tesis hadith daif

Upload: ensiklopedia-pendidikan-malaysia

Post on 30-May-2018

312 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    1/169

    PENDAHULUAN

    1. PENGENALAN

    Latihan ilmiah ini merupakan satu syarat yang diperlukan dalam memperolehi ijazah

    Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian. Para pelajar dikehendaki

    mengemukakan tajuk yang bersesuaian dengan mereka untuk dijadikan bahan kajian.Sehubungan dengan itu, penulis telah memilih tajuk mengenai Pengaplikasian

    metode hadith mutbacat dan syawahid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah

    satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dacif kepada hasan li

    ghairih : Kajian 40 hadith di dalam kitab Fadil al-Solah oleh al-cAllmah al-

    Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariy al-Kandahlaw.

    Secara umumnya latihan ilmiah ini menyentuh dengan mendalam lagiterperinci mengenai teori kenaikan taraf hadith berstatus dacif yang sederhana kepada

    hasan li ghairih dengan paduan dan gabungan antara sanad atau jalan periwayatan

    samada yang setaraf atau yang lebih baik dengan hadith dacif tersebut. Selain dari

    pada itu, kajian ini cuba untuk menyelusuri kategori-kategori hadith yang boleh dinaik

    taraf dan yang tidak dapat dinaik taraf serta hujah yang dikeluarkan oleh para ulama

    hadith dalam menetapkan klasifikasi tersebut. Bagi mendalami perkara itu tidak boleh

    tidak bagi penulis mengkaji terlebih dahulu definisi hadith dacif, hukum dan peraturan

    dalam menyebut dan meriwayatkan serta beramal dengan hadith dacif sebagai mana

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    2/169

    yang termaktub di dalam syarahan dan penerangan yang diutarakan oleh ulama dahulu

    dan terkemudian.

    Bukan sekadar itu sahaja, malah kajian ini cuba menyenaraikan klasifikasi dan

    kategori hadith-hadith dacif samada yang sederhana kelemahannya mahupun yang

    melampau kelemahannya. Perkara dan tujuan terakhir kajian ini ialah penulis cuba

    mengenali dan mengkaji riwayat hidup seorang ulama hadith yang masyhur

    kealimannya samada dalam bidang syariah perundangan Islam lebih-lebih lagi di

    dalam bidang hadith iaitu al-cAllmah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariy

    al-Kandahlaw dari aspek kehidupannya, sumbangannya sebagai ulama hadith samada

    dalam bidang penulisan mahupun usahanya ke arah memartabatkan Islam sebagai

    agama yang hak. Seterusnya mengenai guru-guru dan murid-murid beliau, metode

    dan manhaj penulisannya serta lain-lain aspek yang menyentuh tentang kehidupannya.

    2. PENYATAAN MASALAH

    Solat adalah amalan yang difardukan Allah S.W.T. kepada setiap orang Islam apabilacukup syaratnya. Agama Islam terdiri daripada 5 rukun utama dan solat merupakan

    rukun ke 2 dalam rukun Islam yang tidak boleh tidak dilaksanakan di dunia ini bagi

    mendapat keamanan dan kebahagian di dunia tambahan pula di akhirat kelak. Islam

    sangat menitikberatkan amalan solat dapat dilaksanakan oleh setiap penganutnya di

    mana kalau diteliti solat dapat dijama dan diqasarkan apabila seseorang itu bermusafir

    dengan tujuan meringankan seseorang itu ketika bermusafir supaya penat lelah dan

    keletihan ketika bermusafir tidak menjadi penghalang daripada tidak mendirikan solat.Walau apa jua keadaan yang menimpa seseorang itu diwajibkan untuk bersolat

    sehingga ketika di dalam medan pertempuran diperintahkan untuk bersolat.

    Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. telah diriwayatkan dari masa ke semasa

    sehingga zaman pembukuan hadith oleh individu-individu yang berlainan taraf

    kethiqahan dan kedabitannya. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perbezaan

    pendapat ketika menghukum sesuatu riwayat samada sahih atau dacif disebabkan

    perbezaan para perawi daripada segi hafalan, kepakaran dan sebagainya tambahan

    2

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    3/169

    pula skema permarkahan yang berlainan oleh para muhaddith dalam menghukum

    sesuatu hadith. Atas perkara itu penulis menulis latihan ilmiah ini bagi tujuan seperti

    mana yang di bawah

    3 MATLAMAT KAJIAN

    Kajian dan penyelidikan ini bertujuan mengkaji dan menyelidiki peranan yang

    dimainkan oleh riwayat sokongan sebagai salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf

    hadith dacif kepada hasan li ghairh serta takhrij sumber 40 hadith di dalam kitab

    Fadil al-Solatoleh al-cAllmah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariy al-

    Kandahlaw.

    4 OBJEKTIF KAJIAN

    i. Untuk mengkaji dan menyelidiki peranan riwayat sokongan dalam menaiktaraf status hukum hadith daripada dacif kepada hasan li ghiarih.

    ii. Untuk mengetahui klasifikasi hadith dacif yang boleh dinaik taraf kepada hasan

    lighairih dan hadith yang tidak boleh dinaik taraf.

    iii. Untuk menjelaskan samada boleh beramal dan berictiqad dengan hadis dacif

    atau tidak boleh beramal dan beri

    c

    tiqad dengan hadis berkenaan.

    iv. Untuk mengenali siapa dia Maulana Muhammd Zakariy al-Kandahlaw.

    dan sumbangannya terhadap dunia penulisan hadith.

    v. Untuk menjelaskan dan mendalami gambaran secara keseluruhan klasifikasi

    hadith dacif .

    5 LIMITASI KAJIAN

    3

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    4/169

    Limitasi kajian ini ialah pengkaji hanya mengkaji dan menyelidiki hadith yang

    terdapat di dalam bahagian kelebihan solat daripada keseluruhan kitab Fadail al-

    Acmaldan tidak menyentuh hadis yang terdapat di dalam bahagian yang lain. Pengkaji

    menghadkan penyelidikan berkenaan disebabkan peruntukan masa yang singkat

    selama satu semester yang mana tidak cukup untuk mengkaji keseluruhan hadith yang

    terdapat di dalam setiap bahagian daripada kitab tersebut.

    6 DEFINISI KAJIAN

    Pengaplikasian;

    Menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau mengunakan pada

    amalan, contoh ayat: mereka mengetahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin

    mengaplikasikan teori itu ke dalam sesi yang baru dimulainya.

    Metode;

    Cara melakukan sesuatu, sistem, manhaj, kaedah dan metodologi.

    Riwayat sokongan

    Hadith yang sama taraf atau lebih baik dari hadith yang disokong kerana sama atau

    menyerupai matan hadith berkenaan yang berupaya menaikkan taraf hadith berkenaan

    dari dacif kepada hasan li ghairih. Riwayat sokongan terbahagi kepada dua. Pertama

    hadith mutbi

    c

    iaitu hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang mana lafaz hadithnyasesuai dengan lafaz hadith perawi yang lain. Kedua hadith syahid ialah hadith yang

    diriwayatkan oleh seseorang sahabat yang mempunyai makna yang sama dengan

    hadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang lain.

    Hadis dacif;

    Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi sahih atau hasan disebabkan

    perkara-perkara tertentu yang terdapat pada matan dan sanad hadis tersebut.

    Hasan li ghairih

    4

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    5/169

    Sesuatu hadith dacif yang sederhana kedacifannya yang disokong oleh riwayat lain

    yang setaraf atau lebih kuat daripadanya.

    Kitab fadail al-solah

    Kitab yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan dengan

    solat. Kandungan bab ini ialah kepentingan solat, kelebihan solat, amaran dan celaan

    ke atas mereka yang meninggalkan solat, penerangan tentang solat berjemaah,

    kelebihan solat berjemaah, amaran kerana meninggalkan solat berjemaah, penerangan

    tentang khusyuk dan khudu dalam solat, hadith tentang khusuk dan solat beberapa

    orang sahabat, tabicin dan ahlullah.

    Muhammad Zakariya al-Kandahlawi

    Rais muhaddithin callamah Muhammad Zakaria al-Kandahlawi. Beliau adalah salah

    seorang daripada tenaga pengajar hadith di madrasah Mazahir Ulum Saharanpur di

    India.

    7 METODOLOGI KAJIAN

    Aspek-aspek yang disentuh dalam metodologi kajian ini ialah

    7.1 Jenis Kajian

    Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang cenderung kepada metode

    pengumpulan data melalui pemerhatian ataupun penganalisaan kandungan dokumen

    yang berkaitan. Sebagai contoh kajian yang pengkaji jalankan berkaitan hadith dacif,

    oleh yang demikian penganalisis akan mengumpulkan data dan maklumat daripada

    kitab-kitab hadith yang digunakan oleh penulis buku kitab Fadail al-cAmal ini bagi

    mengeluarkan hadis tersebut seperti kitab Sahih al-Bukhari, Muslim, Sunan al-

    Tirmidhi, Abi Dauddan kitab hadis asli yang lain.

    7.2 Persampelan yang ditetapkan

    5

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    6/169

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    7/169

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    8/169

    Malangnya penterjemah buku beliau ini tidak menterjemahkan syarahan status hadis

    tersebut atas sebab yang tidak dapat diketahui.

    7.5 Kaedah dan metode pengumpulan data

    Bagi hadis yang diambil daripada kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim pengkaji akan

    mengenepikan hadis tersebut kerana hadis ianya terkeluar daripada kategori hadis

    dacif. Sekiranya hadis tersebut tidak terdapat di dalam dua kitab hadis tadi maka

    penulis akan merujuk kitab syarah bagi kitab hadis tersebut sebagai contoh Maulana

    Muhammad Zakaria al-Kandahlawi mengambil hadis yang diriwayatkan oleh Abi

    Daud dalam bahagian solat hadis yang ke 10 maka penulis akan merujuk kitab syarah

    bagi kitab Sunan Abu Daudseperti cAwn al-Macbud Syarh Sunan Abi Daudkarangan

    Syamsul Haq cAzimdi, Mirqat al-Sacud Ila Sunan Abu Daudpenulisan oleh Jalal al-

    Din al-Suyuti, Tahzib Sunan Abi Daudhasil kajian Ahmad Syakir dan lain-lain lagi

    bagi mendapatkan pendapat dan hujah mereka terhadap status hukum hadis tersebut

    samada sahih, hasan atau dacif.

    Walau bagaimanapun pengkaji tidak terhenti pada kaedah dan metode begitu

    sahaja, pengkaji akan mengunakan kaedah takhrij al-hadis bagi mengenal pasti

    samada hadis yang diriwayatkan oleh imam Abi Daud itu turut diriwayatkan oleh

    perawi hadis yang lain seperti al-Bukhr, Muslim, al-Tirmidh, Ab Daud, al-Nase

    imam Ahmad dan yang lain. Apabila hadith tersebut turut diriwayatkan oleh al-

    Bukhr atau Muslim atau kedua-duanya sekali secara automatik hadis tersebut

    menjadi hadis sahih kerana terdapat hadis lain yang menguatkan hadis tersebut yangmana hadis tersebut terdapat di dalam al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min

    Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih dan Sahih Muslim, oleh hal yang

    demikian hadis tersebut dihukum sahih dan hukum bagi hadis itu menjadi dacif pada

    sanadnya dengan jalan imam Abi Daud bukan dacif pada matannya. Kaedah takhrij

    hadis yang digunakan ialah mentakhrij hadis dengan kalimah yang penting atau gharib

    dalam hadis tersebut, mentakhrij hadis pada awal matan hadis, mentakhrij hadis

    dengan cara perawi hadis selepas Rasulullah s.a.w dalam sanad tersebut, mentakhrij

    8

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    9/169

    hadis berdasarkan tajuk hadis, mentakhrij hadis berdasarkan sifat pada sanad dan

    matan dan mentakhrij hadis dengan mengunakan CD hadis.

