tinjauan awal terhadap pelaksanaan · pdf filebersepadu dalam perperiksaan pertengahan tahun...

33
TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamtram

Post on 07-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN

SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR.

MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN AWAL TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BARU

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR KAWASAN

SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

MOHD ASZHAR BIN MUHAMAD SANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

iii

Ikhlas Dariku...

Untuk Ayahnda Dan Bonda Yang Amat Ku Cintai,

Untuk Kekanda Dan Adinda Yang Sentiasa Ku Rindui,

Untuk Teman Seperjuang Yang Suka & Duka Bersama,

Untuk Insan Teristimewa Yang Sentiasa Setia Di Sisi,

Terima Kasih Untuk Segalanya...

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada En. Asnul Dahar Bin

Minghat kerana memberikan kepercayaan, peluang dan kebebasan sepenuhnya

kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Dan juga komen yang membina serta

tunjuk ajar daripada beliau.

Tidak lupa juga penghargaan ini saya tujukan kepada En. Kandar Bin Selamat

kerana telah sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya

menjalankan kajian ini.

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan

kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber

untuk mencari maklumat projek sarjana muda ini.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada guru Kemahiran Hidup

Bersepadu sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai, Johor Baharu, Johor yang

telah memberi kerjasama dalam menjawab set soal selidik yang telah diedarkan.

Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek

ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua akan saya kenang

sepanjang hayat saya.

v

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk diskriptif dengan tujuan untuk meninjau pelaksanaan

awal kurikulum baru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru,

Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan dan

mengenalpasti masalah yang dihadapi guru-guru dalam mengajar mata pelajaran

ini. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti persepsi guru

terhadap perubahan kurikulum mata pelajaran KHB ini. Sampel kajian ini terdiri

daripada 36 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB tingkatan satu.

Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dan data yang diperolehi diproses

menggunakan perisisn SPSS 10.0 (Satatistical Package For Science Social)

berdasarkan nilai peratus dan min. Hasil dapatan kajian ini menunjukan guru-guru

KHB bersedia untuk mengajar mata pelajaran KHB mengikut sukatan baru dan

mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap perubahan kurikulum KHB ini.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang wujud hasil daripada perubahan

kurikulum mata pelajaran KHB iaitu kekurangan Bahan Bantu Mengajar, bahan

rujukan dan kemudahan peralatan di dalam bengkel serta kekurangan bahan untuk

aktiviti amali pelajar. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama.

vi

ABSTRACT

This descriptive study is to survey an implementation of the new

curriculum for form one ‘Kemahiran Hidup Bersepadu’ (KHB) subject in Skudai

district. The objectives of this study are to identify readiness and problem faced by

the respondents when they teaching this subject with the new curriculum. The

objective also wants to identify respondent view about the changing of this

curriculum. Sample of this study consist 36 teachers who teaching form one KHB

subject. Instrument that been used in this study is questionnaire and data obtained

was analyze using Statistical Package for Science Social version 10.0 (SPSS)

based on percentage and mean value. The result of this study shows that

respondent is ready to teaching KHB subject with the new curriculum and they

have a positive view about the changing of this curriculum. In spite of that, there

is a few problem faced by the respondents when they teaching this subject with

the new curriculum like fewer teaching aid, fewer reference for teacher and

student, equipment and facilities in workshop and less of material for students

work activities. At the end of this study, a few suggestions given by the researcher

