failkita.files.wordpress.com file · web view1. konsep 1 malaysia merupakan langkah yang dapat...

25
SULIT* SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (Malaysia Higher School Certificate) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab enam salan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D,E dan dua soalan daripada bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. PERCUBAAN STPM 2012 900/2 PENGAJIAN KERTAS 2 (Tiga NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

Upload: dinhthuy

Post on 12-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT*

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIKJABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(Malaysia Higher School Certificate)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab enam salan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D,E dan dua soalan daripada bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak.

© Jabatan Kelantan 2012

PERCUBAAN STPM 2012900/2

PENGAJIAN AMKERTAS 2

(Tiga jam)

NOTABersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Konsep 1 Malaysia merupakan langkah yang dapat memantapkan integrasi nasional. Namun begitu, masih terdapat pelbagai kekangan yang menghalang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Bincangkan.

2. Kecanggihan teknologi maklumat merupakan petunjuk utama yang merangsang peningkatan kes jenayah siber. Walau bagaimanapun, terdapat indikator lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut. Jelaskan pernyataan di atas.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Teknologi Hijau ialah penggunaan sains alam sekitar yang memberi banyak manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

4. Aplikasi sains dan teknologi telah banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dalam Negara. Bincangkan.

2

Bahagian C

Pilih dua soalan dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5. (a) “Sememangnya program televisyen sekarang cukup menarik. Apa saja yang kita ingin tonton ada dalam televisyen. Kita dapat menonton bukan sahaja tiga atau empat saluran tetapi berpuluh-puluh saluran yang menyiarkan program menarik. Kita sebagai ibu bapa pun kadang-kadang terpaku depan televisyen. Hal inilah yang menjadi rungutan kepada ibu bapa yang gagal mengawal kegilaan anak mereka menonton televisyen. Kegilaan menonton televisyen dalam kalangan anak-anak seolah-olah mereka bukan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, “Anakku Dapat Semua A”, Dr. Shukri Abdullah, Telaga

Biru Kuala Lumpur, Januari 2010)

i) Apakah sebab yang menjadi keghairahan menonton televisyen dalam kalangan anak-anak ?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah yang sesuai untuk mengawal anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.

ATAU

(b) “....Rasuah adalah umpama satu wabak yang boleh memberikan kesan negatif dan menyalahi undang-undang. Amalan rasuah harus dikekang sepenuhnya. Pihak kerajaan akan bertindak tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Malah, tindakan juga dikenakan tanpa mengambil kira sama ada kes rasuah itu berprofil tinggi atau rendah dalam usaha untuk membanteras gejala negatif itu....”

i) Mengapakan rasuah perlu dibanteras?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan mengapa rasuah sukar diatasi.

3

6. (a) “Setiap insan pasti mengalami kegelisahan dari semasa ke semasa yang boleh menimbulkan perasaan takut, gusar, rasa berdebar-debar atau risau terhadap sesuatu perkara . Rasa gelisah akan menjadi tidak normal atau dianggap sejenis penyakit minda apabila rasa risau, takut atau darah gemuruh berlaku melebihi tahap yang sepatutnya. Kegelisahan yang berlebihan akan menyebabkan rasa takut sering bermain-main dalam kotak pemikiran seseorang dan hal ini mungkin mengakibatkan tekanan perasaan yang berlebihan dan kebingungan.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, “Pentingnya Kegelisahan dalam Kehidupan Oleh Zarina Zainan Abidin,

Dewan Kosmik, April 2011)

i) Apakah yang dimaksudkan dengan kegelisahan?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan-kesan kegelisahan kepada kehidupan seseorang.

ATAU

b) “Pembangunan ekonomi Negara yang pesat merancakkan pembangunan bandar di Malaysia. Namun, dalam keghairahan kita membangunkan bandar, kita juga perlu menitikberatkan kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Untuk tujuan itu, kerajaan telah memperkenalkan Konsep Bandar Mesra Ekologi, iaitu bandar yang dirancang dengan sebaik-baiknya agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau,Keluaran 1, 2009)

i) Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar Mesra Ekologi?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan ciri-ciri Bandar Mesra Ekologi.

