teori teori pintar cerdas

13
1 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (KBC3023) TAJUK TUGASAN: TEORI-TEORI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF OLEH: NAMA NO MATRIK MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH D20091034807 MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR D20091034763 PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

Upload: nick-m-damit

Post on 31-Dec-2014

310 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

Pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk kanak - kanak pintar cerdas. Teori - teori yang diketengahkan kepada pihak yang berhadapan dengan kanak - kanak sebegini.

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Teori Pintar Cerdas

1 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,

35900 TANJONG MALIM, PERAK

FAKULTI:

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

(KBC3023)

TAJUK TUGASAN:

TEORI-TEORI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

OLEH:

NAMA

NO MATRIK

MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH

D20091034807

MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR

D20091034763

PENSYARAH:

DR. MD NASIR BIN MASRAN

Page 2: Teori Teori Pintar Cerdas

2 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PENDAHULUAN

Sejak dari dahulu lagi pakar-pakar psikologi mengkaji pelbagai aspek dalam pintar cerdas,

berbakat dan kreatif ini. Daripada kajian-kajian ini, lahirlah pelbagai teori yang biasa kita

dengar. Teori-teori ini pula mengkaji pelbagai aspek.

Teori yang mengkaji pembangunan intelek ialah teori kebijaksanaa oleh Jean Piaget

dan Nonuniversal Theory oleh Fledmen. Antara teori yang mengkaji psikologi berbakatan

ialah Overexcitability Theory oleh Dabrowski, teori Renzulli dan teori Tannenbaum.

Seterusnya ialah teori-teori kognitif seperti teori kepelbagaian kebijaksanaan oleh Howard

Gardner dan Triarchic Theory oleh Robert Sternberg. Teori komprihensif ialah seperti Model

TIDE oleh Feldhusen dan Gagne’s Differentiated Model of Giftedness and Talent oleh

Gagne.

Teori

Teori Pembangunan

Intelek

Teori Psikososial

Teori Kognitif

Teori komprehensif

Page 3: Teori Teori Pintar Cerdas

3 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MULTIPLE INTELLIGENCE)

Pada tahun 1980an, psikologi telah memperkenalkan model yng baru dan berbeza untuk

menerangkan tentang kecerdasan. Penyelidik dari Harvard, Howard Gardner (1983) telah

menerbitkan buku yang mencadangkan bahawa kecerdasan bukannya satu konsep penyatuan

bahkan manusia memiliki lebih kurang tujuh kecerdasan (baru-baru ini beliau

menambahkannya kepada lapan) dan setiap individu cenderung untuk membangunkan setiap

kecerdasan dengan tahap yang berbeza. Kecerdasan mempersembahkan cara memproses

maklumat dan cara berfikir. Beliau juga mencadangkan bahawa kecerdasan adalah produk

daripada interaksi antara kecenderungan genetik dan persekitaran.

Menurut gardner, kecerdasan tidak sama dengan cara berfikir, dimana ia cenderung

untuk kekal konsisten dan jenis informasi bebas yang diproses. Bahkan individu dalam situasi

tertentu boleh menggunakan kecerdasan ini untuk menyelesaikan masalah tertentu, mencipta

masalah baru, atau mencipta produk atau perkhidmatan dalam budaya tertentu.

Lapan Kecerdasan Horward Garner

Kinestatik-kebolehan untuk menggunakan badan bagi menyelesaikan

masalah,mencipta sesuatu, mencipta produk baru.

Naturalis-kebolehan untuk membezakan antara benda hidup dan sensitivitinya kepada

ciri-ciri dunia semulajadi.

Logikal/matematikal-kebolehan untuk memahami sistem logik dan memanipulasi

nombor dan kuantiti.

Lisan/linguistik-kebolehan untuk menggunakan satu bahasa (atau bahasa lain) untuk

mengekspresikan diri dan memahami orang lain.

Muzikal-kebolehan untuk berfikir dalam muzik dan mendengar, menghafal,

mengecam dan memanipulasi corak.

