tersenyumlah

14

Upload: azmibhr

Post on 06-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Melihat kehidupan dengan fikiran positif

TRANSCRIPT

Page 1: Tersenyumlah
Page 2: Tersenyumlah

Tersenyumlah

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kita tertunduk malu namun kemuliaan hanya memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menangis bersama kita atau menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah gelisah sedangkan semua itu tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan dan impian.

Bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt dan kemuliaan diri.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat tetapi ada pula manusia yang mati hina. Kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kekayaan dan kemewahan menyelimuti diri. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik tetapi ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Ya, kita berhak menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa dan menderita jiwa.

2

Biarkan kemahuanMewarnai kehidupan dengan

keazamanMengusir kesedihan dan

keputus asaan

Biarkan harapanMenyinari hari baru

Dengan seribu mimpi indahMenerangi kegelapan hati

Biarkan tawakalMenjadi teman bicara

Merawat segala kelemahan jiwa

Kita insan merdekaBerhak memilih untuk

bahagiaAtau tersenyum dalam duka

lara

Page 3: Tersenyumlah

Pagi Yang IndahKita sebenarnya layak untuk memilih pagi bagaimana yang kita hajati. Sekiranya kita inginkan pagi yang indah dan membahagiakan maka bisikkan pada hati kita "Hari ini adalah hari yang paling indah". Lalu kita ke dapur untuk sarapan; hanya ada biskut kering dan kopi O semalam lalu katakan pada diri kita "Ada insan lain langsung tidak memiliki apa-apa untuk dimakan" tentunya kita akan mampu mensyukuri nikmat Allah untuk pagi kita yang membahagiakan itu.

Kita lalu melangkah masuk ke kereta kita yang usianya hampir suku abad. Dengan lafaz Bismillah dan senyuman kitapun memutar suis untuk

hidupkan enjin tetapi tidak ada bunyi enjin yang kedengaran. Kita cuba beberapa kali namun masih sunyi sepi. Ternyata kereta kita rosak lagi. Kitapun terpaksa ketempat kerja dengan bas. Katakan pada diri kita "Ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan." Alangkah bahagianya kita yang hanya memiliki kereta tua dan selalu rosak. Ketika pulang dari kerja, kita singgah di ATM untuk keluarkan sedikit wang untuk baiki kereta tetapi apabila disemak bakinya wang yang kita ada hanya cukup untuk makan hingga hujung bulan lalu kita bersyukur masih memiliki walau sedikit dan kitapun katakan pada diri kita "Ada manusia yang hidup dikelilingi hutang dan terpaksa menempuhi bulan baru dengan keresahan dan berat hati". Alangkah bahagia dan indahnya hari baru yang sedang kita tempuhi.

Kita terlalu berutung berbanding manusia yang memilih pagi yang paling buruk. Bangun dengan keputus asaan. Celik saja mata terus mengeluh dan memarahi isterinya "Asyik-asyik sarapan nasi lemak, rasa dah muak. Tak ada sarapan lain ke?" Ia melangkah keluar rumah dengan wajah muram. Kemuramannya hilang semula apabila melihat kereta mewah pujaan hati. Sambil mengosok badan kereta sport berwarna kuning itu tiba-tiba senyumannya semakin pudar dan terkeluar keluhan hati "Bilalah hutang kereta ni nak habis bayar, hutang kereta lama dulupun masih ada baki lagi hingga terpaksa buat refinance". Dengan penuh keresahan ia memandu ke tempat kerja. 2 KM sebelum tiba ditempat kerja kita mula merengus "Aduh! Tentu parking dah penuh dahla begitu tentu boss mengamuk lagi pagi ini kemudian..." Jiwanya mengeluh dan menderita untuk segala musibah yang belum lagi menimpa hingga bibirnya tidak lagi mampu mengukirkan senyuman walaupun pada anak dan isteri sendiri.

