan. Pada tahun yang sama juga beliau telah kembali semula ke UK selama dua minggu untuk menjalani latihan pengujian perabot di FIRA (Funiture Industries and Research Association).

Arshad (kiri sekali) menghadiri kursus pengujian perabot di FIRA, UK

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

76

Arshad dilantik sebagai Pegawai Penyelidik pada tahun 1990 dan seterusnya mengetuai FTL. Makmal ini ditempatkan bersebelahan dengan Makmal Kejuruteraan Kayu sebelum berpindah ke Bangunan Penyimpanan Kayu (sekarang dikenali sebagai Herbal Technology Centre (HTC)) pada tahun 1994. FTL ini akhirnya berpindah ke tempat sekarang di Pusat Teknologi Kayu (TTC) pada tahun 2001. Perpindahan ini adalah disebabkan oleh pertambahan mesin-mesin ujian dan juga warga kerja FTL.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Arshad berpendapat bahawa FTL perlu dipromosi agar mendatangkan faedah sebaik mungkin kepada FRIM dan industri perabot selari dengan tujuan asal penubuhannya. Antara sebab utama ialah makmal ini baharu dan belum diketahui umum. Keperluan kualiti para pengeluar dan pengguna perabot juga masih di tahap rendah, tambahan pula tiada peraturan atau undang-undang yeng mewajibkan pengujian kepada semua jenis perabot. Bagi mencapai hasrat ini, dicadangkan semua jabatan kerajaan membeli dan menggunakan perabot yang telah diuji dan diluluskan oleh makmal ini. Cadangan tersebut telah dikemukakan pada 1989 dan mendapat sokongan kuat Timbalan Ketua Pengarah ketika itu iaitu Dr Francis Ng.

Pada tahun 1990, Kementerian Kewangan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam perolehan perabot yang dibekalkan kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawahnya. Peluang ini telah dimanfaatkan sepenuhnya—beliau selaku wakil FRIM dilantik sebagai ahli jawatankuasa teknikal dalam menyalurkan input bagi menyusun semula spesifi kasi untuk perabot yang memberikan penekanan utama kepada unsur-unsur kualiti selain keperluan reka bentuk dan jenis ujian.

Arshad juga dilantik sebagai panel penilai tender perabot di peringkat kementerian bagi pembekalan perabot ke kementerian, agensi dan universiti tempatan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari tahun 1993 hingga kini. Senario ini dilihat boleh membantu melebarkan peluang dan promosi FTL kepada pengusaha dan pengguna perabot sehingga memberikan impak dan keyakinan baik kepada FRIM dan FTL. Perkataan ”Produk dikehendaki lulus ujian dan mendapat Sijil Ujian Produk daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau SIRIM” juga dapat dilihat di semua surat pekeliling dan arahan kepada bakal pembekal atau pembekal perabot untuk kontrak Perbendaharaan mulai dari Mei 2005 hingga kini.

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

77

Strategi kedua yang dilakukan oleh Arshad ialah mendapatkan kepercayaan lebih besar daripada pengguna dan pengeluar perabot terutamanya pembuat perabot tempatan. Antara mekanismanya adalah dengan menyertai pameran antarabangsa seperti Malaysian International Furniture Fair (MIFF) untuk terus mempromosi dan mendekatkan FTL kepada industri berkaitan. Walau bagaimanapun, akreditasi oleh FIRA dari UK merupakan langkah pertama yang membantu meningkatkan kepercayaan pengeksport perabot kepada FTL dan FRIM. Bermula dengan tiga jenis perabot, kini telah meningkat menjadi 13 jenis perabot yang memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh persijilan sistem kualiti ISO 9001 pada 2006 dan diakreditasikan dengan ISO/IEC 17025 pada 22 November 2010.Penglibatan Arshad dalam pembangunan standard pengujian perabot untuk Malaysia (MS) juga merupakan antara cara berkesan dalam mempromosi keupayaan FTL sebagai makmal ujian perabot tunggal di Malaysia. Standard ini digunakan oleh industri sebagai rujukan kualiti. Di samping penyebaran maklumat kualiti perabot oleh ahli mesyuarat untuk meningkatkan kefahaman keperluan standard ujian, ia juga dilihat mampu merapatkan lagi hubungan FTL dan FRIM dengan pihak persatuan pengeluar perabot, universiti dan persatuan pengguna. Penambahan keperluan pengujian di FTL merupakan langkah kelima yang digunakan. Di awal penubuhannya, FTL hanya dilengkapi lima mesin ujian yang berkemampuan menguji satu kerusi dan meja pada satu-satu masa. Terkini, mesin ujian utama telah meningkat kepada 22 unit dan berupaya menguji lima jenis perabot yang berlainan dalam tempoh sebulan. Mesin-mesin ini sentiasa beroperasi 24 jam sehari dan hanya berhenti pada cuti hari perayaan sahaja.

Pada awal penubuhan FTL iaitu pada 1990-an, semua mesin diimport dari UK. Perubahan kepada keperluan standard pengujian dan peningkatan permintaan pengujian juga telah mendesak kepada penambahan kapasiti dan kecekapan mesin-mesin bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul. Berdasarkan pengalaman menjalankan ujian perabot dan merasakan perlunya untuk terus mempertingkatkan kredibiliti, walaupun dalam kekangan bajet, satu kumpulan yang terdiri daripada warga kerja FTL—Siti Zaleha Ali, Zawawi Kasim, Nor Nazreen Nasir, Mahat Mijan, Muaz Sugimin, Shah Darus dan How Seok Sean telah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin-mesin sedia ada dan mereka bentuk mesin-mesin baharu. Mesin-mesin lama yang beroperasi menggunakan sistem electro-mechanical telah digantikan dengan programmable logic control (PLC) secara berperingkat. Tatacara operasian

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

78

mesin juga telah dipertingkatkan dengan penggunaan komputer dan boleh dimuat naik ke PLC. Melalui peningkatan ini, operator hanya perlu memilih jenis operasi terlebih dahulu dan mesin boleh terus digunakan bagi maksud ujian.

Mereka bentuk mesin baharu juga telah dilakukan secara serius oleh Arshad dan warga kerja FTL sejak awal tahun 2004. Nilai pertukaran ringgit Malaysia yang rendah berbanding mata wang asing utama telah menyebabkan harga mesin-mesin yang perlu diimport menjadi terlalu mahal. Sejumlah 12 jenis mesin telah dibangunkan dan satu mesin diubahsuai. Sembilan buah mesin telah digunakan dengan jayanya sementara empat lagi mesin akan diterima sepenuhnya pada awal Januari 2011. Setiap mesin tersebut berharga kurang daripada RM 50 000 seunit dan jumlah keseluruhan peruntukan yang digunakan adalah kurang daripada RM 400 000. Pengubahsuaian dan usaha-usaha mereka bentuk yang dijalankan oleh FTL ini juga telah mampu menjimatkan sehingga 75% perbelanjaan berbanding kos keseluruhan mesin-mesin ini jika mesin tersebut diimport.

Arshad (kanan sekali) sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender/Sebut Harga Perabot di Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

79

Mentauliahkan mesin ”arm rest fatigue test” yang baru diterima dan direka bentuk sendiri oleh warga FTL

Warga kerja FTL sedang menjalankan ujian perabot

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

80

Pak Cad (kanan) bersama-sama warga kerja FTL

Semua perancangan yang diketengahkan oleh Arshad menjadikan makmal ini mencapai tahap pertama (promosi), walaupun tidak sepenuhnya dan mengambil masa yang agak lama. Kini, selain dikenali di Malaysia, FTL juga telah menerima sampel-sampel ujian dari Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan Vietnam. FTL juga, menurut En Arshad, perlu melangkah ke fasa kedua dan seterusnya menjadi lebih efi sien dan peka terhadap keperluan baharu bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada. Ini juga adalah amat penting selari dengan visi asal FTL iaitu untuk menjadi pemimpin dalam perkhidmatan ujian perabot di rantau Asia Tenggara dengan menyediakan khidmat ujian yang bermutu kepada industri perabot.