Visual-kebolehan untuk mempersembahkan dunia spasial yang berada dalam minda.

Interpersonal-kebolehan untuk memahami orang lain.

Intrapersonal-kebolehan untuk memahami diri sendiri.

Page 4: Teori Teori Pintar Cerdas

4 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI STERNBERG

Dua tahun selepas teori kepelbagaian kecerdasan Gardner, Robert Sternberg (1985) di Yale

telah mencadangkan sebuah teori yang membezakan tiga jenis kecerdasan; analitikal, kreatif

dan kritikal. Seseorang yang memiliki kecerdasan analitikal (dikenali sebagai penganalisis)

mempunyai kebolehan menganalisis, mengkritik dan menilai. Manakala mereka yang

memiiki kebolehan kreatif baik (dikenali sebagi penghasil) dalam meneroka, menginovasi

dan mencipta. Manakala mereka yang memiliki kecerdasan praktikal (dikenali pengamal)

baik dalam pelaksanaan, utiliti, dan implementasi. Dalam model ini, kecerdasan didefinasikan

oleh tiga jenis kebolehan, dan bakat yang diperolehi daripada satu lebih dalam bidang ini.

Menurut Sternberg, pelbagai combinasi dalam tiga bidang kecerdasan ini boleh menghasilkan

bakat yang berbeza.

Penganalisis

Penganalisis Pengamal

Kreatif Pengguna Analitikal

Penghasil Seimbang Pengamal

Pengamal

Kreatif

Melalui teori ini, dapat dikategorikan bahawa seseorang individu itu kepada tiga bahagian;

analitikal, kreatif, dan pratikal. Manusia juga boleh memiliki gabungan daripada kecerdasan-

kecerdasan ini dan membentuk bakat yang pelbagai.

Page 5: Teori Teori Pintar Cerdas

5 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

OVEREXCITABILITY THEORY

Dalam pada teori-teori lain, terdapat teori Dabrowski. Walaupun teori ini dicadangkan pada

1960, hanya baru-baru ini teori ini telah dibincangkan dalam bidang pendidikan pintar cerdas

dan berbakat. Teori Dabrowski ialah teori pembangunan emosi yang sesuai untuk memahami

bakat. Dabrowski menerangkan bahawa seseorang itu membangun melalui siri dalam

peringkat dalam maladjustment.

Dabrowski menegaskan bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai

rangsangan yang lebih daripada kanak-kanak biasa. Beliau juga menerangkan bagaimana

kanak-kanak pintar cerdas ini sangat sensitif dalam pelbagai bidang. Stimulasi dan respons

juga berbeza daripada individu normal. Ini bermaksud, individu pintar cerdas bertindak balas

lebih daripada individu biasa dan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Bidang pertama ialah psikomotor. Ini bermaksud individu ini memerlukan banyak

pergerakan dan aktiviti sukan. Ini juga boleh merujuk kepada masalah untuk menenangkan

aktiviti minda sebelum tidur. Lebih banyak tenaga fizikal dan pergerakan, bertutur secara

pantas, banyak gerakan dan kadang-kala, gugup.

Bidang kedua ialah sensual. Ini merujuk kepada individu yang lebih terangsang

dengan rangsangan seperti tekstur, bau, rasa dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak

yang sensitif kepada cahaya terang dan bunyi yang kasar. Ada juga kanak-kanak yang

menangis jika ditiup mukanya. Rangasangan yang penting antaranya rangsangan aestetik

seperti menghayati matahari terbenam dan menghayat Mozart.

Bidang ketiga ialah imaginasi. Ini merujuk kepada visualisasi dan penggunaan

metafora. Sebagai contoh, mereka berangan-angan, mengingati mimpi mereka dan

bertindakbalas dengannya.

Bidang seterusnya ialah intektual. Kanak-kanak ini gemarkan teka-teki, mampu

membuat penaakulan kompleks, gemarkan pengetahuan, informasi dan gemar menyelesaikan

masalah.

Bidang terakhir ialah emosi. Individu ini lebih tersentuh dan mendalam perasaannya.