4

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15]

7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2007 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan. Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2008, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2007 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus meningkat sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

5

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2009

. Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding tahun sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2006 -2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008 hingga tahun 2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2010 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Ekonomi 2009/2010)

6

Bahagian E

9. Berdasarkan jadual di bawah huraikan perbandingan hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan 2005 dan mengapakah kerajaan perlu berhutang samada dari dalam atau pun luar negara.

HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI TAHUN 2004 DAN 2005

Bil Hutang Kerajaan Persekutuan 2004RMjuta

2005RM juta

1. Bil perbendaharaan 4,320 4,3202. Terbitan perlaburan 9,100 11,1003. Sekuriti kerajaan 154,350 173,0504. Tabung pinjaman perumahan 14,200 18,5005. Pinjaman pasaran 24,930 21,2576. Pinjaman projek 9,724 10,249

Jumlah 216,624 238,476

Sumber : Laporan Ekonomi 2005/2006

7

10. Berdasarkan carta di bawah, bincangkan faktor secara langsung dan secara tidak langsung yang mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESEORANG PELAJAR

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMKSID 2009)

7

Pihak Kerajaan-dasar pendidikan-Peruntukan kewangan-Penyelarasan gaji

Sekolah -pengurusan -Misi sekolah -fizikal sekolah

Guru-Komitmen guru

PIBG-sumbangan dana -menyokong program sekolah

KEJAYAAN PELAJAR

Pelajar-sikap - kemahuan

Rakan sebaya-belajar bersama-perbincangan

Ibu bapa -kewangan-sokongan moral

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

SKEMA PEMARKAHAN

PENGAJIAN AM 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

2012

1. Konsep 1 Malaysia merupakan langkah yang dapat memantapkan integrasi nasional. Namun begitu, masih terdapat pelbagai kekangan yang menghalang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

1.

A) Langkah

Teras perpaduan - Prinsip penerimaan Menerima keunikan kaum-kaum lain agar dapat hidup bersama.- Prinsip kenegaraan Semangat nasionalisme dan cintakan negara yang diterapkan melalui Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.- Prinsip keadilan sosial Semua rakyat akan terbela tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

2. Nilai-nilai murni - Kesederhanaan Sederhana dalam semua aspek iaitu pertuturan, perbelanjaan, berpakaian, bekerja.- Rendah hati Tidak sombong, tidak bongkak, tidak ego dan sedia mendengar- menjadi amalan rakyat.- Berbudi bahasa Tertib tingkah laku dan sopan santun ketika berinteraksi.- Hormat menghormati Menghormati semua kaum, agama dan budaya.

3. Nilai-nilai aspirasi - Budaya berprestasi tinggi Budaya cemerlang dalam semua aspek yang dilakukan. Membawa Malaysia ke tahap yang cemerlang dan budaya saing.- Budaya ketepatan Menepati waktu dan kecekapan melaksanakan semua tugas dalam waktu yang ditetapkan.- Budaya ilmu Memiliki ilmu pengetahuan dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat- minda terbuka - Integriti Dalam menjalankan tugas supaya dihormati. Menerima kritikan dan teguran.- Ketabahan

Tidak mudah mengaku kalah, yakin diri, semangat juang yang kental, dedikasi.-Kesetiaan Kepada raja dan negara mengikut rukun negara.- Kebijaksanaan Membuat keputusan yang tepat. Membezakan baik dan buruk. Tidak pentingkan diri sendiri.- Inovasi Berani berubah untuk kebaikan dan menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.- Bersama-sama tanpa mengira kaum membangunkan negara.

4.

