tips menguatkan daya ingatan pelajar

6
TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN PELAJAR MASALAH lemah daya ingatan atau mudah lupa sering dikaitkan dengan mereka yang berusia lanjut atau usia emas. Namun tak disangkalkan lagi orang muda juga turut menghadapi masalah mudah lupa ini terutama pelajar-pelajar sekolah, universiti dan institut pengajian. Ini kerana pelajar menerima terlalu banyak input kedalam otak dan tidak digilap dengan betul bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan amalan rohani jasmani mereka sepanjang pembelajaran. Berikut disediakan seberapa banyak petua berupa galakan dan larangan untuk diamalkan agar minda kita sentiasa berkeadaan sihat dan kuat daya ingatan. 1. MAKANAN Memakan asam dan jeruk merupakan satu tabiat yang biasa di kalangan kita. begitu juga dengan kepala ikan yang memang sedap sebagai hidangan tapi terdapat juga pantang larang orang tua-tua mengatakan jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan. Ada sesetengah makanan yang boleh menguatkan daya ingatan kita antaranya kacang soya, Sayur- sayuran, buah-buahan, zat besi, minyak ikan, buah kurma, anggur hitam, madu lebah, halia, buah badam, jus karot, ikan tuna,tempe, air soya, kismis, Rosemary, dan vitamin B. Amalkan pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya ingatan kita. Kacang Soya Kacang soya mengandungi iso avones yang tinggi dan tidak mengubah genetik asal soya tersebut adalah penting yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori Zat Besi Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak Kopi Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan konsentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapati bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signi kan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

Upload: nurul-najwa-ahmad

Post on 02-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tips menguatkan daya ingatan pelajar

TRANSCRIPT

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN PELAJAR

MASALAHlemah daya ingatan atau mudah lupa sering dikaitkan dengan mereka yang berusia lanjut atau usia emas. Namun tak disangkalkan lagi orang muda juga turut menghadapi masalah mudah lupa ini terutama pelajar-pelajar sekolah, universiti dan institut pengajian. Ini kerana pelajar menerima terlalu banyak input kedalam otak dan tidak digilap dengan betul bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan amalan rohani jasmani mereka sepanjang pembelajaran.Berikut disediakan seberapa banyak petua berupagalakandanlarangan untuk diamalkan agar minda kita sentiasa berkeadaansihatdankuatdaya ingatan.1. MAKANANMemakan asam dan jeruk merupakan satu tabiat yang biasa di kalangan kita. begitu juga dengan kepala ikan yang memang sedap sebagai hidangan tapi terdapat juga pantang larang orang tua-tua mengatakan jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.Ada sesetengah makanan yang boleh menguatkan daya ingatan kita antaranya kacang soya, Sayur-sayuran, buah-buahan, zat besi, minyak ikan, buah kurma, anggur hitam, madu lebah, halia, buah badam, jus karot, ikan tuna, tempe, air soya, kismis, Rosemary, dan vitamin B. Amalkan pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Kacang SoyaKacang soya mengandungi isoflavones yang tinggi dan tidak mengubah genetik asal soya tersebut adalah penting yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalamhippocampusiaitu kawasan penting untuk memoriZat BesiPenurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otakKopiKopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan konsentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapati bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.Mengunyah Gula-Gula GetahKajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.Ginkgo BilobaGinkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.Minyak IkanMinyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.Rosemary dan SageMinyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.Vitamin BVitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

Menjaga Pemakanan :Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Firman Allah mafhumnya :Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya(Abasa: 24)Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.(an-Nahl : 114)Makanan yang diragui kehalalannya dan makanan yang syubhah hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk pada badan dan terhijab daripada makbulnya doa.Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti;kepala ikan, makanan yang dimasuki semut (ada semut mati di dalamnya), minum air semasa sedang makan (sepatutnya minum selepas selesai makan) dan makanan yang masam.2. Menjaga Waktu TidurTidur merupakan suatu perkara yang penting bagi setiap individu kerana dengan tidur yang cukup mampu untuk mencergaskan kembali tubuh badan dan otak yang letih setelah seharian membanting tulang melakukan kerja-kerja harian. Islam juga menggalakkan umatnya untuk menunaikan hak tubuh badan masing-masing dengan memperuntukkan masa tidur yang secukupnya.Jangan tidur selepas waktu Asar kerana akan melembabkan otak kita, badan pun akan mudah merasa sakit, ikutlah sunnah Rasulullah SAW yang mengamalkan tidur sebentar selepas waktu Zuhur dan sebelum waktu Asar.Tidur selepas waktu asar dan tidur yg berlebihan juga boleh menyebabkan otak jadi lembab. Oleh kerana itu elakkan dari mengamalkan tidur dalam dua keadaan ini.Amalkan Tidur Yang Cukup. 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.Firman Allah dalam surahAn-Nabaayat 10 yang bermaksud :Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?3. Bersenam/Latihan FizikalAmalkan aktiviti bersenam kerana bersenam dapat mengalirkan darah ke dalam otak agar sentiasa cergas dan cerdas, walaupun kebanyakan kita memang malas nak bersenam apa salahnya kalau luangkan dalam setengah jam masa free kita untuk aktiviti sihat.Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.4. Latihan MentalKajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.5. Jangan TensionApabila kita dalam keadaan tension dan marah-marah darah akan masuk dengan cepat ke dalam otak dan mengakibatkan kita lupa akan perkara lain. Jadi kita hendaklah mengawal emosi dan perasaan kita ,sentiasa bertenang, berfikir dahulu sebelum bertindak.6. Mengawal TekananTekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti berzikir, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

7. Elakkan KemurunganKemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.8. Ubat-UbatanKurangkan pengambilan ubat-ubatan kerana ada diantaranya lama kelamaan boleh membawa kesan buruk terhadap otak kita disamping itu buah pinggang kita juga tidak dapat mencuci ubatan tersebut secara keseluruhan.Sesetengah produk yang dijual di farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya beri kesan sampingan.Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin semulajadi sepertiVitamin Shakleeyang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk terlebih dulu pada doktor bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.9. NotaBanyak perkara yang kita rancang seperti ingin makan angin bersama keluarga disuatu tempat peranginan atau untuk membeli sesuatu barang ,kita buatlah reminder atau nota tak kira lah tulis dalam diari ke, handset ke asalkan kita dapat rujuk balik untuk ingat semula.10. HafalTanamkan sifat rajin menghafal dan fahami sesuatu perkara,bacalah berulang kali, barulah kita mudah untuk mengingati balik apa yang kita baca.Diulang Secara Berkali-kali :Otak perlu diasah untuk menguatkan daya ingatan seperti pisau yang tumpul perlu diasah untuk menajamkan kembali mata pisau itu. Sedangkan pisau buatan manusia itu pun mampu untuk ditajamkan kembali apabila diasah, inikan pula otak ciptaan Allah yang Maha Agung. Bagaimana cara untuk mengasah otak? Cara untuk mengasah otak adalah dengan mengulang-ulang kembali setiap perkara yang ingin diingati.Dengan cara ini kita mampu untuk mengingati setiap perkara dan mampu meningkatkan daya ingatan kita. Surah al-Fatiah antara contoh yang boleh diambil. Cuba tanyakan kepada semua, siapa yang tidak ingat akan surah al-Fatihah? Saya yakin ramai dan semua mampu untuk mengingati surah tersebut kerana seringkali diulang-ulang paling kurang lima kali dalam sehari sehingga ianya betul2 lekat dalam ingatan.11. Al-QuranMembaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.12. SolatSelalulah kita mengerjakan solat lima waktu dengan kita sentiasa mengingati serta bersyukur kepada Allah SWT. Apabila kita bersujud secara tidak langsung bekalan darah dan oksigen akan mengalir ke otak yang dapat meningkatkan daya ingatan kita supaya menjadi semakin kuat selain itu dengan bersujud anggota badan kita akan bertambah sihat.13. Berpuasa dan BerzikirAmalan berpuasa juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Di samping itu, latih diri berzikir seperti berikut :Ya Rahman 100 kali selepas solat fardhuYa Hakim 300 kali setiap hariInsya Allah, jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kuat, kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya. Daya ingatan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa pada Nya.14. Menjauhi DosaSecara umumnya kita mengetahui bahawa kesan dosa pada si pelakunya adalah amat buruk. Antara kesannya adalah melemahkan hati dan akal fikiran serta menumpulkan daya ingatan. Para sahabat dan ulama-ulama terdahulu amat menitikberatkan soal dosa dalam kehidupan seharian mereka. Segala perkara yang boleh menjerumuskan diri mereka ke lembah kemaksiatan dan dosa pastinya akan mereka jauhi.Oleh kerana kesungguhan mereka menjaga diri daripada maksiat dan dosa maka diri mereka bersih secara luaran dan dalaman. Apabila diri sudah bersih, maka ilmu mudah untuk dihadam oleh akal fikiran kita dan jangan terkejut sekiranya para ulama ini mampu menghafal beribu-ribu hadis serta 30 juz al-Quran seterusnya menguasai pelbagai cabang ilmu, kerana memilik hati dan akal yang bersih.Ilmu merupakan cahaya manakala dosa pula ialah kegelapan. Kedua-dua perkara ini tidak dapat disatukan pada masa yang sama. Seperti mana Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya tentang masalah ingatannya,Saya mengadu kepada guru saya, Wakee mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi dosa dan maksiat. Dia berkata, Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa.Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie bahawa Yahya Ibn Yahya berkata :Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya? Malik berkata: Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa.Jika kita perhatikan pada kanak-kanak, mereka ini cepat mengusai sesuatu perkara. Ini kerana otak dan hati mereka masih suci dan bersih daripada dosa dan maksiat. Oleh sebab itu mereka ini kuat daya ingatan dan mampu mendapatkan sesuatu ilmu dengan cepat dan pantas.