teori gelagat pengguna

8
TEORI GELAGAT PENGGUNA / KELAKUAN PENGGUNA Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau perkhidmatan jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau mencari penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang. Menurut pandangan / pendekatan konvensional, fenomena ini adalah disebabkan oleh pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan material mereka dengan menggunakan pendapatan mereka yang terhad. Tetapi ini bukan begitu di dalam ekonomi Islam. Menurut ekonomi Islam, pengguna akan memaksimumkan kedua-dua kepuasan sama ada kepuasan material mahupun kepuasan rohani. Dengan lain perkataan, pengguna Muslim akan cuba memaksimumkan bukan sahaja kepuasan di dunia ini bahkan juga kepuasan dirinya di akhirat. Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif konvensional dan juga dari perspektif Islam. Konsep Rasionaliti dan Utiliti Perspektif Konvensional Teori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara normal kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan. Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil keputusan berdasarkan pemikiran sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain. Selalunya nilai-nilai agama kurang diambilkira di dalam membuat keputusan tersebut. Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi konvensional, pengguna dianggap rasional apabila

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 07-Jun-2015

4.984 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI GELAGAT PENGGUNA

TEORI GELAGAT PENGGUNA / KELAKUAN PENGGUNA

Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau perkhidmatan jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau mencari penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang.

Menurut pandangan / pendekatan konvensional, fenomena ini adalah disebabkan oleh pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan material mereka dengan menggunakan pendapatan mereka yang terhad. Tetapi ini bukan begitu di dalam ekonomi Islam. Menurut ekonomi Islam, pengguna akan memaksimumkan kedua-dua kepuasan sama ada kepuasan material mahupun kepuasan rohani. Dengan lain perkataan, pengguna Muslim akan cuba memaksimumkan bukan sahaja kepuasan di dunia ini bahkan juga kepuasan dirinya di akhirat.

Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif konvensional dan juga dari perspektif Islam.

Konsep Rasionaliti dan Utiliti

Perspektif KonvensionalTeori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara normal kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan.

Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil keputusan berdasarkan pemikiran sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain. Selalunya nilai-nilai agama kurang diambilkira di dalam membuat keputusan tersebut.

Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan utility material atau kepuasan material.

Page 2: TEORI GELAGAT PENGGUNA

Perspektif IslamPengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatan mereka untuk memaksimumkan kepuasan material sejajar dengan kepuasan kerohanian. Utiliti material akan menjadikan mereka sangat puas di dunia ini, manakala utility kerohanian membuatkan mereka puas di kemudian hari, akhirat. Maka dengan itu, pendapatan digunakan bukan sahaja untuk memenuhi utility material bahkan juga utility kerohanian. Contohnya, disamping membelanjakan pendapatan untuk makanan, pakaian, dan lain-lain keperluan, mereka mungkin juga mahu membelanjakan sebahagian pendapatan mereka sebagai derma kepada yang memerlukan. Mereka membuat keputusan perbelanjaan bukan sahaja berdasarkan kepada pemikiran sendiri tetapi juga yang lebih penting berasaskan nilai-nilai agama iaitu agama Islam. Walaupun, barangan bukan-halal lebih murah daripada barangan halal, mereka akan tetap membeli barangan tersebut walaupun mahal.

Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan utility material dan juga utility kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 201, maksudnya:

“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka”.

Memaksimumkan Utiliti dari Perspektif KonvensionalAda 2 pendekatan:

1.      Pendekatan Kardinal

2.      Pendekatan Ordinal

Pendekatan KardinalDalam topic ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan:

1.      Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan

2.      Syarat memaksimumkan utility dalam kes satu barang dan dalam kes lebih daripada satu barang

3.      Kesan ke atas kuantiti barang yang diminta apabila harga berubah

Page 3: TEORI GELAGAT PENGGUNA

Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut BerkuranganPendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utility, utility sut dan hukum utility sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan.

Jumlah Hasil (Total Utiliti) – tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Marginal Utiliti – utility tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama

Secara normalnya, semakin banyak kita menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan, semakin berkurangan kepuasan yang kita perolehi dari setiap tambahan penggunaan barangan tersebut.

Hukum Utiliti Sut Berkurangan – semakin pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara berterusan, utility tambahan atau kepuasan tambahan yang diperolehi bagi setiap tambahan seunit penggunaan barangan tersebut adalah semakin berkurangan.

Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Ayam Goreng

Unit digunakanJumlah Utiliti Marginal Utiliti /

Kepuasan Tambahan

1 8 82 15 15 – 8 = 73 21 21 – 15 = 64 24 24 – 21 = 35 25 25 – 24 = 16 25 25 – 25 = 07 19 19 – 25 = -6

Dari jadual di atas, kita mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25 apabila pengguna meningkatkan penggunaan ayam goreng daripada 1 hingga 6. Marginal Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan ayam goreng. Secara graf kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut:

R

Page 4: TEORI GELAGAT PENGGUNA

JH

MU

Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti (MU) sama dengan kosong.

Page 5: TEORI GELAGAT PENGGUNA

Syarat untuk memaksimumkan utility / Keseimbangan Pengguna

Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan kepada kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu barangan bukanlah percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan pendapatan yang kita ada. Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian, pengguna selalunya membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan nilai pembelian barangan itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan benar-benar berpatutan (berbaloi) dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan yang diperolehi. Jika berpatutan, maka pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini memastikan pengguna merasa puas dengan pembelian sesuatu barangan.

Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan utility / kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga ayam goreng RM3.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan penggunaan / pembelian unit terakhir ayam goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

                                    Harga ayam goreng = Marginal Utiliti ayam goreng

                                                Pc                =              MUc

Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila,

MUA =MUB

PA PB

Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.

Unit yang digunakan /

dibeli

Ayam Goreng Burger

Jumlah HasilMarginal

UtilitiJumlah Hasil

Marginal Utiliti

1 24 24 10 102 44 20 18 83 62 18 25 74 78 16 31 65 90 12 36 5

Page 6: TEORI GELAGAT PENGGUNA

6 96 6 40 47 100 4 43 3

Harga ayam goreng adalah RM2.00 dan harga burger RM1.00. Peruntukan pendapatan yang diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi ayam goreng dan burger yang dapat memaksimumkan kepuasan / utility pengguna ini.

Syarat pertama,

MUA =MUB

PA PB

Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama.

Unit yang digunakanMUA MUB

PA PB

1 24/2 = 12 10/1 = 102 20/2 = 10 8/1 = 83 18/2 = 9 7/1 = 74 16/2 = 8 6/1 = 65 12/2 = 6 5/1 = 56 6/2 = 3 4/1 = 47 4/2 = 2 3/1 = 3

Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MUA/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu pada kombinasi 2 unit ayam goreng(AG) dan 1 unit burger(B), 4 AG dan 2 B, 5 AG dan 4 B, dan 6 AG dan 7 B.

Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka, dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan seperti berikut:

KombinasiUnit X Harga Jumlah = RM10

1 (2 AG X RM2) + (1 B X RM1) RM52 (4 AG X RM2) + (2 B X RM1) RM103 (5 AG X RM2) + (4 B X RM1) RM144 (6 AG X RM2) + (7 B X RM1) RM19

Kesimpulannya, kombinasi 2 adalah kombinasi yang memaksimumkan utility pengguna.