jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · web viewsekiranya...

54
KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN] PERATURAN AM & SYARAT PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (KSGPI) KPM – PEKDIS 1 17 – 19 OGOS 2018 ( TERENGGANU DARUL

Upload: phungduong

Post on 11-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

PERATURAN AM&

SYARAT PERTANDINGAN

KARNIVAL SUKANGURU PENDIDIKAN ISLAM

(KSGPI) KPM – PEKDIS

1

17 – 19 OGOS 2018( TERENGGANU DARUL IMAN )

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

PERATURAN AM

1. PENGUASAAN

Semua acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam

(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 hendaklah mengikut

PERATURAN-PERATURAN AM ini kecuali yang akan dinyatakan kemudiannya.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu permainan yang

sedang berkuatkuasa sekarang akan digunakan melainkan sekiranya ada undang-

undang khas yang menguasai pertandingan permainan di Karnival Sukan Guru

Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

3. KELAYAKANPemain yang layak menyertai Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam ini adalah:

3.1. Warganegara Malaysia

3.2. Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia .

3.3. Ahli PEKDIS yang berdaftar pada tahun semasa sebelum pengesahan

pendaftaran dibuat oleh negeri.

4. JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN

4.1.Jawatankuasa Teknikal Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) dengan

kerjasama PEKDIS Cawangan Terengganu akan mengelolakan Karnival Sukan

Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4.2.Pengelola Karnival akan membentuk jawatankuasa kecil lain untuk menjalankan

tugas-tugas pengelolaan karnival tersebut

5. PERMAINAN DIPERTANDINGKAN DAN JUMLAH PESERTA

Jumlah permainan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah sebanyak acara iaitu;

5.1. Futsal

5.2.Bola Jaring

5.3.Tenpin Bowling

5.4.Badminton

5.5.Memanah

5.6.PingPong

5.7 Sepak Takraw * ( Sukan Tambahan Negeri Terengganu )

2

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

ACARA KATEGORI

JUMLAH PESERTA

KESE

LURU

HAN

PEM

AIN

SIM

PAN

AN

JURU

LATI

H

PEN

GURU

S

5.1 FUTSAL BERPASUKAN LELAKI ( 5 SEBELAH ) 5 3 1 1 10

5.2 BOLA JARING BERPASUKAN WANITA 7 5 1 1 14

5.3 TENPIN BOWLING

BERPASUKAN LELAKI4 4

INDIVIDU LELAKI

BERPASUKAN WANITA4 4

INDIVIDU WANITA

BERPASUKAN VIP (3L, 2W) ( BPI, JPN, PPD,PGB SMKA/SABK ) 5 5

5.4 BADMINTONBERPASUKAN LELAKI ( 2-2-2 ) 6 1 1 8

BERGU WANITA 4 1 1 6

5.5 MEMANAH

INDIVIDU LELAKI BOW RECURVE DAN BOW TRADISIONAL 6 1

1 13INDIVIDU WANITA BOW RECURVE DAN BOW TRADISIONAL 4 1

BERPASUKAN CAMPURAN RECURVE ( 2L, 1P ) 0

BERPASUKAN CAMPURAN TRADISIONAL ( 2L,1P ) 0

5.6 PING PONG

BERPASUKAN LELAKI 7 1 1 9

INDIVIDU WANITA 2 1 1 8

BERGU WANITA 4

5.7 SEPAK TAKRAW ANTARA REGU 3 1 1 5

JUMLAH 61 8 9 8 86

3

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

6. PENDAFTARAN

6.1.Setiap JPN dikehendaki menghantar penyertaan kepada jawatankuasa

pengelola selewat-lewatnya pada 01 JUN 2018. Makluman penyertaan melalui

telefon tidak dibenarkan.

6.2.Setiap JPN dikehendaki mendaftar nama pegawai dan pemain dalam borang

yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola (mengikut jenis permainan) yang

mengandungi.

6.2.1. Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan)

6.2.2. No. Kad Pengenalan

6.2.3. Nama Sekolah / Pejabat

6.2.4. No. Telefon

6.2.5. No Keahlian PEKDIS

6.3 Borang Pendaftaran tersebut hendaklah diisi dengan lengkap. Jawatankuasa

Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap

seperti para 6.2

6.4 Seorang ahli PEKDIS hanya boleh mewakili satu (1) permainan sahaja.

6.5 Semua borang pendaftaran peserta hendaklah disahkan oleh Ketua Sektor

Pendidikan Islam JPN masing-masing.

6.6 Sumbangan penyertaan telah ditetapkan mengikut penyertaan pemain dan

pemain simpanan. Sumbangan hendaklah dijelaskan oleh negeri masing-masing

selewatnya pada 4 Ogos 2018.

6.7 Pihak Pengelola akan menyediakan penginapan untuk semua kontinjen.

Walaubagaimanapun Pengangkutan, Makan Minum dan Pakaian Rasmi hendaklah diuruskan oleh negeri masing-masing.

7. PAKAIAN PEMAIN7.1.Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang mematuhi Syariat Islam

7.2.Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam sesuai dengan

jenis permainan yang telah ditetapkan

7.3.Nombor-nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan

dalam senarai pendaftaran

4

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

8.1 Penentuan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah MATA yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut.

8.2 Sekiranya masih seri juga, hendaklah ditentukan mengikut jumlah JOHAN dan

seterusnya.

9. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

9.1. Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah

mendaftar dan diterima menyertai pertandingan tersebut.

9.2. Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan, semua

keputusan perlawanan pasukan tersebut akan dibatalkan. Pasukan berkenaan

juga tidak akan dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.

9.3. Sekiranya ada pasukan yang menarik diri. Pasukan lawan boleh dikira menang

tanpa bertanding atau pihak pengelola boleh menyusun semula jadual

perlawanan mengikut kesesuaian munasabah.

10. PENGADILAN

10.1. Semua pengadil yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang bertugas

dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau mereka yang mempunyai

tauliah / pengiktirafan oleh badan - badan sukan yang diiktiraf di Malaysia.

10.2. Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Pengadil dan pengadil-pengadil

lain dalam pertandingan kelolaannya.

11. BANTAHAN

11.1. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan

hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau

wakilnya tidak lebih dari setengah jam (30 minit) selepas perlawanan

berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam undang-undang

permainan tersebut.

11.2. Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM300.00 bagi

acara berpasukan dan RM200.00 bagi acara individu yang tidak akan

dkembalikan jika sekiranya bantahan tersebut tidak berasas.

5

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

12. LEMBAGA JURI RAYUANJawatankuasa Pengelola akan menubuhkan satu badan lembaga Juri Rayuan yang

terdiri daripada :

12.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

12.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang

12.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Permainan berkenaan

12.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai ex-officio

12.2.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

12.3 Keputusan Lembaga Juri Rayuan adalah muktamad

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANSemua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini

akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-

undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan

permainan yang sedang berkuatkuasa dan pihak Jawatankuasa Pengelola berhak

meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

6

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

FUTSAL

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Pertandingan Futsal

yang diguna pakai semasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah

diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PERATURAN AM Karnival

Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018

yang sedang berkuatkuasa.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan akan mengandungi:

2.1 Lapan (8) orang pemain lelaki

2.2 Seorang (1) Pengurus Pasukan

2.3 Seorang (1) Jurulatih

3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 10 orang sahaja termasuk Pengurus

Pasukan dan Jurulatih (Pengurus dan Jurulatih boleh bermain @ dianggap

sebagai pemain simpanan).

3.2 Tiada ketetapan had umur bagi penyertaan ini

3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi PERATURAN

AM yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru

Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4. MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Gelanggang Sport Planet, Gong Badak,

Terengganu.

4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) jam 8.00 pagi

hingga 6.00 ptg

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga mengikut kumpulan yang akan diundi

oleh Pengelola.

5.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan seterusnya.

5.3 Undian akan dibuat sekali lagi bagi penentuan kumpulan pusingan seterusnya

tanpa mengambil kira pencapaian dalam kejohanan sebelum ini.

7

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5.4 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan

adalah seperti berikut;

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

5.5 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, 2 pasukan atau lebih

didapati memperoleh jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan

berikut akan dikira:

5.5.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira

menang.

5.5.2 Jika perbezaan masih seri, pasukan yang mendapat bilangan jaringan gol

terbanyak akan dikira menang.

5.5.3 Jika masih seri, Pasukan yang bolos terendah akan dikira menang.

5.5.4 Jika masih seri, penentuan pemenang ditentukan menerusi sepakan

penalti

5.6 Masa perlawanan adalah seperti berikut :

5.6.1 Peringkat kumpulan - 7 minit X 1 X 7 minit

5.6.2 Pusingan kedua - 7 minit X 1 X 7 minit

5.6.3 Peringkat Akhir - 10 minit X 1 X 10 minit

(Masa rehat yang diperuntukan adalah tidak melebihi 1 minit kecuali dengan

izin pengadil) Masa perlawanan akan mengikut sistem “Running Time”.

