dan kejuruteraan yang dihasilkan sebahagiannya dibenarkan dalam islam

21
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH JABATAN KEJURUTERAAN AWAM KOD KURSUS: AA203 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM TAJUK: PERALATAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG DIHASILKAN SEBAHAGIANNYA DIBENARKAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH: PUAN NUR AZMIN BINTI MOHD SALLEH NAMA AHLI KUMPULAN: 2

Upload: fadzrulez-amri

Post on 15-Feb-2015

903 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

SHAH

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

KOD KURSUS: AA203

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

TAJUK:

PERALATAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG DIHASILKAN SEBAHAGIANNYA DIBENARKAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH:

PUAN NUR AZMIN BINTI MOHD SALLEH

NAMA AHLI KUMPULAN:

SUZAIMI BIN DAUD no matrik 08DKA12F1106 MOHD NAZZIRUL ASYRAF BIN KAMARULZALIS no matrik 08DKA12F1100

KELAS: DKA 2 C

2

Page 2: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT1 PENGENALAN

OBJEKTIF LATAR BELAKANG KAJIAN

2 ULASAN ISI TEKNOLOGI DAN

KEJURUTERAAN DI ZAMAN MODEN

o SYARAT PENGGUNAAN

o HUKUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

o CONTOH DAN SEBABo TOKOH

KEJURUTERAANo SUMBANGAN DALAM

BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

o FAKTOR PENEMUAN BARU TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

3 RUMUSAN4 NILAI5 PENGAJARAN6 KESIMPULAN7 RUJUKAN

PENGENALAN

2

Page 3: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat. Sebahagian dari peralatan sains teknologi dan kejuruteraan (STK) pada hari ini adalah dibenarkan dalam Islam. Ia member impak yang besar dalam dunia pembangunan masa kini. Penggunaan peralatan STK masa kini seolah-olah merupakan satu kemestian dalam dunia pembangunan. Namun, ada sebahagian peralatan STK masa kini tidak dibenarkan dari sudut pandangan Islam.

Hasil kerja ini akan membincangkan mengenai aplikasi sains dan teknologi yangdigunakan dalam transaksi muamalah Islam pada masa kini dan sejauhmana aplikasi sedemikianmemenuhi justifikasi syarak dalam konteks Undang-undang Kontrak Islam. Bagi membuktikanhal ini, rujukan telah dibuat kepada elemen-elemen utama dalam pembentukan akad itusendiri. Hasil kerja ini dimulakan dengan gambaran secara ringkas mengenai aplikasi sains danteknologi dalam urusan kejuruteraan muamalah Islam. Seterusnya perbincangan akan menumpukankepada rukun-rukun akad mengikut perspektif Undang-undang Kontrak Islam dan sejauhmanaserta bagaimana ia diambil kira dalam transaksi muamalah dalam perkembangan sains dan teknologihari ini.

Oleh itu,perkara yang perlu diambil kira tentang isu ini ialah contoh peralatan dan sebab dibenarkan penggunaannya dalam hidup seharian. Hal ini demikian kerana antara peralatan STK ini mempunyai impak dan kebaikannya yang tersendiri kepada individu, masyarakat dan alam ciptaanNya.

2

Page 4: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah bagi mendapatkan input-input penting tentang tahap-tahap penggunaan peralatan STK moden yang dibenarkan dalam syariat Islam.

Melalui kajian ini juga terdapat senarai mengenai beberapa impak positif dan negatif yang telah dikenal pasti semasa kajian dijalankan mengenai peralatan STK. Kajian ini juga bakal mendedahkan pelbagai peralatan yang telah digunakan dalam tujuan pembinaan.

Kajian ini juga mendedahkan impak atau kesan terhadap individu, masyarakat dan alam apabila penggunaan peralatan STK yang tidak berlandaskan hukum Islam, yang membawa kepada kemudaratan semua isi alam ciptaanNya.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini telah berlangsung dalam masa 8 minggu untuk disiapkan bermula pada 21 Disember 2012 hingga 22 Februari 2013. Masa yang diberi telah kami hargai dengan sebaiknya dengan mengumpul maklumat-matlumat atau data-data yang boleh ambil dan diaplikasikannya dalam diri untuk masa hadapan. Kajian ini sedikit sebanyak member impak atau kesedaran kepada kita akan pentingnya kehidupan yang mengikuti landasan Islam yang liberal.

Antara sumber yang kami dapatkan adalah dari buku-buku ilmiah, internet dan hasil temu bual dengan beberapa responden mengenai isu ini.

