tetap ke rio

Upload: haziq

Post on 08-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tetap Ke Rio

TRANSCRIPT

  • KUALA LUMPUR - Malaysia tetap akan menghantar kontinjen ke Sukan Olimpik Rio, Ogos

    ini meskipun penganjuran temasya sukan berprestij itu berdepan risiko penularaan virus

    Zika kritikal.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersama Majlis

    Olimpik Malaysia (MOM) sentiasa memantau perkembangan semasa virus pembawakan

    nyamun aedes itu dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang kata putus.

    Katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang negara yang menghantar laporan

    kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menarik diri daripada menyertai

    Sukan Olimpik.

    Buat masa ini tidak ada sebarang keputusan untuk tidak menghantar kontinjen negara ke

    Sukan Olimpik.Tiada negara yang membuat laporan kepada IOC untuk tidak hadir dan

    sama seperti Malaysia, kita akan pantau keadaan ini.Kita masih ada tempoh lima bulan

    lebih untuk Sukan Olimpik, kita akan terus memberi perhatian kepada perkembangan isu

    virus itu dengan pihak Brazil, katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra

    (PWTC), di sini semalam.

    Sebelum ini MOM yakin antara 20 dan 25 atlet negara berpeluang untuk layak.

    Selain badminton dan memanah, atlet negara daripada sukan lain seperti terjun, berbasikal

    dan golf mempunyai peluang layak. Setakat ini enam atlet telah melayakkan diri secara

    merit, dengan empat daripada mereka daripada terjun iaitu Pandelela Rinong, Ooi Tze

    Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee, manakala Khairul Anuar Mohamad memanah

    dan Jonathan Wong menembak. Penularan virus Zika, terutama di negara Amerika Selatan

    menimbulkan kerisauan dalam kalangan atlet serta pelancong yang ingin ke Rio.

    Virus itu dikaitkan dengan kecacatan bayi yang baru lahir dengan 30 negara dilaporkan

    sudah dijangkiti wabak tersebut berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia

    (WHO).

    Sumber dari Utusan Online