3

Page 4: Tersenyumlah

Jadi pilihlah pagi bagaimana yang kita hajati. Pagi yang indah membahagiakan atau pagi yang paling membosankan dan penuh kekecewaan. Mungkin nampak mudah tetapi untuk memilih segalanya terletak pada keimanan kita pada Allah SWT. Setakat mana kita meyakini keagungan Allah beserta janji-janjiNya.

Ringankan Beban Mu

Hidup ini memang penuh dengan ujian dan dugaan. Kebahagiaan umpama tetamu asing yang datang dan pergi tanpa pamit. Kegelisahan dan kebimbangan sering pula bertandang walaupun jiwa kita tidak pernah senyum menyambut kedatangannya atau menahan pemergiannya. Itulah kehidupan, pentas ujian yang menjadikan jiwa kita tertekan dan terbeban setiapkali semalam berlalu pergi .

Namun kejahilan menjadikan kita rakus dan lupa hakikat kehidupan lalu kita mengundang berbagai

kegelisahan dan bebanan. Betapa sering kita terbeban dengan perkara yang belum pasti akan berlaku. Betapa sering kita mengundang dendam dan benci untuk sesuatu yang masih belum pasti terjadi. Tidak cukup kekecewaan semalam yang masih kita pelihara bara dan kepanasannya kita kumpul pula seluruh keraguan dan kegelisahan untuk esok yang belum menampilkan diri.

Hiduplah untuk hari ini. Semalam telah berlalu pergi, segala kesilapan tak mungkin dapat kita baiki tetapi pengajarannya amat berguna untuk hari-hari yang sedang menanti. Lihatlah hari esok dengan penuh keazaman, biarkan cahaya harapan menyinari seluruh kegelapan hingga kita bersemangat penuh untuk meneruskan perjalanan.

Ya, hari ini. Hari ini adalah hari yang paling berharga yang benar-benar kita miliki. Hargailah ia dengan sepenuh hati. Hiaskan paginya dengan bunga-bunga jiwa yang putih suci dan sedingin embun pagi. Jangan kita tangguhkan segala kebaikan, lakukan yang terbaik dan termampu. Hari ini kita ingin ungkapkan kata-kata yang baik, amal yang terbaik dan seikhlas hati. Hari ini kita ingin solat dengan penuh khusyuk, kita ingin ziarah menziarahi kerana Allah dan bersyukur dengan segala limpah kurnia Allah SWT. Hari ini kita ingin perbanyakkan taubat dan istighfar.

Ketika kita dipagi harinya, jangan kita tunggu hingga ketengahari atau kepetangnya. Penuhi piala hati kita dengan taqwa dan hiasi diri kita dengan budi dan akhlaq terpuji. Manfaatkan segala detik kehidupan yang masih kita miliki.

4

Page 5: Tersenyumlah

Jadikanlah semalam sebagai sempadan segala dendam dan benci lalu kita memandang manusia dengan sinar kasih sayang dan kemaafan. Segala dendam dan benci telah kita hanyutkan bersama mimpi malam tadi setelah kita pejamkan mata kita bersama wudhu dan kerinduan syurga Ilahi.

Tiada yang lebih berharga dari hari ini. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi. Ringakanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit.

Di Sebalik MusibahMusibah adalah sebahagian dari kehidupan. Manusia yang cuba melepaskan dirinya dari musibah umpama melepaskan diri dari kehidupan itu sendiri.

Ya, memang perit, memang sakit. Kadangkala jiwa terasa menderita. Pernah juga kecewa dan putus asa. Hati terluka dan berdarah bahkan kadang-kadang bernanah dan berbisa. Inilah warna warni kehidupan yang menjadikan kehidupan kita indah dan bermakna. Inilah warna jiwa yang disebaliknya adalah didikan jiwa yang menjadikan kita lebih tabah, teguh jiwa dan penuh keazaman.

Ya, ada yang tersungkur dan kecewa atau menderita dan putus asa kerana ia cuba menanggalkan bahagian penting dari kehidupannya iaitu musibah.

Musibah adalah guru yang mengajar erti sabar dan pasrah, juga guru yang mengajar erti jatuh dan bangun atau perjuangan dan pengorbanan. Musibah mengajar kita erti kematangan asalkan kita ingin tunduk dan hormat padanya sebagai 'guru kehidupan'.

Musibah adalah modal untuk kita pulang kepada Allah. Kata seorang ulamak "Jika hidup ini tidak ada musibah maka kita akan pulang pada Allah dalam keadaan muflis".

Bayangkan tanpa sabar dan pasrah, tanpa doa dan pengharapan, tanpa persandaran dan kerendahan, apa lagi yang kita ada untuk meraih rahmat Allah. Adakah pahala solat kita cukup untuk menyelamatkan kita dari azab Allah, mungkinkah puasa kita atau haji kita. Bukankah kita akan masuk ke syurga kerana rahmat Allah SWT. Bukankah rahmat Allah itu untuk hamba-hambaNya yang mempunyai kerendahan hati. Bukankah kerendahan hati itu milik hambanya yang merasa kerdil dan lemah, selalu berdoa dan bertaubat, selalu takut dan berharap dan tinggi pergantungannya pada Allah SWT. Bukankah semua perasaan itu muncul ketika jiwa terasa silau memandang kehidupan, jiwa terasa begitu tertekan, langkah terasa berat dan membebankan.

5

Page 6: Tersenyumlah

Lalu apa yang menjadikan kita begitu bencikan musibah? Bukankah musibah itu anak tangga menuju Pencipta, cermin untuk mengenali diri, juga teman untuk menasihati.

Mereka bertanya tentang kehidupanInginku ceritakan tentang kematian

Ia adalah GURUYang mengajarku

Erti kebahagiaan dan perjuangan

Mereka bertanya tentang kesenanganInginku ceritakan tentang kesedihan

Ia adalah TEMAN kehidupanYang berbicara kepadaku

Erti kegigihan dan keazaman

Mereka bertanya tentang keseronokanInginku ceritakan tentang kesedihan

Ia adalah PEMBIMBING setiaYang mengajarku

Erti kesedaran dan kecukupan

Putus AsaPutus asa umpama racun yang membunuh jiwa. Ia mula menyerang hati kita hingga tercetusnya keraguan terhadap diri kita sendiri. Ia menimbulkan halusinasi yang menggambarkan segala kelemahan diri kita hingga kita mula meragui kehidupan dan perjalanannya yang sedang kita lalui. Kehidupan terasa begitu sukar dan menggerunkan jiwa. Kesan racun ini jika tidak disekat akan menyerang iman kita hingga kita mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, kebijaksanaan dan keadilan Allah SWT.

Kerosakan pada hati menyebabkan kesannya mula merebak keseluruh anggota badan. Kita mula terasa lemah untuk bangun meneruskan kehidupan. Mata kita mulai silau memandang segala ujian dan tekanan yang bakal kita tempuhi. Kepala kita terasa berat untuk mendongak dan memandang kehadapan. Kaki terasa kaku dan hilang keseimbangan untuk kita terus berdiri dan meneruskan perjalanan.

Kita akhirnya tidak mampu keluar dari 'bilik' kita. Kita terkurung dalam dunia kita sendiri dan tidak suka menerima 'tetamu'. Kita lebih suka bersendiri sambil mengenang kisah-kisah silam namun pandangan jiwa kita sering terhenti pada kenangan yang memedihkan jiwa hingga penderitaan kita kian bertambah.

Kita tidak lagi selesa untuk mengukirkan senyuman apatah lagi untuk bergurau senda. Mata kita mula rabun warna hingga kita melihat dunia baru kita yang suram tanpa warna, tiada lagi keindahan yang mempesonakan. Telinga kita mula terasa begitu sensitif dengan bunyi-bunyian. Kalau dulu kita terhibur dengan bunyi tangisan anak atau sapaan pasangan hidup, kini semuanya itu menyakitkan dan menimbulkan ketidak selesaan. Setiap bunyi atau teguran yang menerjah gegendang telinga kita menimbulkan kesakitan. Lidah kita terasa keras dan hilang kepekaan rasa, tiada lagi kemanisan zikir

6

Page 7: Tersenyumlah

bahkan kalimah-kalimah yang keluar daripadanya agak kasar serta kehilangan makna dan keindahan bahkan disertai bau busuk yang mengalir keluar dari perut kita yang penuh keserabutan.

Penderitaan ini berlanjutan hingga wajah kita mengambarkan kerutan-kerutan kesakitan dan penderitaan. Air muka bahkan bentuk muka kita mula berubah. Mereka yang hampir dan akrab dengan kita selama ini hampir-hampir tidak mengecam 'wajah baru' kita. Kita nampak terlalu tua dari umur kita, pandangan mata kita agak tajam dan kedalam, bibir kita menjuih dan menimbulkan air muka yang menggerunkan jiwa anak-anak kita untuk menyapa dan bersenda.

Jika dibiarkan terus kita akan terus menderita. Kita tidak lagi mampu bangun dari 'pembaringan' kita. Pandangan kita semakin kurang, begitu juga dengan telinga kita tidak lagi dapat mengesan bunyi-bunyian. Kita hidup menyendiri tanpa teman. Anak-anak kita tidak tahan dengan bau mulut kita setiapkali kita menuturkan kata-kata yang kita sendiri tidak memahaminya. Akhirnya kita 'terbaring' sendirian, tiada teman bicara, tiada teman berkongsi cerita dan tiada teman yang menemani bahkan kita lebih suka bercakap sendirian kerana orang lain tidak akan memahami apa yang kita inginkan.

Apabila jiwa kosong maka kehidupan umpama lorong duka lara,

simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.

Dari manakah datangnya kepanasan di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia, memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya

agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk. Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian

dalam rimbunan pepohon keimanan

7

Page 8: Tersenyumlah

Satu PencarianDisebalik hiruk pikuk kehidupan ini tidak ada yang lain yang kita cari selain KEBAHAGIAN. Tanyalah pada siapa saja yang kita temui; Apa yang mereka cari? Untuk apa, semua yang mereka korbankan? Untuk apa anak-anak dan rumahtangga ditinggal dan dibiarkan? Maka jawapannya adalah kebahagiaan. Walaupun hakikatnya terkadang kebahagiaan itu semakin jauh dan mustahil untuk diraih..Kehidupan ini adalah satu pencarian. Yang pastinya setiap insan mencari KEBAHAGIAAN. Malangnya tidak semua insan itu mengenali kebahagiaan dan tidak tahu pula proses atau jalan untuk mendapatkannya. Akibatnya masa terus berlalu tetapi kita masih terpenjara dalam kekecewaan dan

kekosongan.

Ada yang mencari kebahagiaan dilorong-lorong dosa lalu bertemu syaithan yang bertopengkan manusia. Keseronokan itu hanyalah sementara tetapi syaithan menghiasinya hingga nampak kekal dan 'membahagiakan' lalu ramai yang terhenti disitu. Mereka dijamu jus khuldi (Minuman keabadian) yang menjanjikan keabadian dan keseronokan selama-lamanya hingga mereka melupakan kematian.

Mereka terus ketawa dalam kekosongan dan tersenyum dalam kehampaan hingga mereka tidak lagi sedar dimana mereka sedang berdiri dan kemana hujung perjalanan. Sekali sekala mereka umpama tersedar lalu ingin melangkah keluar namun ruh mereka yang kelaparan dan sakit itu tidak mampu untuk bangun dan pulang ke pangkal jalan.

Ada yang mencari kebahagiaan dari celah-celah daun cinta lalu bertemu dengan 'janji kebahagiaan'. Syaithan mula melakonkan watak kesetiaan, kejujuran, kasih sayang, penghargaan dan penuh kesucian. Ada jiwa yang selama ini terbiar tanpa kasih sayang lalu merasakan dirinya kini dikasihi dan dihargai. Mereka lalu hidup 'bahagia' diusap janji setia. Ada yang mengorbankan dirinya demi kesucian cinta bahkan mengorbankan segala-galanya sebagai bukti kesetiaan. Mereka korbankan segala-galanya hingga mereka tidak lagi memiliki apa-apa walaupun diri mereka sendiri.

Ada yang tersedar setelah diri ternoda tetapi mendapati jalan pulangnya terlalu panjang lalu berputus asa dengan kehidupan.

Ada juga yang mencari kebahagiaan ditimbunan sampah dunia lalu mereka menemui 'kekayaan'. Syaithan pun terus menjelmakan dirinya dalam bentuk kekuasaan dan kebanggaan. Ada jiwa yang terpedaya hingga menjadi hamba padanya. Kekayaan lalu menjanjikan kebahagiaan untuk keluarga tercinta. "AAh, semuanya boleh dibeli" katanya. Lalu kita menggadaikan seluruh kehidupan untuknya. Anak-anak, kita salutkan dengan kemewahan sebagai pampasan kasih sayang. Isteri kita, kita hadiahkan rumah pilihan dan kenderaan idaman sebagai teman kesunyian.

8

Page 9: Tersenyumlah

Kita dimana? Kita sedang bejuang membangunkan 'keluarga tercinta', demi kebahagiaan yang kekal selamanya. Ketamakan menguasai diri kita hingga kita semakin dahagakan kekayaan. Ya kita memang kaya tetapi kita telah gadaikan segalanya, termasuklah keluarga yang kita cinta.

Semua manusia mencari kebahagiaan disetiap pelusuk dunia tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa kebahagiaan itu berada dalam dirinya. Mungkin kerana jiwanya terlalu kelam dan gelita dan mereka pun tidak memiliki ilmu untuk menyuluhnya atau murabbi sebagai pembimbing. Kalaulah mereka memiliki sedikit sahaja sumber cahaya tentunya mereka akan nampak kilauan kebahagiaan. Dan kalaulah cahayanya lebih terang lagi tentu mereka akan terkejut kerana yang menemani kebahagiaan itu adalah cinta dan kekayaan.

Jadi dimanakah letaknya kebahagiaan? Bagaimana cara untuk menggapainya?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah antara manusia yang diuji dengan ujian yang luar biasa. Ada yang diletakkan besi panas pada dadanya hingga mengeluarkan lemak dan lemak itu lalu memadamkan bara api. Khubaib Ibnu Adi RA di kerat anggota badannya satu persatu hingga menemui kematian. Mus'ab bin Umair hidup dalam serba kekurangan, sehari makan sehari berlapar dan berbagai bentuk kepayahan dan penderitaan yang mereka lalui.

Ya, dari sudut fizikalnya mereka menderita dan hidup dalam kesempitan tetapi apa yang ada dijiwa mereka? Ketenangan, kepasrahan, lapang dada dan kepuasan dengan kehidupan dan pengorbanan.

Kita memiliki segala kemewahan dan kesenangan tetapi apa yang ada dihati kita? Keraguan, kegelisahan, keluh kesah, kekecewaan dan segala racun yang mematikan hati. Kenapa? Ya, mereka memilki iman; iman yang menghidupkan jiwa, iman yang melahirkan kekuatan dan ketahanan jiwa yang luar biasa. Iman mereka melahirkan keyakinan kepada segala janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT, Iman mereka membangunkan keyakinan kepada bantuan dan pertolongan Allah, Iman mereka menjadikan mereka bangga menjadi Mukmin dan menjadikan mereka hidup dengan kemuliaan dan mengorbankan segalanya untuk manusia bersama-sama mengecapi kebahagiaan yang mereka rasai. Mereka tabah mengharungi segala kepayahan dan tersenyum menghadapi kematian. Ya, mereka memiliki segalanya yang disebut KEBAHAGIAAN.

Hiduplah Dengan Jiwa MerdekaKemerdekaan atau kebebasan sebenar tidak diukur dengan kekayaan atau kekuasaan. Tidak juga diukur dengan kemampuan kita untuk melakukan sesuatu yang luarbiasa atau hebat. Betapa ramai insan yang hebat dipersada dunia tetapi hidupnya terkurung dan serba terbatas. Ia menjadi hamba kemasyhuran, hamba dunia dan hamba pada nafsu yang menipu daya.

Kita merdeka apabila kita memiliki diri kita sendiri serta kita mampu untuk taat kepada Pencipta kita dan Pemilik alam buana ini iaitu Allah SWT. Kata Ibnu Taimiyyah, perhambaan kepada Allah SWT semata-mata adalah hakikat

kebebasan yang sebenar-benarnya. Secara fitrahnya perhambaan itu adalah sebahagian dari hakikat insan. Di

9

Page 10: Tersenyumlah

dalam beberapa tempat Al Quran menjelaskan hakikat kelemahan dan kekerdilan insan dan betapa jiwa manusia itu memerlukan tempat pergantungan.

Itulah hakikat diri kita; lemah, kerdil, penuh mengharap serta memerlukan kekuatan dan bantuan. Apabila kita menghambakan diri kita pada Allah semata-mata maka kita akan menikmati kebebasan yang sebenar-benarnya. Hanya Allah yang menjadi rujukan dan persandaran kita lalu kita kasih dan benci kerana Allah, kita memberi dan menahan kerana Allah bahkan setiap degup jantung, setiap helaan nafas serta kehidupan kita semuanya untuk Allah SWT Robbul 'Alamin. Sebaliknya jika kita tidak lagi menjadikan Allah dan hubungan denganNya sebagai nilai utama kita maka pada masa itu jiwa kita akan terikat dan terantai dengan banyak perkara yang yang tidak ada hubungannya dengan Allah dan Hari Akhirat. Kita akan jadi hamba pada nafsu kita sendiri dan lebih hina lagi apabila kita menjadi hamba kepada nafsu orang lain. Kita melakukan sesuatu bukan kerana kita suka tetapi 'takut' dipandang lekeh atau dihina masyarakat, atau 'takut' dianggap ketinggalan zaman dan kolot dan berbagai-bagai 'ketakutan'. 'Ketakutan' inilah yang menyebabkan jiwa kita terpenjara hingga kita terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh keraguan dan keterpaksaan. Jiwa kita terkurung dalam dunia sempit dan serba kekurangan. Jiwa kita sentiasa gelisah dan keluh kesah hingga tidak mungkin lagi kita meneguk kebahagiaan.

Ketika inilah, ketika jiwa kita terantai maka kita tidak lagi merasai nikmat kebebasan. Jiwa kita terkurung dan murung sedangkan kehidupan adalah penjara kejam yang mengikis rasa kemanusiaan.

Jadilah hamba merdeka yang hidup untuk cintaNya. Mencintai kemakrufan dan membenci kemungkaran, mencintai kebenaran dan bencikan kebathilan, mencintai keimanan serta membenci kekufuran. Dunia adalah medan mencari cinta sedang Akhirat adalah saat menemui Kekasih sejati. Tidak ada rantai yang membelengu jiwanya atau kelemahan yang memenjara harapannya. Tidak ada 'tuan' yang menganiayai selain Tuan yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang yang melihat hambanya dengan pandangan rahmah dan kasih sayang.

Marilah kita keluar dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan semata-mata kepada Allah SWT, dari kesempitan hidup jahiliyyah kepada keluasan hidup bersama Islam. Daripada hamab terkurung dan hina kepada hamba yang merdeka. Inilah jalan menuju kebahagiaan hakiki.

10