Sebagai contoh, individu ini lebih sedih berbanding individu biasa walaupun dalam situasi

yang sama. Mereka juga komittet dalam hubungan serta berimpati.

Page 6: Teori Teori Pintar Cerdas

6 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI RENZULLI

Teori kecerdasan lain yang diperolehi secara meluas adalah Teori Renzulli. Modelnya, yang

juga dikenali sebagai ‘model bakat tiga cincin (Three-Ring Model of Giftedness)’ yang

digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain. Renzulli

mencadangkan bahawa manusia terbahagi kepada tiga ciri-ciri; kebolehan yang lebih tinggi

daripada purata, komitmen dan kreativiti.

Renzulli menganggap bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai atau

berkebolehan membangunkan ciri-ciri ini dan mengaplikasikan ia ke dalam bidang yang

berpotensi. Penguasaan terhadap salah satu ciri-ciri tidak menggambarkan bakat itu.

Sebaliknya, interaksi antara ketiga-tiga ciri-ciri menyediakan ramuan untuk melahirkan insan

kreatif dan produktif. Setiap set ciri-ciri menyumbang kepada bakat itu.

Ciri-ciri pertama ialah kebolehan superior. Renzulli mencadangkan bahawa kebolehan

superior ini tidak semestinya bermaksud kepintaran yang tinggi. Tetapi, beliau

mencadangkan ia harus dipandang daripada perspektif intelligence quotients (IQ).

Seterusnya, komitmen. Komitmen di sini bermaksud bahawa kesungguhan seseorang

individu itu melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan. Ciri-ciri seterusnya

kreativiti. Ini bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain, baru dan keaslian

idea. Walaubagaimanapun, Renzulli menegaskan bahawa keseimbang ketiga-tiga ciri-ciri ini

perlu.

Komitment

Kebolehan Superior

Kreativiti

Membawa

kepada

Bidang

umum;matematik,

seni visual, sains

fizikal, undang-

undang, seni bahasa,

agama, muzik, sains

hayat, seni pergerakan.

Bidang khusus:

astronomi, koleografi,

penerbit filem,

statistik, kimia,

penyajak dan lain-lain.

kawasan

yang

memiliki

semua

ciri.

Page 7: Teori Teori Pintar Cerdas

7 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TEORI TANNENBAUM

Tannenbaum (1983,1997) memperkenalkan teorinya, Lima Faktor Kerberbakatan. Menurut

beliau, bakat lahir daripada lima faktor; kepintaran umum, kebolehan istimewa, faktor bukan

akademik, faktor persekitaran dan faktor peluang.

Setiap daripada faktor ini mempunyai dimensi statik dan dinamik. Menurut

Tannenbaum, terdapat dua jenis golongan pintar cerdas; performance dan producer.

Performance ialah golongan yang membuat persembahan artisan dan melakukan khidmat

kemanusiaan manakala producer pula golongan yang menyumbang kepada idea.

Kepintaran

Umum

Faktor Peluang

Faktor

Persekitaran

Faktor bukan

akademik

Kebolehan

Istimewa

Page 8: Teori Teori Pintar Cerdas

8 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

MODEL KEBERBAKATAN DAN BAKAT GAGNE (GAGNE’S MODEL OF

GIFTEDNESS AND TALENT).

Ahli psikologi Kanada, Francoy Gagne telah mencadangkan model teorikal bakat. Beliau

mencadangkan bahawa bakat ialah interaksi antara aplitud dan pemangkin interpersonal dan

persekitaran. Beliau telah menggariskan bahawa individu ini lahir dengan bakat semulajadi

ataupun bakat yang tidak digarap atau dilatih. Individu boleh mempunyai bakat semulajadi

dalam akademik, teknikal, artistic, interpersonal dan bidang sukan. Sebaliknya, beliau

menerangkan bahawa bakat ialah aplitud dalam pencapaian mereka dalam bidang ini. Antara

domain bakat utama ialah intelektual, kreatif, sosioaffektif, dan psikomotor.

