terapi main

Upload: ha-hangping

Post on 01-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Terapi Main

TRANSCRIPT

Terapi Main

Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan suatu cara bagaimana murid-murid khas mengenal dunia. Murid khas memerlukan belbagai variasi permainan untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Melalui aktiviti permainan,murid-murid istemewa dapat merangsang pertumbuhan otot-otot tubuh, mengembangkan keupayaan kognitif dan juga emosi mereka.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Tujuan terapi main kepada murid pendidikan khas Mengurangkan masalah tingkah laku Meningkatkan komunikasi Mempu menilai diri sendiri Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Membolehkan melahirkan masalah Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak kanak Mendorong kanak kanak untuk lebih aktif Membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit Mendapat sokongan emosi Belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka Belajar mengurus perhubungan

Perbezaan terapi main dengan bermain ialah terapi main : Mempunyai objektif yang ditetapkan Mempunyai perancangan awal Mempunyai kawalan spesifik Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif Mengikut masa yang telah ditetapkanTerapi alternatif

Pelaksanaan aktiviti terapi main

i) Bilik terapi Kelengkapan bilik terapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid pendidikan khas. Bilik terapi mestilah mempunyai kelengkapan seperti bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan bahan-bahan lain yang bersesuaian.

ii) Media mainan (kritirea)Media mainan mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan murid khas dan merupakan satu peluang untuk menguji realiti murid-murid. Media mainan ini membantu murid-murid istemewa dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Salah satu ciri media mainan ialah bahan mestilah mudah dimanipulasi oleh murid-murid.

iii) Kategori mainan a)mainan mencirikan kehidupan sebenar set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

b)mainan bercirikan luahan perasaan agresif gari penukul peralatan militari topeng

c)mainan bercirikan luahan perasaan kreatif crayon playdoh kad boneka bekas air

Masalah pelaksanaan terapi maini). Guru kurang kepakaran tidakmempunyai masa ynag mencukupi untuk menjalankan sesi terapi kurang kerjasama dan perhatian murid

ii). Murid perbezaan individu ganguan emosi dan tingkah laku masalah kesihatan kerencatan mental murid

iii). Ibubapa sikap ibubapa ynag kurang kesedaran dan pendedahan keperluan terapi untuk anak yang mengalami masalah pembelajaran. taraf ekonomi keluarga

Cadangan penambahbaikan. Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi yang mempunyai kelengkapan yang cukup. Sokongan dan pengorbanan dari ibi bapa untuk anak-anak mereka Seminar atau kursus disediakan untuk guru akar pengetahuan dan kepakaran semakin meningkat terutamanya untuk kaedah pelaksanaan terapimain kepada murid. Guru merancang aktiviti yang menarik dan merangsang minda murid khas. Guru hendaklah memastikan peraturan permainan tidak memerlukan pemikiran minda yang tinggi.