teori pemerolehan bahasa

8
Teori Pemerolehan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Di bawah teori pemerolehan bahasa, terdapat empat teori lain iaitu, teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalisme. Teori Behavioris Teori ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari persekitaran. Murid-murid terangsang dan tertarik untuk bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan. Pembelajaran bahasa adalah satu proses mekanis. Pengkaji teori ini berpendapat otak manusia umpama kotak hitam. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari. Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. Di samping itu, guru juga perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. Ganjaran yang diberi ini dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang betul sehingga menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab, pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Upload: maszenah-alan

Post on 28-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan BahasaTeori Pemerolehan Bahasa

            Di bawah teori pemerolehan bahasa, terdapat empat teori lain iaitu, teori behavioris, teori

kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalisme.

Teori Behavioris

            Teori ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori ini menyatakan bahawa

sesuatu kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari persekitaran. Murid-murid terangsang dan

tertarik untuk bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan diulang-ulang hingga

menjadi kebiasaan. Pembelajaran bahasa adalah satu proses mekanis. Pengkaji teori ini

berpendapat otak manusia umpama kotak hitam.

            Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling

penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting.

Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan kepada

latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu

tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan

yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang murid itu berjaya menguasai dan memahami

sistem bahasa yang dipelajari. Selain itu, hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh

murid-murid.

           Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula dengan pola yang mudah

kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit terkecil kepada unit

yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-murid memahami tajuk yang

dipelajari.

            Di samping itu, guru juga perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat

murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus

menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. Ganjaran yang diberi ini dapat

membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang betul sehingga menjadikannya tindakan

yang bersifat automatis. Oleh sebab, pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak

balas, guru perlu memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat

murid ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

            Berikutnya, guru merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan

percakapan guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan

peranan yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid.

Teori Kognitif

            Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental

yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa

Page 2: Teori Pemerolehan Bahasa

ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi

bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat

singkat iaitu 4 sehingga  5 tahun sahaja.

            Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu

mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada latihan

giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi percubaan yang baik.

Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini,

murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya

melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan

yang berbentuk kebiasaan yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan

menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan

kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan

pembacaan. 

Teori Mentalis

       Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan

dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di

persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk

konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky,

kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas

bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus

tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada

keupayaan bahasa dalaman.

      Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa

dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif.

Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka

perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya

di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu.

      Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika pengajaran

dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik)

bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan

kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari

aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan

dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan

murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan

rumus yang telah dipelajarinya.

Teori Interaksionalis

Page 3: Teori Pemerolehan Bahasa

    Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak

melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka

mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli

masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran

menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanak-

kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi

penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna.

            Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah

penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan

tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk

membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi

makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki

kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang

mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga

boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur

ayat.Posted by Liza Izsan   at 21:39 

MARI KETAHUI BERSAMA APA ITU LINUS

Tahukah cikgu-cikgu dan ibubapa apa itu linus dan peranannya terhadap kita dan anak-anak? Disini saya telah mengambil teks daripada KPM dalam Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Program Literasi dan Numerasi untuk kita berkongsi bersama-sama.

Panduan Dan PengoperasianProgram Literasi Dan Numerasi (LINUS)

Latar Belakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Page 4: Teori Pemerolehan Bahasa

            Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti dan sistematik.

            KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

            Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).

            Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

            Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses SaringanSaringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan PembelajaranModul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Page 5: Teori Pemerolehan Bahasa

Pengukuhan Amalan PedagogiMenyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak BerkepentinganProgram dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan MenyeliaPemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat DaerahMerupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.

Objektif

1.    Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.

2.    Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.

3.    Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).

4.    Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.Posted by NORIZA BINTI AMAT (D20102040987)   at 22:35 1 comment:   Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest  Links to this post

Rancangan Tahunan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Page 6: Teori Pemerolehan Bahasa

Disini saya ingin berkongsi bersama dengan cikgu-cikgu mengenai rancangan tahunan literasi bagi tahun 1 pada 2011 yang telah saya

perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.Cikgu-cikgu boleh semak semula rancangan tahunan ini dengan apa yang telah kita jalankan pnp kepada murid-murid kita pada tahun

ini.terima kasih

 

Rakaman Pengajaran Makro dan Mikro

Pengajaran makro dan mikro merupakan salah satu subjek pelajaran yang perlu dilalui oleh semua pelajar yang mengambil kursus pendidikan. Oleh itu, di sini saya ada menyediakan contoh rakaman pengajaran makro dan mikro yang telah saya rekodkan semasa sesi pengajaran dilakukan didalam kelas. Sebelum itu mari kita ketahui apakah itu pengajaran makro dan mikro. Menurut sharifah alwiah (1986), pengajaran mikro itu adalah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan white board atau papan hitam, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain lagi. Dan menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran yang mengambil masa mengajar selama 5 hingga 15 minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran dalam sesuatu kumpulan guru pelatih, yang biasanya terdiri daripada 5 hingga 10 orang sahaja.

 Mari kita lihat bersama rakaman yang telah saya sediakan ini :