i
TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL DIKALANGAN
PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
DI BENGKEL FABRIKASI LOGAM N30 FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
ZURAIDA BINTI TALIB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
iii
iii
DEDIKASI
DENGAN nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Untukmu Ayahanda dan Bonda yang amat disanjungi,
Hj. Talib B. Mohd Yusof dan Kepol Binti Johari
Dengan doamu anakanda mampu mencapai cita-cita anakanda hari ini……….
Pendorong serta sumber ilhamku,
Kekanda Rosman B. Leman
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasamu,
Permata Hatiku,
Intan Zainatul Maria,
Mohd Zulfie Izzhar,
Muhammad Afif Hakim,
Cahaya wajah kalian adalah pembakar semangat mama,
Adinda Halimatul Saadiah ….. terima kasih di atas sokongan dan dorongan.
Moga mendapat cahaya mata yang comel, sihat dan bistari…..
Harapan agar kejayaan akan jadi milik kita bersama………
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia NYA dan kepada
NYA jugalah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.
Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya, En Kandar
Bin Selamat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan
sehingga terhasilnya projek ini.
Ucapan terima kasih juga ingin saya rakamkan kepada En Ros Iskandar b.
Mansor selaku pengajar di Bengkel Fabrikasi Logam N30 kerana memberi kerjasama
dalam menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga pihak keluarga saya yang amat memahami dan sentiasa memberi
dorongan kepada saya sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia. Juga
segala tunjuk ajar dan teguran tenaga pengajar dan staf sokongan UTM yang sentiasa
sedia untuk memberikan pertolongan apabila diperlukan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala
dorongan yang diberikan dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
dalam penyiapan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk meninjau kesedaran keselamatan di
kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional di bengkel Fabrikasi
Logam N30 Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk melihat
adakah pelajar sedar kepentingan pengetahuan dan latihan terhadap keselamatan mereka,
kesedaran pelajar tentang kesan daripada sikap yang mereka amalkan terhadap
keselamatan mereka semasa berada di bengkel, kesedaran pelajar tentang kesan yang
diberikan oleh persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan mereka semasa berada di
bengkel kerja dan kesedaran pelajar tentang kepentingan peraturan keselamatan bengkel
terhadap keselamatan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik
dengan skala 5 (lima) mata sebagai instrumen kajian. Responden yang dikaji adalah
seramai 120 orang. Persampelan dibuat secara rawak mudah. Segala data yang
diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 untuk mendapatkan
peratus dan min. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang menggunakan bengkel Fabrikasi logam di N30 mempunyai kesedaran
terhadap keselamatan mereka meliputi kepentingan pengetahuan dan latihan, sikap yang
mereka amalkan, kesan persekitaran dan kepentingan peraturan keselamatan semasa
mereka berada di bengkel. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa
cadangan untuk kebaikan bersama di masa hadapan.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to look at the safety awareness in general among
the Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional students whom been using the
Bengkel Fabrikasi Logam at N30 Universiti Teknologi Malaysia. The objective of
this research is to find out are the students aware that knowledge and practice are
important for their safety, the effect of their attitude during working in the
workshop to their safety, the effect of the environment of the workshop to their
safety and the importance of safety rules in workshops to their safety. This is a
descriptive research using questionnaires and 5 point scales instrument to measure
the respondents’ feedback. All the data that had been collected are being processed
with SPSS 11.0 software, which is based on percentage and min. The obtained data
shows that those students are aware of their safety including the importance of
knowledge and practice for their safety, the effect of the attitude during working in
the workshop to their safety, the effect of the environment of the workshop to their
safety and the importance of safety rules in workshops to their safety. In the end of
this research, some suggestions are made to particular parties for safety and health
excellence during the using of workshops in future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Kajian 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Batasan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Definasi Istilah 9
1.8 Penutup 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengertian Keselamatan Bengkel 14
2.3 Pengertian Kesedaran Keselamatan 15
2.4 Aspek Pengetahuan dan Latihan 16
2.5 Aspek Sikap Pelajar Di bengkel 18
2.6 Aspek Peraturan Keselamatan Bengkel 21
2.7 Aspek Persekitaran Tempat Kerja 22
2.8 Penutup 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 27
3.5 Kajian Rintis 28
3.5.1 Keesahan Soal
Selidik 29
3.5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 30
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 32
3.8 Penutup 34
ix
BAB IV ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Demografi Responden 36
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina 36
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Umur 37
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Kursus 37
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Menggunakan Bengkel
Kerja 38
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengikuti Kursus
Kesedaran Keselamatan Bengkel 39
4.3 Analisis Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 40
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 43
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 46
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 49
4.4 Analisis Keseluruhan 52
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 57
5.3.2 Aspek Kepentingan Pengetahuan
x
Dan Latihan Keselamatan Bengkel 57
5.3.3 Aspek Kesan Sikap Pelajar Amalkan
Terhadap Keselamatan Semasa
Berada DiBengkel Kerja. 59
5.3.4 Aspek Kesan Persekitaran
Tempat Kerja Terhadap Keselamatan
Semasa Berada Dibengkel. 61
5.3.5 Aspek Kepentingan Peraturan
Keselamatan Bengkel 62
5.4 Kesimpulan 64
5.4 Cadangan Tindakan 64
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 65
5.5 Penutup 66
BAHAGIAN EMPAT
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 67
BAHAGIAN LIMA
LAMPIRAN
A Set Borang Soal Selidik
B Jadual Penentuan Saiz Sampel
C Reliability Coefficients
D Surat Pengesahan Soal Selidik
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kemalangan yang dilaporkan berlaku 5
di Bengkel Fabrikasi Logam Di N30
(2002-2003)
3.1 Jumlah populasi yang digunakan 25
3.2 Jumlah sampel kajian yang digunakan 25
3.3 Aspek kesedaran keselamatan yang
ditinjau. 27
3.4 Analisis purata nilai Alpha berdasarkan
persoalan kajian. 29
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 32
3.6 Perubahan Markat Dan Skala 32
3.7 Markat Skala Likert 3 mata 33
4.1 Taburan responden mengikut jantina 35
4.2 Taburan responden mengikut umur 36
4.3 Taburan responden mengikut kursus 36
4.4 Taburan responden mengikut pengalaman
menggunakan bengkel kerja. 37
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman
mengikuti kursus kesedaran keselamatan
bengkel. 38
xii
4.6 Taburan responden mengikut peratus
dan min bagi kepentingan
pengetahuan dan latihan 39
4.7 Taburan responden mengikut peratus
dan min bagi kesan sikap pelajar
ketika berada di bengkel terhadap
keselamatan. 43
4.8 Taburan responden mengikut peratus
dan min bagi kesan persekitaran
tempat kerja terhadap keselamatan. 46
4.9 Taburan responden mengikut peratus
dan min bagi kepentingan
peraturan keselamatan bengkel. 50
4.10 Analisis persoalan kajian. 52
xiii
SENARAI SINGKATAN
JPTV - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara.
OSHA - Occupational Safety and Health Administration
(Pengurusan keselamatan dan Kesihatan
pekerjaan).
SPA - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPH ( Perdana) - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPH ( PKPG ) - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Kursus
Pensiswazahan Guru.
SPJ - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPSS - Statistical Package For Social Science
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kesedaran keselamatan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan semasa
menjalankan aktiviti amali di bengkel. Kesedaran keselamatan meliputi pelbagai aspek
iaitu pengetahuan, amalan, latihan dan motivasi. Ia amat penting kerana tanpa tahap
kesedaran keselamatan yang tinggi, individu akan menjadi alpa akan keselamatan
dirinya sendiri serta melibatkan persekitaran dan individu lain yang berada berdekatan
dengan bengkel.
Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,
kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan imej institusi yang terlibat juga
akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain
itu juga, kerugian terpaksa ditanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan.
Pihak pengurusan bengkel bertanggungjawab bagi memastikan agar segala
peraturan keselamatan di bengkel dipatuhi dan dihayati oleh pelajar. Pelajar-pelajar
perlu didedahkan dengan amalan keselamatan agar mereka mengetahui aspek yang
berkaitan dengan keselamatan di bengkel. Pelajar-pelajar perlu diberi pendedahan awal
tentang pengetahuan dan kesedaran keselamatan, supaya amalan keselamatan ini, dapat
diterapkan di alam pekerjaan, setelah mereka menamatkan alam persekolahan mereka.
Sikap pelajar yang memandang remeh tentang kepentingan keselamatan akan
mendedahkan seseorang individu itu kepada risiko kemalangan. Oleh itu, pihak
2
pengurusan bengkel perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani
masalah ini.
" Faults of persons frequently lead to the creation of unsafe acts and
conditions….. Unsafe acts and conditions usually lead to accidents "
(CIAST-Ministry Of Human Resources, 1994)
Kenyataan ini menunjukkan bahawa pengaruh manusia adalah tinggi sebagai
penyumbang terhadap keselamatan. Oleh itu kesedaran terhadap keselamatan haruslah
dipupuk supaya mereka dapat mengawal diri mereka daripada membahayakan diri
sendiri, orang lain dan harta benda di sekeliling mereka.
Kesedaran terhadap keselamatan boleh dicapai melalui pelbagai cara. Apabila
membincangkan perihal mengenai kemanusiaan pelbagai aspek berkenaan manusia itu
harus diambil kira. Manusia di pengaruhi oleh pengetahuan dan latihan yang mereka
terima semasa hayat mereka seta persekitaran mereka. Sikap yang mereka amalkan
juga memberi kesan terhadap diri mereka, tidak lupa juga peraturan-peraturan yang
dibentuk oleh masyarakat bagi diri mereka. Dalam kajian ini penyelidik akan
menampilkan aspek-aspek di atas dalam persoalan kajiannya.
1.1 Latar belakang Masalah
Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah
diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di
persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang
mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan
telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
3
Pengerusi NIOSH, Datuk Lee Lam Thye menyatakan "Kesedaran keselamatan
diri adalah kriteria utama untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan ditempat
kerja. Jika sikap ini diketepikan , kemalangan dan kecederaan ditempat kerja akan
meningkat." Menurutnya lagi berdasarkan laporan kemalangan yang dikeluarkan
Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) sejak kebelakangan ini jumlah
kemalangan perusahaan semakin menurun. Pada tahun 1995, jumlah kemalangan yang
dilaporkan ialah sebanyak 114,134 kes dan menurun pada Julai 2000 sebanyak 36,854
kes. Penurunan jumlah kemalangan menandakan wujudnya kesedaran keselamatan
pekerjaan di negara ini. (Kementerian Sumber Manusia, 2001)
Dr. Haji Abd Latif Bin Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyatakan
bahawa hanya masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan aspek-
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berupaya untuk menyelesaikan
masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara komprehensif dan berjangka
panjang. (Kementerian Sumber Manusia 2002)
Nyata sekali aspek keselamatan ini tidak dapat dipisahkan daripada faktor
kemanusiaan. Setiap individu harus faham tanggungjawab mereka terhadap keselamatan
diri dan segala tindak tanduk mereka seharusnya tidak akan memberi mendatangkan
bahaya terhadap orang lain. Kefahaman tentang keselamatan yang ujud dalam diri
mereka inilah yang di sebut sebagai "Kesedaran Keselamatan"
" Setiap orang seandainya gagal mengawal dirinya mungkin akan
mendatangkan mudarat, kecederaan, atau kerosakan di mana tidak secara langsung
akan meninggalkan kesan terhadap organisasi." (The National Federation Of Building
Trades Employers, 1972)
Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa tanpa kesedaran terhadap keselamatan
semasa di bengkel pelajar bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga terhadap
orang lain dan harta benda yang terdapat di bengkel dan kawasan yang berhampiran.
4
Menurut Kavianan et al (1993) kekurangan kesedaran terhadap keselamatan
terbahagi kepada dua masalah yang bertindanan. Pertama , keadaan pelajar yang
terdedah kepada bahaya di dalam bengkel yang berpunca dari pihak pengurusan
bengkel. Kedua nya ialah dari segi pengetahuan pelajar. Pengetahuan mereka dari segi
keselamatan bengkel adalah terhad dan kadangkala tiada kerana Keselamatan Bengkel
tidak diajar dalam bentuk matapelajaran. Atau dengan kata lain kelulusan pengetahuan
keselamatan bengkel bukan syarat sebelum pelajar dibenarkan menggunakan sesuatu
bengkel.
Mereka juga menyatakan kekurangan kesedaran keselamatan dikalangan pelajar
juga nyata semasa menjalankan operasi amali. Ia merujuk kepada aspek yang berkaitan
dengan penguatkuasaan undang-undang, penyediaan alat kelengkapan keselamatan yang
tidak mencukupi, penyimpanan bahan kimia dan kegagalan pelajar mematuhi peraturan
bengkel. Kajian yang dijalankan oleh Revelle dan Boultan dalam Colling (1990)
menunjukkan pekerja yang tidak menerima latihan keselamatan mengalami hampir 2
kali ganda kemalangan daripada mereka yang telah menjalani latihan tersebut. Hanya
20% merasakan mereka telah mendapat latihan keselamatan yang secukupnya manakala
75% merasakan telah selesa dengan langkah keselamatan yang telah mereka ambil
sendiri. Dapatan ini juga menyatakan 85% pekerja bersetuju bahawa kemalangan yang
mereka alami boleh dicegah. Ini disokong oleh Heinrich (1959) bahawa 88%
kemalangan disebabkan oleh kesilapan manusia.
