text ketua pembangkang

1
Text Pembangkang Sayangkan anak , tangan-tangankan , Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan, Sayangkan pembangkan ku beri sokongan, Sayangkan kerajaan, ku hadiahkan bidasan. Bismillahirrahmanirrahim... Sekalung apresiasi buat tuan speaker dewan , ahli-ahli kabinet kerajaan , proksi pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan yang bersidang. Assalamualaikum dan salam diskusi. Warga dewan yang mulia, Di meja perwakilan pembangkang hari ini bukanlah kami ingin menolak usul pada hari ini iaitu “PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS UNTUK LULUS SPM” secara membabi buta. Kami akan hidangkan satu persatu keburukan yang akan wujud apabila usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini. Sebelum mulut petah perkata , sebelum tangan berayun gagah. Izinkan saya selaku ketua pembangkang memberi definisi usul pada hari ini secara literal agar pihak pencadang khususnya tidak terkial-kial memcari asa perjuangan kami pada hari ini. Frasa saya yang pertama , berolialisasikan kamus dewan bahasa edisi ke-4 , “pelajar sekolah menengah” bermaksud seseorang yang menununtut ilmu di peringkat antara sekolah rendah dan institusi pengajian tinggi. “Wajib lulus bahasa inggeris untuk lulus SPM” pula bermaksud sesuatu kemestian untuk melepasi penggunaan bahasa asing selain bahasa ibunda untuk melepasi Sijil Pelajaran Malaysia. Apa yang ingin ditekankan di sini, adakah perkara ini akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan ? Di sini akan disingkap satu persatu. Untuk mengukuhkan premis pihak pembangkang. Kami telah meletakkan 3 strategi utama iaitu , saya selaku ketua pembangkang akan membentangkan hujah pertama iaitu “bahasa adalah jiwa bangsa”. Duduk saya akan bangkit pula pembangkang kedua di barisan trio pembangkang yang akan mengukuhkan lagi argumen iaitu , “pembelajaran Bahasa Inggeris Meningkatkan Perbelanjaan Negara”. Duduk pembangkang kedua , akan bangkit pula pembangkang ketiga yang akan membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pencadang yang cuba meraih simpati ahli-ahli dewan untuk menerima usul yang mereka bentangkan. Beliau akan mengukuhkan topik hangat ini di bawah kata kunci “Mengapa Perlu Bahasa Inggeris?”

Upload: iqah-zamri-ii

Post on 17-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

qwertyuiop

TRANSCRIPT

Text PembangkangSayangkan anak , tangan-tangankan ,Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan, Sayangkan pembangkan ku beri sokongan,Sayangkan kerajaan, ku hadiahkan bidasan.

Bismillahirrahmanirrahim... Sekalung apresiasi buat tuan speaker dewan , ahli-ahli kabinet kerajaan , proksi pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan yang bersidang. Assalamualaikum dan salam diskusi.

Warga dewan yang mulia, Di meja perwakilan pembangkang hari ini bukanlah kami ingin menolak usul pada hari ini iaitu PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS UNTUK LULUS SPM secara membabi buta. Kami akan hidangkan satu persatu keburukan yang akan wujud apabila usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini.

Sebelum mulut petah perkata , sebelum tangan berayun gagah. Izinkan saya selaku ketua pembangkang memberi definisi usul pada hari ini secara literal agar pihak pencadang khususnya tidak terkial-kial memcari asa perjuangan kami pada hari ini. Frasa saya yang pertama , berolialisasikan kamus dewan bahasa edisi ke-4 , pelajar sekolah menengah bermaksud seseorang yang menununtut ilmu di peringkat antara sekolah rendah dan institusi pengajian tinggi. Wajib lulus bahasa inggeris untuk lulus SPM pula bermaksud sesuatu kemestian untuk melepasi penggunaan bahasa asing selain bahasa ibunda untuk melepasi Sijil Pelajaran Malaysia.

Apa yang ingin ditekankan di sini, adakah perkara ini akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan ? Di sini akan disingkap satu persatu.Untuk mengukuhkan premis pihak pembangkang. Kami telah meletakkan 3 strategi utama iaitu , saya selaku ketua pembangkang akan membentangkan hujah pertama iaitu bahasa adalah jiwa bangsa. Duduk saya akan bangkit pula pembangkang kedua di barisan trio pembangkang yang akan mengukuhkan lagi argumen iaitu , pembelajaran Bahasa Inggeris Meningkatkan Perbelanjaan Negara. Duduk pembangkang kedua , akan bangkit pula pembangkang ketiga yang akan membidas hujah-hujah songsang daripada pihak pencadang yang cuba meraih simpati ahli-ahli dewan untuk menerima usul yang mereka bentangkan. Beliau akan mengukuhkan topik hangat ini di bawah kata kunci Mengapa Perlu Bahasa Inggeris?