5.7 Pasukan berhak meminta satu perhentian masa (“time out”) selama satu (1)

minit di tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:

5.7.1 Jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa (“time out”) satu

(1) minit dari penjaga masa. Permintaan boleh dibuat pada bila-bila

masa (satu di setiap separuh masa) tetapi hanya boleh berbuat

demikian apabila bola dibawah kawalan pasukannya;

5.7.2 Penjaga masa / pengadil akan memberi syarat kebenaran perhentian

masa ketika bola berada diluar permainan;

5.7.3 Bila perhentian masa diberi, pemain-pemain boleh berkumpul di dalam

gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan daripada jurulatih

pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang

berhadapan dengan bangku simpanan pasukan. Pasukan yang tidak

meminta perhentian masa yang boleh di separuh masa pertama, tidak

boleh membawanya ke hadapan dalam separuh masa kedua.

8

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5.8. Untuk peringkat akhir, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan

seri, masa tambahan akan dijalankan selama 3 minit setiap separuh masa.

Jika keputusan masih lagi seri maka lima (5) tendangan penalti setiap pasukan

akan diadakan dan jika masih tidak berubah “Sudden Death“ penalti akan

diadakan sehingga ada pemenang;

5.9. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam pertandingan ini secara

automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya;

5.10. Pemain yang menerima Kad Merah secara terus akan dikenakan perintah

buang padang dan tidak dibenarkan bermain untuk dua perlawanan berikutnya

dan penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan

diputuskan oleh Lembaga Tatatertib kejohanan

5.11. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning dan diikuti dengan Kad Merah

dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan

berikutnya.

5.12. Pengumpulan kad (kuning atau merah) hanya sah digunapakai diperingkat liga

kumpulan sahaja dan akan terbatal sekiranya pasukannya layak ke peringkat

kalah mati.

5.13 Pasukan yang terlibat dalam pergaduhan boleh disingkirkan daripada

pertandingan.

6. PERTUKARAN PEMAIN

6.1 Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan

senarai nama pemain-pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang

yang disediakan;

6.2 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang

pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti

kepada pemain lain menggunakan Sistem Pertukaran “Flying Substitution”.

6.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada dikawasan

yang disediakan terlebih dahulu.

9

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

7. PAKAIAN PEMAIN

7.1 Tiap – tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang

didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

7.2 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan dan sekiranya diganti, lilitan

lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.

8. KELEWATAN, MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

8.1 Tiap – tiap pasukan hendaklah berada dipadang permainan 15 minit sebelum

perlawanan dimulakan.

8.2 Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10

minit pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan

3 – 0.

8.3 Sekurang – kurangnya mesti ada 4 orang pemain bagi satu – satu pasukan

berada digelanggang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika

kurang daripada 4 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.

8.4 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 3 mata dengan

keputusan jaringan 3 – 0 atau jaringan semasa yang mana lebih tinggi.

9. BANTAHAN

9.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM Karnival

Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan

2018.

10. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

10.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam

Undang-Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam

(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola

adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah

muktamad.

10

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

11

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

BOLA JARING

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Permainan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan

Bola Jaring Antarabangsa (IKNA) dan PERATURAN AM Karnival Sukan Guru

Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang

berkuatkuasa.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan akan mengandungi

2.1 Dua belas (12 ) orang pemain wanita

2.2 Seorang (1) Pengurus Pasukan**

2.3 Seorang (1) Jurulatih**

**Pengurus Pasukan dan Jurulatih BUKAN dalam kalangan pemain.

3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 14 orang sahaja termasuk pengurus dan

jurulatih.

3.2 Tiada ketetapan had umur bagi penyertaan ini

3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi Peraturan Am

yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru Pendidikan

Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4. SISTEM PERTANDINGAN4.1 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau kalah mati

4.2 Undian akan dijalankan oleh Pengelola.

4.3 Cara Liga Tiga Kumpulan

4.3.1 Pusingan Pertama

Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Pertandingan akan dijalankan

secara liga.

4.3.2 Pusingan Kedua

i. Johan dan Naib Johan dalam kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki

Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan

iaitu X dan Y.

12

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

ii. Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-

kumpulan tersebut. Satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan

ke kumpulan Y.

iii. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan

kumpulannya.

4.3.3 Tempat ke-3 dan ke-4

Naib johan kumpulan X akan bermain dengan naib johan kumpulan Y

4.3.4 Peringkat Akhir

Johan kumpulan X akan bermain dengan pasukan johan kumpulan Y.

5. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN5.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 markah

5.2 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA ditentukan dari jumlah mata

terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, keputusan akan

ditentukan melalui;

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau lebih daripada dua pasukan mempunyai

jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan

kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu

jumlah gol tolak jumlah jaringan gol yang kena)

iii. Jika kedudukan masih lagi seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

iv. Jika keputusan masih sama, keputusan akan ditentukan secara mengambil kira keputusan perlawanan di antara kedua dua pasukan berkenaan

sebelumnya

13

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5.3 Seri pada Pusingan Kedua, Separuh Akhir dan Akhir

i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat (2) minit di akhir masa perlawanan.

ii. Masa tambahan selama dua (2) X tiga (3) minit setiap bahagian akan

dimainkan.

iii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh

pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa.

v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran

Tengah berikutnya.

vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan

diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

6. PENANGGUHAN PERMAINAN

6.1. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan

seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak, cuaca gelap

dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa

Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

6.2. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:

6.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka

perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

6.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka

perlawanan hendaklah dimainkan semula.

6.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan

atau mengubahkan sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan

terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta-merta.

7. PAKAIAN

7.1. Pemain-pemain diwajibkan memakai bib yang berlainan warna mengikut

peraturan Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (FINA).

7.2. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set bib yang berlainan warna.

7.3. Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka lambungan duit

syiling akan diadakan untuk menentukan pasukan yang akan menukar bib.

7.4. Semua pemain mesti berkasut yang diperbuat daripada bahan ringan. Kasut

yang berstud keras/tajam tidak dibenarkan.

14

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

8. GELANGGANG/ ALATAN8.1. Rujuk kepada Undang-undang Rasmi Bola Jaring (IFNA)

8.2. Tinggi tiang gol untuk 3.05 meter atau 10 kaki.

8.3. Saiz bola ialah saiz 5.

9. MASA BERMAIN

9.1. Masa bermain adalah 20 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 10

minit dengan masa rehat tidak lebih 3 minit selepasnya. Pasukan akan

bertukar kawasan gol pada waktu rehat separuh masa.

10. KELEWATAN

10.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu, sesebuah

pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain,

pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.

11. MENARIK DIRI

11.1.Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap

menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak

dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.

11.2. Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku pemberhentian.

Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan dianggap

menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.

11.3. Pasukan yang melakukan kesalahan di para 11.1 dan 11.2 dianggap tidak

menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperolehi

dibatalkan.

12. PERTUKARAN DAN PENGGANTIAN

12.1.Sekiranya pemain tidak boleh meneruskan permainan kerana kecederaan atau

kecemasan, maka pemain tersebut boleh diganti.

12.2.Penggantian atau pertukaran mestilah mematuhi Peraturan Permainan oleh

IFNA .

13. PENGADILANKeputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

15

Page 16: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

14. BANTAHAN DAN RAYUAN

14.1. Semua bantahan dan rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan sebelum tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu

tamat.

14.2. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM

100.00 tunai. Wang pertaruhan akan luput, jika bantahan atau rayuan yang

dikemukakan itu didapati tidak wajar.

14.3. Juri Rayuan akan bermesyuarat dan keputusan yang dicapai oleh mereka

akan diberitahu secepat mungkin bagi melicinkan pertandingan.

14.4. Keputusan Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.

15. JURI RAYUAN15.1 Juri Rayuan terdiri daripada:

a. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

b. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.

c. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil

d. Penyelaras Teknik dan Pembangunan Bola Jaring .

19. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

19.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak

membuat pertimbangan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

16

Page 17: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

TENPIN BOWLING

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Peraturan

Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) dan PERATURAN

AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat

Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN2.1 Setiap pasukan akan mengandungi 13 orang pemain seperti berikut

a. Empat (4) orang pemain lelaki

b. Empat (4) orang pemain wanita

c. Lima (5) orang pemain VIP terdiri dari;

i. Tiga (3) Pemain VIP Lelaki

ii. Dua (2) Pemain VIP Wanita

3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 13 orang sahaja termasuk Pengurus

Pasukan dan Jurulatih ( Pengurus dan Jurulatih adalah pemain ).

3.2 Tiada ketetapan had Umur bagi penyertaan ini

3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi Peraturan

Am yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru

Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

3.4 Pemain VIP adalah dalam kalangan pemain seperti di bawah ;

i. Pegawai / Penyelia Bahagian Pendidikan Islam, KPM

ii. Pegawai / Penyelia Jabatan Pendidikan Negeri – Negeri

iii. Pegawai / Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah

iv. Pengetua / Guru Besar SMKA atau SABK

**Kesemua pemain hendaklah menepati syarat kelayakan ahli PEKDIS**

4. MAKLUMAT PERTANDINGAN4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Coral Crown Bowling, Paya Bunga

Sentral, Terengganu.