for benefit of all.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 8

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Batasan Kajian 15

1.7 Kepentingan Kajian

1.7.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

1.7.2 Pentadbiran Sekolah

1.7.3 Guru

16

16

16

17

viii

1.8 Definisi Terminologi Kajian

1.8.1 Tinjauan

1.8.2 Pelaksanaan

1.8.3 Kurikulum

1.8.4 Baru

1.8.5 Mata pelajaran

1.8.6 Kemahiran Hidup

1.8.7 Sekolah

1.8.9 Guru

17

18

18

18

19

19

20

20

20

1.9 Penutup 21

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 22

2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu

23

2.3 Kurikulum Baru Kemahiran Hidup Bersepadu

Tingkatan Satu

24

2.4 Isi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu Mengikut Kurikulum Baru

25

2.5 Tahap Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan

Sukatan Mata Pelajaran Baru

28

2.6 Hubungan Kelengkapan Bengkel Dan

Kemudahan Pengajaran Dalam Pembelajaran

30

2.7 Hubungan Persepsi Guru Terhadap Perubahan

Dalam Kurikulum

31

2.8 Penutup 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

ix

3.3 Sampel kajian 34

3.4 Instrumen kajian

3.4.1 Bahagian A

3.4.2 Bahagian B

34

35

35

3.5 Kajian rintis

3.5.1 Kebolehpercayaan

3.5.2 Kesahan Soal Selidik

37

38

39

3.6 Prosedur kajian 40

3.7 Analisis data 40

3.8 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A-Latar Belakang

Responden

44

4.3 Analisis Bahagian B-Persoalan Kajian

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Satu

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Dua

4.3.3 Analisi Persoalan kajian Tiga

49

49

52

55

4.4 Penutup 58

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 60

5.3 Perbincangan

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang

Responden

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian Satu

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian Dua

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga

61

61

63

65

68

x

5.4 Cadangan

5.4.1 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

5.4.2 Pentadbiran Sekolah

5.4.3 Guru

70

70

71

71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN

Lampiran A – J

78 - 95

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

tingkatan satu mengikut sukatan baru

4

1.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

tingkatan satu mengikut sukatan baru

5

1.3 Perbandingan perubahan dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB) KBSM

10

1.4 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Ujian Setara 1 S.M.K

Taman Universiti tahun 2002 dan 2003

12

1.5 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Ujian Setara 2 S.M.K

Taman Universiti tahun 2002 dan 2003

12

1.6 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan

Tahun S.M.K Taman Universiti 2002 dan

2003

12

1.7 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

13

xii

Bersepadu dalam Ujian Setara Satu S.M.K

Skudai Tahun 2002 dan 2003

1.8 Perbandingan pencapaian pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan

Tahun 2002 dan 2003

13

2.1 Isi kandungan Bahagian Teras mata

pelajaran Kemahiran HidupBersepadu

tingkatan satu mengikut sukatan baru

25

2.2 Isi kandungan Bahagian Pilihan mata

pelajaran Kemahiran Bersepadu tingkatan

satu mengikut sukatan baru

26

3.1 Jumlah responden yang digunakan mengikut

sekolah

34

3.2 Pengkelasan skala likert dengan markah skor

36

3.3 Pemerikatan skala likert 36

3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan

Kajian dan Jenis Skala Yang digunakan

Bagi Setiap persoalan Kajian

37

3.5 Jumlah responden yang digunakan dalam

kajian rintis mengikut sekolah

38

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan

peratus

41

3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42

3.8 Peringkatan skala lima kepada tiga mata

berdasarkan nilai min

42

4.1 Taburan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan responden mengikut umur 45

4.3 Taburan responden mengikut kelayakan

akademik

46

4.4 Taburan responden mengikut kelayakan

ikhtisas

47

4.5 Taburan responden mengikut pengalaman 47

xiii

mengajar mata pelajaran kemahiran hidup

bersepadu

4.6 Taburan responden mengikut opsyen mata

pelajaran

48

4.7 Taburan respondan mengenai kesediaan

guru-guru kemahiran hidup mengajar

mengikut sukatan baru KHB

50

4.8 Taburan respondan mengenai masalah-

masalah yang dihadapi oleh guru-guru

kemahiran hidup mengajar mengikut

sukatan baru KHB

53

4.9 Taburan respondan mengenai persepsi guru

kemahiran hidup terhadap perubahan dalam

sukatan KHB

56

xiv

SENARAI SINGKATAN

Keb. - Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

Men. - Menengah

Sek. - Sekolah

SPSS - Statistical Package for Science Social

Tmn. - Taman

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 78

B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan

Malaysia

86

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, UTM 89

E Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai 90

F Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Tun

Aminah

91

G Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Mutiara Rini 92

H Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Skudai Baru 93

I Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti

II

94

J Surat Kebenaran Sek. Men. Keb. Tmn Universiti 95

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sebuah negara yang kian pesat membangun, perubahan-perubahan

dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan. Ini adalah perlu bagi menampung

keperluan-keperluan baru dalam pelbagai bidang. Semenjak pendidikan

pravokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik

telah berlaku bagi memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju pendidikan negara

sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.