    Terdapat tiga cara takhrij al-hadith yang dicadangkan oleh para ulama iaitu al-

    uslub al-mukhtasar, al-uslub al-wasat dan al-uslub al-al-mufassal. Al-Uslub al-

    mukhtasar ialah pentakhrij hanya menyatakan sumber-sumber hadith, nama kitab,

    bab-bab, juz, halaman muka surat dan bilangan hadith. Al-Uslub al-wasat ialah

    pentakhrij menyatakan sumber-sumber hadith seperti al-uslub al-mukhtasar kemudian

    dinyatakan tempat titik pertemuan sanad semuanya bersama penerangan lafaz-lafaz

    tambahan yang mungkim boleh memeri kesan kepada penambahan hukum. Al-Uslub

    al-Mufassal ialah sama seperti al-uslub al-mukhtasar dan al-uslub al-wasat Cuma

    penambahannya menyebut hadith mengikut turutan yang paling tinggi kemudian yang

    paling rendah serta penjelsan hukum bersama dengan syahid dan riwayat sokongan.

    Penulis memilih al-uslub al-mukhtasar bagi penulisan takhrij hadith di dalam kajian

    ini.

    Berbalik rujukan kepada kitab syarah sekiranya syarah kitab hadis bagi Sunan

    Abi Daud menyatakan hadis ini dac

    if disebabkan seorang perawi dalam sanad hadistersebut dacif maka pengkaji akan merujuk kepada kitab al-Jarh wa al-Tacdil yang

    primari seperti kitab Tahdhib al-Tahdhib oleh Ahmad bin cAli al-cAqalani (Ibn Hajar),

    Mizan wa al-Icitidal oleh Muhammad bin Ahmad bin cUsman (al-Dhahabi), al-Tarikh

    al-Kabir oleh Abu cAbdullah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) dan kitab-kitab rijal

    al-hadis yang lain. Terdapat banyak ulama hadis seperti Ab Hatm, al-Nasaci, Ibn

    Macin, Ibn al-Qattan, Yahya al-Qattan, Ibn Hibban dan yang lainya akan menghukum

    perawi tersebut samada menta

    c

    dilkan atau mentajrihkan yang mana terdapat di dalamkitab rijal al-hadis tadi. Sekiranya mereka bersepakat menghukum perawi hadis

    tersebut dacif tanpa ada sebarang khilaf atau pertentangan di antara mereka maka

    pengkaji akan mengambil istinbat dari perkara ini dengan menghukum hadis tersebut

    dihukum disebabkan terdapat perawi dacif dalam sanad hadis daripada jalan imam

    Abi Daud dan bukan dacif disebabkan matannya.

    Akan tetapi kebarangkalian terdapat perselisihan dan pertentangan pendapat di

    antara imam hadis dalam menghukum perawi hadis di mana sebahagian ulama hadis

    9

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    10/169

    menghukum perawi tersebut dacif kerana dia mengambil hadis tersebut daripada

    gurunya yang terang lagi bersuluh berstatus dacif dan sebahagian ulama yang lain

    menghukum perawi tersebut berstatus thiqah maka pengkaji akan mengunakan 20

    kaedah sekiranya berlaku pertentangan di antara Jarh dan Tacdil yang terdapat di

    dalam kitab Dhawabit al-Jarh wa al-Tacdil oleh cAbdul cAziz bin Muhammad bin

    Ibrahim al-c Abdul al-Latif, di mana dalam permasalahan sebegini pengkaji akan

    merujuk kepada pendapat dari dua orang imam yang muctabar dan kontemperori

    dalam ilmu hadis iaitu Ahmad bin cAli al-cAqalani (Ibn Hajar) dan Muhammad bin

    Ahmad bin cUsman (al-Dhahabi) yang mana mereka memiliki kitab yang berjudul

    Taqrib al-Tahzib, Tahzib al-Tahzib, Tacrif ahl al-Taqdis bi maratib al-Mawsufin bi al-

    Tadlis bagi Imam Ibnu Hajar dan Mizan al-Icitidal, al-Kasyif fi macrifah man lahu

    riwayah fi al-kutub al-sittah bagi Imam al-Dhahabi. Kenapa pengkaji memilih

    rujukan mereka berdua? Pengkaji memilih merujuk kepada mereka berdua dalam

    permasalahan sedemikian disebabkan mereka berdua merupakan imam pengkaji hadis

    yang terkemudian dan mendapat maklumat yang lebih terkini dan menyeluruh

    daripada imam hadis yang terdahulu.

    Kalau kita lihat dalam banyak buku yang mengkaji status sesuatu hadis pendapat dua imam ini lebih ditumpukan dan dijadikan dalil penguat bagi

    menghukum sesuatu hadis. Sekiranya dua imam ini menyatakan perawi bagi hadis

    yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud ini dacif maka pengkaji akan mengambil

    hukum bagi status hadis tersebut berdasarkan hukum yang diberikan oleh Imam Hafiz

    Ibn Hajar dan al-Dhahabi.

    8 ULASAN KEPERPUSTAKAAN

    Buku bertajuk Fadail al-Acamal karangan Maulana Muhammad Zakaria al-

    Kandahlawi ini merupakan kitab yang masyhur pembacaanya oleh jemaah tabligh

    sebagai satu rutin harian yang perlu dibaca samada secara persendirian atau secara

    berkumpulan bagi mendapatkan kegairahan dan semangat yang membara untuk

    mengamalkan amalan agama seperti solat, zikir, membaca al-quran, mengerjakan haji,

    10

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    11/169

    bersedaqah, bertabligh, memahami dan mengamalkan jalan kehidupan nabi

    Muhammad s.a.w dan para sahabatnya r.a.hum dan lain-lain lagi serta bagi

    menzahirkan di dalam hati rasa penyesalan .

    Pada tahun 1999 seorang pelajar pra siswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM,

    telah membuat kajian latihan ilmiah yang bertajuk penggunaan hadith dacif di dalam

    masalah al-taghrib dan al-tarhib: Kajian 40 hadith mengenai fadail al-Quran oleh al-

    cAllamah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi. Kajian yang

    dilakukan oleh Aroma bin Abdul Wahid ini menyelusuri tentang biodata pengarang

    bukuFadil al-Solah iaitu al-cAllamah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariy

    al-Kandahlaw. Selain dari pada itu Saudara Aroma cuba menjejaki permasalahan

    mengenai al-Taghrib dan al-tarhib daripada sudut definisi, hikmahnya, dalil-dalilnya

    daripada al-Quran dan al-Sunnah. Juga dibincangkan perbezaannya dengan metode

    motivasi barat, hubungannya dengan aspek kejiwaan serta golongan-golongan yang

    menolaknya. Penulis kajian ini juga mengkaji mengenai hadis dacif dalam konteks

    definisi, klasifikasinya serta pendapat ulama dan hujah mereka mengenai implimentasi

    dan aplikasinya. Sementara itu kajian ini adalah berkait langsung dengan buku

    Fadil al-Solah. Penulis telah memberikan sedikit ulasan mengenai buku tersebutserta menganalisa 40 hadith yang telah dikemukakan oleh pengaranrnya. Akhir

    daripada kajian ini penulis kajian ini telah membuat kesimpulan daripada setiap bab-

    bab kajian yang dijalankan. Secara teori dan praktikalnya kajian yang dilakukan oleh

    Saudara Aroma ini memang menari

    Setakat yang penulis dengar dan baca melalui makalah-makalah dan perbualan

    kitab ini mendapat kritikan yang negatif oleh pihak-pihak tertentu yang mana terdapathadis yang berstatus dacif samada dari sudut matan mahupun sanad, hadis palsu, unsur

    khurafat, bidacah dan kesesatan dalam kitab tersebut berikut pandangan dan reaksi

    beberapa ulama terhadap kitab ini;

    al-Syeikh Hamud bin Abdullah al-Tuwaijr berkata dalam kitabnya al-Qaul al-balgh

    f al-tahdzr min jamacah f al-tablgh (hal. 11-12)2

    2 al-Tuwaijr. Hamud bin Abdullah. al-Qaul al- Baligh fi al-tahdzir min jamacah al-tabligh, halm. 11-12

    11

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    12/169

    Kitab terpenting bagi orang yang menjadi tablighiyyin adalah kitab Tablighi Nishab

    (Fadha`il Al-Amal), yang ditulis salah seorang pemimpin mereka bernama

    Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi. Dan mereka mengambil perhatian yang besar

    terhadap kitab ini dan mengagungkannya sebagaimana Ahlus Sunnah mengagungkan

    kitab Shahih (Al-Bukhari dan Muslim), dan kitab-kitab hadits lainnya. Para

    tablighiyyin telah menjadikan kitab ini sebagai sandaran dan referensi baik bagi orang

    India, maupun bangsa ajam (non Arab) lainnya yang mengikuti ajaran mereka. Dalam

    kitab ini termuat berbagai kesyirikan, bidah khurafat, serta banyak sekali hadits-

    hadits palsu dan lemah. Maka hakekatnya, ini merupakan kitab jahat, sesat, dan fitnah.

    Ahli tablighiyyin telah menjadikannya sebagai referensi untuk menyebarkan bidah

    dan kesesatannya, melariskan serta menghiasinya di hadapan kaum muslimin awam,

    sehingga mereka lebih sesat jalannya dari hewan ternak.

    Muhammad Hafiz Firdaus dalam kajian atau komentarnya terhadap buku

    fadhail al-aamal ini menyatakan Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA

    merujuk hadis-hadis kepada 4 sumber iaitu pertama kitab hadith yang enam (Sahih al-

    Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasai & SunanIbn Majah). Kedua ialah kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri. Ketiga ialah

    kitab Majmac al-Zawidoleh al-Haithami dan keempat kitab Jmic al-Shagheiroleh

    al-Suyuti.

    Hafiz Firdaus menambah di dalam komentarnya bahawa di dalam kitab fadil

    al-acamal memang terdapat hadis-hadis dacif di mana Maulana al-Kandahlawi

    berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis da

    c

    if untukfadil al-aamal. Sikap yang benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj

    Maulana Zakariya dalam menyusun fadail al-aamal. Jika benar ada "banyak" hadis

    dhaif, maka itu memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan

    tokoh lain. Jika benar ada hadis mauduc, maka adakah itu satu kesengajaan oleh

    Maulana ? Saya pasti tidak. Kebanyakan pengkaji kitab ini ada yang berfikiran positif

    dan ada yang negatif.

    12

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    13/169

    BAB I

    BIOGRAFI SYEIKH AL-HADS MAULN MUHAMMAD ZAKARIYYAL-KNDAHLAW

    1.1 KELUARGA DAN TEMPAT KELAHIRANNYA

    Di bahagian barat wilayah utara Uttar Pradesh di sebuah bandar yang diberi nama

    Muzaffar Naqar di negara India terdapat dua buah desa yang masyhur dengan panggilan Jihinjanah dan Kandalah. Di dalam dua buah desa ini telah menjalani

    kehidupan sebuah keluarga ilmuan yang memiliki kemulian nama dengan kefaqihan

    dan keilmuan dalam sumber hukum dan perundangan Islam serta ketekunan dan

    ketabahan servival (perjuangan) dalam mengimplimentasi agama yang sempurna

    dalam kehidupan mereka secara keseluruhannya. Moyang keluarga ini ialah seorang

    ulama yang tersohor pada ketika itu yang bernama al-Syeikh Muhammad Ashrf di

    mana beliau berkesempatan hidup di zaman Shah Jahan raja India pada masa itu.