Arshad menegaskan, “Komitmen, permuafakatan serta kerjasama semua pihak di FRIM terutamanya warga kerja FTL kini mampu mengubah wajah dan melonjakkan FTL ke peringkat yang baik dan lebih tinggi. Sumbangan sekecil manapun mampu menjadi pemangkin perubahan dengan impak terakhir ialah FRIM yang terus lebih unggul dan cemerlang, Insya-Allah.”

KENANGAN MANIS

Kenangan paling manis bagi Arshad dan semua warga FTL ialah apabila penat lelah mereka memajukan FTL berbaloi dengan pengiktirafan FIRA serta akreditasi ISO 17025; selain dapat terus membantu menjana pendapatan, mengekalkan kredibiliti dan keunggulan FRIM dalam pengujian perabot tempatan dan antarabangsa.

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

81

PRINSIP HIDUP DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Arshad berpesan, “Bekerjalah dengan rasa seronok dan anggaplah segala halangan sebagai ujian yang terus mendewasa dan memantapkan kita; serta utamakanlah kerja berpasukan. Sesungguhnya, kejayaan diperoleh tidak datang dengan serta-merta. Bersabarlah dalam berusaha dan iringi dengan doa serta keikhlasan, akan membuahkan hasil, Insya-Allah”.

“Marilah kita bersama-sama melonjakkan FRIM ke persada dunia kerana FRIM ialah teman perhutanan dan industri perkayuan yang ternyata amat penting kepada kesejahteraan sejagat”.

ULASAN KETUA PENGARAH

Saudara Arshad Saru atau lebih senang dipanggil sebagai Pak Cad, merupakan perintis kepada penubuhan dan kesinambungan Makmal Ujian Perabot Tunggal di Malaysia ini. Dengan kos penubuhan kurang daripada RM200 000, pada 1989 FTL mampu menyediakan perkhidmatan ujian kepada lebih daripada 1000 pengusaha perabot seluruh negara dan terus meningkatkan keupayaan dan kredibilitinya. Sedar atau tidak, ini juga dilihat antara faktor utama peningkatan eksport produk perabot berkualiti negara di pasaran global; dan selama hampir 20 tahun, janaan pendapatan oleh FTL kepada FRIM telah mencapai lebih daripada RM4 juta.

Temu bual Dato’ KP dengan Pak Cad

Page 9: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 memperoleh akreditasi FIRA. Perabot yang lulus ujian di FTL ini dengan mudah dapat dipasarkan di UK dan sebahagian negara Eropah. FTL juga telah memperoleh

82

Bagi saya, kesetiaan Pak Cad kepada FTL dan FRIM tidak berbelah-bahagi. Berdikit-dikit, beliau merintis perjalanan FTL sehingga mampu diakreditasi oleh FIRA, ISO 9001 dan ISO 17025; serta menjadi rujukan utama Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Perkampungan Perabot, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, SIRIM, KEMAS dan Polis Di-Raja Malaysia. Testimoni kepada ketrampilan Pak Cad sebagai pakar rujuk kepada spesifi kasi dan ujian perabot kerap dinyatakan kepada saya oleh Datuk Wira Ismail Salleh, Ketua Setiausaha, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Datuk Hashim, jutawan dan pemilik syarikat pembuat perabot, Hasro Sdn Bhd di Melaka.

Seorang yang mudah mesra dan ringan tulang, Pak Cad tidak pernah berputus asa dalam usahanya memajukan FTL dan FRIM dalam bidang ujian perabot. Mengambil iktibar daripada pengalaman, ketekunan, dedikasi dan komitmen beliau dalam pembangunan FTL, saya dengan ini menobatkan Pak Cad sebagai Tokoh: Peneraju Ujian Perabot Bertaraf Antarabangsa yang menjadi warisan dan kebanggaan FRIM dan Negara.

Doa saya semoga Pak Cad sentiasa diberkati dan dimuliakan Allah swt jua atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan kepada FRIM dan Negara, Insya-Allah. Amiin.

Tabik hormat daripada saya buat Pak Cad.