Gagne menegaskan bahawa domain aplitud keberbakatan berkembang melalui proses

pembangunan menjadi bakat. Proses ini dirangsang dengan dua jenis pemangkin; pemangkin

intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Antara domain aplitud ataupun bakat semulajadi

ini ialah intelektual. Ciri-ciri intelektual adalah mahir dalam penaakulan induktif dan

deduktif, memori, pemerhatian dan andaian. Selain itu, domain yang lain ialah kreatif. Ini

digambarkan melalui ciri-ciri keaslian, idea baru, berinovasi dan humor. Domain yang

seterusnya ialah sosioaffektif. Antara ciri-cirinya ialah kepimpinan, impati dan mempunyai

kesedaran diri. Seterusnya, domain psikomotor yang ditunjukkan dengan ciri-ciri kekuatan,

koordinasi,refleks, ketahanan dan kelenturan.

Bakat semulajadi ini berkembang menjadi bakat melalui proses pembangunan yang

mengandungi proses pembelajaran, latihan dan pratikal. Proses ini antaranya seperti

pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Proses ini boleh dibantu atau dibantutkan

oleh pemangkin. Antara jenis pemangkin ialah pemangkin intrapersonal dan pemangkin

persekitaran. Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu

sendiri. Pemangkin persekitaran pula daripada faktor luaran individu itu.

Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri.

Pemangkin intrapersonal pula terbahagi kepada empat bahagian; fizikal, motivasi, kehendak,

pengurusan diri, dan keperibadian. Fizikal bermaksud bentuk tubuh badan, kecacatan ataupun

kesihatan. Seterusnya ialah motivasi seperti keperluan, nilai ataupun minat. Manakala

kehendak pula seperti daya tumpuan dan ketekunan. Personaliti pula seperti tingkahlaku,

sifat-sifat dan kekurangan upaya. Pemangkin intrapersonal ini memainkan peranan penting

dalam mengasah bakat ini. Sebaliknya, pemangkin ini juga boleh membantutkan lagi proses

mengasah bakat.

Page 9: Teori Teori Pintar Cerdas

9 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Pemangkin seterusnya ialah persekitaran. Pemangkin persekitaran ialah seperti

pesekitaran sekeliling, individu, inisiatif dan peristiwa. Persekitaran sekeliling ialah seperti

fizikal, budaya, sosial dan kekeluargaan. Individu juga memainkan peranan seperti ibu bapa,

guru-guru, rakan sebaya dan mentor. Inisiatif pula seperti mengikuti aktiviti tertentu, kursus

dan program. Peristiwa pula merujuk kepada pertemuan, anugerah dan kemalangan.

Setelah melalui proses pembangunan ataupun mengasah bakat, barulah bakat

semulajadi ini menjadi kemahiran yang telah dikembangkan. Antara kemahiran-kemahiran

ini dalam akademik, permainan strategi, teknologi, seni, sosial, perniagaan, sukan dan

sebagainya.

Bakat semulajadi,

domain aplitud

Intektual

Kreatif

Sosioaffektif

Psikomotor

Lain-lain

Bakat

Akademik

Permainan strategi

Teknologi

Seni

Sosial

Perniagaan

Sukan

Lain-lain

Proses

Pembangunan

Pemangkin Intrapersonal

Fizikal

Psikologi

Motivasi

Kehendak

Personaliti

Pemangkin Persekitaran

Persekitaran sekekeling

Individu

Inisiatif

Peristiwa

Page 10: Teori Teori Pintar Cerdas

10 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PIRAMID PEMBENTUKAN BAKAT PIIRTO (PIIRTO PYRAMID OF TALENT

DEVELOPMENT)

Firto menerangkan bahawa pembangunan bakat bermula dengan aspek genetik.

Plomin (1997) menunjukkan bahawa apabila kita menjadi dewasa, genetik yang diturunkan

akan menjadi lebih dominan. Menurut teori ini juga, persekitaran awal kanak-kanak lebih

penting semasa kita kanak-kanak berbanding apabila kita dewasa.