4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) - 8.00 pagi hingga 10.00 malam

17

Page 18: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan dijalankan secara Berpasukan Berempat dan masters bagi acara

Individu

5.2 Setiap pasukan dibenarkan menghantar ;

a. satu (1) pasukan berempat lelaki

b. satu (1) pasukan berempat wanita

c. satu (1) pasukan berlima VIP (2 lelaki & 2 perempuan)

5.3 Pemain-pemain (selain VIP) diwajibkan bermain empat (4) games. Pasukan

dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi akan diisytiharkan sebagai

pemenang pasukan dan 15 peserta bagi kategori lelaki dan perempuan

dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi. layak untuk bermain dalam

acara master iaitu sebanyak 4 games

5.4 Pemain dalam acara masters yang membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 4

permainan akan dikira pemenang dalam acara individu.

5.5 Pemain bagi acara VIP akan bermain sebanyak 3 games. Pasukan yang

membuat jatuhan pin tertinggi akan dikira pemenang.

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN

6.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk mengesahkan keputusan

perlawanan dalam skor yang disediakan.

6.2 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran

Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.

6.3 Pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang.

6.4 Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan umlah jatuhan pin

permainan terakhir.

6.5 Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan

seterusnya.

6.6 Pemain yang mencatat jatuhan pin tertinggi dalam acara masters akan dikira

sebagai pemenang individu dan seterusnya hingga tempat ketiga.

7. PAKAIAN PEMAIN7.1 Semua pasukan dan pemain mesti memakai pakaian seragam pasukannya.

7.2 Pemain-pemain dikehendaki memakai seluar panjang slack (jeans tidak

dibenarkan), baju berkolar (tuck-in) dan kemas untuk setiap pasukan masing-

masing.

7.3 Baju dan seluar pasukan mestilah warna yang seragam.

7.4 Semua pemain hendaklah memakai kasut boling sendiri atau disewa di pusat boling atas tanggungan sendiri.

18

Page 19: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

19

Page 20: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

8. KELEWATAN, MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

8.1 Semua pemain mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu

acara bermula. Pemain yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu

acara itu.

8.2 Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya

ada “Walk Over” dalam sesuatu acara atau bilangan pemain dalam sesuatu

acara itu tidak mencukupi.

9. GANGGUAN PERMAINAN

9.1 Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat

arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru

sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.

9.2 Permainan (frame) yang terganggu itu mestilah disambung dari frame di mana

gangguan itu berlaku.

10. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

10.1 Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini

disedari sebelum pemain lain membuat balingannya, maka balingan itu

dianggap sebagai ”Bola Mati” (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki

bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

10.2 Sekiranya kesalahan itu hanya disedari selepas pemain kemudian membaling

bolanya, maka mata yang diperoleh itu akan diambil kira dan pemain tersebut

dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah

tadi.

10.3 Sekiranya kesalahan itu hanya disedari sebelum pemain kedua membaling,

skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula

pada lorong yang sebenar.

11. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN

11.1 Seseorang pemain yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui

tentang hak dan obligasinya seperti berikut:

a. Seseorang pemain untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap

pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi

laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya.

b. Semua pemain harus bersedia untuk bermain apabila sampai gilirannya dan

tidak boleh melambatkan permainan itu.

20

Page 21: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

c. Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain

akan diberi amaran dengan isyarat Kad Putih untuk kesalahan pertama (tiada

penalti), dan Kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti). Untuk

kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain

tersebut akan diberi Kad Merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.

12. KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

12.1 Sekiranya berlaku ”black out” dalam tv monitor dan skor sesuatu permainan

yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-

pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut.

Sekiranya skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame

di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini.

12.2 Game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.

12.3 Pasukan tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu

permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu ”black out”.

13. NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG13.1 Semua pemain akan diberikan nombor kod mengikut negeri masing-masing.

13.2 Semua pemain mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju.

Pemain tanpa nombor ini tidak akan dibenarkan umtuk mengambil bahagian.

13.3 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian

14. LARANGAN (PROHIBITION)

14.1 Pemain-pemain adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras

atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.

14.2 Sekiranya didapati ada pemain yang melanggar peraturan ini, pemain tersebut

akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.

14.3 Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus

membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya pemain ini digantung

daripada seluruh pertandingan. Pemain juga akan dikenakan tindakan disiplin

lain yang dianggap sesuai.

14.4 Minuman, tepung dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan di meja console.

15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

15.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan / dinyatakan dalam Undang-

Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam KPM-

PEKDIS Peringkat Kebangsaaan 2018, Jawatankuasa Pengelola adalah

berhak untuk membuat pertimbangan. Segala keputusan adalah muktamad.

21

Page 22: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

BADMINTON

1. Undang-undang Permainan

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Dan

Peraturan Badminton Malaysia ( BAM ) dan Persekutuan Badminton

Antarabangsa (IBF) serta PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan

Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang

berkuasa.

2. Pembentukan Pasukan

2.1. Pasukan lelaki

Setiap pasukan mempunyai 8 orang pemain iaitu:

a. Beregu - 3 (6 pemain).( 2 REGU SENIOR & 1 REGU VETERAN )

b. Seorang Pengurus Pasukan.**

c. Seorang jurulatih**

* Pengurus pasukan dan jurulatih adalah merupakan pemain simpanan

bagi setiap pasukan.

2.2. Individu Wanita – 6 pemain iaitu :

a. Beregu – 2 ( 4 pemain)

b. Seorang Pengurus Pasukan.**

d. Seorang jurulatih**

* Pengurus pasukan dan jurulatih adalah merupakan pemain simpanan

bagi setiap pasukan.

Pertandingan kategori perempuan akan dijalankan secara berasingan.

(Bukan berpasukan)

3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN.

3.1 Penyertaan lelaki (berpasukan) hendaklah mendaftarkan 8 orang sahaja

termasuk seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.

3.2 Penyertaan perempuan (individu) hendaklah mendaftarkan 6 orang sahaja

termasuk seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.

3.3 Regu veteran mestilah berumur 40 tahun dan ke atas.

22

Page 23: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

3.4 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi

PERATURAN AM yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan

Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4. MAKLUMAT PERTANDINGAN4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Gemilang, Universiti Sultan Zainal

Abidin ( UNiSZA ), Gong Badak bagi kategori lelaki dan Dewan SMK Bukit Tunggal nagi kategori perempuan.

4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 ( Sabtu) 8.30 pagi hingga

selesai.

5. SISTEM PERTANDINGAN5.1 Undian akan dijalankan bagi menentukan kumpulan dalam pertandingan.

5.2 Turutan dan susunan regu dan perseorangan bagi semua perlawanan pula

adalah seperti berikut :

5.2.1 Regu pertama - senior

5.2.2 Regu kedua - veteran ( 40 tahun ke atas )

5.2.3 Regu ketiga - senior

5.3 Sistem kiraan mata 30 tanpa mata tambahan akan diguna pakai dalam

pertandingan ini. ( Regu/perseorangan yang mendapat kiraan mata 30 akan

dikira pemenang dalam peringkat liga).

5.4 Peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir kiraan mata adalah 21.

5.5 Pertandingan bagi kategori lelaki akan dijalankan secara liga kumpulan.

Pertandingan kategori perempuan akan dijalankan secara liga individu.

5.6 Pertandingan set penentuan “rubber set” akan dijalankan sekiranya kedudukan

1-1 di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

5.7 Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, manakala yang kalah ialah 0.

5.8 Kemenangan ditentukan berdasarkan turutan berikut ;

5.7.1. Jumlah pungutan mata.

5.7.2. Perbezaan bilangan kemenangan.

5.7.3. Perbezaan bilangan set menang/kalah.

5.7.4. Perbezaan jumlah kiraan mata keseluruhan.

6. Kelewatan

6.1 Setiap pasukan mestilah melaporkan diri kepada urusetia pertandingan 30

minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut dan

menghantar senarai nama pemain 15 minit sebelum perlawanan dimulakan..

23

Page 24: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

7. PAKAIAN PEMAIN.

7.1 Sebarang jenis pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat

pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton dunia (IBF).

8. ALATAN

8.1. Pertandingan akan menggunakan jenama bulu tangkis yang diakui oleh

BAM/IBF.( RCL Titanium 77 )

9. REFERI KEHORMAT/ PENGADIL / PENJAGA GARISAN.9.1 Seorang Referi Kehormat akan dilantik oleh pengelola.

9.2. Keputusan Referi Kehormat terhadap undang-undang permainan badminton

adalah muktamad.

