teori kaunseling

2
Teori-Teori Kaunseling Teori Pemusatan Perseorangan (Humanistik) Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, beragama dan bermoral tinggi. Beliau melanjutkan pelajaran ke Teacher s College, Colombia Universiti dan mendapat PHD pada tahun 1928. Pandangan Carl Rogers terhadap Manusia Manusia adalah baik, rasional, bersosial dan bertanggungjawab. Manusia berkebolehan untuk membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan diri dan mampu berdikari. Manusia juga mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang ada pada manusia seperti benci dan marah mewujudkan akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian Teori Pemusatan Perseorangan terhadap Manusia Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri sendiri berdasarkan interaksi diri dengan orang lain. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Masalah-masalah berlaku kerana wujud konflik antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya. Perwatakan Kaunselor dalam Teori Pemusatan Perseorangan. Kaunselor merupakan orang yang layak membimbing dan menasihat orang lain semasa mereka menghadapi masalah.

Upload: desfree-kang

Post on 10-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edy

TRANSCRIPT

Teori-Teori KaunselingTeori Pemusatan Perseorangan (Humanistik) Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, beragama dan bermoral tinggi. Beliau melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Colombia Universiti dan mendapat PHD pada tahun 1928.Pandangan Carl Rogers terhadap Manusia Manusia adalah baik, rasional, bersosial dan bertanggungjawab. Manusia berkebolehan untuk membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan diri dan mampu berdikari. Manusia juga mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang ada pada manusia seperti benci dan marah mewujudkan akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian Teori Pemusatan Perseorangan terhadap Manusia Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri sendiri berdasarkan interaksi diri dengan orang lain. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. Masalah-masalah berlaku kerana wujud konflik antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.Perwatakan Kaunselor dalam Teori Pemusatan Perseorangan. Kaunselor merupakan orang yang layak membimbing dan menasihat orang lain semasa mereka menghadapi masalah. Terdapat tiga ciri pada seseorang kaunselor iaitu kongruen, tidak mengarah, ketulenan, penerimaan positif tanpa syarat dan empati. Kongruen iaitu kaunselor haruslah sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar dan bukannya bertopeng dalam perhubungan dengan klien. Tidak mengarah bermaksud sepanjang sesi kaunseling, kaunselor tidak akan memberi nasihat atau menyoal sebaliknya kaunselor harus mendengar dengan aktif dan memberi dorongan. Ketulenan bermaksud kaunselor haruslah mempunyai identiti yang kekal sepanjang sesi kaunseling dengan klien. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang kaunselor adalah bersifat spontan, membuat perkongsian diri dan tidak terikat dengan peranan. Penerimaan positif tanpa syarat iaitu kaunselor mestilah menerima klien mereka tanpa mengenakan apa-apa syarat. Kaunselor haruslah menerima klien mereka sebagai manusia yang baik, bersosial, rasional dan bertanggungjawab. Empati iaitu kaunselor akan cuba menyelami situasi sebenar yang dialami oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya semasa menjalankan sesi kaunseling. Mimik muka dan postur badan sangat penting dalam sesi kaunseling dan ia membolehkan klien mewujudkan kepercayaan kepada kaunselor dan mereka akan berasa selesa dan puas hati untuk meluahkan suara hati mereka.