teoriperlazimanoperan skinner

4
Teori Perlaziman Operan Skinner Berdasarkan kepada kes kegelisahan pelajar, kami mendapati bahawa teori yang sesuai dikaitkan dengan situasi dalam kes tersebut ialah teori perlaziman operan Skinner. Burhrus Frederic Skinner berpendapat sama dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Menurut Skinner (1953), dalam teori perlaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.(Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil et. All., 2003) Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan negatif yang membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli keluarga sama ada dalam bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah laku. Sekolah mengawal kita sama ada kita berjaya atau sebaliknya. Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk setiap tingkah laku individu dalam sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984), corak tingkah laku yang membezakan antara seorang individu dengan yang lain adalah hasil daripada pengalaman hidup seseorang. Tingkah laku operan merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh alam sekeliling. Dalam lain pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang individu. Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah voluntari tetapi

Upload: nurul-fatihah

Post on 14-Aug-2015

390 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teoriperlazimanoperan skinner

Teori Perlaziman Operan Skinner

Berdasarkan kepada kes kegelisahan pelajar, kami mendapati bahawa teori yang

sesuai dikaitkan dengan situasi dalam kes tersebut ialah teori perlaziman operan

Skinner. Burhrus Frederic Skinner berpendapat sama dengan Pavlov, tetapi

menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang

panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang

mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti

tikus dan burung merpati. Menurut Skinner (1953), dalam teori perlaziman operan

gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik

sahaja gerak balas itu ditunjukkan.(Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil et. All., 2003)

Alam sekeliling kita dipenuhi dengan pengukuhan positif dan pengukuhan

negatif yang membentuk tingkah laku. Kita dikongkong atau dikawal oleh ahli

keluarga sama ada dalam bentuk direstui atau tidak direstui akan sesuatu tingkah

laku. Sekolah mengawal kita sama ada

kita berjaya atau sebaliknya. Oleh itu pengukuhan positif atau negatif membentuk

setiap tingkah laku individu dalam sepanjang hayatnya. Menurut Skinner (1984),

corak tingkah laku yang membezakan antara seorang individu dengan yang lain

adalah hasil daripada pengalaman hidup seseorang. Tingkah laku operan

merupakan tingkah laku dikawal dan ditentukan oleh alam sekeliling. Dalam lain

pengertian tingkah laku operan ditentukan oleh kehendak seorang

individu.

Ahli psikologi mengatakan bahawa walaupun tingkah laku operan adalah

voluntari tetapi

masih dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran khususnya akibat sejenis tingkah laku.

Rangsangan

yang meningkatkan kadar sejenis tingkah laku diertikan sebagai pengukuhan atau

penghargaan

manakala hukuman mengurangkan kadar sejenis tingkah laku. Tingkah laku akibat

pengukuhan atau hukuman berbeza antara seorang individu dengan individu lain.

Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar yang mengganggu perjalanan kelas,

dihukum oleh guru dan diberi perhatian oleh pelajar lain, kemungkinan pelajar itu

Page 2: Teoriperlazimanoperan skinner

akan merasa kesalan itu pada masa-masa akan datang kerana berlaku pengukuhan

dalam kelas.

Begitu juga yang berlaku dalam situasi Trenna dimana dia berasa malu kerana

telah diejek oleh rakan sekelasnya disebabkan kegagalannya untuk menyelesaikan

masalah matematik yang disuruh oleh Mr.Jordan di hadapan kelas. Akhirnya, Trenna

berasa hilang semangat sehingga dia tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan Trenna menjadi pelajar yang pasif di dalam kelas dan

tidak lagi aktif untuk menjawab soalan di hadapan kelas. Berdasarkan teori Skinner

ini, peneguhan boleh berupaya positif dan negatif. Peneguhan positif ialah stimuli

yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku

operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Selain itu,

terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang

individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai seperti mengejek kesilapan

seseorang individu di depan orang ramai seperti mana yang berlaku terhadap

Trenna.

Oleh itu, dalam situasi Trenna ini, Mr.Jordan seharusnya memberikan

peneguhan yang positif seperti memberikan dorongan dan kata semangat serta

motivasi kepada Trenna supaya dapat membantu Trenna dalam mengurangkan

perasaan gelisahnya. Dalam bukunya “The Technology of Teaching”, yang

diterbitkan dalam tahun 1968, Skinner menerangkan hasil kajiannya bahawa murid-

murid dalam empat tahun persekolahan yang pertama hanya diberikan beberapa

ribu peneguhan positif sahaja, sedangkan sebanyak 25,000 peneguhan itu

diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang diperlukan.

Untuk mengatasi masalah tentang kurang cukup peneguhan yang diberikan kepada

murid-murid, Skinner mengusulkan supaya bahan-bahan pembelajaran

diprogramkan dalam bentuk arahan. (Mok Soon Sang,1989)

Guru mempunyai peranan yang penting dalam menyumbang kepada

kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan

proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi

kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting

sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk

Page 3: Teoriperlazimanoperan skinner

menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Menurut Robiah

(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak

pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya

tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan

pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan

memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik

dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.

Rujukan

http://eprints.utm.my/10401/1/30.9_Pendekatan_Teori.pdf

Mok Soon Sang. (1989). Psikologi, Strategi Pengajaran Dan Penilaian Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Skinner, B. F. (1968). The Technology of Teaching. New York: Appleton-Century- Crofts.

Widad Othman. (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti TeknologiMalaysia : Tesis Sarjana Muda.