Mr Alan Tong Kok Mau semasa persidangan "Towards Construction Site
Accident Prevention" menyatakan punca kemalangan pekerjaan terbahagi kepada dua
perkara. Iaitu kecuaian dan sikap tidak acuh pekerja walaupun langkah keselamatan
telah diambil oleh pihak pengurusan. Ia melibatkan aspek disiplin kendiri dan
berkesanggupan mengambil risiko. (Pemaju Perumahan Malaysia, 1993)
Universiti Teknologi Malaysia yang diiktiraf sebagai universiti bertaraf dunia
dan mampu melahirkan ribuan graduan setiap tahun dalam pelbagai bidang teknikal
haruslah bertindak sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang boleh memainkan
5
peranan untuk melahirkan generasi yang bakal mengisi bidang pekerjaan negara pada
masa akan datang sebagai generasi yang mempunyai kesedaran keselamatan yang tinggi.
Hasil daripada pertemuan dengan tenaga pengajar yang bertugas, penyelidik telah
mendapatkan data yang menunjukkan kemalangan yang telah dilaporkan berlaku di
bengkel tersebut antara 2002-2003. Rujuk Jadual 1.1.
Jadual 1.1 : Kemalangan yang dilaporkan berlaku di bengkel fabrikasi
logam di N30 (2002-2003)
JENIS KEMALANGAN 2002 2003
Terhempit tool box 5 5
Luka semasa memotong
plet besi (menggegas)
5 5
Terhidu gas kimpalan 2 3
Luka terkena hand grinder 3 1
Jumlah 15 14
Sumber : Tenaga Pengajar Bengkel Fabrikasi Logam N30
Jadual 1.1 menunjukkan kekerapan kemalangan yang berlaku di Bengkel
Fabrikasi Logam N30. Data menunjukkan jumlah kemalangan mencapai 15 kejadian
pada tahun 2002 dan 14 kejadian pada tahun 2003 walaupun langkah-langkah
keselamatan telah diambil oleh pihak pengurusan bengkel di samping pemantauan yang
dijalankan oleh pensyarah dari masa ke semasa. Oleh itu penyelidik mengambil
keputusan untuk menjalankan kajian yang adalah bertujuan untuk meninjau kesedaran
keselamatan di kalangan pelajar-pelajar tahun 4 JPTV yang menggunakan bengkel
Fabrikasi Logam N30 Universiti Teknologi Malaysia sebagai populasi.
6
1.2 Penyataan Masalah
Kemalangan merupakan perkara yang tidak dirancang dan tidak dikehendakki.
Walaupun begitu ia tidak dapat dijangka. Penerapan kesedaran keselamatan dikalangan
pelajar merupakan suatu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian. Ini adalah
kerana pelajar merupakan aset yang penting kepada negara dan merekalah bakal
dibentuk sebagai generasi yang seharusnya mempunyai kesedaran keselamatan yang
tinggi. Tidak dapat dinafikan juga kesedaran terhadap keselamatan yang diterapkan di
institusi pengajian tinggi akan dibawa oleh pelajar apabila mereka menceburi alam
pekerjaan kelak.
Menerusi kajian ini pengkaji ini meninjau kesedaran keselamatan kerja bagi
pelajar-pelajar JPTV yang menggunakan bengkel Fabrikasi Logam N30 di Universiti
Teknologi Malaysia. Kesedaran keselamatan yang dinilai berdasarkan empat aspek iaitu
kepentingan pengetahuan dan latihan, kesan sikap pelajar ketika berada di bengkel
terhadap keselamatan, kesan persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan dan
kepentingan peraturan keselamatan bengkel.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini bertujuan untuk meninjau :
1. Kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengetahuan dan latihan terhadap
keselamatan semasa berada di bengkel kerja.
2. Kesedaran pelajar tentang kesan sikap yang mereka amalkan terhadap
keselamatan semasa berada di bengkel kerja.
7
3. Kesedaran pelajar tentang kesan persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan
mereka semasa berada di bengkel kerja.
4. Kesedaran pelajar tentang kepentingan peraturan keselamatan bengkel yang
dijalankan terhadap keselamatan pelajar semasa berada di bengkel kerja.
1.4 Persoalan Kajian
Daripada penyataan masalah yang dinyatakan, beberapa persoalan kajian telah
dihasilkan seperti berikut:
1. Adakah pelajar sedar kepentingan pengetahuan dan latihan yang mereka terima
semasa dibengkel mempengaruhi keselamatan mereka?
2. Adakah pelajar sedar sikap yang mereka amalkan memberi kesan terhadap
keselamatan mereka semasa berada di bengkel kerja?
3. Adakah pelajar sedar persekitaran tempat kerja memberi kesan terhadap keselamatan
mereka semasa berada di bengkel?
4. Adakah pelajar sedar kepentingan peraturan keselamatan terhadap keselamatan
mereka ketika berada di bengkel?
1.5 Batasan Kajian
Pengkaji membataskan kajian ini kepada pelajar-pelajar JPTV Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menggunakan Bengkel Fabrikasi
Logam yang bertempat di N30. Populasi yang terlibat adalah seramai 176 orang pelajar.