B) Kekangan

Tahap kefahaman yang rendah - Berkaitan cara hidup kaum-kaum lain.- Menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum.- Sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan.- Wujud perasaan curiga, prasangka, iri hati antara kaum.

5. Sistem persekolahan pelbagai aliran - Sejak zaman penjajahan sistem persekolahan diasingkan mengikut kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.- Menebalkan semangat perkauman.- Kurang peluang berinteraksi dengan kaum-kaum lain.

6. Petempatan berkelompok mengikut kaum.

- Bandar besar dihuni kaum Cina dan luar bandar Melayu.- Tidak bercampur dan menjarakkan lagi hubungan antara kaum.

7. Ekonomi berasaskan pengenalan kaum

- Jurang ekonomi yang ketara menghalang perpaduan.- Agihan kekayaan tidak seimbang.- Tidak puashati.

2 + 2

2. Kecanggihan teknologi maklumat merupakan petunjuk utama yang merangsang peningkatan kes jenayah siber. Walau bagaimanapun, terdapat indikator lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut. Jelaskan pernyataan di atas.

Bil IDEA HURAIAN

1.

A) Idea wajib

Kepesatan teknologi maklumat - Celik computer- Pakar dalam aplikasi ICT- Internet dan jalur lebar- Memudahkan untuk melakukan jenayah

2.

B) Faktor Lain

Kurang tenaga pakar forensik komputer

- sukar mengesan penjenayah- sukar dibuktikan- tidak boleh didakwa

3. Pertambahan bilangan pengguna internet

- ruang melakukan jenayah lebih luas- curi maklumat, menyalin perisian, menyalur maklumat palsu,gambar fonografi- mencuba perkara baru untuk keseronokan.

4. Kurang kesedaran sivik - tidak rasa bersalah - suka dan berpuashati dapat mejatuhkan imej- mementingkan keuntungan

5. Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang.

- kurang tenaga pakar- kurang teknologi- Akta tidak menyeluruh

1 + 3

3. Teknologi Hijau ialah penggunaan sains alam sekitar yang memberi banyak manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

1. Megatasi masalah pencemaran alam sekitar - Teknologi hibrid- kereta elektrik, minyak tanpa plumbum.- Mengurangkan gas beracun- pembebasan gas karbon dioksida di udara- udara bersih dan segar

2. Sumber tenaga alternatif dan mesra alam - tenaga solar, ombak, bio mass, hidro, angin- mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil seperti, petroleum, arang batu.

3. Mengekalkan keseimbangan iklim dan cuaca

- mengurangkan kesan rumah hijau- mengelakkan hujan asid- pemanasan global- bencana alam seperti kemarau,banjir, tsunami

4. Mengekal dan memelihara sumber air - empangan hidro- kitar semula air gunaan dometik- penuaian hujan- sumber bekalan air terjamin- Kualiti air bersih dapat dikekalkan.

5. Pembangunan lestari - Kurang impak kepada alam sekitar- kesihatan penduduk terjamin- mengorientasikan semula industri-industri sedia ada.- Bangunan hijau untuk mengelakkan pulau haba dan menggunakan teknologi jimat haba.

6. Pengurusan sisa pepejal yang mesra alam - insenerator - kitar semula hasil-hasil pertanian- penghasilan produk baru seperti baja , perabut, makanan haiwan.- mengurangkan kepupusan sumber- menjaga kebersihan alam sekitar.

4+0 (pilih mana-mana 4 daripada berikut)

4. Aplikasi sains dan teknologi telah banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dalam Negara. Bincangkan.

Bil. Idea Huraian

1Sumbangan Bioteknologi - Menghasilkan penemuan baka baru dalam bidang

pertanian (MARDI). - Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu

menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu (mutasi aruhan)

- Daya ketahanan yang tinggi, lebih berkualiti dan berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat.

- Ketahanan terhadap penyakit, cepat membesar, cepat matang.

2 Penggunaan teknologi moden

- Penggunaan jentera moden dalam proses membajak,menanam menuai dan sebagainya.