Ee Ah Meng (1988) menyatakan pendidikan pravokasional diperkenalkan

dalam sistem Aneka Jurusan pada tahun 1965 yang bermatlamat antaranya untuk

mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga

manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses pemodenan

pertanian dan mempercepat perindustrian. Dalam sistem tersebut, pelajar

dikehendaki mengambil salah satu daripada empat mata pelajaran elektif iaitu

Seni Perusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, Sains Pertanian dan Ekonomi

Rumah Tangga. JawatanKuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar

2

Pelajaran 1979 merumuskan bahawa mata pelajaran elektif ini telah menjuruskan

pelajar terlalu awal ke dalam sesuatu pengkhususan. Ekoran daripada itu, pada

tahun 1989 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan

memperkenalkan mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

bagi menggantikan sistem Aneka Jurusan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan bertujuan untuk

membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas untuk mereka mengendalikan

hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan.(Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1992). Kemahiran asas ini disepadukan dengan nilai-nilai

murni seperti bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif,

berdikari, mementingkan keselamatan dan kesihatan serta bermesra dan bersopan

santun di dalam kehidupan mereka. Kemahiran dan nilai-nilai murni yang

diterapkan ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani.(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Perlaksanaan kurikulum bagi mata pelajaran ini dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi

tiga komponen wajib untuk semua pelajar iaitu kemahiran manipulatif,

perdagangan dan keusahawanan serta kekeluargaan. Bagi bahagian pilihan pula

tiga komponen yang ditawarkan ialah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi

rumah tangga dan pertanian.Untuk bahagian pilihan ini para pelajar hanya

dibenarkan memilih satu sahaja bahagian pilihan yang ditawarkan.Strategi

pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh Kemeterian Pendidikan

Malaysia bagi perlaksanaan mata pelajaran ini adalah berdasarkan pembelajaran

melalui pengalaman. Strategi pembelajaran berdasarkan pengalaman ini

disarankan agar dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan

diri lantas menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam

urusan kehidupan mereka.

3

Pada tahun 2002 Pusat Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menggubal kembali sukatan bagi kurikulum mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dengan menggugurkan beberapa tajuk dan

menggantikannya dengan tajuk baru. Walaubagaimanapun objektif bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sukatan baru ini telah dipinda daripada

sukatan yang lama. Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

tingkatan satu yang baru ini adalah untuk membolehkan murid:

1. Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk

dan menghasailkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan

lapis dan bahan komposit.

2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan

idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan

produk.

3. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah

kerja elektronik dan paip dalam kehidupan harian.

4. Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia

teknologi yang maju.

5. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

6. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

7. Membuat kompos dan menanam sayuran jenis buah.

8. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik

yang betul.

9. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa

depan yang bercirikan K-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan

antarabangsa.

10. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dalam

permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

11. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara

sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan

rekaan dan penghasilan projek.

12. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

4

Perubahan yang dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia memperlihatkan beberapa tajuk dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini disusun semula. Ini dilakukan untuk

mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta

mengemaskinikan kandungannya. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan kandungan

lengkap isi pelajaran bagi bahagian teras.

Jadual 1.1 : Isi kandungan bahagian teras mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan baru.

Tajuk Sub Tajuk

1. Reka Bentuk dan Teknologi

1.1 Organisasi bengkel dan keselamatan

a) Pengurusan Organisasi bengkel dan keselamatan

1.2 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

a) Pengenalan reka bentuk dan teknologi

b) Faktor reka bentuk

c) Jenis bahan dan pengikat

d) Alatan tangan dan mesin

e) Proses

f) Reka bentuk projek

1.3 Elektrik

a) Sumber dan Kegunaan elektrik

b) Jenis wayar dan kerja pendawaian

1.4 Kerja Paip

a) Pengenalan sistem, bekalan air di rumah

b) Jenis paip, penyambung paip dan bahan

pemasangan paip

c) Jenis dan kelengkapan paip

d) Kerja Penyenggaraan

1.5 Jahitan

a) Mesin Jahit

b) Penghasilan artikel

1.6 Tanaman Hiasan

a) Pembiakan secara keratan

b) Penanaman

c) Penjagaan anak pokok

Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002.

5

Bagi bahagian Pilihan pula, terdapat satu bahagian baru yang ditambah

iaitu Perdagangan dan Keusahawanan manakala tajuk Kemahiran Manipulatif

Tambahan digantikan dengan Kemahiran Teknikal. Jadual 1.2 di bawah

menunjukkan isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

tingkatan satu bahagian Pilihan.

