tenunan

10
Topik 4 Tenunan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tentang latar belakang tenunan; 2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tenunan; 3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan tenunan; dan 4. Menghasilkan satu tenunan. PENGENALAN Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia yang pelbagai, halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. Perusahaan tenunan banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang. Tenunan merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tenunan. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru tenunan melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan. Anda juga akan menghasikan satu karya tenunan dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

Upload: paklong-cikgu

Post on 20-Jun-2015

6.109 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tenunan

TOPIK 4 TENUNAN 37

Topik

4Tenunan

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang tenunan;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tenunan;

3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan tenunan; dan

4. Menghasilkan satu tenunan.

PENGENALANX

Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia yang pelbagai, halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. Perusahaan tenunan banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.

Tenunan merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tenunan. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru tenunan melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Anda juga akan menghasikan satu karya tenunan dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

Page 2: Tenunan

38 TOPIK 4 TENUNAN

4.1 DEfINISI TENuNANTenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).

4.2 SEJARAHTenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini.

4.2.1 Jenis-jenis Tenunan

Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:

(a) Tenunan Pahang

(b) Tenunan songket (kain benang emas)

(c) Tenunan Pua

(a) Tenunan Pahang Merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak

mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. Kebanyakannya diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan. Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang Rayon).

(b) Tenunan songket Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas,

benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan).

Terdapat dua jenis songket:

(i) Tekat 3

(ii) Tekat 5

Bincangkan 3 jenis tenunan yang terdapat di negara ini.

AKTIVITI 4.1

Page 3: Tenunan

TOPIK 4 TENUNAN 39

4.3 JENIS KAIN TENuNANTerdapat tujuh jenis kain tenunan:

(i) Kain bujang atau Samping

(ii) Kain sarung tenunan corak berang

(iii) Kain sarung

(iv) Kain kampuh

(v) Kain lepas

(vi) Kain destar/Tanjak/Tengkolok

(vii) Kain selendang

4.4 PRoSES MENGHASILKAN SoNGKETBerikut adalah bahan-bahan yang digunakan:

(i) Benang

(ii) Benang loseng

(iii) Benang pakan

(iv) Bahan pewarna

Berikut adalah alatan yang digunakan:

(i) Kek (loom)/tumpoh/kek pua

(ii) Anak geliging

(iii) Lidi

(iv) Belira

(v) Torak, cubaan dan pelting (peleting)

(vi) Pasong dan papan gulung

Page 4: Tenunan

40 TOPIK 4 TENUNAN

(a) Proses menenun songket Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan

tekstil melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

(b) Persediaan sebelum menenun:

(i) Menerai benang Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan

alat rahat dan ruwing.

Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing.

(ii) Menganing Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi

mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.

(iii) Menggulung benang losing ke papan gulung Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan

gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng.

(iv) Menyapuk Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan

ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.

Rajah 4.1: Contoh alat menenun

Page 5: Tenunan

TOPIK 4 TENUNAN 41

(v) Mengarat Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat.

Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang.

(vi) Menenun Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan

benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

(c) Proses menyungkit corak

(i) Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.

(ii) Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket.

(d) Motif songket Terdapat tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

(i) Motif berasaskan flora

Contohnya ialah:

• PucukRebung

• BungaTanjung

• BungaGorek

• BungaCengkeh

• BungaTelepok

• BungaLawang

• BungaKunyit

Bincangkan tentang proses menyungkit corak dalam songket.

AKTIVITI 4.2

Page 6: Tenunan

42 TOPIK 4 TENUNAN

• Bungabaling-baling

• BungaCina

• BungaTampukBerembang

• BungaTampukManggis

Bunga baling Bunga berembang Bunga cina Bunga mawar

Rajah 4.2: Contoh motif flora

(e) Motif berasaskan fauna

Contoh:

• LawiAyam

• Kudalaut

• DadakakiLipan

• Kupu-kupu

• AyamJantan

• BurungMerak

• SikuKeluangBesar

• SikuKeluangKecil

• GigiBelalang

Rajah 4.3: Contoh motif fauna

(f) Motif berasaskan geometri

Contoh:

• BintangPecahLapan

• Makhota

Ayam Ayam jantan Dada/Kaki lipan Merak

Page 7: Tenunan

TOPIK 4 TENUNAN 43

4.5 STRuKTuR RAGAM HIAS SoNGKETKain songket mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:

(a) Kepala kain Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

(b) Badan kain Motifnya bebas

(c) Kaki kain Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung

dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

4.6 SuSuNAN LETAK MoTIf SoNGKETTerdapat tiga jenis susunan letak motif songket:

(i) Susunan Bunga Penuh.

(ii) Susunan Bunga Tabur.

(iii) Susunan bercorak.

Bincangkan bahagian yang terdapat dalam ragamhias songket.

Bincangkan susun tetak motif songket.

4.6.1 Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia

Berikut adalah bahan yang digunakan:

(i) Benang kait atau tali rafia pelbagai warna

(ii) Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya

(iii) Jarumyangbesar

AKTIVITI 4.3

AKTIVITI 4.4

Page 8: Tenunan

44 TOPIK 4 TENUNAN

Berikut langkah-langkah aktiviti ini:

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam songket.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak songket kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket.

(a) Proses Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua

bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama.

Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.

(b) Persembahan hasil kerja

(i) Penilaian berdasarkan

• iderekacipta

• kemahiranmengaplikasikanalat,bahandanteknik

• kemasan

(ii) Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan

orang lain.

Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan

Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana tenunan dihasilkan

(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan

(iv) pemasaran barangan tenunan.

Page 9: Tenunan

TOPIK 4 TENUNAN 45

(d) Aktiviti pembelajaran tambahan

(i) Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh

dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada

tenunan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Terangkan definasi tenunan?

2. Namakan jenis-jenis tenunan?

3. Terangkan proses membuat tenunan songket?

4. Namakan motif tenunan songket berasaskan flora, fauna dan geometri.

RuMuSAN

•Dalam topik ini anda telah belajar sedikit sebanyak tentang latar belakangtenunan.

•Tenunan sonkat dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kembojasebelum ianya diperkenalkan di negara ini.

• Andajugatelahdidedahkandenganmotifdanragamhiasdalamtenunan.

Badan kain Kaki kainKepala kain

TenunanTenunan PahangTenunan songket

Page 10: Tenunan

46 TOPIK 4 TENUNAN

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.