- Membolehkan tanah diusahakan dalam skala besar - mudah dan cepat

- Produktiviti penanaman dan penternakan akan meningkat.

3 Pemuliharaan tanah - Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan menggunakan kaedah moden

- PH tanah disesuaikan dengan tanaman tertentu.- Kandungan dan struktur tanah yang tidak subur

dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan garam mengikut keperluan tanaman

- Penciptaan baja kimia dan baja organik dapat menyuburkan tanah dan meningaktkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sektor pertanian

4 Sistem pengairan yang sistematik

- Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

- Sistem pengairan menggunakan teknologi moden dapat memastikan bekalan air mencukupi.

- Pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.- Bekalan air dapat dikawal.

5 Kawalan makhluk perosak - Penggunaan racun serangga dapat mengurangakan kehilangan hasil pertanian

- Menggunakan kaedah kawalan biologi dapat menangani perosak dan mengurangkan kehilangan nutrien serta memelihara struktur tanah.

6 Teknologi sinaran makanan

- Penggunaan teknologi pengionan terhadap hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memastikan hasil tanaman tahan lebih lama

- Sinaran gama dipancarkan pada hasil buah-buahan dapat membunuh mikrorganisma yang berada diluar atau didalam buah-buahan memastikan hasil tidak mudah rosak

-

7 Kaedah penyimpanan dan pembungkusan

- Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat memastikan hasil-hasil pertanian dapat disimpan dan tahan lebih lama

- Teknik pembungkusan menggunakan kaedah vakum dapat memastikan mikrorganisama/bacteria tidak dapat membiak dan merosakkan hasil tanaman

4+0 (pilih mana-mana 4 daripada berikut)

5 (a) i) Terdapat pelbagai saluran yang menyiarkan program yang menarik sepanjang masa. (2 M)

Terdapat bukan sahaja tiga atau empat saluran tetapi berpuluh-puluh saluran yang menarik. (1 M)

ii) Langkah mengawal: .

1. Menentukan masa tertentu sahaja untuk menonton televisyen.2. Menghadkan saluran yang boleh ditonton.3. Memenuhi masa lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah yang lain.4. Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik.

5 (b) i) Kerana boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. (2 M)

Kerana boleh memberi kesan negatif dan menyalahi undang-undang. (1 M)

ii) Rasuah sukar diatasi:

1. Sikap pemberi dan penerima rasuah.2. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang.3. Sukar dibuktikan/tidak cukup bukti.4. Karenah birokrasi.

6 (a) i) Maksud kegelisahan ialah perasaan tidak tenteram atau rasa tertekan terhadap sesuatu perkara. (2 M)

Maksud kegelisahan ialah perasaan takut, gusar, rasa berdebar-debar atau risau terhadap sesuatu perkara. (1 M)

ii) Kesan kegelisahan:

1. Menjejaskan kesihatan.2. Kemurungan.3. Mengganggu tumpuan terhadap tugas seharian.4. Krisis personaliti.

6 (b) i) Pembinaan bandar yang dirancang secara sistematik dan bebas daripada pencemaran. (2 M)

Bandar yang dirancang dengan sebaik-baiknya agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. (1 M)

ii) Ciri Bandar Mesra Ekologi:

1. Kualiti udara bersih.2. Bandar dalam taman (penghijauan)3. Perancangan reka bentuk bandar dan bangunan4. Penggunaan sumber tenaga mesra alam.5. Laluan pejalan kaki dan penunggang basikal untuk mengurangkan

penggunaan kenderaan bermotor.6. Pengurusan sisa pepejal yang sistematik dan mesra alam.

7.