2

Page 5: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

ULASAN ISI

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN MODEN

Dato’ Dr. Sidik Baba (1997) mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia. Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagi tidak bercanggah dengan ajarannya. Al-Quran malah memberitakan bahawa manusia adalah khalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkan posisi alam ini untuk digunakan oleh manusia dengan usaha-usahanya yang baik. Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud: “Allah yang menjadikan semua yang ada di bumi untuk kamu (manusia).”Dalam ayat yang lain (Ibrahim 14: 70).

Allah menegaskan yang maksudnya; “Allah telah menciptakan langit, bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian air hujan itu menumbuhkan berbagai-bagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus tersebar dalam orbit dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”.

Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang material, sebagai hasil daripada perkembangan teknologi moden tidak boleh dihukumkan sama sekali. Hal ini demikian kerana teknologi adalah sesuatu yang bersifat bebas nilai. Dalam perspektif yang mudah difahami,kecanggihan teknologi akan memberi manfaat kepada manusia jika digunakan dengan cara yang betul. Kepesatan pembangunan sains teknologi dan kejuruteraan telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia.

2

Page 6: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Rekacipta peralatan rmerupakan alatan yang baru dibina atau melalui proses

untuk menbuat dan mencipta objek baru. Kewujudan rekacipta ini juga bertujuan untuk

memudahkan pekerjaan harian manusia. Proses rekacipta berasaskan kepada

gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep

ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti

pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam

bentuk prototaip atau model. Rekacipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau

diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Rekacipta merangkumi bidang-bidang

seperti grafik, rekabentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,

elektronik, rekabentuk bangunan atau landskap dan ukiran.

HUKUM PENGGUNAAN

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti

fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu

tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta Allah s.w.t.

tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah

s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia

dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud:“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan

untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan

kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-

Nya yang zahir dan batin.” (Surah Luqman: 20)

2

Page 7: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun). 

Dalam Islam al Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut. 

Kincir air Nabi Yusuf a.s

2

Page 8: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

CONTOH DAN SEBAB

Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik. 

Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini. 

Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air. 

TOKOH KEJURUTERAAN

Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi al Din. Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. 

Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas. 

Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri. 

2

Page 9: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

SUMBANGAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M. 

Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang atau bersegmen. 

Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat. 

Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun. 

Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh jurutera-jurutera Islam pada masa lampau.

2

Page 10: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

FAKTOR PENEMUAN BARU TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

Terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud; "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 

Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.

2

Page 11: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

Kincir angin Tenaga suria

RUMUSAN

Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah S.W.T.. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.

NILAI

Antara nilai-nilai murni yang terdapat ialah menguruskan teknologi dengan sebaiknya. Di sini, kelebihan teknologi seharusnya digunakan sebaik mungkin tanpa merosakkannya atau alam sekitar. Sebagai contoh, pendingin hawa yang sepatutnya hanya di hidupkan ketika perlu sahaja dan dalam kadar suhu yang sederhana. Teknologi hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana kewujudannya bukan sahaja bermanfaat bahkan beriringan dengannya keburukan jika tidak diurus dan digunakan dengan cara yang betul dan cekap

Selain itu, kepelbagaian maklumat dan aplikasi yang boleh dicapai dengan hanya satu klik di hadapan komputer akan membawa musibah jika disalahgunakan. Justeru, manusia seharusnya bijak ketika memilih laman-laman web. Pemilihan perlu diutamakan kepada laman web yang dapat memberikan info yang bermanfaat dan mengelakkan daripada menjelajahi laman-laman yang berunsur negatif seperti keganasan,perkauman, seks, ajaran sesat, dan sebagainya. Kesedaran ini perlu bagi memastikan hanya laman-laman web dan maklumat yang bermanfaat sahaja diakses bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa. Ringkasnya, dalam apa jua

2

Page 12: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

perbuatan atau kegiatan seharian, manusia sepatutnya menggunakan dan memanfaatkan teknologi dengan cara yang berhemah.

Islam Sarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagi mengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni. Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternative adalah berdasarkan “pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untuk

menghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua”.

PENGAJARAN

Pengajaran yang terdapat dalam kajian ini ialah janganlah kita cuai dengan perintah agama. Kebanyakkan manusia pada zaman ini terlalu cuai dan taksub terhadap kepentingan sendiri tanpa menyedari perbuatannya akan membinasakan diri, masyarakat dan alam ciptaanNya. Namun, kekayaan itu bukanlah sesuatu yang dianggap penting kerana semua manusia mempunyai kekayaan yang sama.Sebagai contoh, Allah telah menciptakan seseorang manusia itu dengan rezeki yang berlainan. Hikmah kejadian itu adalah untuk menunjukkan setiap rezeki yang diciptakan Allah kelebihannya yang tersendiri dan tak perlu disia-siakan.

