terdapat pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran pengajian sosial yang boleh...

3
MOHAMAD AZRAF BIN ABD JALIL/PSS 3111/ TUTORIAL 4 Terdapat pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial yang boleh digunakan oleh guru ketika di sekolah. Antara kaedah yang biasa digunakan bagi subjek Pengajian Sosial ialah Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman (EAP), Theory of Contraints (TOC), Perbincangan dan Pembelajaran Kendiri. Teori Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman (EAP) ini adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan perkongsian idea, strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI). Jika dilihat secara terperinci, kaedah ini lebih sesuai digunakan di dalam subjek Sejarah. Teori Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman ini mempunyai 5 aspek pembelajaran yang perlu dipatuhi oleh guru. Pertama adalah murid perlulah merasakan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut menggembirakan. Kedua, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di antara murid dapat dibentuk oleh aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh guru. Ketiga, EAP ini lebih menekankan pembelajaran secara koperatif iaitu pembelajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,1982). Keempat, penglibatan komuniti iaitu melibatkan semua murid ketika sesi pengajaran. Dan yang terakhir adalah proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai. Theory of Contraints(TOC) adalah satu teori yang biasa digunakan oleh guru-guru ketika mengajar. TOC ini adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Ini bermaksud penglibatan murid lebih diutamakan bagi menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan. Di dalam teknik ini, terutamanya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu teknik awan yang bermaksud memikirkan sesuatu kejadian, idea, situasi dan

Upload: ayapija

Post on 28-Jul-2015

833 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terdapat Pelbagai Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Ketika Di Sekolah

MOHAMAD AZRAF BIN ABD JALIL/PSS 3111/ TUTORIAL 4

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial yang boleh digunakan oleh guru ketika di sekolah. Antara kaedah

yang biasa digunakan bagi subjek Pengajian Sosial ialah Perancangan Aktiviti

Berasaskan Pengalaman (EAP), Theory of Contraints (TOC), Perbincangan dan

Pembelajaran Kendiri.

Teori Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman (EAP) ini adalah satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan perkongsian idea,

strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI). Jika dilihat secara terperinci,

kaedah ini lebih sesuai digunakan di dalam subjek Sejarah.

Teori Perancangan Aktiviti Berasaskan Pengalaman ini mempunyai 5 aspek

pembelajaran yang perlu dipatuhi oleh guru. Pertama adalah murid perlulah

merasakan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut menggembirakan. Kedua,

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di antara murid dapat dibentuk oleh

aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh guru.

Ketiga, EAP ini lebih menekankan pembelajaran secara koperatif iaitu

pembelajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam

kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,1982). Keempat,

penglibatan komuniti iaitu melibatkan semua murid ketika sesi pengajaran. Dan yang

terakhir adalah proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai.

Theory of Contraints(TOC) adalah satu teori yang biasa digunakan oleh guru-

guru ketika mengajar. TOC ini adalah salah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat

menghidupkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru sekaligus

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan

penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini

adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

murid. Ini bermaksud penglibatan murid lebih diutamakan bagi menjadikan suasana

kelas lebih menyeronokkan.

Di dalam teknik ini, terutamanya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,

terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu teknik awan yang bermaksud

Page 2: Terdapat Pelbagai Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Ketika Di Sekolah

MOHAMAD AZRAF BIN ABD JALIL/PSS 3111/ TUTORIAL 4

memikirkan sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang

bertentangan kehendak. Manakala yang kedua adalah teknik sebab dan akibat yang

menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan

kesan-kesan berikutnya. Dan yang terakhir bagi pengaplikasian TOC ini adalah

teknik penyelesaian masalah yanng merupakan satu teknik pengajaran yang

bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan

bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang

dikemukakan kepada mereka.

Teknik perbincangan merupakan salah satu teknik yang paling mudah guru

aplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun guru harus

memastikan tajuk yang dibincangkan menepati dengan kehendak soalan. Teknik

perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat

tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan

pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan

kawalan seorang guru. Ia melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara

bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu

perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel,

bahas dan debat.

Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk

bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja

sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk

bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana

aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

Pembelajaran kendiri biasa digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seseorang guru. Pembelajaran kendiri ini didefinisikan sebagai satu

unit pengajaran dan pembelajaran kendiri yang lengkap dan terancang bagi

menyampaikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran.

Page 3: Terdapat Pelbagai Kaedah Dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajian Sosial Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Ketika Di Sekolah

MOHAMAD AZRAF BIN ABD JALIL/PSS 3111/ TUTORIAL 4

Pembelajaran kendiri ini memberi peluang kepada murid meguruskan

pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing. Mereka juga boleh mengulangi

mana-mana bahagian dengan segera apabila didapati perlu.

Kesimpulannya, keempat-empat kaedah dan teknik ini sesuai digunakan oleh

guru-guru di sekolah yang mengajar subjek Pengajian Sosial seperti Sejarah,

Geografi, Kajian Tempatan dan sebagainya.