text mc n bacaan doa

Upload: muhd-hanif-mat-rusdi

Post on 09-Mar-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

text-mc-n-bacaan-doa.docx

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLISSayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.Yang dimuliakan, Ustaz Muhammad Zawawi Bin Muhammad Ali, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Ustaz Mohammad Kamil Bin Jaafar, selaku penasihat Persatuan Pelatih Islam.Yang berusaha, saudara Mohd. Azlin Bin Anuar, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Yang dihormati, saudara Mohd. Fahmi Bin Zakaria, Presiden Persatuan Pelatih Islam serta guru-guru pelatih yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menghadiri majlis ini. Baiklah, sebelum memulakan majlis, ayuhlah kita sama-sama membaca ummul furqan al-fatihah. Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, sukacita saya menjemput saudara Fawwaz Bin Hassan untuk membacakan doa. Walyatafaddhol masykuro.Terlebih dahulu, saya menjemput saudara Mohd. Fahmi Bin Zakaria, Presiden Persatuan Pelatih Islam bagi menyampaikan sepatah dua kata.Kita teruskan majlis kita dengan sedikit ucapan daripada Ustaz Mohammad Kamil Bin Jaafar selaku penasihat Persatuan Pelatih Islam.Seterusnya, saya menjemput Ustaz Muhammad Zawawi Bin Muhammad Ali, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral bagi memberikan sedikit ucapan sekaligus merasmikan majlis ini.Kita teruskan lagi majlis ini dengan sesi cabutan bertuah. Oleh itu, saya menjemput Ustaz Muhammad Zawawi Bin Muhammad Ali diiringi saudara Mohd. Fahmi Bin Zakaria ke pentas bagi membuat cabutan serta menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah.Seterusnya, dijemput naib presiden PersatuanPelatih Islam, Mohd.Hafizuddin Bin Rosdi,bagi mengiringi saudara Mohd. Fahmi Bin Zakaria untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ustaz Muhammad Zawawi Bin Muhammad Ali danUstaz Mohammad Kamil Bin Jaafar.Terima kasih atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.Tanpa membuang masa lagi, saya serahkan majlis ini kepada pengacara tetap.

TEKS BACAAN DOA

,

Ya Allah YaTuhan Kami,Dengan sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada malam yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan majlis ini, kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Sesungguhnya kami berhimpun pada malam ini bagi melahirkankesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang melimpah ruah kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu.Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini.

YaRahmanuYa Rahim,Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara.Engkau sematkanlah kedalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.Ya Zal JalaliWalIkram,Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.Ya Allah Yang MahaPengasihLagiMahaPenyayang,Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya Allah, hadiahkanlah buat kedua ibubapa kami, anugerah umur yang panjang, agar kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu, masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan.Ya Allah, Engkau kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. , , . ,