tip_ bagaimana untuk kekal bermotivasi - mentor noor hisham mokhtar

Upload: labasayung

Post on 06-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Tip_ Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    1/3

    11/28/2015 Tip: Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    http://www.mentorhisham.com/tip-bagaimana-untuk-kekal-bermotivasi/ 1/3

    Tweet   0

    Daily Tips Mentor Hisham

    Home » Daily Tips » Tip: Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi

    Tip: Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi

    Motivasi diri kita bagaikan langit, ada masanya cerah dan ada ketikanya mendung. Kita dapat merasakan bahawa

    semangat kita mula menurun apabila keghairahan dan keseronokan melakukan sesuatu perkara semakin

    berkurangan.

    Hakikatnya, semangat tidak luntur serta-merta atau pun tanpa sebab. Kita dapat mengesannya seperti penyakit

    yang mempunyai sebab dan tanda. Membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan akan mengundang masalah lain.

    Terdapat beberapa tip yang boleh dipertimbangkan untuk menaikkan semula motivasi:

     

    Kenalpasti punca masalah

    Kenalpasti punca yang menyebabkan motivasi kita menurun dan carilah penyelesaia nnya segera. Sekiranya ia melibatkan sikap seseorang,

    segera bersemuka untuk meluahkan perasaan secara berhikmah dan fikiran terbuka serta dengan niat yang ikhlas demi mencari

    penyelesaian.

     

    Baca kisah orang yang berjaya terutamanya mereka yang pernah gagal

    Dapatkan inspirasi daripada perjuangan orang yang pernah gagal. Teliti liku-liku mereka yang bangkit semula untuk meneruskan

    perjuangan. Kejayaan mereka membuktikan bahawa kekuatan semangat dalaman adalah lebih hebat daripada kekuatan fizikal.

     

    Jadilah pakar motivasi sendiri

    Selalulah menasihati diri seolah-olah kita menasihati orang lain. Kita adalah insan yang lebih mengenali diri kita sendiri. Maka kita boleh

    memberikan penawar terbaik untuk diri sendiri. Apabila kita berjaya memujuk dan memulihkan semangat sendiri, kita akan merasai

    kepuasan dan boleh berkongsi dengan dengan orang lain.

     

    Bergaul dengan orang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan

    Perhatikan gaya hidup mereka yang lebih berjaya dan ceria untuk mendorong kita supaya menjadi lebih berjaya dan bahagia.

     

    Jadilah pendorong semangat kepada orang lain

    Berikan kata-kata perangsang kepada orang lain walaupun kita sendiri sedang bergelut untuk menaikkan semula semangat. Tindakan ini

    sebenarnya lebih berkesan apabila kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Dengan menasihati orang lain, kita akan

    terdorong untuk mengamalkan nasihat tersebut untuk membuktikan keberkesanannya.

    Contact Me

    0Suka Bagikan

    http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/author/mensham/http://www.mentorhisham.com/http://www.mentorhisham.com/category/daily-tips/http://www.mentorhisham.com/category/daily-tips/http://www.mentorhisham.com/tip-bagaimana-untuk-kekal-bermotivasi/http://www.mentorhisham.com/

  • 8/17/2019 Tip_ Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    2/3

    11/28/2015 Tip: Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    http://www.mentorhisham.com/tip-bagaimana-untuk-kekal-bermotivasi/ 2/3

     

    Mengingati kembali impian dan matlamat hidup

    Sentiasa ingatkan diri bahawa perjuangan belum tamat kerana impian kita belum tercapai sepenuhnya. Letakkan sasaran yang boleh

    diukur. Cetak dan lekatkan sasaran di tempat yang sesuai boleh mengingatkan kita supaya terus berusaha.

     

    Jadikan tugasan suatu amanah dan perjuangan

    Kehidupan adalah berkisar tentang amanah yang dipikul serta perjuangan yang tidak pernah selesai. Maka tanggungjawab utama kitaadalah menunaikan amanah dengan bersungguh-sungguh supaya kehidupan lebih bermakna dan bermanfaat kepada diri dan orang lain.

