tenunan

25
TENUNAN NAIMAH EFFIZA FAZIANA

Upload: dyana-halil

Post on 28-Aug-2015

251 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

TENUNAN

TENUNANNAIMAH EFFIZAFAZIANAPengenalan tenunanTenunan adalah salah satu daripada produk dalam industri tekstilAsas proses tenunan adalah hasil jalinan atau sulaman benang berselang seli antara benang loseng dengan benang pekan Perusahaan tenunan banyak terdapat di Negeri Kelantan, Terengganu dan PahangTENUNAN PAHANG Merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias.Di Kelantan ianya dikenali sebagai Tenunan Balas, dan di Gerung, Kelantan ianya dikenali sebagai Setuli BenangKain tenunan ini ditenun menggunakan kek SiamDiusahakan di Pekan, Pahang dan KelantanBahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan benang yang digunakan ialah benang setuli

TENUNAN SONGKET Guna kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu jalinan antara satu benang pakan dan satu benang loseng Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau benang perak ( Benang Pakan) Terdapat 2 jenis songket: Tekat 3 Tekat 5TEKAT 3 Kaedah menghasilkan corak songket yang halus. Ia di tenun dengan menggunakan gigi belalang di mana tiga urat benang loseng di atas dan diselang dengan satu urat benang loseng di bawah.Kain songket tekat 3 dibuat dengan melancarkan benang emas, dua benang pakan dan 3 urat benang loseng.

TEKAT 5 Kain songket tekat 5 mengandungi lima benang loseng di atas dan satu di bawah Tenun ini juga boleh dijalankan dengan dua benang emas, dua benang pakan dan 5 benang losengTenunan tekat 5 digunakan untuk corak songket jenis kasar dan sesuai untuk kegunaan biasa.TENUNAN PUA KUMBU Merupakan proses mencorak kain yang sesuai dengan mengikat atau melipat bahagian-bahagian tertentudan dicelupkan dalam pewarna Corak dihasilkan adalah corak yang perlu dirancang terlebih dahuluProses menyekat warna daripada meresap ke bahagian-bahagian kain itu dinamakan proses ikat dan celup.Terdapat pelbagai cara untuk mengikat bagi menghasilkan corak-corak yang berlainanBAHAN DAN ALAT TENUNAN

Jenis Reka Bentuk Kain Tenunan Dan FungsinyaPROSES123456789MENJEMUR

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. MELERAI

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

12MENGANING

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

MENGGULUNG

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

34MENYAMPUK

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

MENGHUBUNG

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.56MENGARAK

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

MENYOLEK

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.78MENENUN

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

9