9.3 Pengadil akan disediakan oleh pihak pengelola.

9.4 Penjaga garisan adalah terdiri daripada pegawai yang dilantik

10. BANTAHAN.

10.1. Sebarang bantahan perlu dilakukan secara bertulis berserta wang tunai RM

300.00. Bantahan perlu diserahkan dalam masa 15 minit selepas perlawanan.

Sebarang keputusan pihak pengelola adalah muktamad.

10.2. Senarai Jawatankuasa bantahan adalah merujuk PERATURAN AM Karnival

Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan

2018.

11. PENANGGUHAN PERMAINAN.

11.1 Jika permainan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguhkan atas sebab-

sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan itu akan disambung sekiranya

dapat dijanankan pada hari yang sama.

11.2 Jika sekiranya terpaksa ditunda kepada hari berikutnya, permainan itu dikira

bermain semula dengan kiraan mata 0-0.

11.3 Pengelola berhak menukar tempat, mengubah masa dan lain-lain perkara jika

difikirkan perlu bagi melancarkan kejohanan ini.

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN.

12.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam undang-undang

dan PERATUAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-

PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018. Jawatankuasa Pengelola adalah berhak

membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

24

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

Page 25: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

25

Page 26: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

MEMANAH

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan

mengikut undang-undang World Archery Federation’( WA ) dan peraturan-

peraturan AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS

Peringkat Kebangsaan 2018 yang berkuatkuasa.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Pusingan Kelayakan Individu dan

Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran (kalah mati) dalam jangka masa

satu (1) hari termasuk hari latihan rasmi (sighters).

2.2 Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

a. Individu Lelaki dan Perempuan Bow Recurve

b. Individu Lelaki dan Perempuan Bow Tradisional

c. Berpasukan Campuran Bow Recurve ( 2L dan 1W )

d. Berpasukan Campuran Bow Tradisionanl ( 2L dan 1W )

2.3 Jarak bagi setiap kategori di atas adalah sama iaitu 40 meter.

3. SISTEM PERTANDINGAN3.1 PUSINGAN KELAYAKAN

Setiap peserta diwajibkan memanah SATU jarak ikut kategori masing-masing

sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah. Peserta/Pasukan yang mendapat

mata tertinggi akan dikira pemenang.

26

Page 27: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

4. PENDAFTARAN PASUKAN 4.1 Setiap negeri hanya dibenarkan mendaftar jumlah penyertaan seperti

a. Seorang (1) pengurus

b. Dua (2) orang jurulatih

c. Tidak lebih dari sepuluh (10) orang peserta.

4.2 Pasukan lelaki terdiri daripada tujuh (7) orang seperti berikut ;

a. Tiga (3) peserta bow recurve

b. Tiga (3) peserta bow tradisional

c. Seorang (1) Jurulatih

4.3 Pasukan wanita terdiri daripada lima (5) orang seperti berikut ;

a. Dua (2) peserta bow recurve

b. Dua (2) peserta bow tradisional

c. Seorang (1) Jurulatih

4.4 Bagi acara pusingan kelayakan, Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan

satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan perempuan sahaja.

4.5 Pasukan yang menghantar kurang daripada DUA (2) peserta tidak layak untuk

dikira bagi menentukan pemenang acara berpasukan.

5. GELANGGANG / ALATAN 5.1 Kategori Bow Recurve – Lelaki & Perempuan

Peralatan yang digunakan bagi acara Kategori Bow Recurve adalah mengikut

undang-undang World Archery (WA) (Article 7.3.1.1)

5.2 Kategori Bow TradisionalBow / busur tradisional : tanpa window & arrow rest

Anak Panah : bebas

6. MASA MELAPORKAN DIRI 6.1 Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim Kejohanan

untuk pemeriksaan peralatan pertandingan pada hari latihan rasmi (sighter).

6.2 Setiap peserta yang mengambil bahagian MESTI diiringi pengurus pasukan

negeri masing-masing sepanjang kejohanan.

6.3 Setiap pengurus pasukan DIKEHENDAKI berada di tempat pertandingan

selama 30 minit selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.

27

Page 28: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

7. BANTAHAN

7.1 Setiap pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja

dibenarkan membuat bantahan. Bantahan mestilah dibuat secara bertulis

beserta wang bantahan sebanyak RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja ) dan

diberi kepada Pengelola Pertandingan dalam masa tiga puluh minit (30) minit

selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.

7.2 Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan didapati

tidak wajar.

8. JURI RAYUAN

8.1 Terdiri daripada Pengerusi Teknik, Ketua Hakim dan tiga (3) orang yang dilantik

oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

9. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG

9.1 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat tafsiran segala perkara yang tidak

disiarkan di dalam undang-undang pertandingan ini dan keputusan yang

dibuat adalah muktamad.

28

Page 29: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

PING PONG

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Peraturan

Pertandingan Pertandingan International Table Tennis Federation (ITTF) yang

diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dan PERATURAN

AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat

Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.

2. ACARA DIPERTANDINGKANi. Berpasukan lelaki

ii. Individu Wanita

iii. Bergu Wanita

3. KELAYAKAN PESERTA

3.1 Peserta hendaklan menepati syarat kelayakan yang dinyatakan dalam

PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-

PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4. PEMBENTUKAN PASUKAN4.1 Setiap Negeri hanya boleh menghantar penyertaan seperti berikut;

a. PASUKAN LELAKI yang terdiri daripada 9 orang

i. Tiga (3) pemain perseorangan

ii. Dua (2) pemain bergu ( 2 regu )

iii. Seorang (1) Jurulatih**

iv. Seorang (1) Pengurus**

b. IMDIVIDU DAN BERGU WANITA yang terdiri daripada 8 orang

i. Dua (2) pemain perseorangan

ii. Dua (2) pemain bergu ( regu )

iii. Seorang ( 1 ) Jurulatih**

iv. Seorang (1) Pengurus**

**Pengurus dan Jurulatih boleh bermain dan merupakan pemain simpanan bagi

pasukan.

29

Page 30: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan di Dewan Seri Bakong, SMK Batu Rakit pada 18

Ogos 2018 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi.

5.2 Pertandingan Berpasukan Lelaki akan dijalankan mengikut sususan pemain

seperti berikut :

. Perlawanan Acara

Perlawanan 1 Perseorangan

Perlawanan 2 Bergu

Perlawanan 3 Perseorangan

Perlawanan 4 Bergu

Perlawanan 5 Perseorangan

5.3 Setiap pasukan mesti menghabiskan liga di dalam kumpulan.

5.4 Bagi acara wanita, format pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.5 Setiap perlawanan yang dipertandingkan adalah berdasarkan 5 set terbaik

“best of five”.

6. ALATAN DAN PAKAIAN

6.1 Penggunaan getah pimple adalah DIBENARKAN, namun sebarang

pengubahsuaian getah adalah DILARANG sama sekali.

6.2 Sebarang pelanggaran syarat boleh menyebabkan pemain dibatalkan

penyertaan dan tidak dibenarkan meneruskan perlawanan seterusnya.

6.3 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt/jersi) yang sama

dengan warna bola iaitu warna putih.

6.4 Pertandingan akan menggunakan bola DHS 3 Stars 40mm + berwarna putih.

KSGPI

7. BANTAHAN

7.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM Karnival

Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2018.

8. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

8.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam

Undang-Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam

(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola

adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah

muktamad.

30

Page 31: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

SEPAK TAKRAW

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan telah diterima oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). dan PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.

2. ACARA DIPERTANDINGKAN

1. Beregu

3. KELAYAKAN PESERTA

3.1 Peserta hendaklah menepati syarat kelayakan yang dinyatakan dalam

PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-

PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.

4. PEMBENTUKAN PASUKAN4.1 Setiap Negeri hanya boleh menghantar penyertaan seperti berikut;

1. Tiga ( 3 ) pemain

2. Seorang ( 1 ) Jurulatih**

3. Seorang ( 1 ) Pengurus**

**Pengurus dan Jurulatih boleh bermain dan merupakan pemain simpanan bagi

pasukan.

31

Page 32: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain akan diberi amaran

KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan di Dewan Sekolah Sukan Malaysia Gong Badak

pada 18 Ogos 2018 (Sabtu).

5.2 Sistem kiraan mata dengan 3 servis secara berturut-turut akan diguna pakai,

pusingan ke-3 kiraan mata 15 mata digunakan.

5.3 Pengurus pasukan dikehendaki menyerahkan senarai nama pemain dan

susunan regu masing-masing 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

5.4 Dijalankan secara liga kumpulan dalam peringkat awal dan kalah singkir

dalam pusingan seterusnya.

5.5 Pemenang akan layak ke pusingan seterusnya.

6. ALATAN DAN PAKAIAN

6.1 Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang seragam dan bernombor

dibahagian depan dan belakang mengikut nombor yang telah didaftarkan di

dalam borang pendaftaran .

6.2 Pemain dibenarkan memakai seluar trek panjang ( track botton ).

6.3 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan ( armband ) dan sekiranya

diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil

alih tugasnya.

7. BANTAHAN

7.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM

Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2018.

8. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

8.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam

PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-

PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak

membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

32