terapi bermain

7
TERAPI BERMAIN Dalam tugasan ini saya memuat turun dua petikan video berkaitan perlaksanaan terapi bermain kanak-kanak dalam internet. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Menurut Thompson dan Henderson (2007 : 415) pula terapi bermain adalah penggunaan model-model teoritis secara sistematis untuk menjalin sebuah proses interpersonal dimana seorang terapis menggunakan kekuatan-kekuatan terapetik dari kegiatan bermain, untuk membantu para klien dalam mencegah atau mengatasi masalah-masalah psikososial dan mencapai taraf pertumbuhan dan perkembangan secara optimal. Konsep terapi bermain ialah melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia, ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain serta kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing.

Upload: saranya-kaliappan

Post on 14-Dec-2015

561 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

terapi

TRANSCRIPT

Page 1: TERAPI BERMAIN

TERAPI BERMAIN

Dalam tugasan ini saya memuat turun dua petikan video berkaitan

perlaksanaan terapi bermain kanak-kanak dalam internet.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai

sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak

tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan

bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat

masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat

membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main

membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap

aktiviti yang dijalankan.

Menurut Thompson dan Henderson (2007 : 415) pula terapi bermain adalah

penggunaan model-model teoritis secara sistematis untuk menjalin sebuah proses

interpersonal dimana seorang terapis menggunakan kekuatan-kekuatan terapetik

dari kegiatan bermain, untuk membantu para klien dalam mencegah atau mengatasi

masalah-masalah psikososial dan mencapai taraf pertumbuhan dan perkembangan

secara optimal. Konsep terapi bermain ialah melalui bermain kanak-kanak lebih

mengenali dunia, ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain serta kanak-kanak

berpeluang meneroka identiti masing-masing.

Proses terapi bermain mempunyai beberapa tahap iaitu tahap satu sehingga

tahap keempat. Tahap satu ialah perasaan diterima akibat hubungan erat yang

terbina. Misalnya dalam video yang dimuat turun, kaunselor menyedarkan murid

bahawa mereka diterima dengan bermain puppet dengan kanak-kanak. Ini dapat

memupuk perasaan diterima serta membina hubungan yang erat. Tahap kedua pula

meluahkan perasaan secara yang terpendam. Contohnya, dalam video tersebut

kaunselor menulis senarai perasaan dan meminta murid meletakkan butang ke atas

senarai perasaaan serta mewarna mengikut perasaan yang dialamai. Dalam video

ini juga murid dan kaunselor bermain dengan menggunakan puppet. Dengan ini

murid dapat meluahkan perasaan yang terpendam seperti gembira, sedih, marah,

Page 2: TERAPI BERMAIN

kecewa dan sebagainya kepada kaunselor. Apabila berlakon mereka mengeluarkan

perasaan sebenar. Contohnya dalam video ini kaunselor menanya “adakah kamu

suka pergi ke sekolah, adakah suka membuat kerja rumah” semasa berlakon

dengan menggunakan puppet. Dengan ini kaunselor dapat memahami perasaan

murid dan perwatakan murid tersebut.

Tahap ketiga, penerokaan peristiwa iaitu mencari punca masalah atau

meneroka masalah dengan mendalam. Misalnya dalam video ini kaunselor menanya

“kenapa kamu rasa sedih dan gementar” dan sebagainya. Seterusnya murid

menjawab soalan tersebut dengan jelas. Dengan ini kaunselor dapat mengetahui

sebab utama sesuatu masalah berlaku.

Akhirnya tahap keempat bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih.

Contohnya kaunselor bertindak mengikut jalan penyelesaian yang dipilih. Misalnya

dalam video ini guru bertindak berlakon dengan menggunakan puppet. Dengan ini

murid dapat menyatakan perasaan mereka semasa berlakon.

Terdapat beberapa langkah untuk melaksanakan terapi bermain. Langkah

pertama ialah bilik terapi. Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada

kesesuaian kanak-kanak. Contohnya dalam video yang dimuat turun bilik terapi

sangat sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini kerana bilik terapi sangat bersih, tenang,

selamat serta mempunyai bahan-bahan resos seperti patung, pasir, berus warna,

warna, serta alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan segainya.

Selain itu bilik terapi perlu mempunyai media mainan. Misalnya dalam video

tersebut, bilik terapi mempunyai media mainan seperti puppet, patung, pasir, alat-

alat melukis serta mewarna dan sebagainya. Ini mendorong ekspresi pemikiran dan

perasaan kanak-kanak. Kanak–kanak berasa gembira dengan media mainan yang

sedia ada. Seterusnya bilik terapi merupakan peluang untuk menguji realiti kanak-

kanak. Contohnya dalam video tersebut, kaunselor dapat memahami perasaan serta

perwatakan sebenar kanak-kanak dengan media mainan puppet. Dengan puppet

kaunselor dapat mengenalpasti bahawa murid tersebut tidak suka matapelajaran

matematik dan tidak suka untuk membuat kerja rumah yang diberikan ke sekolah.

Page 3: TERAPI BERMAIN

Media mainan dibekalkan untuk kanak-kanak dengan cara yang boleh

diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Misalnya dalam video,

puppet diberikan untuk mengeluarkan perasaan serta masalah yang dialami. Kanak

tersebut menjawab semua soalan serta perasaan dengan menggunakan puppet.