Pengajaran yang seterusnya ialah, kita perlulah bersyukur dengan apa yang telah Allah

kurniakan kepada kita sejak azali lagi. Allah telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik

kejadian. Allah memberi kita satu kelebihan yang tiada pada makhluk lain iaitu kelebihan akal.

Akal dikurniakan untuk kita berfikir secara rasional sama ada memusnahkan ciptaanNya adalah

satu tindakan yang rasional atau tidak. Oleh itu, kita seharusnya menghargai dengan apa yang

Allah berikan kepada kita.

Selain itu, pengajaran seterusnya adalah tidak riak dan takabur. Kita sebagai umat Islam

tidak seharusnya riak dan takabur kerana riak dan takabur atau lebih mudah difahami dengan

istilah tinggi diri adalah layak bagi Allah SWT sahaja. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut

layak bagiNya untuk menunjukkan kekuasaanNya tiada siapa yang boleh tandingi. Oleh itu,

tidak layak bagi kita untuk merasa riak dan takabur kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai

orang-orang yang riak dan takabur. Ironinya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya merosakkan

2

Page 13: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

ciptaan Allah untuk tujuan ingin mengejar keduniaan kerana itu dapat menjadikan kita alpa

terhadap perintah dan hokum dariNya.

Di samping itu, kita juga hendaklah menjaga dengan apa yang telah Allah kurniakan

kepada kita. Hal ini demikian kerana,ia boleh menjuruskan seseorang itu ke arah bersyukur

kepada Allah. Kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam lubang

kehinaan disebabkan terlalu taksub terhadap pekerjaan yang datangnya daripada amalan yang

dilarang oleh syariat dan dimurkai Allah. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah sentiasa

menjaga apa yang Allah telah kurniakan terhadap kita kerana Allah suka orang yang menjadi

khalifah dan bersyukur.

Akhir sekali, pengajaran yang dapat kita perolehi juga adalah, kita hendaklah

memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang telah melanggar

syariatNya. Sebagai contoh, kita memusnahkan alam sekitar hanya kerana kepentingan diri

sendiri sedangkan kita tidak sedar bahawa kita telah bersekutu dengan syaitan laknatullah. Maka

dengan itu, kita seharusnya bertaubat kepada Allah SWT kerana pintu taubat sentiasa terbuka

untuk hambaNya yang inginkan keampunan.

Akhir kalam, kita sebagai umat manusia yang beragama Islam hendaklah sentiasa

ingat dan patuh akan syariat yang telah ditetapkan oleh agama kerana kemewahan di dunia

hanyalah sementara sedangkan kemewahan abadi terletak pada hati yang sentiasa ingat pada

Penciptanya.

2

Page 14: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kajian kami, penggunaan peralatan STK , jika digunakan

sebaik mungkin pasti mendapat kebaikan dan keredaanNya .Sebaliknya jika disalah gunakan

akan menjadikan pemusnah ke atas alam ciptaanNya.Selain itu kita juga hendaklah mengkaji

atau meneliti hasil sumbangan tokoh-tokoh yang terdahulu untuk menjadikan tamadun islam

tidak di pandang remeh oleh orang yang bukan islam

Teknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat Islam. Walaupun Islam

sebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam dan

penjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakang dalam

pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadah tangan untuk

menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawa bersama-samanya

ideologi kepakaran. Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perlu difikirkan oleh dunia Islam untuk

meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke atas keutuhan budaya Islam yang murni serta

memunculkan dunia Islam dengan teknologi yang ditandai dengan roh dan jiwa Islam. .

Selain itu, kami juga dapat menyimpulkan bahawa banyak penyalahgunaan peralatan

STK pada masa kini. Kajian kami dijalankan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai.

Akhir sekali, hasil kajian kami mendapati bahawa penggunaan peralatan STK kebanyakkannya

tidak mengikut Islam di samping dapat memberi mudarat kepada si pengguna,masyarakat dan

alam ciptaanNya.

2

Page 15: Dan Kejuruteraan Yang Dihasilkan Sebahagiannya Dibenarkan Dalam Islam

RUJUKAN

BUKU KITAB AL-QURAN (al-Baqarah 2: 29)

(Surah Luqman: 20)

Quran dan Terjemahannya.Abdul Hadi

Awang. (2009).

Ensiklopedia Sirah Jilid I. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa danPustaka.Al-Azhari

Basri Ibrahim. (2003). Salah Faham

terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir.

( Buku Teks T4 Teknologi Kejuruteraan )

INTERNET APA ITU TEKNOLOGI

KEJURUTERAAN?

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

TEMUBUAL WAN MOHD

TARMIMI BIN

WAN

MAHMOOD

MOHD AZRI

BIN YAHAYA

MOHD FAISAL

BIN MOKHTAR

2