tmk_t5_pat

Upload: jezz-rozario

Post on 06-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A (25 MARKAH)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian?A. Dua atau lebih computer dihubungkan dengan plug tambahan untuk mendapatkan satu sumber elektrik. B. Dua atau lebih komputer yang dihubungkan melalui kabel, gelombang radio atau satelit untuk berkongsi maklumat.C. Dua atau lebih komputer yang menggunakan perisian yang sama. D. Dua atau lebih komputer yang digunakan pada masa yang sama.

2. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan dengan medium berikut kecualiA. Cahaya InframerahB. KabelC. Gelombang radioD. Pemacu kilat (flash drive)

3. Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan rangkaiani) Berkongsi failii) Berkongsi maklumat peribadiiii) Berkongsi akses internetiv) Berkongsi kata laluan mel peribadi

A. I dan iiB. ii dan iiiC. I dan iiiD. iii dan iv

Soalan 4, 5 dan 6 adalah berdasarkan gambarajah 1 di bawah. Gambarajah 1 menunjukkan sistem rangkaian di dalam sebuah makmal komputer sekolah:

X

Gambarajah 1 4. Apakah nama komponen bertanda X?A. Pelayan (server)B. Modem C. Titik capaian tanpa wayar (Access point)D. Kabel rangkaian

5. Apakah jenis sambungan yang ditunjukan dalam gambarajah 1?A. Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN)B. Rangkaian Tanpa Wayar (WIFI)C. Rangkaian Kawasan Luas (WAN)D. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

6. Apakah kelebihan jenis rangkaian ini?A. Dapat mengakses internet di tempat-tempat awam. B. Penggunaan akan lebih laju jika kurang bilangan komputer yang menggunakan rangkaian ini.C. Tidak memerlukan kabel untuk mengakses internet. D. Semua computer dapat berkongsi perisian yang sama dengan hanya memasangkan perisian tersebut di dalam pelayan (server).

7. Ahmad telah ke sebuah restoran makanan dan dia telah terlihat logo seperti dalam gambarajah 2.

Gambarajah 2Apakah kelebihan menggunakan rangkaian dalam gambarajah 2?A. Hanya perlu memasang perisian di dalam pelayan (server). B. Tidak memerlukan kabel untuk mengakses internet. C. Memerlukan kabel untuk mengakses internet. D. Tidak boleh mengakses internet di tempat-tempat awam.

8. Kamarul ingin memilih rangkaian yang sesuai untuk digunakan agar dia dapat menghantar maklumat kepada rakannya di luar negara. Apakah jenis rangkaian yang paling sesuai?A. Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN)B. Rangkaian Tanpa Wayar (WIFI)C. Rangkaian Kawasan Luas (WAN)D. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

9. Antara yang berikut yang manakah diperlukan dalam rangkaian kawasan setempat (LAN)?i) Pelayan (server)ii) Habiii) Titik Capaian TanpaWayar (Access)iv) Penghala (Router)

A. i, ii dan iiiB. i, ii dan iv C. i, iii, dan ivD. ii, iii dan i

10. Yang manakah antara berikut perkakasan yang diperlukan untuk mendapatkan rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WiFi)?i) Jalur lebar (broadband)ii) Titik capaian (access point)iii) Kad WiFiiv) Kabel LAN

A. i, ii dan iiiB. i, ii dan ivC. ii, iii dan ivD. i, iii dan iv

11. Apakah yang dimaksudkan dengan internet?A. Tempat penghantaran maklumat dari satu kawasan ke satu kawasan.B. Dua atau lebih computer disambungkan menggunakan kabel. C. Jaringan computer terbesar yang menghubungkan berjuta-juta computer seluruh dunia. D. Alat menghantar maklumat dari satu computer ke computer berhampiran.

12. Berikut ialah kebaikan internet KECUALIA. Dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tidak mengira tempat dan masa. B. Membolehkan maklumat rahsia sesuatu organisasi dicerobohi. C. Mengakses maklumat, berita dan banyak lagi dengan pantas. D. Mengikuti kelas pembelajaran maya.

13. Dania sudah lama tidak bertemu denganJazlyyne semenjak dia belajar di luar negara. Dania ingin berbual dengan Jazlynne secara bersemuka. Bagaimanakah Dania dapat melakukannya?A. Menghantar emelB. Menghantar pesanan suaraC. Melalui talian telefonD. Membuat persidangan video

14. Jason melayari internet dan dia dapati terdapat maklumat yang menarik dan ingin mendapatkannya. Bagaimanakah caranya untuk Jason mendapatkannya?A. Memuat naikB. Memuat turunC. MembuangnyaD. Memadamkannya

15. Yang manakah berikut BUKAN enjin carian dalam internet. A. YahooB. Google C. MozillaD. Bing

16. Antara berikut yang manakah langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu ditekankan semasa melayari internetA. Memastikan anda log keluar akaun yang telah dibuka selepas menggunakan internetB. Membuka laman web yang boleh menggugat keharmonian agama dan bangsa. C. Menghantar mesej palsu semasa melayari internetD. Memuat turun bahan-bahan sesuka hati tanpa membaca terlebih dahulu peringatan.

17. Gambarajah 3 di bawah menunjukkan salah satu perkhidmatan internet.

Gambarajah 3Apakah nama perkhidmatan tersebut?A. Laman sosialB. TweeterC. BlogD. E-mel

18. Apakah nama alat Q di bawah?

Alat Q

A. SuisB. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)C. Kabel RangkaianD. Modem

19. Gambarajah 4 menunjukkan titik capaian tanpa wayar (Access Point). Apakah kegunaan alat ini?

Gambarajah 4

A. Alat yang menghubungkan data berwayar kepada tanpa wayar. B. Membawa data dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain. C. Membolehkan computer menghantar data melalui talian telefon.D. Menyambungkan rangkaian internet.

20. Salah satu perkhidmatan internet ialah FTP. Apakah maksud FTP?A. File To Port C. File To PublicB. File Transfer ProtocolD. File To Print

Mempunyai fungsi yang sama dengan hab (hub) tetapi berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta boleh menentukan kelajuan dan kebolehcapaian.

21. Penyataan diatas menerangkan tentang peranti rangkaian..A. Kad antaramuka rangkaianB. HabC. SuisD. Penyesuai rangkaian tanpa wayar

22. Berikut merupakan perkhidmatan internet kecualiA. BlogB. Laman sosialC. E-melD. Pembesar suara

23. Rangkaian computer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi. Berikut yang manakah yang manakah tidak berdasarkan penyataan di atas. A. E-mailB. Bual mayaC. Muatturun (download)D. Sidang video

24. ___________ diperlukan untuk menggunakan e-mel.A. IntranetB. InternetC. Rangkaian setempatD. Input

25. Perkongisansumbersepertiperkongsian____________ dan perkongsian ______________ dapat meminimumkan bilangan sumber yang diperlukan.A. perisian , perantiB. output ,inputC. pemprosesan, komunikasiD. komunikasi , komuniti

BAHAGIAN B (50 MARKAH)1. Namakan peranti-peranti komputer berikut.

Kad antaramuka rangkaianTitik capaian tanpa wayarPenyesuai rangkaian

HubModem

PenghalaSuis

(14m)

2. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.1.Rangkaian komputer adalah untuk berkomunikasi.

2.Bluetooth merupakan contoh rangkaian wayar.

3.Rangkaian tanpa wayar berhubung menggunakan gelombang radio.

4.Komputer boleh berkomunikasi dengan komputer lain di dalam satu rangkaian.

5.Internet merupakan gabungan intranet.

6.E-mel tidak boleh diakses pada komputer atau peranti yang berbeza.

7.Facebook merupakan contoh media sosial

8.Penyesuai rangkaian tanpa wayar tidak boleh digunakan untuk menghasilkan dan menghantar data

9.Perkhidmatan Internet perlu dilanggan dari pembekal Internet

10.Rangkaian telefon merupakan contoh rangkaian

(20m)3. Padankan Perisian yang sesuai untuk perkhidmatan internet diberi.

e-mel

permesejan online

media sosial

telefon online

kumpulan berita

(16m)

8