Aspek kedua yang ditekankan oleh Piirto adalah aspek emosi. Aspek seperti

personaliti adalah perlu dan penting untuk pembangunan pembesaran. Piirto menyedari

daripada kajiannya bahawa setian individu berjaya mempunyai persamaan dalam atribut

Page 11: Teori Teori Pintar Cerdas

11 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

personaliti. Aspek afektif atau emosi diperlukan untuk sesorang individu itu untuk berjaya

dan sesetengah trait atau kesabaran dan lain-lain boleh dibangunkan dalam individu itu.

Wiggins (1996) menyatakan bahawa bidang psikologi personaliti dalam domain psikologi

telah menemui kebolehan personaliti yang dipanggil ‘big five’. Ini diterangkan sebagai

perbezaan individu sebagai terma extraversion, keramahan, sifat berhati-hati, kestabilan

emosi dan keterbukaan pengalaman. Personaliti ini penting dalam membantu pembentukan

bakat. Individu dewasa yang mencapai kejayaan mempunyai banyak ciri-ciri yang tersenarai.

Atribut personaliti ini merupakan aspek penting dalam pembangunan bakat. Antara atribut

personaliti ialah kreativiti, imaginasi, intuisi, keterbukaan, kesempurnaan, kegigihan,

ketahanan mental, berani mengambil risiko, disiplin, dan lain-lain.

Aspek yang seterusnya ialah aspek kognitif. Di dalam aspek ini ialah aspek-aspek

seperti IQ. Individu yang mendapat markah yang tinggi dalam ujian IQ dianggap berbeza

kerana kebolehannya menyelesaikan masalah yang jarang diketengahkan.

Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal

daripada tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain

dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni

visual, music, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan

sebagainya.

Aspek yang seterusnya ialah aspek persekitaran yang digambarkan dengan ‘matahari’.

Terdapat lima ‘matahari’ pertama sekali ialah rumah (home). Rumah penting dalam

menyediakan suasana yang positif dan mengasuh kanak-kanak itu. Seterusnya ialah komuniti

dan budaya (cummunity and culture) yang memainkan peranan dalam menyediakan institusi

pendidikan yang bersesuaian dan menyediakan sokongan kepada rumah dan sekolah.

Seterusnya ialah sekolah. Sekolah ialah faktor penting khususnya mengesan bakat dan

menyediakan situasi dan pengalaman kepada kanak-kanak. ‘Matahari seterusnya ialah jantina

dan peluang. Kehadiran ataupun ketiadaan ‘matahari’ boleh melakukan perbezaan sama ada

bakat dapat dibentuk ataupun tidak.

Page 12: Teori Teori Pintar Cerdas

12 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

PENUTUP

Kesimpulannya, setiap teori yang kita pelajari ini mempunyai penekanan dalam aspek-aspek

tertentu yang penting dalam proses mendidik kanak-kanak pintar cerdas. Antara teori yang

penting ialah Gagne’s Model Of Giftedness And Talent dan Piirto Pyramid Of Talent

Development. Ini kerana kedua-dua teori ini menerangkan proses pemgembangan atau

pembentukan bakat.

Model Gagne menekankan proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat

semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin

ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat ataupun membantutkan

pengembangan bakat.

Piramid Piirto pula menerangkan aspek-aspek yang penting dalam pembentukan

bakat. Antara aspek yang penting sekali ialah aspek-aspek persekitaran atupun ‘matahari’.

Setiap ‘matahari’ ini memainkan peranan penting dalam menyediakan ataupun menyuburkan

bakat kanak-kanak pintar cerdas.

Oleh itu, melalui kedua-dua model diatas, penting bagi kita memainkan peranan

dalam menggalakkan pengembangan bakat dengan menyediakan persekitaran ataupun

medium yang sesuai bagi memastikan bakat-bakat golongan ini tidak dipersiakan.

Page 13: Teori Teori Pintar Cerdas

13 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Rujukan

Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults. Ashland University: Merril Prentice

Hall.

Sousa, D. A. (2003). How the Gifted Brain Learns. California: Corwin Press, Inc.