    Para ulamak di zamannya telah bersepakat bahawa beliau adalah pengamal agama

    yang istiqamah, warak dan pengikut sunnah yang setia.3

    Keluarga yang mulia ini telah melahirkan ramai alim ulama yang ulung lagi

    tersohor, di kalangan mereka adalah al-Syeikh al-Mufti Ilhi Baksh al-Kandahlaw

    yang masyhur di benua kecil India dengan kelebihan dan kebijaksanaanya. Beliau

    merupakan salah seorang di antara murid-murid al-Syeikh cAbd al-cAziz anak lelaki

    kepada al-Syeikh Waliullh al-Dahlaw yang intelektual dan juga anak murid kepada

    khalifah al-Imm al-Shahd al-Saiyyd Ahmad al-Brilw. Beliau telah mengarang

    lebih dari 60 buah buku ilmiah di dalam Bahasa Arab dan Urdu. Allah s.w.t telah

    mentaqdirkan pada tahun 1245H beliau meninggal dunia. Di kalangan mereka juga

    adalah al-Syeikh Abu Hasan dan al-Syeikh Nur al-Hasan, al-Syeikh Muzaffar Hussin,

    al-Syeikh Muhammad Ismcil, al-Syeikh Mauln Muhammad Ilys dan al-Syeikh

    Mauln Muhammad Yahy bin al-Syeikh Muhammad Ismcil rah.a. Kesemua

    3 al-Kandahlawi, Muhammad Yusof,Hayah al-Sahbah, Pentahqiq BassyarcUwwa Macruf,Jilid 1, Muassasah al-Rislah. hlmn 6.

    13

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    14/169

    mereka adalah pendakwah-pendakwah agama Allah s.w.t yang mukhlis dan dari

    golongan alim ulama yang ulung di zaman masing-masing.4

    1.2 KELAHIRAN

    Al-Syeikh Mauln Muhammad Zakariyy bin al-Syeikh Mauln Muhammad Yahy

    bin al-Syeikh Mauln Muhammad Ismcil adalah dari keluarga yang memiliki asal

    usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-

    Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah

    dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun

    1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada

    ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di

    tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh

    Mauln Muhammad Yahy menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah

    Mazhir al-cUlum, Saharanpur.5

    al-Syeikh Abu Hassan Nadw memberi komentar bahawa al-Kandalawiditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam

    menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa

    yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika

    menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Mauln merupakan seorang

    hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran

    ketika mengasuh ayahanda Mauln Muhammad Zakariyya.6

    1.3 PEMBESARANYA

    4 al-Kandahlawi, Muhammad Yusof, Hayah al-Sahbah, Pentahqiq Bassyar cUwwa Macruf,Jilid 1, Muassasah al-Rislah.5

    al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Awjaz Maslik il Muwaa Mlik, al-Juz al-Awwal,

    1400H-1980M, Beirur, Lubnn.6

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

    14

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    15/169

    al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu

    bapa serta nindanya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi

    menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan

    memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam

    membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan

    keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai

    kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri

    kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara

    akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang

    menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi

    dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil

    daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya

    adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama

    khususnya dalam bidang hadis.7

    Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-

    Rabbani al-Syeikh al-Gangohi8

    dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan

    menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan

    agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin

    dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya,

    al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa,

    berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan

    terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisaidengan kubu yang kukuh. 9

    Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya

    pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan

    7 Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 20028

    Al-Syeikh ini merupakan seorang yang faqih, muhaddith, bijak pandai, cerdik dan mempunyaitokoh kepimpinan yang terkenal pada masa itu. Al-Kandahlawi telah mempelajari banyak ilmu-ilmuagama daripada al-Syeikh ini di mana beliau telah membantu dan mendidiknya disebabkan mempunyaihubungan yang erat dengan dengan bapanya. Al-Gangohi wafat pada tahun 1323H ketika umur al-

    Kandahlawi mencecah 8 tahun.9

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

    15

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    16/169

    kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya

    menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di

    Madrasah Mazahir al-cUlum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau

    gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya

    yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan

    Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau

    terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan

    keluarganya.10

    1.4 KEHIDUPAN MAWLANA ZAKARIYA

    Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di

    sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat

    fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa

    masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil

    minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibukmengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang

    menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai

    tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa

    berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan

    kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang

    sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar.

    Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliaududuk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri

    daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau

    mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib

    beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan

    malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar.11

    10 Ibid.

    11 Aroma bin Abdul Wahid. 1999. Penggunaan Hadith Dacif Di Dalam Masalah al-Taghribdan al-Tarhib. Kajian 40 Hadith Mengenai Fadilat al-Quran Oleh al-cAllamah al-Muhaddith al-SyeikhMuhammad Zakariyya al-Kandahlaw. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    16

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    17/169

    Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji,

    mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak

    menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat,

    bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri

    perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab

    dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang

    sempurna.12

    1.5 PENDIDIKAN

    Pendidikan al-Kandahlaw bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-

    1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah

    ayahandanya sendiri al-Syeikh Mauln Muhammad Yahy bin al-Syeikh Mauln

    Muhammad Ismcil, bapa saudaranya al-Syeikh Mauln Muhammad Ilys, Syeikh

    Saharanpuri, Maulana cAbd al-Wahid Sanbuli, Maulana cAbd al-Latif dan ramai lagi.

    Beliau belajar membaca dengan Hakimc

    Abd al-Rahman Muzaffarnagar danmenghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas

    bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Mauln Muhammad Ilys. Bapanya

    menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-

    Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-

    Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang

    ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun.

    Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mazhir al-

    c

    Ulum, Saharanpur

    13

    menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ.

    14

    12

    Ibid.13

    Salah sebuah daripada beberapa buah institusi pengajian tinggi agama yang terbesar selepas

    Dr al-cUlum al-Duybandiyyah.14 Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya,Awjaz Maslik il Muwaa Mlik, al-Juz al-Awwal,

    1400H-1980M, Beirur, Lubnn.

    17

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    18/169

    Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Mauln Muhammad

    Yahy akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi

    terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis

    sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana

    leluhurnya telah perolihi. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir

    dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu

    mantik. Bapanya al-Syeikh Mauln Muhammad Yahy mengajarnya kutub sittah15

    dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri

    mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua.16

    Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam

    arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud

    syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.

    Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-

    Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqic.

    Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi

    supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi

    nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiridisebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya

    yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya

    menyiapkan kitab ini secara perseorangan.

    Tawaran berharga yang diberikan oleh grunya itu tidak dipersia-siakan begitu

    sahaja ini kerana selain dapat membantu syeikhnya menghasilkan kitab yang berstatus

    tinggi ini beliau dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran penulisannyadengan lebih ivovatif, kreatif dan efektif.17

    Peranan yang dimainkan beliau dalam membantu gurunya menghasilkan

    penulisan Baz al-Majhudialah dengan mencari kitab-kitab dan artikel-artikel ilmiah

    15

    Kutub sittah adalah kitab Sahih al-Bukhari, Muslim, Sunan Abi Daud, Jamic al-Tirmizi, Sunanal-Nasaei dan Sunan Ibn Majah.16

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 200217 Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap

    Fadil al-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, 1422/2001, hlm 7

    18

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    19/169

    yang ditetapkan oleh al-Saharanpuri samada yang berada di maktabah atau di kutab

    yang terdapat di Mazahir al-cUlum dan di luar madrasah kemudian menukil fakta-

    fakta yang sesuai lalu dibentangkan kepada al-Saharanpuri untuk disemak dan dikaji

    serta dibuat penyusunan fakta. Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun

    al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan

    menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya. Dengan semangat juang dan

    kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat

    disempurnakan dan diterbitkan. Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi

    keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib

    kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut

    seperti mana berikut :

    Saya telah meminta tolong beberapa orang sahabat saya yangternama di antaranya adalah saudara dan penyejuk mata serta hati

    saya Haji Hafiz Mulwi Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalammenghasilkan kitab Baz al-Majhud dan beliau menyetujuinya. Sayatidak terdaya menulis dengan tangan disebabkan sentiasa mengeletar

    serta minda dan semangat yang lemah. Oleh itu saya akanmengimlakan kepadanya dan dia akan menulisnya. Dialah yangmencari maklumat dan fakta yang rumit ditemui di dalam sumberrujukan. Saya bermohon kepada Allah s.w.t. dengan usaha dankomitmen yang diberikan agar mengurniakan kepadanya ganjaran dankeberkatan yang terbaik atas usaha yang telah beliau sumbangkandalam menjayakan penerbitan kitab ini.18

    1.6 PERJALANAN KE TANAH SUCI

    Pencinta dan penjaga sunnah Rasulullah s.a.w. ini berkesempatan dan berpeluang

    pergi ke tanah suci iaitu Makah dan Madinah. Beliau telah telah mengerjakan rukun

    Islam yang kelima ini beberapa kali. Kekerapan beliau datang ke tempat ini

    meninggalkan kesan yang mendalam dan luar biasa ke atas jiwa raga serta

    keintelektualannya. Pada tahun 1338 H beliau pergi ke tanah suci mengiringi guru

    18

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

    19

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    20/169

    beliau al-Saharanpuri. Ketika berada di sana al-Saharanpuri terjumpa sebuah

    manuskrip Musnad Abdul Razak, ini menimbulkan keinginan yang mendalam untuk

    memilikinya tetapi terpaksa dibatalkan hasrat dan keinginannya yang mendalam untuk

    memilikinya disebabkan penjual mengenakan harga yang melebihi wang yang

    dimilikinya. Untuk tidak menghampakan gurunya al-Kandahlawi membuat satu

    inisiatif yang di luar jangkaan al-Saharanpuri di mana beliau meminjam manuskrip

    tersebut dan menyalinnya semula dengan mengunakan tulisan tangan. al-Kandahlawi

    berjaya menyalin semula manuskrip tersebut dengan kerjasama yang diberikan oleh

    kawan-kawanya. Usaha ini mengambil masa selama sepuluh hari bagi

    menyiapkannya.19

    1.7 KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI KHUSUS

    Kondisi yang positif serta semulajadi pada ketika itu telah mencorakkan kehidupan

    beliau dari remaja hingga dewasa di bawah rahmat ilahi dan tarbiah serta pengawalan

    yang komprehensif lagi realistik menerusi para pendidik dan pembimbing yangmemiliki spiritual yang konkrit lagi intensif dalam mengaplikasi arahan Allah S.W.T.

    dalam kehidupan mereka. Ini telah menjadikan beliau seorang yang tenang dan

    mempunyai rohani yang suci lagi bersih, cita rasa yang menepati kehendak Allah

    S.W.T. dan cenderung kepada semua kebajikan seperti ibadah, taqwa, pengajian,

    mengarang dan kesempurnaan sifat-sifat mulia yang dapat dibaca menerusi wajah

    beliau, sentiasa bersedia menemui Allah S.W.T. memiliki hati yang mulia, sangat

    memuliakan para tetamu dan mempunyai tabiat semulajadi yang mulia.