     

    Ubahlah penampilan dan suasana

    Cuba fikirkan cara lain dalam melakukan sesuatu tugasan yang membosankan. Contohnya menukar kaedah manual kepada penggunaan

    teknologi seperti video dan muzik. Ubah juga penampilan atau hiasi kawasan kerja untuk menimbulkan mood baru terhadap tugasan

    tersebut. Banyakkan senyuman dan bina hubungan baik dengan teman sekerja serta pelbagai cara lain yang boleh membangkitkan semula

    semangat anda.

     

    Perasaan negatif tidak baik untuk kesihatan dan reputasi

    Tekanan akibat perasaan negatif boleh menjejaskan kesihatan jantung. Ia juga menjadikan wajah kurang ceria dan sikap yang tidak

    disenangi. Secara tidak langsung ia menghilangkan fokus dan mengurangkan kualiti kerja, sekaligus menjejaskan reputasi dan masa depan.

    Usah melayan perasaan negatif kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

     

    Berdoa dan berserah

    Setiap kejadian pasti ada bersebab, ada jalan penyelesaian dan hikmahnya. Bersihkan hati dan hampirkan diri kepada-Nya serta berdoalah

    bersungguh-sungguh supaya diberi petunjuk dan jalan penyelesaian terbaik.

     

    Hidup pasti ada cubaan dan ujian. Berbekalkan motivasi, kegigihan dan doa yang berterusan, kita pasti mampu menempuh aral yangmelintang, insyaAllah.

    Tags:Kehidupan, Motivasi

    About Mentor Hisham

    Mentor usahawan berjiwa hartawan dunia dan akhirat. Kenali saya;

    https://www.facebook.com/noor.hisham.mokhtar https://plus.google.com/116121152872768812991

    Leave a Reply Name (required)

     Mail (will not be published) (required)

     Website

    0 komentar    Urut Berdasarkan 

    Facebook Comments Plugin

    Teratas

    Tambahkan Komentar...

    https://www.facebook.com/MentorHisham/https://www.facebook.com/profile.php?id=100008477171911http://www.mentorhisham.com/tag/kehidupan/https://www.facebook.com/profile.php?id=100008364813698https://www.facebook.com/profile.php?id=100004932313242https://www.facebook.com/mohd.nuuranhttps://www.facebook.com/aisya.hejabhttps://www.facebook.com/norfizan.omarhttps://www.facebook.com/MentorHisham/https://www.facebook.com/MentorHisham/https://developers.facebook.com/docs/plugins/comments/http://www.mentorhisham.com/tag/motivasi/https://www.facebook.com/farhan.imran.37http://www.mentorhisham.com/author/mensham/https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?app_id=776730922422337&u=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMentorHisham%2F&display=popup&ref=plugin&src=page

  • 8/17/2019 Tip_ Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    3/3

    11/28/2015 Tip: Bagaimana Untuk Kekal Bermotivasi - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR

    http://www.mentorhisham.com/tip-bagaimana-untuk-kekal-bermotivasi/ 3/3

    Submit Comment

     

    Be the first of your friends to like this

    Mentor Hisham112 suka

    Suka Halaman Kongsi

    Sponsored Ads

    Copyright © 2015 - MENTOR NOOR HISHAM MOKHTAR All Rights Reserved.

    https://www.facebook.com/biozone.purifierhttp://www.twtitter.com/http://www.youtube.com/https://www.facebook.com/bioaura.filterhttp://www.mentorhisham.com/tip-bagaimana-untuk-kekal-bermotivasi/feed/http://www.mentorhisham.com/http://www.facebook.com/MentorHishamhttps://www.facebook.com/velocity.matehttps://www.facebook.com/corset.beautifulhttp://www.pinterest.com/