teori sendiri yang dihasilkan

2
TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN Nama Teori: MUDAH SERONOK Penerangan Teori: Saya mempunyai masalah dalam kawalan kelas semasa memulakan praktikum fasa ini di mana murid-murid dalam kelas tidak mahu mendengar arahan dan sukar untuk mengikuti kehendak yang saya inginkan. Hal ini menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran dan keseronokan murid-murid. Masalah ni timbul disebabkan oleh perancangan aktiviti yang terlalu kompleks di mana murid-murid tidak dapat memahami kehendak sebenar sesuatu permainan. Selain itu juga, aktiviti tersebut terdapat banyak arahan serta peraturan. Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat mengikuti aktiviti dengan baik dan menyebabkan mereka tidak seronok. Tunjuk ajar pelaksanaan aktiviti juga kurang jelas dan menyebabkan guru terpaksa menghentikan aktiviti secara berkali-kali untuk membetulkan murid. Contohnya bagi murid yang tidak pernah bermain permainan Musang dan Pencuri pastinya merasa sukar kerana peraturan yang agak banyak serta mengelirukan Oleh itu, saya telah menghasilkan teori ini bagi mengatasi kekurangan yang saya ada dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Teori ini menekankan pemilihan aktiviti yang mudah dan tidak terlalu kompleks tetapi masih menarik dan menyeronokkan murid-murid. Aktiviti yang mudah seperti Belalang Belatuk tidak memerlukan banyak penerangan dan arahan serta peraturan dipilih dan dalam masa yang sama juga aktiviti ini dapat menyeronokkan murid-murid. Pemilihan aktiviti yang pernah dimainkan oleh murid-murid juga diberikan keutamaan agar mereka mendapat gambaran awal mengenai aktiviti yang ingin dijalankan. Namun pengubahsuaian dari segi bahan

Upload: fida-fy

Post on 26-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Sendiri Yang Dihasilkan

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

Nama Teori:

MUDAH SERONOK

Penerangan Teori:

Saya mempunyai masalah dalam kawalan kelas semasa memulakan praktikum

fasa ini di mana murid-murid dalam kelas tidak mahu mendengar arahan dan sukar

untuk mengikuti kehendak yang saya inginkan. Hal ini menyebabkan aktiviti tidak

dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran

dan keseronokan murid-murid.

Masalah ni timbul disebabkan oleh perancangan aktiviti yang terlalu kompleks di

mana murid-murid tidak dapat memahami kehendak sebenar sesuatu permainan.

Selain itu juga, aktiviti tersebut terdapat banyak arahan serta peraturan. Ini

menyebabkan murid-murid tidak dapat mengikuti aktiviti dengan baik dan

menyebabkan mereka tidak seronok. Tunjuk ajar pelaksanaan aktiviti juga kurang

jelas dan menyebabkan guru terpaksa menghentikan aktiviti secara berkali-kali

untuk membetulkan murid. Contohnya bagi murid yang tidak pernah bermain

permainan Musang dan Pencuri pastinya merasa sukar kerana peraturan yang agak

banyak serta mengelirukan

Oleh itu, saya telah menghasilkan teori ini bagi mengatasi kekurangan yang saya

ada dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Teori ini menekankan pemilihan aktiviti

yang mudah dan tidak terlalu kompleks tetapi masih menarik dan menyeronokkan

murid-murid. Aktiviti yang mudah seperti Belalang Belatuk tidak memerlukan banyak

penerangan dan arahan serta peraturan dipilih dan dalam masa yang sama juga

aktiviti ini dapat menyeronokkan murid-murid.

Pemilihan aktiviti yang pernah dimainkan oleh murid-murid juga diberikan

keutamaan agar mereka mendapat gambaran awal mengenai aktiviti yang ingin

Page 2: Teori Sendiri Yang Dihasilkan

dijalankan. Namun pengubahsuaian dari segi bahan dan peraturan dilakukan sedikit

agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Kesimpulannya, guru perlu memilih aktiviti yang mudah dan menarik dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat terus memberikan perhatian

dalam kelas. Apabila murid-murid menumpukan perhatian dan merasa seronok

melakukan aktiviti maka tidak akan timbul masalah kawalan kelas dan murid tidak

mahu mendengar arahan guru.