terma dan syarat kebajikan ahli baharu

Upload: jessica-fong

Post on 10-Mar-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

book

TRANSCRIPT

  • TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SUMBANGAN KEBAJIKAN AHLI BAHARU

    i. AhlI-ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang tidak membayar yuran selama (3) tiga bulan berturut-turut

    tidak akan menerima apa-apa faedah daripada YGMB dan seterusnya pihak YGMB berhak untuk menamatkan

    keahlian tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis.

    ii.

    iii.

    Semua permohonan tuntutan hendaklah dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kejadian.

    Setiap faedah hanya boleh dituntut oleh ahli sekali sahaja.

    A. SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN

    Kematian Ahli

    i. Kemalangan Jalan Raya Sehingga RM28,000.00 ii. Penyakit/Kematian Biasa RM8,000.00

    Dibayar kepada benefisiari (penama) di atas kematian seorang ahli bermanfaat.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Kad Pengenalan pemohon/waris

    Salinan Sijil Perakuan Kematian

    Salinan Sijil Kebenaran Pengkebumian

    Salinan Sijil Nikah (jika suami/isteri)/Sijil Kelahiran anak

    Surat Akuan Bersumpah (jika ahli tidak meletakkan penama/waris)

    Salinan Laporan Polis (jika kemalangan sahaja)

    Salinan pengesahan doktor (jika kemalangan sahaja)

    Kematian Pasangan

    RM1,000.00

    Dibayar kepada ahli yang kematian pasangan (suami atau isteri)

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Kad Pengenalan Pasangan

    Salinan Sijil Perakuan Kematian

    Salinan Sijil Kebenaran Pengkebumian

    Salinan Sijil Nikah/ Daftar Perkahwinan/Surat Akuan Bersumpah (jika kehilangan sijil nikah/daftar perkahwinan)

    Kematian Anak

    RM500.00

    Dibayar kepada ahli yang kematian anak/anak angkat (yang berdaftar) yang berumur 18 tahun ke bawah dan tidak berkahwin.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :-

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Sijil Kelahiran Anak

    Salinan Kad Pengenalan Anak

    Salinan Sijil Perakuan Kematian

    Salinan Sijil Kebenaran Pengkebumian

    Salinan Sijil Nikah/ Daftar Perkahwinan/Surat Akuan Bersumpah (jika kehilangan sijil nikah/daftar perkahwinan)

  • B. SUMBANGAN KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA

    KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA AHLI

    i. Kemalangan Sehingga RM25,000.00

    ii. Penyakit Sehingga RM5000.00

    Dibayar kepada ahli bermanfaat yang mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit

    dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan/Lembaga Pemegang Amanah.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli

    Salinan Asal Laporan Kesihatan/doktor

    Salinan pengesahan doktor akibat kemalangan selain dari kemalangan jalan raya

    Salinan Asal Inbois/bil perubatan

    Laporan Polis

    KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA PASANGAN

    RM1,000.00

    Dibayar kepada ahli bermanfaat yang pasangannya mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Kad Pengenalan Pasangan

    Salinan Asal Laporan Kesihatan/doktor

    Salinan pengesahan doktor akibat kemalangan selain dari kemalangan jalan raya

    Salinan Asal Inbois/bil perubatan

    Laporan Polis

    KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA ANAK RM500.00

    Dibayar kepada ahli bermanfaat yang anaknya mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli

    Salinan Kad Pengenalan Anak

    Salinan Asal Laporan Kesihatan/doktor

    Salinan pengesahan doktor akibat kemalangan selain dari kemalangan jalan raya

    Salinan Asal Inbois/bil perubatan

    Laporan Polis

  • C. SUMBANGAN KEMALANGAN

    KEMALANGAN JALAN RAYA

    i. Kos Perubatan Hospital Swasta Sehingga RM10,000.00 ii. Kos Perubatan Klinik Sehingga RM5,000.00 iii. Membeli Peralatan Sokongan Sehingga RM500.00

    Dibayar kepada ahli yang mendapatkan rawatan akibat kemalangan secara bayaran ganti dan tertakluk kepada

    kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan/Lembaga Pemegang Amanah.