Selain itu media mainan perlu mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak. Dalam video

tersebut, puppet mudah dimanupulasi dan digunakan oleh kanak tersebut.

Terdapat beberapa kategori mainan iaitu mainan mencirikan kehidupan

sebenar. Misalnya set permainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak

serta set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon. Dalam video

tersebut, kaunselor mengadakan set permainan di sekolah. Misalnya dialog antara

rakannya di sekolah. Kaunselor sabagai rakan menanya soalan manakala kanak

tersebut menjawab semua soalan.

Selain itu terdapat juga mainan bercirikan luahan perasaan agresif seperti

gari, penukul, peralatan military, topeng serta mainan bercirikan luahan perasaan

kreatif seperti crayon, playdoh, kad, boneka bekas air di dalam terapi bermain.

Dalam video, kaunselor menggunakan mainan bercirikan luahan perasaan kreatif

iaitu puppet. Puppet menarik perhatian kanak tersebut.. Dengan ini, dia meluahkan

perasaan kepada kaunselor tanpa berasa takut.

Sebelum memulakan terapi bermain, guru menerangkan cara bermain

sesuatu permainan dengan jelas. Dalam video klip tersebut, kaunselor memberi

arahan yang jelas sebelum memulakan sesuatu permainan.

Salah satu kebaikan terapi bermain ialah mengurangkan masalah tingkah

laku. Contohnya apabila terapi bermain diadakan, kaunselor dapat mengesan

masalah murid dan seterusnya dapat mengambil tindakan sesuai untuk

mengurangkan masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Dalam video tersebut,

kaunselor dapat mengenalasti masalah bahawa murid tersebut tidak suka pergi ke

sekolah. Dengan ini kaunselor dapat mengambil tindakan yang sesuai untuk menarik

perhatian murid untuk kke sekolah.

Page 4: TERAPI BERMAIN

Selain itu terapi bermain meningkatkan komunikasi. Contohnya dalam video,

apabila bermain dengan menggunakan puppet murid berkomunikasi antara satu

sama lain. Dengan ini murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa,

cara menggunakan bahasa, bahasa yang betul semasa berkomunikasi dan

sebagainya. Dengan ini murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta

berani untuk berkomunikasi.

Tambahan pula terapi bermain membantu kanak-kanak menilai diri sendiri.

Dengan terapi bermain, kanak dapat menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

Contohnya dalam video, apabila bermain mereka dapat mengesan kelebihan dan

kelemahan. Mereka dapat mengesan kelebihan dari segi mewarna, bercakap

dengan menggunaan puppet dan sebainya. Ini membantu mereka untuk

memperbaiki kelemahannya, serta dapat meningkatkan kemampuannya.

Terapi bermain juga meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.

Dengan terapi bermain kanak-kanak dapat mempercayai sesorang dan berkongsi

masalah mereka. Dalam video tersebut, kanak mempercayai kaunselor dan

berkongsi masalah seperti “tidak suka matapelajaran Matematik”, sebab berasa

sedih dan gementar sebagainya.

Selain itu terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

membuat pilihan sendiri. Misalnya semasa bermain mereka membuat keputusan

sendiri untuk bermain permainan. Dalam video, murid membuat keputusan sendiri

memilih barang permainan iaitu puppet.

Terapi bermain menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan.

Misalnya dalam video tersebut murid tidak berasa takut untuk meluahkan perasaan

perasaannya kerana ia merupakan tempat yang selamat untuk berkongsi masalah

serta perasaan. Unsur kerahsiaan tidak perlu dibimbang kerana guru cekap

menyimpan masalah sesorang.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang

sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Contohnya dalam video

tersebit, murid menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti permainan. Dia

mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya bermain permainan dengan betul.

Page 5: TERAPI BERMAIN

Ini membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap

sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Terapi bermain membantu memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid.

Dalam video tersebut murid berkeyakinan untuk bermain permainan puppet,

mewarna dan serta berani menjawab semua soalan yang diajukan semasa berlakon

dengan menggunakan puppet. Dengan terapi bermain murid  Kebolehan memberi

pendapat

Salah satu kelemahan dalam terapi ini ialah kos kewangan yang tinggi.

Contohnya guru bimbingan dan kaunseling memerlukan kos yang tinggi untuk

membeli barang-barang permainan seperti patung, puppet, topeng, crayon dan

sebagainya. Selain itu terapi bermain memerlukan tempat yang besar dan luas untuk

kanak-kanak bermain. Terapi bermain juga tidak dapat diaplikasikan di rumah.

Seterusnya kepakaran yang terhad dalam terapi bermain. Guru tidak mempunyai

kemahiran dan kepakaran yang mandalam dalam terapi bermain. Tambahan pula

kerjasama ibubapa, guru serta murid adalah kurang baik. Hal ini kerana mereka

tidak mempunyai pengetahuan dalam terapi bermain.

Kelemahan yang seterusnya ialah murid tidak mematuhi arahan guru. Guru

perlu menerangkan peraturan permainan dengan jelas sebelum memulakan sesuatu

terapi. Selain itu, murid tidak mengikut giliran yang ditetapkan. Ini menyebabkan

pergaduhan antara murid lain.

Kesimpulannya, terapi bermain sangat berkesan untuk seseorang murid. Ia

merupakan satu aktiviti yang memberikan kegembiraan dan keseronokkan. Dengan

terapi bermain murid dapat berkongsi masalah, membina keyakinan, membuat

keputusan dan sebagainya.