tips karangan

Upload: anonymous-3ctjqwrrmy

Post on 02-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Tips Karangan

    1/4

    Jenis-Jenis Karangan :

    A. Karangan Berformat

    1. Jenis Surat Kiriman Rasmi

    2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

    3. Karangan jenis Ucapan

    4. Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara

    6. Karangan jenis Berita

    7. Karangan jenis Catatan Diari

    8. Karangan jenis Laporan

    9. Karangan jenis Perbahasan

    10. Kad Jemputan

    B. Karangan Tidak Berformat

    1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi

    3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan

    4. Karangan Jenis Perbincangan

    5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

    6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi

    7. Karangan Jenis Peribahasa

  • 8/10/2019 Tips Karangan

    2/4

    PANDUAN MENGARANG / MENULIS

    Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau

    kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

    a) Pengenalan

    b) Isi-isi dan

    c) Penutup

    A. PENGENALAN

    Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita

    hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau

    faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan

    ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan

    yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu

    pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa

    atau ejaan.

    B. Isi

    Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai sekurang-

    kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan

    masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu

    dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.Setiap isi perlu

    dikembangkan/dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali

    jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya.

    Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatuisi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan

    yang lain.

    Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang

    bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain.

    Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar,

    majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,

    menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada

    menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

    Tip

    Antara kaedah mencari isi

    Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ?

    Siapa ?

    Bila ?

    Mengapa ?

    Di mana ?

  • 8/10/2019 Tips Karangan

    3/4

    Bagaimana ?

    C. Penutup

    Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan

    tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah

    yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan

    juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkankarangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap

    karangan.

    CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

    1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

    a. Memilih tajuk atau soalan

    - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

    - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai

    - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

    ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :

    Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

    Tip

    Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci

    dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk

    sebenar.

    b. Menyusun rangka karangan

    - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi

    - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.

    - susun isi mengikut urutan kepentingannya.

    - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.

    - Isi penting jangan diulang-ulang

    c. Menulis karangan

    - Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dahulu satu

    perenggan.

    - Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.

    ( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )

  • 8/10/2019 Tips Karangan

    4/4

    Perenggan Pendahuluan

    Perenggan isi pertama

    Perenggan isi kedua

    Perenggan isi ketiga

    Perenggan isi keempat

    Perenggan Penutup

    - Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

    d. Menyemak karangan

    - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda

    yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah

    dan aspek tatabahasa yang lain.

    - baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

    a. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan

    b. 5 minit mencari isi

    c. 20 minit menulis karangan

    d. 5 minit menyemak semula karangan

    Jumlah = 30 minit

    Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.

    Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit

    beralih kepada soalan yang berikutnya pula.