    20

    Beliau memiliki bentuk tubuh badan yang sasa, warna kulit yang putih dan

    mempunyai bibir mulut yang merah. Beliau sangat rajin tanpa mengenal erti

    kemalasan. Jiwanya yang halus, bermanis muka, peramah penyayang, banyak

    bersenda gurau dengan mereka-mereka yang berlembut atau mereka yang menyukai

    19 Ibid

    20 Aroma bin Abdul Wahid. 1999.Penggunaan Hadith Dacif Di Dalam Masalah al-Taghribdan al-Tarhib. Kajian 40 Hadith Mengenai Fadilat al-Quran Oleh al-cAllamah al-Muhaddith al-SyeikhMuhammad Zakariyya al-Kandahlaw. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    20

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    21/169

    untuk berlembut, mudah menitiskan air mata dan mudah tersentu perasaan ketika

    mana disebut mengenai sesuatu dari kisah Rasul s.a.w., sahabat, awliya atau

    mengeluarkan bait syair yang merdu. Beliau akan mengalirkan air mata dan tidak

    dapat mengawal tangisan. Jika beliau diselubungi perasaan hiba maka beliau akan

    menitiskan air mata.21

    Di antara sebesar-besar kebanggaan yang dimiliki oleh beliau yang boleh

    dibanggakan di dalam kehidupannya ialah beliau telah mengahabiskan seluruh

    masanya untuk perkara yang berguna serta tidak mencuaikan masanya yang penuh

    berharga dengan sia-sia. Kehidupanya penuh dengan perkara-perkara yang boleh

    diambil contoh dan intisari ibadat, zikir, mengajar, mengarang, memperbaiki rohani,

    memberi tunjuk ajar dan nasihat.

    1.8 MANHAJ DAN METODOLOGI PENULISAN

    al-Kandahlaw bergiat aktif dalam arena penulisan semenjak di alam persekolahanlagi. Beliau berkarya mengunakan Bahasa Urdu dan Arab di mana kepakaran dan

    kefasaihannya dalam bahasa tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi. Seperti mana

    para cendiakawan Islam yang lain, mereka menulis dalam pelbagai bidang dan

    pengkhususan ilmu agama seperti hadis, fiqh, aqidah, kelebihan amalan, perundangan

    islam dan lain-lain lagi begitu juga beliau yang mana telah menghasilkan pelbagai

    kitab yang berkaitan dengan ilmu di atas. Kitab yang ditulisnya dibaca dan menjadi

    rujukan samada dari golongan alim ulama dan orang yang jahil ilmu agama. Olehyang demikian matlamat sasaran pembaca penulisan beliau terbahagi kepada dua iaitu

    orang yang alim dalam bidang agama dan orang awam biasa yang mana kitab yang

    ditulis untuk kedua-dua sasaran ini berlainan dan berbeza dari segi metode, uslub

    bahasa dan fakta.22

    21

    Ibid.22 Abd al-cAziz Abd al-Hamid. 2002. AAP BEETI. Pustaka Habib. Terj. cAbdul Aziz cAbdul

    Hamid. Kuala Lumpur: Pustaka Habib.

    21

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    22/169

    Kitab kelebihan amal yang mengandungi enam bab iaitu kelebihan solah, zikir,

    al-quran, Ramadhan, sedeqah, haji dan umrah, tabligh dan hikyah sahabah diterbitkan

    untuk dibaca oleh orang awam yang tidak mahir dalam ilmu agama bagi tujuan

    memberi ransangan dan mewujudkan semangat yang berkobar-kobar di dalam

    sanubari mereka menjalankan amalan agama serta perundangan Islam. Kitab Awjaz

    al-Maslik syarah kitab al-Muwatta Imm Malik, Lamic al-Dirari c Ala Jamic al-

    Bukhari, Al-Abwab wa al-Tarajim L al-Bukhari, Juzc Haj al-Widac wa cUmrah al-

    Nabi, Khail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi, Al-Ictidal f Martib al-Rijl dan

    lain-lain dihasilkan untuk orang-orang yang ingin mendalami ilmu agama, para pelajar

    agama dan alim ulamak sebagi sumber rujukan.23

    Apakah pegangan al-Kandahlaw mengenai permasalahan kebenaran beramal

    dengan hadis dacif? Pendapat al-Kandahlaw dalam perkara ini sama dengan pendapat

    jumhur ulamak iaitu dibolehkan beramal dengan hadis dacif dalam permasalahan

    taghb, tarhb, kelebihan-kelebihan amal dan manaqib sahaja dan tidak dibolehkan

    dalam permasalahan halal haram dan aqidah. Bagaimana sistem yang diaplikasi oleh

    beliau ketika proses pendidikan?. al-Kandahlaw mengikuti sistem dan kaedah

    dirayah24

    dan riwayah25

    serta mengekalkan sistem sanad dari awal hingga penulis kitabhadis khususnya kutub sittah. Bagi menghasilkan buku untuk tatapan orang awam al-

    Kandahlawi menulis dan mengeluarkan hadis taghrib dan tahzib yang mana beliau

    mengunakan kitab hadis (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan

    al-Tirmizi, Sunan al-Nasai & Sunan Ibn Majah), kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh

    al-Munziri, kitab Majmac al-Zawa'idoleh al-Haitsami dan kitab Jami' al-Sagroleh

    al-Suyuti.26

    23

    Muhammad Zakariyya. 2005.Fadhilat Amal. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn Bhd.24

    Suatu ilmu yang membahaskan tentang keadaan sanad dan matan dari sudut diterima atauditolak dan yang bersangkut paut dengannya. Dalam konteks lain ilmu hadith dirayah juga dikenalidengan ulum al-hadith, mustalah al-hadith dan usul al-hadith.25

    Suatu ilmu pengetahuan yang berfungsi untuk menaqalkan atau memindahkan apa sahajayang disandarkan kepada nabi secara khusus samada dalam bentuk perkataan, perbuatan, takrir atauketetapan, sifat atau tingkah laku Baginda. Ilmu ini bertujuan untuk menjamin ketetapan setiap hadith

    yang disampaikan.26 al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya. 1422/2001. Menerangkan Berbagai Persoalan

    Terhadap Fadil al-Acamal. Kuala Lumpur: Abdul Majid Ahmad.

    22

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    23/169

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    24/169

    Kitab yang mempunyai enam jilid serta ditulis dalam Bahasa Arab ini merupakan

    salah satu dari kitab-kitab beliau yang masyhur dan bersifat kontemperari pada ketika

    itu. Awjaz al-Maslik ialah syarah kitab al-Muwatta Imm Malik hasil usaha

    serta titik peluh beliau selama kira-kira 40 tahun. Kitab ini merupakan salah satu dari

    kitab komentar al-Muwatta Imam Malik yang paling komprehensif yang mana

    mengandungi sains hadis, ilmu perundangan Islam dan komentar hadis.29

    Dalam kitab ini Mauln menukil kesimpulan yang nyata serta intelek

    daripada komentar-komentar yang dibuat oleh para cendiakawan hadis lain samada

    pendapat yang sepakat atau khilaf beserta dengan dalil mereka berhubung sesuatu isu.

    Kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh-tokoh ulama Hijaz. Di antara

    tokoh ulamak tersebut ada seorang yang berkata Seandainya pengarang kitab ini

    tidak menyatakan di dalam muqaddimahnya bahawa beliau bermazhab Hanafi, maka

    pasti kami akan menyangka bahawa beliau bermazhab Maliki secara terperinci.

    Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyah mazhab

    Maliki di mana penjelasan masalah tersebut sukar untuk ditemui dalam mana-mana

    kitab mazhab Maliki sekalipun. Alim ulamak dari negara Arab khususnya Arab

    Sac

    udi, semoga Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kemulian dan keagungan yangtinggi serta alim ulama dari Damsyik sangat berharap kepada al-Kandahlaw agar

    kitab ini dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yang kaya raya dari

    Mekah al-Mukarramah telah menerbitkan kitab ini dengan pembiayaan peribadinya

    sendiri.30

    c). Lamic al-Dirari cAla Jamic al-Bukhari.

    Karya ini mula penulisannya pada hari Rabu 7 Muharram 1376 dan disempurnakanpada 10 Rabic al-Awwal 1388H dan ditulis dalam Bahasa Arab serta mengandungi 3

    jilid. kitab syarah Bukhri ini merupakan hasil usaha Syeikh Rashd Ahmad dan

    bapanya Syeikh Yahya al-Kandahlawi. Mauln Muhammad Zakariyya berperanan

    mengedit, mentahqiq dan menjelaskan perkara yang perlu diperjelaskan.31

    29

    al-Kandahlawi. Muhammad Zakariyya. 2003-1424. Awjaz al-Masalik ila Muwatta Malik.Dimasq: Dar al-Qalam.30

    Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadilal-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, 1422/2001, hlm 7.

    31 Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002.

    24

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    25/169

    d). al-Abwab wa al-Tarajim L al-Bukhari.

    Sebuah penerangan dan penjelasan tentang setiap tajuk yang terdapat di dalam kitab

    Sahih Imam al-Bukhari. Buku ini mengumpulkan pendapat para sarjana dan ilmuan

    hadis keunikan dan reasional serta hubungan di antara hadis dan tajuk yang diberikan

    bagi hadis tersebut. Perkara ini perlu dijelaskan kerana ulama pensyarahJamic Sahih

    al-Bukhari menyatakan bahawa fiqh Imam al-Bukhari terletak pada tajuknya. Kita

    akan mendapati di dalam kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min

    Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih hadis yang ditulis secara berulang dan

    ketidak sesuaiaan hadis dengan tajuk yang diberikan dari segi pemahaman biasa.

    Dalam kitab ini al-Kandahlawi bukan sahaja mengambil pendapat daripada imam-

    imam hadis seperti Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani dan Shah Wali Allah al-

    Dehlawi tetapi beliau membuat perbandingan di antara komentar mereka dan cuba

    mendapatkan korelasi berdaarkan research yang beliau jalankan32.

    e). Juzc Haj al-Widac wa cUmrah al-Nabi

    Kitab ini mula dihasilkan pada Jumaat 22 Rabi al-Awwal 1341H pada jam 12

    tengahari dan selesai penulisannya pada jam 01.30 malam hari Sabtu pada mulanyakemudian disunting untuk diterbitkan pada 15 Rejab 1390. Sebuah kitab bahasa Arab

    yang komprehensif yang menerangkan mengenai jumlah Nabi Muhammad s.a.w

    mengerjakan haji dan umrah, cara dan panduan mengerjakan haji, lokasi-lokasi yang

    akan dilawati semasa mengerjakan haji dan umrah dan lain-lain.33

    f). Khail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi.

    Kitab ini mula ditulis pada 1343H dan berakhir pada 1344H. Kitab syarah al-Syamail

    al-Muhammadiyyah ini mengandungi koleksi-koleksi hadis yang berhubung sifat danciri yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Kitab ini telah diterjemah ke

    pelbagai bahasa.34

    g). Fadil al-Acamal dikarang pada 1348 H.

    32

    Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadilal-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, 1422/2001, hlm 7

    33

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 200234 Ibid.

    25

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    26/169

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    27/169

    Hasil daripada pukulan dan hukuman serta kata-kata nasihat daripada

    ayahandanya beliau menjadi seorang yang mempunyai minat yang mendalam

    terhadap hadis dan mempunyai ketabahan yang amat luar biasa dalam menguasainya.

    Al-Kandahlawi telah menghafal al-Quran semasa berumur 7 tahun. Ayahnya

    memerintahkan supaya membaca ayat al-Quran yang telah dihafal sebanyak 100 kali.

