teori warna

4
Benar gambar tidak dapat mengungkapkan beribu perkataan, namun ia dapat memberikan kesan tiga kali ganda berbanding kata-kata. Apabila sesuatu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam dua dimensi iaitu, visual dan auditori, maka mesej penyampaian telah di perkukuh oleh dua sistem penyampaian. Setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang tersendiri. Ada murid berkebolehan dalam pembelajaran auditori sahaja atau visual sahaja atau mungkin kinestatik sahaja. Namun ada juga murid yang cenderung terhadap ketiga-tiga kebolehan tersebut. Menurut Grinder (1991) dalam Silberman (2010) mendapati bahawa setiap kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid, secara puratanya seramai 22 orang pelajar dapat belajar dengan berkesan selagi guru menggunakan gabungan aktiviti visual, auditori dan kinestatik. Warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia pengajaran. Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk belajar. Menurut Siti Zaleha Mohammad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa warna adalah hasil kepanjangan

Upload: alif

Post on 05-Jan-2016

266 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori warna

TRANSCRIPT

Page 1: teori warna

Benar gambar tidak dapat mengungkapkan beribu perkataan, namun ia dapat memberikan

kesan tiga kali ganda berbanding kata-kata. Apabila sesuatu pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan dalam dua dimensi iaitu, visual dan auditori, maka mesej penyampaian telah di

perkukuh oleh dua sistem penyampaian. Setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang

tersendiri. Ada murid berkebolehan dalam pembelajaran auditori sahaja atau visual sahaja

atau mungkin kinestatik sahaja. Namun ada juga murid yang cenderung terhadap ketiga-tiga

kebolehan tersebut. Menurut Grinder (1991) dalam Silberman (2010) mendapati bahawa

setiap kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid, secara puratanya seramai 22 orang

pelajar dapat belajar dengan berkesan selagi guru menggunakan gabungan aktiviti visual,

auditori dan kinestatik.

Warna merupakan elemen penting dalam pengembangan multimedia pengajaran. Penggunaan

warna yang sesuai dalam pengajaran dapat membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan

kesediaan murid untuk belajar. Menurut Siti Zaleha Mohammad (2012) dalam kajiannya

menyatakan bahawa warna adalah hasil kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Warna

yang berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang yang dipantulkan. Warna dihantar

dalam isyarat getaran. Manusia pula merupakan penerima getaran. Sekiranya warna di

persekitarannya tenang, manusia akan berasa teruja.

Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, warna dapat membantu meransang tumpuan

seseorang. Warna dan bentuk merupakan salah satu cara untuk kita mengingati sesuatu

perkara. Teori Wassily Kandinsky (1866-1944), mengatakan bahawa bentuk dan warna

merupakan bahasa yang berupaya mengekspresi emosi, senilukis yang mengutamakan unsur-

Page 2: teori warna

unsur tampak sebagai subjek dalam menyampaikan idea ciptaan seni. Beliau menyatakan

bahawa warna adalah kunci perkembangan.Menurut Hasnah Awang dan Habibah Mohd

Samin, (2010) dalam bukunya yang bertajuk Literasi Bahasa Melayu, menyatakan bahawa

bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid seperti warna,garisan,

susunan dan kesannya. Gambaran mental yang jelas serta imej mental melalui ilustrasi

digunakan untuk menerangkan sesuatu objek. Ia disokong dalam kajian MD Hidayat (2012),

yang merujuk kajian Hajijah (2010) mengatakan bahawa dengan kaedah mesra warna dalam

pengajaran dan pembelajaran serta ditambah dengan aktiviti bermain dapat menarik minat

murid untuk terus belajar. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa proses dan

pembelajaran yang lebih efektif sekiranya melibatkan penggunaan pancaindera seperti

mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau.

Christoper Anak Barat dan SupliAffendi Rahim(2010), Heinich (1993), menyatakan bahawa

manusia belajar 10% melalui penglihatan, memahami dan mengingati sebanyak 20% daripada

deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran dan penglihatan. Bertepatan

dengan Teori kecerdasan pelbagai yang telah dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun

1983. Dalam kajiannya, beliau menyatakan manusia mempunyai tujuh cara untuk mengetahui,

menerima dan memahami kehidupan. Berdasarkan kenyataan tersebut, Linda Campbell,

Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan penyataan Gardner sebagai

:a)Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan yangsebenar.

b)Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.

c)Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perhidmatan yang bernilaidalam lingkungan

sesuatu budaya.(Model Pengajaran dan Pebelajaran PSV, 2008 :PPK