Jadual 1.2 : Isi kandungan bahagian pilihan mata pelajaran Kemahiran Bersepadu (KHB) tingkatan satu mengikut sukatan baru. Pilihan Tajuk Sub Tajuk

1 Kemahiran Teknikal 1.1 Elektrik

a) Jenis litar elektrik

b) Penggunaan meter pelbagai

c) Unit kawalan utama bekalan elektrik

domestik

d) Kuasa elektrik

1.2 Asas Elektromekanikal

a) Pengenalan pergerakan mekanikal

b) Pengenalan pergerakan elektromekanikal

1.3 Perniagaan dan keusahawanan

a) Pengenalan kepada perniagaan

- Pengertian dan kepentingan perniagaan

- Perkembangan perniagaan

- Bentuk dan jenis perniagaan.

- Milikan perniagaan

2

Ekonomi Rumah Tangga

2.1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian

a) Diet seimbang

b) Perancangan menu

c) Prinsip memasak

d) Kaedah memasak

e) Penyediaan dan penyajian makanan

f) Reka cipta resipi

2.2 Bater

a) Jenis bater

b) Penyediaan makanan

6

Pilihan

Tajuk

Sub Tajuk

2.3 Kuih Tempatan

a) Sumber kuih tempatan

b) Penyediaan makanan

2.4 Pakaian

a) fabrik

b) Pemilihan pakaian

c) Penjagaan pakaian

2.5 Jahitan

a) Proses jahitan

b) Penghasilan projek jahitan

2.6 Perniagaan dan keusahawanan

a) Pengenalan kepada perniagaan

- Pengertian dan kepentingan perniagaan

- Perkembangan perniagaan

- Bentuk dan jenis perniagaan

- Milikan perniagaan

3

Pertanian

3.1 Kompos

a) Pengenalan

b) Bahan kompos

c) Pembinaan kompos

d) Pengurusan

3.2 Tanaman sayuran

a) Jenis Sayuran

b) Penyediaan tapak

c) Penanaman

d) Penjagaan

e) Pungutan hasil

f) Giliran tanaman

3.3 Perniagaan dan keusahawanan

a) Pengenalan kepada perniagaan

- Pengertian dan kepentingan perniagaan

- Perkembangan perniagaan

- Bentuk dan jenis perniagaan

- Milikan perniagaan

7

Pilihan

4

Tajuk

Perdagangan dan Keusahawanan

Sub Tajuk

4.1 Pengenalan kepada perniagaan

a) Konsep dan kepentingan perniagaan

b) Perkembangan perniagaan

c) Bentuk dan jenis perniagaan

d) Milikan perniagaan

e) Faktor mempengaruhi perniagaan

4.2 Penubuhan dan pengendalian perniagaan

a) langkah menubuhkan perniagaan kecil

- Perancangan perniagaan

- Dokumen penubuhan perniagaan kecil

- Cara mendapatkan modal

b) Pengendalian perniagaan

- Pengendalian dan kawalan perniagaan

- Etika amalan perniagaan

4.3 Dokumen perniagaan

a) Kepentingan dokumen

b) Jenis dokumen

c) Maklumat penting dalam dokumen

4.4 Pengeluaran

a) Pengertian pengeluaran

b) faktor pengeluaran

c) Bidang pengeluaran

d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan

e) Proses pengeluaran

f) Pengiraan kos

Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2002.

Secara amnya, penggubalan semula ini seperti kembali kepada sistem

Aneka Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 tetapi komponen teras

dikekalkan dan palajar perlu memilih bahagian pilihan (elektif) yang mempunyai

empat pilihan. Empat bahagian pilihan itu ialah Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumah Tangga, Pertanian dan pilihan yang keempat Perdagangan &

Keusahawanan. Pelaksanaan bagi sukatan baru ini telah diguna pakai oleh semua

sekolah-sekolah menegah di seluruh negara pada bualn Januari tahun 2003.

Peringkat awal ini telah melibatkan pelajar tingkatan satu di seluruh Negara.

8

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan satu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan

norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia.

Awal dekad baru ini kita sering mendengar tentang perubahan dan penggubalan

kurikulum terutamanya kurikulum yang berkaitan dengan sains dan matematik.

Di dalam hal ini kurikulum yang berkaitan dengan subjek teknik dan voksional

juga tidak dapat lari dari perubahan dan penggubalan kerana mata pelajaran teknik

dan vokasional amat berkait rapat dengan subjek Sains dan Matematik.