    Selain daripada Maulana Muhammad Yahya, al-Kandahlawi berkesempatan berguru

    dengan bapa saudaranya al-Syeikh al-Dcei Maulana Muhammad Ilyas dalam bidang

    hadis. Beliau berpeluang berguru dengan sarjana hadis yang masyhur dan merupakan

    muhtamim(pengetua) madrasah Mazahir al-cUlum Saharanpur serta penulis kitab Bazl

    Majhud, di mana di bawah bimbingan dan asuhannya beliau memperolihi kemahiran

    dan metode dalam penulisan hadis serta gelaran Syeikh al-Hadis.37

    Selain daripada mereka bertiga al-Kandahlawi dimuliakan dan ditinggikan

    kerohaniaanya natijah daripada korelasinya dengan para ulama yang berikut yang

    mana telah menjadi sumber inspirasi, pemangkin semangat kerohanian dan berlakunya

    anjakan paradigma bagi menjadi seorang yang calim dan faqih dalam aliran hadis

    nabawi.

    a) Maulana Qasim Nanotwi.

    b) Maulana Khalil Ahmad Saharanpui.

    c) Maulana Rashid Ahmad Gangohi.

    d) Maulana Qasim Nanotwi.

    e) Maulana Imdadullah

    f) Maulana Mahmud al-Hassan

    g) Maulana Asyarf Ali Thanwi.h) Maulana Hussain Ahmad Madani.

    i) Maulana Syah Abd al-Qadr Raipuri.

    j) Maulana Abu al-Hassan cAli Nadwi.

    k) Maulana Sulaiman Nadwi.

    l) Maulana cAshiq Ilahi.

    m) Shah cAbd al-cAziz Dahlawi.

    n) Maulana al-Haj cAbd al-Latf Sahib

    37

    Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002.

    27

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    28/169

    o) Maulana Zafar Ahmad Thanwi, Syaik al-Islam Pakistan, 1310 H.

    p) Maulana cAbd al-Wahid, 1290 H (tarikh dilahirkan).

    q) Hadrah Nazim Sahib.38

    1.11 KERJAYA DAN MURID-MURIDNYA

    al-Kandahlawi telah dilantik menjawat jawatan sebagai tenagan pengajar di

    Madrasah Mazahir al-cUlum, Saharapurdari tahun 1335 H-1916M ketika berusia 20

    tahun sehingga 1388H-1968M ketika berusia 72 tahun iaitu dalam jangka masa 52

    tahun beliau berbakti dalam arena pendidikan dan pengajaran. Sungguhpun beliau

    pernah mengajar dan mendapat tawaran mengajar di beberapa buah institusi agama

    yang lain, Mazahir al-cUlum, Saharapur merupakan tempat paling lama beliau

    mengajar dan berkhidmat. Mazahir al-cUlum merupakan sekolah lama beliau di mana

    selama 11 tahun beliau belajar di situ.39

    al-Kandahlaw adalah seorang yang zuhud dan tacat serta patuh kepada sunnah

    nabi s.a.w. Beliau tidak mengunakan agama untuk mendapatkan kekayaan dankesenangan hidup walaupun peluang ke arah kesenangan terbentang luas baginya. al-

    Kandahlawi tidak mengambil upah atau gaji dari kerjayanya sebagai tenaga pengajar

    di Mazhir al-cUlum walaupun pihak madrasah telah memperuntukan baginya gaji

    bulanan tetapi beliau akan memulangkannya semula pada keesokan harinya sebagai

    sedeqah kepada madrasah. al-Kandahlawi pernah ditawar bertugas sementara di

    Institut Da-iratul Macarif sebagai penulis kitab Asmac al-Rijal bagi kitab hadis al-

    Imam al-Baihaqi dengan gaji bulanan sebanyak 800Rp, sebuah kereta kerajaan denganpemandu kereta dan minyak petrol yang dibayar oleh kerajaan serta tempat tinggal

    yang juga disediakan oleh kerajaan Hyderabad. Namun begitu beliau menolaknya

    dengan jawapan aku tidak ingin hidup di bawah ihsan orang lain.40

    38 Abd al-cAziz Abd al-Hamid,AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002.39

    al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya. 1422/2001. Menerangkan Berbagai Persoalan

    Terhadap Fadil al-Acamal. Kuala Lumpur: Abdul Majid Ahmad.40 Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002.

    28

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    29/169

    Terdapat pelbagai bukti memperlihatkan beliau mengambil berat dan perhatian

    yang mendalam terhadap institusi agama ini. Semasa di madrasah ini, al-Kandahlawi

    telah mengajar lebih kurang tiga puluh lima buah kitab ilmiah seperti tatabahasa

    cArab, ilmu morfologi, sastera, ilmu perundangan Islam, kitab hadis seperti kitab al-

    Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa

    Ayyamih dan Sunan Abu Daud, Bahkan al-Kandahlawi telah mengajar seluruh kitab

    yang menjadi syllabus di madrasah tersebut. Beliau telah membuat percapaian yang

    hebat apabila berjaya menamatkan beberapa buah kitab primier Islam dalam

    pengajarannya iaitu kitabNur al-Anwarsebanyak tiga kali, kitab Misykat al-Masbih

    tiga kali, Sunan Abu Daud sebanyak tiga puluh kali, kitab Bukhari jilid awal

    sebanyak lima puluh kali dan kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min

    Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih keseluruhannya sebanyak enam belas

    kali.41

    Abu al-Hasan Nadwi berkata meskipun al-Kandahlawi adalah salah seorang

    guru yang paling muda di Mazahir al-cUlum dia telah dipilih untuk mengajar pelajaran

    yang belum pernah ditugaskan kepada guru lain yang sama umur dengannya pada

    ketika itu. Beliau bukan sahaja menunjukan kebolehannya menjadi seorang guru yangberdidikasi dan berketerampilan malah mampu menghasilkan hasil karangan yang

    mempunyai kauliti dan nilai yang abstrak. Pada tahun 1345H al-Kandahlawi

    berkesempatan pergi ke kota Madinah al-Munawwarah selama setahun. Di sana

    beliau telah ditugaskan mengajar kitab Sunan Abu Daud di Institut Agama al-Sharicah,

    Madinah al-Munawwarah. Semasa di sana al-Kandahlawi memulakan penulisan

    Awjaz al-Masalik ila Muwatta Imam Malikpada ketika itu beliau berumur dua puluh

    sembilan tahun.

    42

    Apabila beliau kembali ke tanah airnya beliau telah diminta untuk menjawat

    semula menjawat jawatannya sebagai pengajar di Mazahir al-cUlum. Syllabus yang

    diberikan kepadanya ialah mengajar kitab Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaei,

    Muwatta Imam Muhammad dan sebahagian kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-

    41 al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadil

    al-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, 1422/2001, hlm 7.

    42 Ibid.

    29

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    30/169

    Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih, tetapi selepas kematian

    pengetua Mazahir al-cUlum beliau ditugaskan mengajar seluruh sahih al-Bukhari. Al-

    Kandahlawi menjadi tenaga pengajar Mazahir al-cUlum sehingga 1388H dan

    menamatkan kerjayanya sebagai guru hadis disebabkan matanya ditumbuhi katarak.43

    Ramai di kalangan penuntut beliau telah berjaya menamatkan pelajaran hadis

    melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka di hadapannya iaitu sistem

    talaqi. Ramai juga di antara mereka yang menceburkan diri dalam arena pendidikan

    dan berkhidmat untuk agama yang syumul dan ilmu agama di pelbagai tempat. Selain

    dari itu, ramai murid-murid beliau telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui

    beliau yang hati sanubari mereka disinarai makrifah Allah sehingga mereka telah

    berbaicah dan janji setia melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk

    dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah s.w.t telah berjaya mencapai

    darjat kerohanian yang tinggi dalam ilmu tersebut.

    Terdapat juga di antara mereka mewaqafkan seluruh kehidupan mereka untuk

    usaha atas agama Allah s.w.t dengan perantaraan bermujahadah, melapangkan masa

    keluar di jalan Allah s.w.t menemui orang-orang islam yang jauh dari agama Allahsupaya mengamalkan dan menjalankan seluruh perintahnya dalam kehidupan serta

    menjadi dacei Allah (penyeru Allah) agar orang-orang Islam faham bahawa masa,

    harta dan diri mereka bukan kepunyaan mereka tetapi kepunyaan Allah s.w.t serta

    keluar di jalan Allah s.w.t seantero dunia agar dengan mujahadah dan susah payah

    yang ditunjukan akan membuka kerahiman Allah s.w.t dan hidayah dapat tersebar ke

    seluruh alam.44 Berikut senarai nama-nama murid-murid al-Kandahlawi yang telah

    menjadi ulamak yang masyhur dan disegani seantero dunia;

    1. al-Syeikh Maulana Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas (ketua

    Jemaah Tabligh yang kedua).

    2. Maulana Inamul Hasan (ketua Jemaah Tabligh yang ketiga)

    3. Maulana Izhar al-Hassan dan para pelajar di Madrasah Kashif al-cUlum.

    43

    Ibid.44 al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadil

    al-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, hlm 7

    30

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    31/169

    4. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadis di Dar al-cUlum,

    Deoband.

    5. Maulana Munawwar Husein, Syeikh al-Hadis di Dar al- cUlum Lathifi Kethar.

    6. Maulana cAbd al-Jabbar, Syeikh al-Hadis di Jamicah Qasimiah Shahi

    Muradabad.

    7. Maulana AkbarcAli Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahir al- cUlum dan

    juga pengajar hadis di Dar al- cUlum Karachi, Pakistan.

    8. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadis di Madrasah Kashif al- cUlum,

    Delhi.

    9. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadis dan wakil Madrasah Mazahir al- cUlum

    Saharanpur.

    10. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syeikh al-Hadis Madrasah Mazahir

    al- cUlum Saharanpur.

    11. Maulana Muhammad cAql, pengajar hadis di Madrasah Sadhar Mudarisin juga

    di Madrasah Mazahir al- cUlum Saharanpur.

    12. Maulana Muhammad Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadis di Madrasah Dar

    al- cUlum Karachi.

    13. Maulana Muhammad Salman pengajar hadis di madrasah Mazahir al-c

    UlumSaharanpur.

    14. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadis.

    15. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadis di Dar al- cUlum Tanbu di Rangoon.45

    BAB II

    HADITH-HADITH YANG BOLEH DINAIK TARAF DAN

    45

    al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadilal-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, hlm 7

    31

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    32/169

    YANG TIDAK BOLEH DINAIK TARAF

    2.0 Hadith-hadith Yang Boleh Dinaik Taraf

    Para ulama hadith telah berbulat suara bahawa terdapat hadith yang boleh dinaik taraf

    martabat atau statusnya ke satu taraf yang lebih tinggi dari martabatnya yang asal

    dengan syarat kelemahan hadith tersebut hendaklah lemah yang sederhana.46 Berikut

    adalah faktor-faktor sesuatu hadith boleh dinaik taraf kepada status yang lebih tinggi

    dari yang asal;

    2.1 Faktor-faktor Lemah Yang Sederhana

    i) Lemah ingatan seperti hadith al-Mukhtalit, al-Mutalaqqin dan lain-lain

    lagi.ii) Terputus sanad samada secara zahir mahupun secara tersembunyi seperti

    mana hadith al-Mucallaq, al-Mursal, al-Mucdal, al-Munqatic, al-Mudallas

    dan al-Mursal al-Khaf.

    iii) Jahalah cadlah seperti hadith Majhul al-cain, Majhul al-hal (al-Mastur) dan

    al-Mubham.47

    Ibn Hajar r.ah. berkata

    Bila mana perawi yang lemah ingatan boleh dijadikan iktibar(syawahid dan mutbacat) dengan syarat terdapat riwayat lain yanglebih baik atau setaraf dengannya. Perkara ini sama dengan perawi

    yang nyayuk, al-mastur dan al-isnd al-mursal. Begitu juga hadith yang terkena jenayah tadlis (al-mudallas) boleh dijadikan iktibarapabila perawi yang dibuang atau disembunyikan itu tidak dikenalimaka jadilah jenis-jenis hadith di atas berstatus hasan li ghairih

    46

    Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi. 2005-1426. cUlm al-Hadith Aslh waMucsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 271.

