tips penjagaan arnab

4
Tips Penjagaan Arnab Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini… Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah; Makanan Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah. Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’. Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah

Upload: norhafizu-mohamad

Post on 19-Jul-2015

703 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips penjagaan arnab

Tips Penjagaan Arnab

Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu

dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah

rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~

dush!).Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan

beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab

nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…

Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan

Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil

benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.

Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang

dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput

begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan

diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’.

Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun

ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab

kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah

Page 2: Tips penjagaan arnab

saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun

pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya

terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab

‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.

Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada

waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.Air yang bersih juga perlu

disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih

untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.

Tempat Tinggal

Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban

untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk

ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam

sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban

untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas

bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.

Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah

dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab

jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba

waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~

Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang

lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)

Kesihatan

Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada

waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang

bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak

arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat

minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~

nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~

Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak

tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu

buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan.

Page 3: Tips penjagaan arnab

Ok, tips yang nih, ada rakan sekerja kakak yang suggest kan kat saya. Tapi saya tak pernah buat sebab

takut terbakar reban, mahu jadi BBQarnab-arnab saya.. huhu~

Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali

untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.

Tempat Beranak

Ibu arnab boleh beranak paling cepat, sebulan sekali. Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak

sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban seperti yang saya

ceritakan diatas tadi. Kitaran yang biasa saya buat, adalah seperti ini;

Reban yang dah dibahagi 2 bahagian, pada bahagian 1 reban, saya letakkan 1 arnab jantan dan 1 arnab

betina selama 1 atau 2 minggu. Manakala 4 ekor arnab betina yang lain saya letakkan pada bahagian 2

reban. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar arnab betina yang ada bersama dengan arnab jantan tadi

kepada arnab betina yang lain. Manakala arnab betina yang bersama dengan arnab jantan tadi diletakkan

bersama arnab betina yang lain (pada reban bahagian 2). Bila dah cukup 1 atau 2 minggu, tukar lagi arnab

betina yang sama bahagian dengan arnab jantan tu dengan arnab betina yang lain pula. Kitaran begini

saya buat untuk mengelakkan beberapa ekor arnab betina, beranak saing. Sebab kalau dah beranak saing

nanti, kita juga yang confius. Ini anak siapa? Mak nya yang mana?

Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar

dibawah.

Disebabkan saya tidak pandai membuat kotak seperti itu, apa yang saya buat adalah dengan

memerhatikan gelagat arnab betina. Jika ada antara arnab betina yang sudah mencabutkan bulu-bulunya

untuk membuat sarang, saya akan ambil arnab itu beserta bulu-bulunya sekali, lalu saya masukkan

kedalam sebuah bakul yang sederhana besar dan biarkan ia beranak disitu. Kemudian, selepas 3 minggu,

barulah saya keluarkan ibu arnab dan anak-anaknya dari dalam bakul, dan masukkan mereka kedalam

reban semula.

Penjagaan Anak Arnab

Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang

juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si

ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam

keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai

menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.

Page 4: Tips penjagaan arnab

Antara tips yang saya dapat dari rakan yang menjual haiwan perliharaan di Pasar Lambak, dia

mengatakan kita perlu paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat

kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi

minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu. Tips memberi air bubur ini sudah

saya praktikkan dan ianya berhasil…

Dibawah ini gambar baby arnab yang dah berusia hampir 3 minggu… Cute tak? huhu~

Yang dibawah ini pula, anak arnab yang dah berusia sebulan lebih…

Permainan

Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan

mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula

keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang

kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas.

Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal

pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit

dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~

Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik

atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan

mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.

*******

Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika ada sebarang tambahan atau ingin

mengemukakan pertanyaan, kamu bolehlah berbuat demikian diruangan komen ok… Terima Kasih

kerana sudi membaca…