    Setiap permohonan kemalangan untuk kos perubatan hospital swasta dan kos perubatan klinik hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Asal Laporan Kesihatan/doktor

    Salinan Asal Inbois/bil perubatan

    Laporan Polis

    D. ELAUN HOSPITAL

    KEMASUKAN KE HOSPITAL KERAJAAN

    Dibayar kepada ahli yang masuk wad hospital kerajaan maksima 100 hari @ RM50/hari

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Surat Pengesahan Kemasukan ke Hospital Kerajaan (discharge note)

    Salinan Surat Pengesahan Doktor (dimasukkan wad) atau Surat Asal Inbois

    Laporan Polis (jika kemalangan jalan raya)

    E. MUSIBAH

    MUSIBAH Sehingga RM750.00

    i. Pampasan kecurian ragut

    ii. Penyembuhan akibat denggi

    Dibayar kepada ahli yang mengalami kecurian akibat diragut dan pulih akibat penyembuhan denggi.

    Setiap permohonan musibah hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti

    berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli

    Salinan Laporan Polis

    Laporan perubatan yang telah disahkan/surat rujukan pengesahan dignosis berkenaan penyakit denggi

    (jika penyembuhan akibat denggi)

  • F. SUMBANGAN INSENTIF PELAJARAN

    Pendaftaran Kemasukan Ahli Ke IPTA/IPTS/IPGM RM1,000.00

    Dibayar kepada ahli bermanfaat bagi ahli yang mendaftar dan diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (JPA/MQA) pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi

    Salinan slip/resit Pembayaran Yuran Pendaftaran

    Pendaftaran Kemasukan Anak Ke IPTA/IPTS/IPGM RM500.00

    Dibayar kepada ahli bermanfaat bagi anak ahli yang mendaftar dan diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (JPA/MQA) pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

    Anak bererti anak kandung atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun dan masih bujang (belum berkahwin) pada waktu pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Kad Pengenalan Anak Ahli

    Salinan Sijil Kelahiran Anak Ahli

    Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi

    Salinan slip/resit Pembayaran Yuran Pendaftaran

    G. BENCANA

    BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga RM500.00

    Dibayar kepada ahli yang mengalami bencana di kediaman ahli yang melibatkan kemusnahan harta benda dan

    tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan/Lembaga Pemegang Amanah.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli

    Laporan Polis/Bomba atau Laporan daripada mana-mana jabatan yang berkaitan

    Salinan gambar kejadian

    H. HADIAH PERSARAAN

    PERSARAAN RM500.00

    Dibayar kepada ahli yang bersara dan setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Surat Kelulusan Faedah Persaraan dari JPA atau kad pesara

  • I. SUMBANGAN MENGERJAKAN HAJI

    MENGERJAKAN HAJI RM500.00

    Dibayar kepada ahli yang mengerjakan haji pada tahun semasa.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan asal surat pengesahan dari Lembaga Tabung Haji

    Salinan visa keluar dan masuk

    J. PERKAHWINAN

    PERKAHWINAN RM300.00

    Dibayar kepada ahli yang telah melangsungkan perkahwinan

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli Salinan Sijil Nikah/ Daftar Perkahwinan (Malaysia)

    K. KELAHIRAN ANAK

    KELAHIRAN ANAK RM300.00

    Dibayar kepada ahli yang melahirkan anak/mendapat anak.

    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

    Salinan Kad Pengenalan Ahli

    Salinan Sijil Kelahiran Anak Ahli

    Salinan Sijil Nikah/Daftar Perkahwinan (Malaysia)

    L. LAIN-LAIN

    Dokumen-dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pengetua, Guru Besar atau Pegawai Kanan Kerajaan.