    47 Ibid.

    32

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    33/169

    bukan li zatih, perkara ini dibuat dengan mengambil kira perkiraankeseluruhan riwayat dari al-mutbac dan al-mutbic (hadith yangdiriwayatkan oleh perawi yang mana lafaz hadithnya sesuai denganlafaz hadith perawi yang lain). Perkara ini dilihat terdapat

    kemungkinan terdapatnya riwayat yang benar atau tidak benardengan had yang sama. Apabila terdapat di dalam riwayat tersebuthadith yang rajih maka riwayat tersebut merajihkan riwayat yanglain, dan ini menunjukkan hadith tersebut mahfuz (terpelihara) makaberubah keadaan daripada tawaquf (ditinggalkan sementara) kepadadarjat yang diterima.48

    Bagi hadith majhul al-cain al-Imam al-Dr al-Qutn berkata:

    Ahli ilmu hadith tidak mengambil hujah daripada khabar yangbersendirian dengan riwayat seorang lelaki yang tidak dikenali,khabar yang thabit di sisi mereka adalah khabar yang memiliki

    perawi yang masyhur keadilannya atau perawi yang dihilangkandaripadanya status al-jahalah, dan cara untuk mengetahui seoranglelaki atau perawi itu hilang status al-jahalah dengan memastikanterdapat paling kurang dua orang perawi yang meriwayatkan hadithdaripadanya, maka dengan itu perawi itu menjadi perawi yangdikenali, adapun perawi yang hanya seorang sahaja yangmeriwayatkan hadith daripadanya wajib tawaquf sehingga ditemuikata kesepakatan mengenainya dari para ulama49

    Ini adalah pendapat para muhaddith bahawa riwayat daripada perawi yang

    majhul al-cain diterima sekiranya terdapat kesepakatan atau sokongan daripada

    riwayat yang lain.

    Adapun hadith yang mubham maka Ibn Kathir telah menjelaskan dengan

    katanya:Adapun perawi mubham yang tidak dinamakan atau dinamakan tetap tidak

    dapat dikenali identitinya maka ini adalah perkara yang tidak seorangpun daripadakami menerimanya, akan tetapi bilamana ianya berlaku di zaman al-tabicein dan

    kurun-kurun yang disaksikan bagi mereka kebaikan kerana perlu meminta kezinan

    daripada periwayatan mereka iaitu mereka tidak meriwayatkan hadith melainkan

    48

    Ibn Hajar. 1978. Syarh Nukhbah al-Fikr li Mula cAli al-Qar. Beirut: Dr al-Kutub al-cIlmiah.hlmn 83.

    49 al-Dr al-Qutn. al-Sunan al-Dr al-Qutn. Tahq. Al-Syed cAbdullah Hasyim al-Yamani. juz3, hlmn 174.

    33

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    34/169

    daripada orang yang benar-benar layak. Sesungguhnya terdapat perkara sebegini di

    dalam Musnad Ahmad dan selain daripadanya50

    Ibn Hajar juga berpendapat seperti di atas juga di mana dia berkata di dalam

    sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah r.a. secara marfuc:

    Wahai manusia belajarlah kamu sesungguhnya ilmu itu denganbelajar dan al-fiqh itu dengan (al-tafaquh) memahami dengan baikdan sesiapa yang dikehendaki Allah kepadanya kebaikan makadiberinya kefahaman agama51

    Ibn Abc

    sim dan al-Tabrn meriwayatkan hadith ini dan sanadnya hasanmelainkan di dalam sanad tersebut terdapat mubham, telah menguatkan status hadith

    ini dengan kewujudan riwayat yang lain iaitu al-Bazzar meriwayatkan seperti lafaz

    tadi dari hadith Ibn Mascud secara marfuc, dan meriwayatkan juga Ab Nac m al-

    Asbahn marfuc dan di dalam al-bb dari Ab Darda dan yang lain-lain.

    Atas sebab-sebab yang di atas jenis-jenis hadith yang boleh dinaik taraf martabatnya

    adalah seperti berikut;

    1) al-Hadith al-hasan lizatih

    2) al-Hasan li ghairih

    3) al-Mucallaq

    4) al-Mursal

    5) al-Mucdal

    6) al-Munqatic

    7) al-Mudallas

    8) al-Mursal al-khafie

    9) Hadith majhul al-hal

    10) Hadith majhul al-cain

    11) Hadith al-mubham

    50 Ahmad Syakir. 1979. al-Bceth al-Hatith Syarh IkhtisrcUlum al-Hadith. al-Qaherah:Maktabah Dr al-Turath. hlmn 81.

    51 Dikeluarkannya oleh Ibn Ab csim di dalam bab al-cilm seperti di dalam Taghlq al-Taclqoleh Ibn Hajar juz 2, hlmn 78. al-Tabrn, al-Muc jam al-Kabr, juz 19, hlmn 398, bilgn 929. al-Baihaq, al-Sunan al-Kubr, hlmn 253, bilgn 352.

    34

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    35/169

    12) Hadith al-mukhtalit

    13) Hadith al-mutalaqqin

    2.1.1 Naik taraf al-Hasan li Zatihi Kepada Martabat al-Sahih

    Ulama hadith52 telah menjelaskan bahawa hadith yang berstatus al-hasan li zatihi

    boleh dinaik taraf kepada martabat al-sahih dengan perantaraan hadith yang berstatus

    al-hasan li zatihi tersebut memiliki sanad yang pelbagai. Kenapa perkara ini boleh

    berlaku? Kerana permasalahan terhadap perawi yang dikategorikan sebagai lemah

    kedhabitan disebabkan banyak lupa, melakukan kesilapan, terdapat kesamaran dan

    sebagainya dapat dihapuskan dengan bantuan daripada sanad-sanad lain yang

    meriwayatkan hadith yang sama.

    Ibn Hajar memberi komentar seperti mana berikut:

    Hadith yang berstatus al-hasan li zatihi boleh dinaik tarafkepada martabat al-sahih ketika mana terdapat sanad-sanad lain

    yang meriwayatkan hadith yang sama. Iini kerana gambarankeseluruhan daripada sanad-sanad bagi hadith tersebut dapatmenampung sanad yang lemah disebabkan sanad tersebut memiliki

    perawi yang kurang kredibiliti dari segi kedhabitannya daripada perawi yang distatuskan sebagai al-sahih. Justeru itu termutlakkesahihan ke atas isnad yang berstatus hasan walaupun hadith itu

    gharib tetapi mempunyai pelbagai turuq53

    2.1.2 Naik taraf al-Hasan li Ghairih Kepada Status al-Sahih li Ghiarih

    Al-Buqcei berpendapat sesungguhnya kedudukan al-hasan yang terbahagi kepda dua

    iaitu al-hasan li zatihi dan al-hasan li ghairihi berpotensi dinaik tarafkan kepada al-

    52 Mereka itu ialah Ibn al-Salah di dalam muqaddimahnya: hlmn 37, al-Nawawi di dalamkitab taqribnya: juz 1, hlmn 175 dari al-Tadrib, al-Tayyi di dalam khulasahnya hlmn 47, al-Zarkasyidi dalam Nuktahnya ke atas Ibn al-Salah:juz 1, hlmn 120. Ibn Hajar di dalam syarahnya al-Nukhbahhlmn 33.

    53 Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi. 2005-1426. cUlm al-Hadith Aslh waMacsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir hlmn 272..

    35

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    36/169

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    37/169

    tarafkan kepada al-sahih li ghairihi adalah al-hasan li zatihi denganal-hasan li ghairihi. 57

    2.1.3 Kenaikan taraf Hadith-hadith Berstatus al-Dacif Kepada al-Hasan li

    Ghairihi

    Hadith-hadith berstatus al-dacif boleh juga ditingkatkan kedudukannya kepada al-

    hasan li ghairihi. Apakah kerasionalan hadith al-dacif boleh ditingkatkan

    kedudukannya kepada al-hasan li ghairihi? Kerana al-taclq, al-Irsl, al-Acdl, al-

    Inqitac, al-Tadls, al-Irsl al-khafei, Jahalah al-cain atau al-hal, al-Ibhm, Su al-hifz

    dan Qabl al-talqin, semuanya ini pada asalnya bukanlah hadith yang perawinya dusta

    atau dituuh sebagai pendusta samada kesalahan yang dilakukan oleh perawi dalam

    klasifikasi tadi dilakukan secara sengaja, lupa dan yang lain-lain maka sekiranya

    terdapat sanad-sanad lain yang bertepatan dengannya menunjukkan kepada kita satu

    bukti yang menjelaskan hadith yang dacif itu ada kebenaran, para perawi di dalam

    hadith dacif itu tidak melakukan kesalahan atau kesamaran atau lupa maka janganlah

    kita membiarkannya kerana hadith dacif itu dapat dinaikkan kepada al-hasan li

    ghairih.58

    2.2 Elemen-elemen Yang Boleh Menaik tarafkan Hadith Dacif

    Berikut adalah element-element penting yang dapat menaik tarafkan hadith al-dacif

    kepada hadith al-hasan li ghairih;

    i). Sanad yang berbilang-bilang

    Para ahli hadith telah bersepakat bahawa faktor utama yang boleh menaik

    tarafkan hadith al-dacif kepada hadith al-hasan li ghairih ialah sanad yang pelbagai.

    57

    al-Murtad. 1994. Manhij al-Muhaddithin f Taqwiyah al-Ahdith al-Hasanah wa al-

    Dacfah. Riyadh: Maktabah al-Rusyd. hlmn 54.

    58 Ibid.

    37

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    38/169

    Kenapa faktor ini boleh berbuat demikian? Ini kerana sekiranya ditinjau dan diselidiki

    beberapa individu-individu perawi hadith dan mengumpulkan riwayat mereka sudah

    tentu secara teori dan logiknya kita akan mendapati terdapat hadith mereka yang

    saling menguatkan dan menyokong di antara satu sama lain dan kemungkinan

    kebenarannya, keyakinannya dan kerealitiannya adalah tinggi, justeru itu ianya dapat

    mengangkat statusnya daripada berstatus yang rendah kepada status yang lebih tinggi.

    Begitu juga diriwayatkan sebuah hadith dari hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

    dengan sanad atau turuq yang pelbagai dan sumber-sumber yang jelas kita akan

    menyaksikan bagaimana wujudnya satu kenyataan yang saling sokong-menyokong

    dan kuat-menguatkan antara satu sama lain yang berupaya menaik tarafkan darjat

    hadith daripada berstatus hasan kepada sahih dan daripada berstatus dacif kepada

    hasan. Atas method dan kaedah yang jelas dan memiliki keunikan tersendiri para

    ulama samada ulama terdahulu mahupun kontemperai telah mengeluarkan kenyataan

    dan ulasan yang jelas terhadap perkara ini.

    Saidina Abu Bakr r.a. telah meminta daripada al-Mughirah bin Syu cbah dan

    sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain samada pernah mendengar hadith al-jaddah(berkaitan dengan nenek) dari Rasulullah s.a.w. Begitu juga hadrat cUmar bin al-

    Khattab telah meminta dari Abi Musa al-Ascari seorang saksi yang lain bagi sebuah

    hadith al-istizan (meminta izin). Bukankah dua contoh di atas merupakan salah satu

    bukti akan wujudnya kaedah yang digunakan pada zaman sahabat bagi menguatkan

    kedudukan hadith Rasulullah s.a.w. dengan kepelbagaian sanad.

    Sufyan al-Thauri berkata:

    Sesungguhnya aku menulis hadith dengan berpandukan tiga bentukiaitu hadith yang aku berpegang dengannya, hadith yang akumengambil iktibar darinya dan hadith yang aku menulisnya untuk akumengetahuinya 59

    Imam Ahmad r.ah. berkata:

    59 Diriwayatkan oleh al-Khatb di dalam kitab al-Jamic l Akhlak al-Raw wa dab al-Smic.juz 2, hlmn 193, bilgn 1582.

    38

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    39/169

    Tidaklah hadith Ibn Lahicah boleh dibuat hujah, dan sesungguhnyaaku menulis banyak hadith yang boleh aku mengambil iktibar darinyadan yang boleh dikuatkan di antara satu sama lain.60

    Kenyataan al-Imam al-Tirmizi yang menerangkan definisi al-hasan sebagai berikut:

    Setiap hadith yang diriwayatkan tidak boleh terdapat di dalamsanadnya perawi yang dituduh sebagai pendusta dan tidak juga hadithyang dikategorikan sebagai syaz dan terdapat riwayat lain yang turutmeriwayatkan hadith yang sama.61

    Ibn Taimiah berkata:

    Sesungguhnya kepelbagaian riwayat dalam sesebuah hadithmenguatkan antara satu sama lain sehingga kadang-kadang dapat

    sesuatu daripadanya walaupun yang menukilkannya daripada orang-orang yang melakukan kefasikan, Oleh yang demikian bagaimanadengan para ulama yang cadil akan tetapi banyak di dalam hadithmereka kesilapan seperti cAbdullah bin Lahicah, Sesungguhnya beliauadalah salah seorang daripada ulama Islam yang besar, beliau

    seorang qadi di Mesir, banyak meriwayatkan hadith akan tetapi kitab-kitabnya telah terbakar yang menyebabkan kurang cekap dalamhafalan dan terdapat banyak kesilapan di dalam hadithnya sedangkankebanyakan hadithnya sahih. 62

    ii). Umat Islam Telah Menerima Hadith Berkenaan

    Para al-Muhaddith telah bersepakat bahawa khabar yang satu yang menlengkapi

    syarat hadith sahih dapat menghilangkan kesangsian terhdapnya dan menjadilah

    khabar tersebut sahih. Hampir-hampir bersepakat para al-muhaddith bahawa hadith

    sahih apabila umat menerimanya dapat memberi ilmu dan keyakinan.

    Meskipun demikian Abu Laith menyatakan di dalam kitabnya cUlum al-hadith

    asiluh wa mucasiruh bahawa dia tidak menemui meskipun daripada para ulama

    60 Ibid. bilgn 1583.61

    Ibn Rajab al-Hanbali. Syarh cIlal al-Tirmizi. Tahq Nur al-Din al-cItr. Dar al-Malah. juz 1, hlmn

    91.

    62 Ibn Taimiyah. Majmuc al-Fatw. al-Riyadh: Nasyr wa Tawzic Dr al-Ift.juz 18, hlmn 26.

    39

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    40/169

    terdahulu sebarang artikel atau kenyataan yang mengemukakan satu qaedah bahawa

    khabar yang satu berstatus dacif yang sederhana apabila umat menerimanya

    menyebabkan khabar tersebut ditingkatkan darjatnya menjadi sahih atau hasan

    melainkan tindakan yang dibuat oleh para al-muhaddithin seperti Ibn cAbd al-Ber

    khususnya yang menyatakan hadith dacif yang sederhana apabila umat menerimanya

    menyebabkan khabar tersebut ditingkatkan darjatnya menjadi kuat. Contoh hadith

    adalah seperti berikut;

    Hadith air laut: Suci airnya dan halal bangkainya al-Sancn berkata di

    dalam kitabnya subul al-salam: Ibn Hajar al-cAsqalani berkata bahawa hadith ini

    mempunyai sembilan turuq atau jalan periwayatan dari sembilan orang sahabat dan

    tidak sunyi jalan ini dari dipertikaikan.63 Walau bagaimnapun, Ibn cAbd al-Bar telah

    menghukum sahih hadith ini dengan sebeb umat telah menerimanya meskipun

    terdapat mereka yang menghukum dacif ke semua turuq atau jalan periwayatan.64

    iii) Bertepatan dengan zahir al-Quran

    Para fuqaha telah mengiktiraf kesahihan sesuatu hadith dengan dengan mengambil

    kira ketepatannya dengan zahir al-Quran. al-Zarqasi dari Abi al-Hasan bin al-Hassar

    al-Andalusi(611 H) berkata

    Sesungguhnya seorang faqih itu mengetahui kesahihan hadith

    dengan kesepakatannya dengan usul atau satu ayat daripada kitabAllah, maka diterima hadith tersebut dan beramal dengannya dan

    beriktiqad dengan kesahihannya sekiranya di dalam sanad tersebut

    tidak terdapat perawi yang berdusta maka tidak mengapa.65

    63

    al-Sancn. Subul al-Salam juz 1, hlmn 15.

    64 Ibn cAbd al-Bar. al-Tamhid. Mamlakah al-Gharbiyah: Wizarah al-Awqaf. Juz 16, bilgn 16,

    hlmn 217-219.65 Faidh al-Brcala Sahih al-Bukhari juz 3, hlmn 409.

    40

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    41/169

    2.3 Elemen-elemen Penguat Yang Tidak Layak Menaik Tarafkan Hadith

    Dacif

    2.3.1 Mujtahid Menyentuh Sesuatu Dalil Daripada Hadith

    Al-Syeikh al-Muhaddith al-Faqih Zafar Ahmad al-Tahanuwi r.ah. berkata al-mujtahid

    apabila mengambil atau menyentuh dalil dengan hadith itu menunjukkan hadith itu

    sahih baginya66 Akan tetapi para muhaddithin tidak mensahihkan hadith dengan

    amalan orang yang mengetahui atau megelaurkan fatwa dengannya. Ibn Salah

    berkata: Sesungguhnya sesuatu amalan orang alim atau fatwanya yang bertepatan

    dengan sesuatu hadith bukan hukum kesahihan hadith tersebut, begitu juga

    percanggahan sesuatu hadith dengan orang alim bukanlah hadith itu berstatus dacif67

    2.3.2 Kasyaf68 Oleh Sufi Menguatkan Status Hadith

    Ahli tasauf telah membenarkan bagi diri mereka mengunakan cara kasyaf di dalam

    urusan agama yang pelbagai. Oleh yang demikian mereka menjadikannya sebagai

    salah satu kaedah yang digunakan untuk menghukum hadith samada sahih atau dacif.

    Di antara hadith yang dihukum sahih dengan cara kasyaf ialah sebuah hadith

    Sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang dari arah mana kamu mengikuti mereka

    kamu diberi pertunjuk.

    al-Syacrni telah berkata: hadith ini dipertikaikan di sisi para muhaddithin

    tetapi dihukum sahih oleh ahli kasyaf.69 al-Albani memberi komentar mengenainya:

    66 Al-Tahanuwi.Inha al-Sakan ila Man Yattalic Ila al-Sunan, hlmn 16.67

    Ibn al-Salah. Muqaddimatuha maca al-Taqyidhlmn 120-121, al-Nawawi. Irsyad Tulb al-Haqaeiq ila Macrifah Sunan Khair al-Kaleq. Juz 1, hlmn 291.

    68 Terbuka (ternampak) sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati.

    69

    al-Syacrn. 1406. Mizan al-Kubr. Baghdad: Syarikat Maktabat wa Matbacah al-Muthanna.juz 1, hlmn 30.

    41

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    42/169

    Ini adalah batil dan perkara yang merepek dan tidak boleh diambil

    perhatian terhadapnya kerana menghukum sahih sesuatu hadith

    dengan perantaraan kasyaf merupakan suatu amalan bidcah sufiyah

    yang melampau dan pegagan mereka menghukum hadith dengan

    kaedah kasyaf adalah batil dan tidak ada asal baginya seperti mana

    mereka menghukum hadith ini. Kasyaf sekiranya tepat dinamakan

    pendapat.70

    2.3.3 Membenarkan Nabi s.a.w. Baginya di dalam Tidur

    Telah menyebutkan al-Syacrani daripada Ab al-Muwahib al-Syazl dia berkata Aku

    bertemu Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi maka aku bertanya baginda mengenai

    hadith masyhur Berzikirlah kamu sehingga orang mengatakan kamu gila manakalah

    di dalam Sahh Ibn Hibbn hadith tersebut berbunyi Perbanyakkanlah kamu berzikir

    sehingga orang mengatakan kamu gila. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab riwayat Ibn

    Hibban adalah sahih begitu juga riwayat yang kedua kerana kadang-kadang aku

    menyebut kedua-dua hadith tersebut, kadang-kadang satu hadith daripada dua hadithdi atas dan pada kali yang lain hadith yang satu lagi. Ini adalah satu contoh

    pengkaedahan yang tidak tepat dalam menghukum status hadith.71

    2.3.4 Implimentasi Solat Istikharah Dalam Menentukan Kedudukan Darjat

    Hadith

    Cara di atas adalah metode yang tidak berasas dan tertolak dalam disiplin ilmu hadith.

    Seseorang yang mendirikan solat istikharah dengan memohon kepada Allah s.w.t.

    ditunjukkan status sesuatu hadith samada sahih mahupun dacif atau mauduc.

    Istikharah yang dilakukan demikian tidak berfungi dan berperanan dalam

    70

    al-Albn. Silsilah al-Ahadith al-Dacfah wa al-Mawducah li al-Syeikh al-Albn. Beirut: al-Maktab al-Islami. juz 1, hlmn 78 no 58.

    71

    Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi. 2005-1426. cUlm al-Hadith Aslh waMacsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 288.

    42

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    43/169

    mensahihkan hadith yang dacif atau menghukum dacif hadith yang telah dihukum

    sahih. Keputusan yang diperolehi selepas mengerjakan solat istikharah boleh menjadi

    hujah untuk dirinya dan tidak boleh sama sekali dideklarasikan sebagai dalil yang

    pasti lagi mampan untk semua orang.72

    2.4 Hadith-Hadith Yang Tidak Layak Dinaik Taraf

    Perbincangan yang lepas adalah mengenai hadith-hadith yang boleh dinaik taraf

    kedudukannya menjadi lebih tinggi dari yang asal. Perbincangan kali ini berkisar

    tentag hadith-hadith yang tidak layak dinaik taraf atau diperkuatkan kedudukannya

    meskipun memiliki riwayat sokongan. Sebab utama terjadinya demikian ialah

    kelemahan yang melampau.

    Sebab-sebab yang melampau ialah terdapat salah satu perawi di dalam sanad

    hadith perawi yang disifatkan sebagai pendusta atau pembuat hadith palsu, atau

    perawi tersebut dituduh sebagai pendusta atau pembuat hadith palsu, atau perawi

    fasiq, atau hadith tersebut syaz atau munkar, atau disebabkan hadith tersebut memilikicillah.73

    Ibn al-Salah memberi komentar mengenai perawi-perawi yang tidak dapat

    menjadi saksi atau penguat kepada hadith-hadith mereka :

    Faktor kelemahan yang tidak dapat dihilangkan kerana terlampaulemah dan riwayat sokongan tidak mampu menaik taraf kedudukannya

    ialah perawi dituduh sebagai berdusta atau syaz.74 al-Nawawiberkata hadith yang diriwayatakn oleh perawi yang dituduh sebagai

    pendusta atau fasiq maka sebarang riwayat sokongan tidak mampumenaik taraf kedudukannya.75 Ibn Kathir menjelaskan bahawa dacif ituada bermacam-macam peringakat di antaranya dacif yang tidak boleh

    72 Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi. 2005-1426. cUlm al-Hadith Aslh waMacsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 288.

    73 Ibid.74

    Ibn al-Salah, al-Muqaddimah Maca al-Taqyed. hlmn 107.75

    al-Nawawi, Irsyad Tulb al-Haqeq. juz 1, hlmn 148.

    43

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    44/169

    dinaik taraf kedudukan hadithnya seperti riwayat dari perawi pendustadan matruk.76

    Daripada keterangan dan penjelasan sebentar tadi jelas kepada kita bahawa

    hadith dari perawi yang berdusta, dituduh sebgai pendusta, fasiq, hadith al-syaz dan

    hadith al-maclul merupakan klasifikasi-klasifikasi hadith yang tidak dapat dinaik taraf

    kedudukannya kepada hasan li ghairih disebabkan terlalu lemah dan riwayat-riwayat

    yang lain tidak dapat mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggai dari

    kedudukannya yang asal. Jenis-jenis hadith yang tidak boleh dinaik taraf ialah hadith

    mawduc, hadith al-matruk, hadith al-munkar, hadith al-syaz dengan jenis-jenis iaitu al-

    mudraj, al-mudtarib, al-musahhaf, al-muharraf, al-maclul.

    BAB III

    PENGENALAN HADITH DACIF DAN KLASIFIKASINYA

    3.1 Definisi Hadith Dacif

    Dacif dari segi bahasa bererti lemah, menjadi tidak bermaya.77 lawan kepada kuat.

    Asal perkataan dacufa yadcafu dacfu fahuwa dcif (( .78

    Manakala dari skop istilah Ibn Hajar mendifinisikan hadith dacif sebgai setiap hadith

    yang tidak memiliki sifat-sifat hadith sahih.79 al-Syeikh Habb Ahmad al-Krnaw

    76

    Ibn Kathir, IkhtisarcUlum al-Hadith, hlmn 33.77 Al-Marbaw. Dr al-Syeikh Muhammad Idrs cAbd al-Rauf, Qamus Idrs al-Marbaw;cArab-

    Melayu, Dar al-Fikr, Kuala Lumpur. 1990. Juz 1. hlmn 352.78

    Ibrhim Mustaf, Ahmad Hasan al-Ziyt, Hmd cAbd al-Qdir, Muhammad cAl al-Najjar.1972 H-1392 M. al-Mucjam al-Wast. Turkey, Istanbul: al-Maktabah al-Islmiyah.

    79

    Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abd. 2005-1426. cUlm al-Hadth Asluh waMucsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 126.

    44

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    45/169

    mendifinisikan hadith dacif dengan hadith yang tidak memiliki sifat hasan dan berbeza

    kondisi kelemahannya dengan paling lemah dan lemah yang sederhana seperti mana

    sifat sahih yang mengandungi paling sahih dan kurang sahih.80

    Muhammad Ab al-Fadl al-Warraq al-Jayzaw mendifinisikan hadith dacif

    sebagai hadith yang gugur satu syarat atau lebih daripada syarat-syarat hadith sahih

    dan hadith hasan.81 al-Imam al-Tirmiz memberi definisi yang agak khusus iaitu hadith

    dacif ialah hadith yang diketahui bahawa perawinya dituduh berdusta lagi buruk

    ingatannya.82 Prof Dr Taqy al-Dn al-Nadw mentakrifkan hadith dacif dengan

    definisi hadith yang kurang dari darjat hasan dan berbeza darjat kelemahannya

    mengikut sejauh mana kurangnya ciri-ciri hasan yang dimiliki hadith da cif tersebut.83

    Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa hadith dacif ialah hadith

    yang tidak memiliki atau hilang salah satu atau kesemua syarat hadith sahih. Tahap

    kelemahannya bergantung sejauh mana kekurangan syarat hadith sahih dalam hadith

    dacif tersebut.

    Ciri-ciri dan syarat-syarat yang dikenakan untuk menghukum sesuatu hadith

    itu berstatus sahih yang pertama ialah bersambung sanad hadith. Maksud di sini ialahsetiap perawi dari setiap peringkat bertemu dalam menyampaikan hadith sebagai

    contoh tbicin mesti bertemu dengan sahabat dalam meiwayatkan hadith jika tbicin

    tidak bertemu dengan sahabat tetapi dia menyandarkan hadith tersebut dengan nama

    sahabat maka hadith tersebut tidak bersambung sanad tetapi terputus sanad yang

    dikenali dengan nama saintefiknya hadith mursal.84

    80

    al-Syeikh Habb Ahmad al-Kiranaw. 1990. Qawcid fcIlm al-Hadth. Beirut: Dar al-Fikr al-cArabi. hlmn 17.

    81 al-Jayzaw. Muhammad Ab al-Fadl al-Warraq. 1366/1947. al-Taraza al-hadth fi funmustalh al-hadth. Misr: Sharikah Maktabah wa Matbucah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladihi.hlmn 14.82

    Ibn Taymiyyah. Ahmad Ibn cAbd al-Hakm. 1961. Sharh Hadth al-Nuzil. Manshurat al-Maktab al-Islami. T.tp. hlmn 23.

    83 al-Kandahlaw. Muhammad Zakariyy. 2003-1424. Awjaz al-Masalik il Muwatt Malik.Dimasq: Dar al-Qalam. hlmn 220.

    84

    Nur al-Din cEitar. 2003-1424. Manhaj al-Naqd fi cUlum al-Hadith. Edisi ke-3. Damsyiq: Daral-Fikr. hlmn 242

    45

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    46/169

    Kedua keadilan perawi yang mana ciri ini merupakan salah salah satu

    daripada dua sifat perawi thiqah. Maksud keadilan perawi dalam konteks method

    hadith ialah hendaklah perawi tersebut memiliki lima ciri iaitu beragama Islam,

    berakal, baligh, tidak fasik dan tidak melakukan sesuatu perkara aib yang boleh

    menjatuhkan maruah atau air muka.85 Ketiga ialah dabit yang bermakna perawi yang

    sempurna daya ingatan kawalan dan daya penjagaanya terhadap sesuatu hadith.86

    Penjagaan terhadap hadith dilakukan samada dalam bentuk ingatan (menghafal hadith

    tersebut) atau dalam bentuk penjagaan kitab (perawi menulis hadith) daripada

    musnah, hilang dan sebagainya.87

    Keempat ialah tidak shadh yang bermaksud tidak ada percanggahan antara

    riwayat perawi thiqah dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya.88 Kelima iaitu

    tiada cillah. cIllah bermaksud sesuatu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi dan

    sukar dikesan yang mana kewujudannya boleh menjejaskan kesahihan sesebuah

    hadith sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada.89

    3.2 Klasifikasi Hadith Dacif

    Para ahli hadith telah mengklasifikasikan hadith dacif kepada beberapa jenis mengikut

    penelitian dan pengkajian mereka masing-masing ada yang mengklasifikasikan

    kepada 381 bahagian atau jenis dan ada yang mencecah 510 bahagian seolah-olah

    tidak masuk akal. Pembahagian yang boleh diambil kira ialah pengklasifikasian yang

    dibuat oleh Imam Ibn Hibban sebanyak 49 bahagian atau 42 bahagian oleh al-Hfiz

    al-cIraq. Ibn al-Salh kepada 42 jenis.90 Di antara nama-nama hadith dacif ialah al-

    85

    Azwira cAbd al-cAzz & Ahmad Asmad Sakat. 1999. Metodologi Hadith, Edisi Pertama, ,Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM. hlmn 97.86

    Ibid.87

    Nur al-Din cEitar. 2003-1424. Manhaj al-Naqd fi cUlum al-Hadith. Edisi ke-3. Damsyiq: Daral-Fikr. hlmn 242.

    88 Azwira cAbd al-cAzz & Ahmad Asmad Sakat. 1999. Metodologi Hadis, Edisi Pertama, ,Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM. hlmn 9789

    Ibid.

    90 Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abad. 2005-1426. cUlm al-Hadth Asluh waMucsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 160.

    46

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    47/169

    mucallaq, al-mursal, al-mucdal dan al-munqatic, al-mudallas dan al-mursal al-khafi, al-

    mauduc, al-matruk, al-munkar, al-shadz, al-mudraj, al-maqlub, al-mazid fi muttasil al-

    isnad, al-mudhtarrib, al-musahhaf, al-muharraf dan al-maclul. Ada jenis hadith dacif

    yang tidak memiliki namanya yang saintifik seperti mana jenis hadith dacif yang lain

    maka hadith sebegini dinamakan dengan nama yang umum iaitu dacif seperti al-

    majhul, al-mubham, al-mutalaqqin, al-mubtadic, say al-hifz dan al-Mukhtalit.

    3.3 Martabat hadith dacif

    Martabat hadith dacif berbeza mengikut perbezaan kelemahan hadith samada

    kelemahan yang biasa atau yang melampau. Selain daripada itu mengikut sejauh

    mana sifat hadith sahih yang tidak dimilikinya. Sekiranya satu sifat daripada sifat

    hadith sahih tidak dimiliki dalam sesebuah hadith maka hukun kelemahan hadith

    tersebut dalah biasa akan tetapi sekiranya hampir semua sifat hadith sahih tidak

    dimiliki dalam sesebuah hadith maka hukum hadith dacif ini adalah dacif yang

    melampau. Hadith yang melampau kelemahannya sangat sukar untuk dikuatkan atau

    ditingkatkan menjadi hasan meskipun memiliki hadith penguat atau penyokong.

    Manakala hadith yang sederhana kelemahannya boleh ditingkatkan atau

    dinaikkan menjadi hasan sekiranya memilki hadith mutbi91 dan hadith syahid92.93

    Sebab lemah yang melampau ialah apabila hadith itu dihukum dacif kerana perawi

    hadith tersebut tidak memiliki sifat cadalah. Sekiranya dua orang perawi hilang sifat

    cadalah maka hadith ini menjadi lebih lemah kelemahannya daripada hadith yang

    hanya seorang perawi sahaja yang tidak mempunyai sifat

    c

    adalah begitu seterusnya.

    94

    91 Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang mana lafaz haditnya sesuai dengan lafaz hadithperawi yang lain.92

    Hadith yang driwayatkan oleh seseorang sahabat yang mempunyai makna yang sama denganhadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang lain.93

    Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abad. 2005-1426. cUlm al-Hadth Asluh wa

    Mucsiruh. Edisi ke-4, Selangor: Dar al-Syakir. hlmn 162.94

    Ibid

    47

  • 8/14/2019 TESIS Hadith Daif

    48/169

    3.4 Hukum Menyebut Hadith Dacif

    Jumhur Muhaddith seperti Sufyn al-Thaur (161 H), cAbdullah bin al-Mubrak (181

    H), cAbd al-Rahman bin Mahd (198 H), Ahmad bin Hanbal (246 H), Abu Zakariyy

    al-cAnbar (344 H) menyatakan harus menyebut hadith dacif tanpa menyebut

    keterangan sebab kelemahannya dengan syarat hadith tersebut tidak bersangkut atau

    ada kaitan dengan permasalahan aqidah, halal dan haram, hukum-hukum syari cah

    yang lain, pengajaran, taghrib dan tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan yang

    seumpama dengannya.95

    Perlu diingatkan bagi sesiapa yang ingin menyebut hadith dacif tanpa

    menyebut sanad periwayatannya maka tidak boleh tidak menyebut hadith dacif

    tersebut dengan lafaz yang dapat menunjukkannya hadith