teori rasional emotif

18
TEORI RASIONAL EMOTIF (Pendekatan Kognitif)

Upload: qmah-ab-ghani

Post on 30-Oct-2014

66 views

Category:

Documents


3 download

Tags:

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI RASIONAL EMOTIF

TEORI RASIONAL EMOTIF

(Pendekatan Kognitif)

Page 2: TEORI RASIONAL EMOTIF

Diperkenalkan oleh Albert Ellis (1913).

Beliau berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Beliau mula berminat tentang psikoanalisis dan teori pembelajaran terutama pemikiran negatif yang meneguh pengalaman traumatik yang mengganggu.

PELOPOR

Page 3: TEORI RASIONAL EMOTIF

Teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional.

Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional dalam kepercayaan mereka.

Beliau menekankan konsep bahawa “pemikiran yang tidak rasional harus dicabar supaya menjadi rasional” (1970).

PENGENALAN

Page 4: TEORI RASIONAL EMOTIF

Ellis berpendapat masalah emosi dan neurotik adalah ditimbulkan dari tiga sumber utama iaitu pemikiran, emosi dan behavioral, terutamanya pemikiran kognitif yang memainkan peranan penting dalam pengekalan gangguan psikologikal.

Manusia bertanggungjawab atas perasaan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka sendiri sama ada di bawah keadaan sedar atau tidak.

Maka, individu mempunyai sumber dan keazaman yang perlu untuk membawa perubahan yang sihat selamanya..

Page 5: TEORI RASIONAL EMOTIF

RASIONAL TIDAK RASIONAL

•Memelihara diri•Mencapai kebahagiaan•Berfikir positif•Mengasihi•Suka berkomunikasi•Berkembang menuju ke arah nirwana kendiri

•Memusnahkan kendirinya•Mengelak dari berfikir•Menangguh•Mengulangi kesalahan•Mempercayai perkara-perkara ghaib dan tahyul•Tidak sabar•Menyalahkan diri•Mengelak daripada berkembang ke arah nirwana kendiri

IDEA-IDEA PEMIKIRAN

Page 6: TEORI RASIONAL EMOTIF

MODEL A -B –C-D-E-F

Page 7: TEORI RASIONAL EMOTIF
Page 8: TEORI RASIONAL EMOTIF

• Seorang murid gagal dalam peperiksaan UPSRA

• Dia mempercayai masa hadapannya sudah terjejasB

• Timbul perasaan kecewa dalam dirinya• Kaunselor hendaklah membetulkan

sistem kepercayaannya (B) yang tidak rasional itu

C

CONTOH

Page 9: TEORI RASIONAL EMOTIF

• Masa hadapannya tidak terjejas selamanya kerana dia boleh berusaha untuk peperiksaaan PMR pula dan mendapat kecemerlangan

• Kepercayaan baharu ini lebih rasional

D

• Setelah mencapai D (kepercayaan rasional), murid ini akan mengalami perasaan yang tenang dan lega

E

• Oleh itu, dia akan berusaha semula untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR

• Masa hadapannya belum terjejasF

Page 10: TEORI RASIONAL EMOTIF

MATLAMAT Membantu klien memperkembang

pemikiran rasional dan logikal melalui galakan memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi.

Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.

Page 11: TEORI RASIONAL EMOTIF

Mengurangkan keinginan menyalahkan diri sendiri dan juga orang lain.

Mempraktikan diri mereka supaya belajar dengan berkesan cara untuk menghadapi masalah dalam kehidupan seterusnya.

Individu akan lebih matang dalam menghadapi setiap masalah yang dihadapi oleh mereka dan mereka seterusnya akan berusaha menyelesaikan masalah mereka dengan lebih baik dan berkesan

Page 12: TEORI RASIONAL EMOTIF

Ada perasaan, pemikiran dan tingkah laku untuk menjadi tidak rasional sehingga tidak dapat lagi berfungsi dengan baik.

Seseorang itu dipupuk dengan pelbagai kepercayaan yang tidak rasional daripada orang dewasa.

Seseorang itu selalu menyalahkan dirinya sendiri.

Seseorang itu mementingkan “mesti” “perlu” dan “patut” dengan cara yang mutlak.

Proses dan pengaruh pembudayaan dan pembelajaran.

PUNCA MASALAH

Page 13: TEORI RASIONAL EMOTIF

LANGKAH 1 :

Mengenal pasti kecenderungan dan cara berfikir klien tersebut.

(Contoh: Saya bukan seorang yang menarik kerana orang selalu mencemuh saya. Saya malu dan saya mesti bersembunyi dari mereka). Kemudian mengenal pasti sama ada kecenderungan dan cara berfikir itu boleh diubah. Jika kecenderungan dan cara berfikir pelajar tersebut boleh diubah, maka kaunselor bolehlah meneruskan kepada langkah kedua.

PROSES KAUNSELING

Page 14: TEORI RASIONAL EMOTIF

LANGKAH 2 :

Kaunselor hendaklah menyuruh klien tersebut berhenti berfikir sedemikian kerana ia tidak menguntungkan. Kaunselor perlu menekankan masalah yang dihadapi klien itu adalah disebabkan caranya berfikir yang salah kerana dia menilai keseluruhan dirinya dari perspektif orang atau kawannya. Dengan penekanan itu diharap akan menimbulkan fikiran baru dalam dirinya.

(Contoh: Yalah, kenapakah saya menilai diri saya dari perspektif mereka dan saya mesti berfikiran yang baik tentang diri saya sebab saya tidak gembira dengan cara berfikiran saya sebelumnya). Seandainya nampak perubahan pada diri pelajar tersebut, maka kaunselor bergerak pada langkah ketiga.

Page 15: TEORI RASIONAL EMOTIF

LANGKAH 3 :

Kaunselor hendaklah berusaha mengganti fikiran pelajar tersebut dengan cara berfikir yang baru yang lebih rasional dan logik yang boleh diterima pelajar tersebut. Kaunselor boleh mengemukan bukti bagi menguatkan hujah kaunselor tersebut bagi membina satu pemikiran baru dalam dirinya.

(Contoh: Saya tidaklah teruk sangat kerana dalam kehidupan saya tidak seorang, sebenarnya masih ada orang yang suka dan menghargai diri saya).

Page 16: TEORI RASIONAL EMOTIF

LANGKAH 4 :

Perubahan diri pelajar tersebut akan nampak dilihat pada tindak-tanduk, air muka dan cara dia membalas perbualan tersebut. Jika positif maka kaunselor terus memimpin klien itu supaya klien tersebut dapat bertindak dan mengamalkan perlakuan mengikut fikiran barunya tersebut.

(Contoh: Saya tidak akan bersembunyi lagi. Saya akan mencari seseorang untuk bercakap-cakap, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk diri saya. Saya percaya manusia itu berbeza-beza, pasti ada yang boleh menerima diri saya seadanya).

Page 17: TEORI RASIONAL EMOTIF

Kemudian, kaunselor secara yakin mesti menekankan bahawa klien tersebut akan melalui satu kehidupan yang lebih baik jika dia terus mengamal dan mempraktikkan cara berfikirnya yang baru tersebut.

Page 18: TEORI RASIONAL EMOTIF

Pendekatan ini jika diamalkan pada praktik yang betul akan dapat banyak membantu dalam menangani masalah murid yang bertitik tolak dari cara mereka berfikir. Banyak masalah yang dihadapi oleh murid sebenarnya timbul hanya kerana cara mereka berfikir yang tidak logik.

Teori ini berusaha membetulkan dan mengubah cara berfikir tidak rasional yang menyebabkan gangguan pada diri pelajar tersebut dengan memimpin dan memandu cara berfikir murid tersebut kepada cara berfikir yang lebih rasional yang dapat menggembirakan hidup mereka. Dengan itu mereka akan dapat menumpukan diri dengan pelajaran dan tugas mereka sebagai pelajar.

KESIMPULAN