MALAYSIA: PERUBAHAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2007 HINGGA 2010

Tahun

Perbelanjaan Mengurus

2007

(RM juta)

Nilai Tokok

(RM Juta)

2008

(RM juta)

Nilai Tokok

(RM Juta)

2009

(RM juta)

Nilai Tokok

(RM Juta)

2010

(RM juta)

Nilai Tokok

(RM Juta)

Emolumen 15 557 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727

Pencen 6 987 22 544 6 711 24 154 6 534 27 376 6 408 26 135

Khidmat hutang

9 555 32 099 10 134 34 288 10 169 37 545 9 368 35 503

Bekalan dan perkhidmatan

7 360 39 459 10 703 44 991 11 269 48 814 14 781 50 284

Lain-lain 17 088 56 547 18 766 63 757 19 885 68 699 22 951 73 235

JUMLAH 56 547 63 757 68 699 73 235

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

Nota:

1. Graf Garis Komponen max 15 M (PA 4 + KT 4 + KI 4 + KJ 3 )

2. Selain daripada garis komponen – Salah media 01 M – Rujuk jadual ( Tajuk ½ M, Butiran 2 M, Sumber ½ M )

3. Tiada label di paksi X, max 06 M (PA ½ + KT ½ + KI ½ + KJ ½ )

4. Salah nilai max 06 M (PA ½ + KT ½ + KI ½ + KJ ½)

5. Tiada unit max 06 M (PA ½ + KT ½ + KI ½ + KJ ½)

8.

MALAYSIA : KUANTITI PENGELUARAN, EKSPORT DAN IMPORT SERTA HARGA MINYAK MENTAH PADA TAHUN 2006 HINGGA TAHUN

2010

Butiran 2006 2007 2008 2009 2010

Kauntiti pengeluaran

(Ribu tong sehari)

255 233 300 452 421

Kuantiti eksport

(Ribu tong sehari)

202 212 239 390 353

Kuantiti import

( Ribu tong sehari)

92 73 48 48 48

Harga pasaran (US$ setong) 75 88 75 69 67

Pengiraan :

Nilai kuantiti pengeluaran (2007) : 255 – 22 = 233 ribu tong sehari.

Nilai kuantiti eksport (2010) : 390 - 37 = 353 ribu tong sehari

Nota tambahan:

1. Graf Gabungan (Bar Kompaun + Graf Garisan) max 15 M (PA 4 + KT 4 + KI 4 + KJ 3)

2. Graf Gabungan (Bar Komponen + Graf Garisan) max 10 M (PA 4 + KT 1 + KI 4 + KJ 1)

3. Selain media di atas, salah media 01 M (Rujuk jadual)

4. Siap satu medai sahaja 01 M

5. Tiada petunjuk untuk garisan max 07 M (PA 2 + KT 2 + KI 2 + KJ 1)

6. Tiada label paksi X max 06 M (PA 1½ + KT 1½ + KI 1½ + KJ 1½ )

7. Salah nilai dan tiada unit di paksi Y max 06 M (PA 1½ + KT 1½ + KI 1½ + KJ 1½ )

8. Tiada unit pada paksi tetapi skala betul max 14 M (PA 4 + KT 4 + KI 3½ + KJ 3½ )

9. Tiada petunjuk/tiada tajuk/ salah tajuk max 06 M PA 1½ + KT 1½ + KI 1½ + KJ 1½ 9.

9.Bil Idea Huraian

1.

Bahagian A

Jumlah keseluruhan tahun mana lebih tinggi

Tinggi 2005 lebih tinggi daripada tahun 20042005 RM 238,476j2004 RM 216,624jBeza RM 21,852 j atau 10.1%

2. Hutang paling tinggi/paling banyak setiap tahun

Tahun 2004 Sekuriti kerajaanRM 154,350j atau 71.3% daripada RM 216,624jTahun 2005 Sekuriti kerajaanRM 173,050j atau 72.6 % daripada RM 238,476j

3. Hutang paling sedikit/paling rendah setiap tahun

Tahun 2004 bil perbendaharaanRM 4,320j atau 2.0% daripada RM 216,624jTahun 2005 bil perbendaharaanRM 4,320j atau 1.8% daripada RM 238,476j

4. Hutang yang meningkat paling ketara/paling banyak

Tabung pinjaman perumahanTahun 2004 RM 14,200j meningkat kepada RM 18,500j tahun 2005. Meningkat sebanyak RM4,300j atau 30.3%

5.

