terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan

Upload: peyfen-tee

Post on 05-Oct-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asd

TRANSCRIPT

Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan. Antaranya ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM. Kesemua program pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru yang terlibat perlu membuat perancangan yang rapi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka.Bincangkan kebaikan dan keburukan yang diperoleh pelajar yang berada di kelas tersebut dan apakah cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar kelas tersebut. (unit 7)

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Salam sejahteraProgram Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yangbelum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam BahasaMelayu pada tahun satu.Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asasmembaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah2Mdalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini.Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segerayang boleh.Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Salam sejahtera,Perkembangan pendidikan Malaysia berubah selaras dengan peredaran zaman dari semasa ke semasa.Perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari zaman sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka seterusnya ke abad ke-21. Sebelum zaman penjajahan Inggeris, pendidikan diajar secara tradisional dan turun-temurun sahaja. Pada zaman penjajahan Inggeris, pengamalan dasar pecah dan perintah sekolah vernakular diperkenalkan. Pada Perang Dunia Kedua, Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. Sebelum dan semasa kemerdekaan beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan di Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan nasional.Salam sejahtera, Saya setuju dengan pandangan cikgu. Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aktiviti yang saling berkait, yang mana secara bersama dalam satu ruang masa. Guru mewakili pengajaran dan murid mewakili pembelajaran, tanpa guru maka tiada murid, maka tiadalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perspektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu Perspektif Objektivis dan Perspektif Konstruktivis. Terdapat 3 teori penting dalam Perspektif Objektivis iaitu teori Behaviorisme, Sibernetik Dan Kognitif. Selain itu, 3 teori penting dalam Perspektif Konstruktivis ialah Pembanguan Mental, Humanis dan Pembelajaran Sosial. Pembelajaran pula dikelasifikasikan kepada 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Tiga Model Pembelajaran yang diperkenalkan iaitu Behaviourisme di mana murid dianggap suatu bekas yang perlu diisi dengan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi ini merupakan pembelajaran yang pasif. Yang kedua ialah Konstruktivisme, murid dianggap mempunyai ilmu dan mempunyai keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan. Model pembelajaran yang ketiga ialah Pembelajaran Berasaskan Pengalaman yang mengatakan kefahaman dapat dibentuk melalui pengalaman yang dilalui. Pusingan Pembelajaran Kolb memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran berasaskan pengalaman. Yang keempat ialah Teori Pelbagai Kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner. Katanya setiap individu mempunyai perbezaan keupayaan dan potensi, guru perlu mengenal pasti kecenderungan murid dan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lapan laluan pembelajaran. Pelbagai kaedah boleh digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Kaedah-kaedah ini termasuklah kaedah Pembelajaran Secara Kelas, Pembelajaran Secara Kumpulan dan Pembelajaran Secara Individu mengikuti keperluan kandungan pengajaran dan murid-murid. Selepas proses pengajaran, guru juga perlu mengadakan kaedah pemulihan untuk murid yang tidak dapat menguasai pelajaran dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi. KSSR pula memerlukan kaedah pengajaran belajar sambil bermain, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik darjah dan lain-lain. Bagi kelas bercantum pula, kaedah pengajarannya adalah berbeza sekali, guru perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai termasuklah penyusunan bilik darjah, jagual waktu pelajaran dan sebagainya agar tidak menjejaskan pembelajaran murid dari darjah yang berlainan.

Salam sejahtera,Saya setuju dengan pandangan cikgu.Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.Guru haruslah menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu