teori pengalaman pelbagai edmund burke feldman

3
Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman Berdasarkan terori pengalaman pelbagai Dr. Edmund Feldman, terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu : 1) Deskripsi Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat. Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna, garisan, bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni. Penekanan diberikan kepada asas seni reka Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak. Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsur- unsur seni dinilai dengan mendalam. Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistik, surealistik dan lain-lain. 2) Analisis Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam. Ciri-ciri:

Upload: siti-zakiahanim

Post on 13-Aug-2015

77 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Berdasarkan terori pengalaman pelbagai Dr. Edmund Feldman, terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :

1) Deskripsi

Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat. Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna, garisan, bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.

Penekanan diberikan kepada asas seni reka

Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak.

Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas

Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsur-unsur seni dinilai dengan mendalam.

Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya

Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistik, surealistik dan lain-lain.

2) Analisis

Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam.

Ciri-ciri:

Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,

Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.

Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna

Kesesuaian objek dalam objek

Page 2: Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Kontra dan imej

3) Interpretasi

Tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara.

Ciri-ciri :

Mengkaji kualiti ekspresif seniman

Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya

Merujuk kepada penyataan perasaan

Melibatkan mood dan idea dalaman

Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4) Pertimbangan

Renungan tentang kebaikan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.

Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.

Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.

Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi

Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.

Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan

Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.

Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara.