tesis klasifikasi ciri-ciri haiwan yang halal dan haram dimakan mengikut 4 mazhab 1
TRANSCRIPT
KLASIFIKASI CIRI-CIRI HAIWAN YANG HALAL DAN HARAM DIMAKAN MENGIKUT EMPAT MAZHAB
BAB SATU
PENDAHULUAN
Pengetahuan tentang halal dan haram sangat penting sekali bagi kaum muslimin. Ini
kerana ianya merupakan asas untuk membentuk kehidupan yang bersih dan sihat sama
ada secara zahir mahupun batin. Pengetahuan tentang halal dan haram akan menbuatkan
kaum muslimin sentiasa bersikap waspada terhadap apa saja yang boleh merosakkan
amal ibadah mereka1.
Al-ath’imah adalah bentuk jama’ dan kata tha’aam, maknanya adalah sesuatu
yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.
Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan
melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Firman Allah S.W.T
“Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah
kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sehagiannya) halal.” Katakanlah,
“Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan
menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?”2
Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara’ di antara yang haram dan mubah
(harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah
berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.
1 Halal Haram, Panduan Menuju Kehidupan Bersih Dan Sihat2 (Surah Yunus : 59)
1
Oleh itu kita wajib mengetahui halal dan haram, dan mengetahui sempadan di
antara kedua-duanya, iaitu “syubhat” (yang diragukan sama ada halal ataupun haram).
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Kaedah syarak dalam menentukan makanan yang diharamkan dan dihalalkan adalah
bertitik tolak daripada firman Allah Azzawajalla :
145. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak
memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau
daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan
secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah".
kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani3.
dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka Segala benda Yang buruk4.
3 (Surah Al-An’am : 145)4 (Surah Al-A’raf : 157)
2
4. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) Yang
Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu
(memakan) Yang lazat-lazat serta baik-baik, dan (buruan Yang ditangkap oleh)
binatang-binatang pemburu Yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara
pelatih-pelatih binatang pemburu. kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan
berburu) sebagaimana Yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah
dari apa Yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika
kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara
diri dari memakan Yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha cepat
hitungan hisabNya5"
Merujuk kepada dalili-dalil di atas, penulis telah tertarik untuk mengkaji dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang klasifikasi prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh keempat-empat mazhab dalam menentukan sama ada halal atau
haram sesejenis binatang itu untuk dimakan. Pada penulisan ini, penulis telah
memilih skop yang agak luas sedikit kerana melibatkan keempat-empat mazhab. Ini
kerana, pada pandangan penulis ramai di kalangan masyarakat hari ini termasuk
mahsiswa-mahasiswi tidak mengetahui dengan jelas apakah prinsip-prinsip yang
diletakkan oleh ulama’-ulama’ dalam menentukan sama ada halal atau haram
sesejenis binatang itu untuk dimakan.
PENYATAAN MASALAH
Apakah yang dimaksudkan dengan halal dan haram dalam
islam?
5 (Surah Al-Maidah : 4)
3
Bagaimanakah keempat-empat mazhab mengklasifikasikan ciri-
ciri binatang yang halal dan haram dimakan.
Sejauh manakah kesepakatan dan khilaf yang berlaku di antara
keempat-empat mazhab di dalam menetukan halal dan haram
sesejenis binatang.
OBJEKTIF KAJIAN (CADANGAN KAJIAN)
Memahami konsep halal dan haram dalam Islam.
Mengetahui ciri-ciri binatang yang halal dan haram dimakan
mengikut prinsip prinsip yang ditetapkan oleh keempat-empat
mazhab.
Mengetahui hujah-hujah dan dalil-dalil keempat-empat
mazhab dalam menentukan halal dan haram sesejenis
binatang.
KERANGKA TEORI
Dalam kajian ini, penulis menggunakan beberapa metod atau kaedah kajian untuk
mendapatkan maklumat-maklumat penting. Antara kaedah yang digunakan adalah :
Metode Pengumpulan Data
4
Metode pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan
data dan pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul. Penulis menggunakan beberapa
metode kajian untuk memperoleh maklumat yang tepat bagi penulisan kertas kajian ini.
Di dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis mengunjungi beberapa buah
perpustakaan untuk mendapatkan data, maklumat serta lain-lain dokumen seperti
majalah, keratan akhbar, jurnal, kertas kerja dan lain-lain yang bersangkutan dengan tajuk
ini. Antaranya :
a) Perpustakaan Utama, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismaol Petra (KIAS).
b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam puri.
c) Perpustakaan Awam, Az-Zahra’ Kota Bharu Kelantan.
d) Perpustakaan
.
Metode Analisis Data
Metode analisis data merupakan suatu proses yang dilakukan untuk mengolah idea
ataupun data-data yang diperoleh secara sistematis dengan menggunakan bukti, memapar
dan menerangkan supaya fakta-fakta dapat difahami dengan lebih jelas. Justeru itu,
segala persoalan-persoalan yang menjadi perkara perbincangan dalam kajian ini dapat
diperjelaskan dengan sebaiknya. Di dalam menganalisis data yang diperoleh, penulis
menggunakan metode :
Metode Induktif
5
Metode Induktif merupakan kaedah penganalisis data melalui pola berfikir yang mencari
pembuktian dari dalil yang bersifat khusus kepada dalil yang umum. Dalam kajian ini,
penulis menggunakan metode tersebut dalam menganalisis data yang diperoleh hasil
penelitian terhadap dalail-dalil dan hujah-hujah keempat-empat mazhab mengenai
prinsip-prinsip yang ditetapkan bagi menentukan sama ada halal atau haram dimakan
sesejenis binatang. Setelah penelitian dilakukan secara menyeluruh, penulis akan
menyusun hasil dapatan penelitian tersebut secara sistematik seterunya menyimpulkan
segala persoalan dan masalah yang menjadi perkara pokok pengkajian ini.
Jesteru berdasarkan kepada tujuan, kaedah dan rujukan yang dinyatakan, penulis
cuba mengemukakan dapatan secara jelas dan baik dengan berpandukan kepada beberapa
aspek yang digariskan sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam propasal ini.
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan Hipotesis yang dibuat, penulis berpendapat bahawa prinsip-prinsip yang
diletakkan oleh keempat-empat mazhab dalam mengklasifikasikan ciri-ciri binatang yang
halal dan haram dimakan adalah hampir sama dan khilaf yang berlaku di antara mereka
hanyalah dalam skop yang kecil sahaja.
KEPENTINGAN KAJIAN
6
Kajian yang dibuat adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang halal
dan haram dalam Islam.
Kajian yang dibuat juga adalah bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis binatang
yang halal dan haram dimakan.
Malah kajian ini amat penting untuk menjadi landasan dan garis panduan kepada
masyarakat muslim dalam memilih binatang yang halal untuk dimakan dan tidak
memakan binatang yang haram mengikut syarak.
SKOP ATAU LIMITASI KAJIAN
Dalam kajian ini, penulis telah menfokoskan secara terperinci terhadap dalil-dalil dan
hujah-hujah keempat-empat mazhab dalam meletakkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri
binatang yang halal dan haram dimakan mengikut pandangan Islam.
7