Bahagian B

Perbandingan dalam tahun yang sama.

Tahun 2004 Paling tinggi Sekuriti kerajaanRM 154,350j atau 71.3% daripada RM 216,624jPaling sedikit Bil PerbendaharaanRM 4,320j atau 2.0% daripada RM 216,624j

6. Tahun 2005 Paling tinggi Sekuriti kerajaanRM 173,050j atau 72.6% daripada RM 238,476jPaling sedikit Bil perbendaharaan RM 4,320j atau 1.8% daripada RM 238,476j

7.

Bahagian C

Sebab kerajaan perlu berhutang

Membiayai pembangunan Membiayai projek pembangunan ekonomi - dapat

ekonomi Melaksanan pelaburan awam dan mencipta peluang pekerjaan

8. Menampung kekurangan hasilkerajaan

-Untuk membiayai belanjawan kurangan -perbelanjaan kerajaan melebihi hasil yang dikutip-pinjaman akan merangsang ekonomi – kadar pengeluaran bertambah - kemelesetan ekonomi dapat dielakkan

9. Pengagihan pendapatan kepada projek-projek tertentu

-Membiayai aktiviti kerajaan persekutuan – projek-projek pembangunan –memberi manfaat untuk rakyat iaitu mengagihkan pendapatan serta mengurangkan perbezaan pendapatan.-Contoh kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, IKS, Pembangunan kawasan perindustrian, francais dan vendor.-Pinjaman kerajaan mengagihkan pendapatan yang lebih adil melalui projek pembangunan

10. Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai

Perlu dilakukan kerana perbelanjaan mengurus seperti emolumen dan pencen serta ganjaran dibayar sepanjang tahun, tetapi kutipan cukai berubah mengikut bulan.-Kemungkinan bulan-bulan tertentu kerajaan menghadapi kekurangan dana untuk membiayai perbelanjaan mengurus semasa

Nota : 4 idea : 1A + 1B + 1C dan pilih mana-mana 1

10.

Bil Idea Huraian

1.

Bahagian AFaktor secara langsungPelajar -Semangat untuk berjaya tinggi

-Belajar bersungguh-sungguh-Sentiasa buat ulangkaji-Bertanya guru

2. Guru -Guru berkomitmen -Mengajar dengan penuh semangat-Menepati masa-Memeriksa buku latihan pelajar-Mengenal pasti kesalahan pelajar – buat pembetulan

3. Sekolah -Pengurusan cekap-Infrastruktur sekolah yang kondusif-Cakna pelajar-Misi dan Visi sekolah

4.

Bahagian BFaktor secara tidak langsung

Persatuan ibubapa dan Guru -Menyediakan dana dan membantu sekolah membiayai program kecemerlangan-Memberi sokongan terhadap semua aktiviti sekolah samada kurikulum dan kokurikulum-Kerjasama yang rapat dengan ibubapa

5. Ibubapa -Menyediakan kewangan yang cukup-pesekitaran belajar yang sempurna dirumah-Ambil tahu hal anak-anak- keluarga yang bahagia

4. Pihak Kerajaan -Dasar pendidikan-Penyelarasan gaji-Peruntukan kewangan-Menaikan semangat guru-Peruntukan yang cukup untuk sekolah

5. Rakan sebaya -Rakan yang berakhlak-Mempunyai semangat belajar yang tinggi-Dapat buat perbincangan tentang pelajaran-Dapat buat ulangkaji besama-Mudah faham

Nota: 1. Pilih 2A + 2B2. Mesti sebut faktor secara langsung dan faktor secara tidak langsung. Sebut Faktor sahaja - TR