Pada tahun 2002 kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu telah digubal dan ianya telah diguna pakai oleh pelajar tingkatan satu

diseluruh negara mulai Januari tahun 2003. Mata pelajaran ini digubal

berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk

meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan

tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan

keperluan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)

Perubahan kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah

diperlukan supaya generasi yang mendatang bersedia menempuhi era dunia

teknologi yang berkembang pesat. Menurut Ahamad bin Sipon (2001),

Pendidikan dan Latihan adalah faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara

yang amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak.

Justeru amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa hadapan

perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar pengatahuan

dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani pelbagai cabaran

dalam menempuhi era globalisai dan K-ekonomi.

9

Namun begitu, secara kasarnya perubahan sesuatu kurikulum bakal

menimbulkan beberapa masalah samada masalah yang berkaitan dengan pihak

sekolah, guru mahupun pelajar itu sendiri. Penggubalan kurikulum yang

disuarakan oleh ahli politik dan bukan ahli dalam pendidikan juga membawa

masalah kerana hasil keputusan dan penggubalan tidak terarah kepada

pembangunan insan yang seimbang dari segi intelek dan rohani. Ini ditegaskan

oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Tun Abdul Razak

(UNITAR), Ibrahim Ahmad Bajunid,

"Pemikiran politik dan pentadbir yang tidak mempunyai latar belakang

yang rapat dengan pendidikan masih mempengaruhi kefahaman dan menentukan

semua sistem pendidikan negara ini.”(Berita Harian, 14 Julai 2000)

Melalui pengalaman dan pemerhatian penyelidik ketika menjalani latihan

mengajar, pelaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu ini banyak membawa beberapa masalah yang ketara seperti beban

tugas guru bertambah dan tahap penerimaan pelajar itu sendiri agak sukar kerana

sukatan baru ini menghimpunkan pelbagai konsep serta isi pelajaran dari tingkatan

satu hingga tiga yang terpaksa dipelajari di dalam tingkatan satu. Jadual 1.3 di

bawah menunjukkan perbandingan tajuk sukatan mata pelajaran KHB yang sedia

ada dan tajuk sukatan pelajaran KHB yang baru

10

Jadual 1.3 : Jadual perbandingan perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) KBSM.

Bahagian

Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang sedia ada.

Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut sukatan baru (2002)

Teras

Kemahiran manipulatif Kerja kayu dan logam Elektrik Elektronik Kerja paip asas Enjin Pengurusan diri Perkebunan Reka cipta Membuat projek reka cipta Perniagaan dan keusahawanan Pengenalan alam perniagaan Asas keusahwanan Pengeluaran Industri tempatan Asas perniagaan Menyimpan rekod Konsumerisme Kekeluargaan Peningkatan kendiri Kesejahteraan keluarga Hdup bermasyarakat

Reka bentuk dan teknologi Organisasi dan keselamatan Reka cipta Reka bentuk dan penghasilan projek Elektrik Elektrik Kerja paip asas Lukisan teknik Jahitan Masakan Tempat kediaman Perkebunan Perniagaan dan keusahawanan (tajuk ini merentasi pilihan 1, 2, 3) Pengenalan kepada perniagaan Asas keusahawanan Pengeluaran Pengenalan kepada pemasaran Menyimpan rekod Konsumerisme

(tiada)

11

Bahagian Elektif 1

Tajuk Sukatan Pelajaran KHB yang sedia ada.

Kemahiran Manipulatf Tambahan Lukisan Teknik

Tajuk Sukatan Pelajaran KHB mengikut sukatan baru (2002)

Kemahiran Teknikal Elektrik Elektronik Lukisan Teknik Enjin Perniagaan dan keusahawanan

Elektif 2 Ekonomi Rumah Tangga Makanan dan Pemakanan Pakaian Tempat Kediaman

Ekonomi Rumah Tangga Makanan dan Pengendalian makanan Pengurusan Sajian Membuat Biskut Dan Kek Pakaian Jahitan Perniagaan Dan Keusahawanan

Elektif 3 Pertanian Hortikultur

Pertanian Tanaman sayur-sayuran Ternakan Ayam Daging atau Puyuh daging atau Pemeliharaan haiwan kesayangan Pelandskapan Perniagaan dan Keusahawanan

Elektif 4

(Tiada) Perdagangan dan Keusahawanan Pengenalan kepada perniagaan. Penubuhan dan pengendalian perniagaan Dokumen perniagaan Pengeluaran Keusahawanan Pengenalan kepada pemasaran Konsumerisme Simpan kira

Sumber: Sukatan mata pelajaran KHB tahun 2002, KPM.

12

Jika diperhatikan dari aspek pencapaian pelajar, perbandingan pencapaian

pelajar tahun 2002 (sebelum sukatan baru dilaksanakan) dan pencapaian pelajar

tahun 2003 (setelah sukatan baru dilaksanakan) menunjukkan peratus penurunan

yang agak ketara dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bagi pelajar

tingkatan satu.

Berikut adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu tahun 2002 dan

2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diperolehi oleh

penyelidik dari Sekolah Menengah Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.

Jadual 1.4 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 1 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003.

Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 486 329 67.70 2003 438 260 59.36

Peratus Penurunan 7.34 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.

Jadual 1.5 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara 2 S.M.K Taman Universiti tahun 2002 dan 2003.

Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 487 252 51.75 2003 442 182 41.21

Peratus Penurunan 10.54 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor

Jadual 1.6 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam perperiksaan pertengahan Tahun S.M.K Taman Universiti 2002 Dan 2003.

Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 486 352 72.43 2003 438 291 66.44

Peratus Penurunan 5.99 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.

13

Jadual berikutnya pula adalah jadual pencapaian pelajar tingkatan satu

tahun 2002 dan 2003 dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan

satu bagi Ujian Setara Satu dan Perperiksaan Pertengahan Tahun yang diperolehi

oleh penyelidik dari Sekolah Menengah Skudai, Johor Bahru, Johor.

Jadual 1.7 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Ujian Setara Satu S.M.K Skudai Tahun 2002 dan 2003.

Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 402 234 58.20 2003 421 239 56.76

Peratus Penurunan 1.44 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor.

Jadual 1.8 : Jadual perbandingan pencapaian pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Perperiksaan Pertengahan Tahun 2002 dan 2003.

Tahun Bilangan pelajar Jumlah Lulus Peratus Lulus 2002 434 271 62.44 2003 444 256 57.65

Peratus Penurunan 4.79 Sumber: Bahagian Peperiksaan Dalaman, S.M.K Skudai, Johor Bahru, Johor.

Melalui perbandingan yang telah disediakan oleh penyelidik, jelas

menunjukkan bahawa pencapaian pelajar pada tahun 2002 lebih baik dan

memberangsangkan berbanding dengan pencapaian pelajar setelah sukatan baru

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 2003.

Timbul persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik tentang mengapakah perkara

ini berlaku dan adakah penurunan ini merupakan kesan terhadap pelaksanaan

kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang diikuti

oleh semua pelajar tingkatan satu mulai Januari 2003 yang lalu.

14

1.3 Pernyataan Masalah

Perubahan Kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

ini adalah satu titik baru bagi menyediakan pelajar yang lebih berpengetahuan dan

mahir dalam teknologi, namun adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu ini

telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

mengikut sukatan baru sedangkan mereka telah lama mengajar mengikut sukatan

yang sedia ada. Selain itu, penyelidik juga cuba untuk melihat apakah masalah-

masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup sepanjang proses

mereka mengajar mata pelajaran ini mengikut sukatan baru. Penyelidik juga

berhasrat untuk meninjau persepsi mereka terhadap perubahan yang berlaku di

dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini bertujuan meninjau

perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di

sekolah-sekolah menengah di sekitar kawasan Skudai, Johor Baharu. Kajian ini

juga dilakukan oleh penyelidik kerana tiada lagi kajian yang dilakukan ke atas

perlaksanaan kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

yang telah diguna pakai mulai Jaunari 2003.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui :

1. Mengenalpasti kesediaan guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan

satu untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut

sukatan kurikulum yang baru.

2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Kemahiran

Hidup Bersepadu tingkatan satu terhadap kurikulum baru mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

15

3. Mengenalpasti persepsi guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu

terhadap perubahan yang berlaku dalam kurikulum Kemahiran Hidup

Bersepadu.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian

bagi menentukan objektif kajian tercapai. Persoalan kajian yang telah dikemukakan

ialah:

1. Adakah guru-guru kemahiran hidup tingkatan satu telah bersedia untuk

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah

mengikut sukatan kurikulum baru ?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru kemahiran hidup

tingkatan satu terhadap sukatan kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu yang baru ?

3. Apakah persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu

terhadap perubahan yang berlaku di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu ?